Biodata Azrul Azwar Ahmad Tajuddin (Ketua Ekonomi Bank Islam) Kena Gantung Tugas, Sebab Ramal Barisan Nasional Kalah Tipis Dalam PRU?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Azrul Azwar Ahmad Tajuddin (Ketua Ekonomi Bank Islam) Kena Gantung Tugas, Sebab Ramal Barisan Nasional Kalah Tipis Dalam PRU?

Biodata Azrul Azwar

Azrul Azwar Ahmad Tajuddin pernah dijulang, diangkat dan dipuja ikon ekonomi muda yang dimiliki Malaysia ketika ini.

Semak Biodata Biodata Azrul Azwar Ahmad Tajuddin Yang terkini

Pandangannya mengenai perjalanan ekonomi negara Malaysia sentiasa diambil kira dan dipaparkan di media arus perdana.

Itu dahulu. Sekarang? Status terkini Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, sedang dikenakan tindakan gantung tugas sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia. Sebelum ini negara pernah kehilangan seorang permata yang menguruskan “emas hitam” yang bernilai beratus bilion milik negara. 

Jadi adakah kita mahu senario seperti ini dibiarkan berterusan, hanya disebabkan “tidak sebulu”? Semuanya bermula gara-garanya tindakan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin….

Semasa berlangsungnya seminar di Singapura, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin memberikan kenyataan menjangkakan atau dalam kata lain meramalkan yang mana Pakatan Rakyat bakal menang tipis pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang seperti yang dilaporkan oleh akhbar utama di Singapura, The  Straits Times pada 11 Januari 2013 yang lalu.

Dan semalam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menerima perkhabaran yang tidak baik menimpa dirinya. Azrul Azwar Ahmad Tajuddin dikenakan tindakan gantung tugas. Sampai bila? Tidak dapat kami pastikan..

Kesilapan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin adalah memberikan kenyataan “yang tidak sedap didengar oleh kalangan orang-orang yang berkepentingan di atas sana”. Azrul Azwar Ahmad Tajuddin bercakap bercakap berdasarkan analisa dan kajian maklumat yang diperolehinya dan mendapati :

  1. Barisan Nasional hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang
  2. Berbanding 140 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu
  3. Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin mengatakan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Negara Malaysia dikenali sebagai negara demokrasi. Tetapi apabila kejadian yang menimpa Azrul Azwar Ahmad Tajuddin membuat kami tertanya-tanya. Adakah jika saudara Azrul Azwar Ahmad Tajuddin meramalkan Barisan Nasional akan kekal memerintah sepanjang masa, adakah jawatan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam akan terjejas? Adakah ayat di bawah ini sahaja yang dibenarkan dikeluarkan :

  • BN menang selesa
  • BN akan rampas Selangor
  • BN akan menang besar

Ya….disebabkan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin sebagai seorang yang merangkap tugas sebagai ketua ekonomi sesebuah bank, jadi beliau seharusnya membuat analisa yang mempengaruhi ekonomi, dan politik mempunyai kaitan rapat dengan ekonomi. Sebagai ketua ekonomi, keadaan cuaca pun beliau perlu ambil tahu.

Nampaknya, Talent Corp perlu bekerja keras selepas ini untuk menangani masalah brain drain. Dan rasanya Azrul Azwar Ahmad Tajuddin perlu lebih banyak belajar dengan seorang pensyarah UUM yang memberikan komen memuji mengenai isu air dan memuji Barisan Nasional dan tidak lupa juga analisa analisa JP Morgan. Semua media arus perdana berebut mengeluarkan kenyatannya.

Malaysia seharusnya beruntung kerana terus dikurniakan barisan intelektual daripada kalangan orang muda yang berani melontarkan pendapat. Malangnya apabila pendapat tu bertentangan dengan kehendak pemerintah dah dicop sebagai menentang kerajaan dan bakal dicantas.

Sepatutnya, kajilah kenapa Azrul Azwar Ahmad Tajuddin membuat analisis sebegitu rupa, barulah boleh dibuat penambahbaikan dan pembaharuan…mungkin ada benarnya….kebenaran tu pahit untuk ditelan. Apa kata dan pendapat anda pula?



Share.

128 Comments

  1. baru cakap depa dah takut…
    bagi pandangan depa dah ketaq…
    masuk paper dah sakit jantung…
    masuk internet dah kacau bilau…
    masuk berita dah kejang otot…

    itulah umno/BN…
    takut sangat dengan bayang2 sendiri…
    ini belum lagi PRU …

  2. papa hebat on

    Bank Islam adalah GLC dan mana2 individu yg tidak bersetuju dgn dasar kerajaan mahupun dasar syarikat perlu mengundurkan diri…telajak perahu boleh di undur telajak kata padah akibatnya…matlamat penubuhan Bank Islam adalah memperkasakan intitusi kewangan Islam di peringkat global selaras kehendak Kerajaan semasa BN yg ingin memartabatkan Islam bukan menjual dan menghina Islam sprti pelacuran kalimah Allah oleh PR…Jika terbukti berlaku pencangahan pendapat salur dan selesaikan secara dalaman dan ilmiah! tindakan gantung adalah tepat dimana Azrul perlu membuktikan dia tidak bersalah…Tiada individu lebih besar dari intitusi mahupun syarikat!

