≡ Menu

Biodata Haron Din : Mursyidul Am PAS Milik Tuan Guru Dato Dr. Haron Din. Tahniah!

Haron Din

Biodata Haron Din : Mursyidul Am PAS Milik Tuan Guru Dato Dr. Haron Din. Tahniah! : Selepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia, hari ini Majlis Syura Ulama telah pun sebulat suara untuk melantik Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sebagai Mursyidul Am Pas yang terkini manakala Datuk Ahmad Yacob yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan diangkat sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS yang baru

Tinjauan Berita Semasa mendapati pemilihan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din mendapat reaksi yang positif daripada kawan dan “pihak lawan” dalam lapangan politik berbanding cadangan asal iaitu Tuan Guru Abdul hadi Awang. Masing-masing senang dengan pemilihan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din tidak terlalu radikal terutamanya di pentas politik.

Lembut dan berhemah tetapi suara dan nasihat acapkali mendapat perhatian dan dihormati tanpa perlu terjerit-jerit ketika berbicara.

SEMAK SINI : Gambar Tun Mahathir Mohamad Menziarah Dr Haron Din di IJN

Bersama-sama ini Berita Semasa konhsiakn biodata Dato’ Dr. Haron bin Din secara ringkas seperti di bawah ini :

Biodata Haron Din : Mursyidul Am PAS Yang Baru

  • Nama Penuh : Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din.
  • Tarikh lahir : 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Ahad)
  • Tempat lahir : Bohor Mali, Kangar, Perlis.
  • Bilangan Anak : dua orang anak lelaki dan tiga perempuan.
  • Adik Beradik : Dato’ Dr. Haron bin Din. anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.
  • Pendidikan : Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kolej Islam Malaya (1962-1965). “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968) melalui hadiah Biasiswa Persekutuan. M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo. Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).
  • Karier Ustaz Haron Din : Guru agama di Kementerian Pelajaran. Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985). Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara. Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB. Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia. Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti. Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor. Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan. Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank. Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd. Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis. Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
  • Facebook Ustaz Haron Din : https://www.facebook.com/harondinofficial
  • Twitter Dr Haron Din : https://twitter.com/ustazharondin
  • Blog Darussyifa Ustaz Haron Din : http://darussyifa.org/

P/S : Harapan Berita Semasa, dengan pemilihan Mursyidul Am PAS yang baru, tiada lagi kedengaran sumpah seranah dan kafirkan orang sana dan sini dengan perkataan-perkataan yang kurang menyenangkan untuk didengar. Nasihatkanlah yang baik-baik. Insyaallah.

PP/S : Berita Semasa juga senang hati melihat Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjadi Musyidul Am Pas. Tahniah, pilihan yang tepat!