  3. Betul tu..kene buat analisa dulu barulah buat keputusan..dimana akal dan fikiran mu??????

  4. hj ibrahim on

    salam,
    kalau tak salah sya nama bapa beliau ahmad tajuddin tu mirip nama datuk ahmad tajuddin bekas ceo bank islam dan takaful malaysia…..adakah betul sdr azrul ni anak seorang pegawai bank yg banyak berjasa kpd negara…..jika betul maka sya ucapkan tahniah kerana beliau bercakap diatas analisan dan kajian beliau selaku ketua ekonomi bank islam….kalau nak maju kenalah kritikal dalam pemikiran dan membentangkan fakta…..nilah sikap medai pro kerajaan yg tidak boleh menerima hakikat dan pandangan orang demi kebaikan rakyat…wassalam

  5. Takkan la setakat bagi pandangan pun boleh kena buang kerja kot. Malaysia makin ke belakang apabila pandangan2 rakyat diketepikan.

    Malaysia makin menjadi negara diktator/rejim bila pendapat2 yang tak sebulu dianggap menjadi ancaman pada negara.

  6. Dia bercakap berdasarkan ilmu ekonomi yang dia ada. Dia pun bukan ahli politik. Kenyataannya pun bukan menghentam UMNO BN.

    Kalau org macam ni pergi ke negara lain, macam TS Hassan Merican ke Singapore kan malaysia dah rugi.

  7. Bodoh punya manusia, bukan keja ko nak buat ramalan , ko tok nujum ke?
    keje ko ramalkan bank islam tu untung ke rugi ke…macam mana nak buat untung .memang lah cari pasal…keja bodoh nak mandai2 ….

  8. hek elehhh…
    mcm mana fakta/bukti di bawah…

    1-Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012 prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

    2-melanggar hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR).

    3-najib membenarkan pelacuran buku “bible” versi bahasa malaysia. bertarikh 11 April 2011. rujukan surat : jpm/pemandu/600-23/1/2011 (2).

    aku taw puak-puak umno/bn yang dungu bungu mcm hang takkan jawab soklan aku lah. sama mcm pemimpin umno/bn lain. cakap x dak fakta. otak tahap bangkai keldai jaa…

  9. aku berdoa pemikiran pemerintahan yg baru berubah & pemikiran rakyat jg berubah…. dulu melayu ditakut2kan oleh tun mahathir bhw tukar krjn akan menyebabkan huru hara. dia x pernah cerita pun rakyat jepun, aussie, amerika, france, united kingdom, korea kerap tukar pemerintah demi utk penambahbaikan dekmokrasi dlm negara. too long in power menyebabkan negara tu korup sekorup2nya.

  10. aku tabik la kat dia. tak macam musa hassan yang pengecut. dah tak ada jawatan baru dok pung pang sana pung pang sini.
    dia ni ada jati diri so dia tau apa yang dia buat.
    rasanya dia tak kisah pun kalau dia kena terajang keluar dari bank tu. orang pandailah katakan n berani

  11. Pembela Melayu on

    itu namanya anak melayu tak sedar dek untung
    kerajaan nak bagi belajar tinggi
    ini balasannya kepada kerajaan. Bukannya nak bantu lagi nak hentam pulak. Alah…kalau buang dia ni pun takpe…ramai lagi yang boleh ganti dia.

  12. dia cakap akan kalah tipis, dah jadi isu. klau dia kata kalah teruk, mst dpt hukuman berat..

  13. Rosmah_I_Luv_U on

    aduyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    nie org ekonomi-org matametik

    kalo 1+1=2 takkan diorg kata 11.

    nanti murtad matametik jadinya…tukar jd telingametik looooo

    aduyaiiii…..

    nie second person kata gitu…sebelum nie tun daim pun kata BN hilang kerusi meja kat beberapa negeri…nie mamat biz….depa x kisah hal2 murtad ko….bible kuasa solar kee….its about hinggit and sen.

    aduyaii….kalo stament “kucing boleh bertanduk” blh jatuhkan BN

    maka dengarlah wahai rakyat mesia

    adalah WAJIB kpd semua org BN/UMNO

    CARI kucing bertanduk itu………….

    atau tanya Hj Abraham Ali…

    gagah PERKASA……….

    NOTE:
    nama “abraham,David bukan hak eskulsif agama kristien..maka x salah pangil dan ganti kpd david beckham kepada Daud Beckham….Isac Samad felda…Enoch Jusoh MARA

    hohohoho

  14. aku dok kata dah…
    orang hutan kena dok dalam hutan…
    jenis x faham fakta dan akta…

    1-Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012 prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

    2-melanggar hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR).

  15. bila masa dia hentam???
    dia buat ramalan ja…
    bukan ramalan kaji cuaca, dok rok cetong yg 2…
    dia belajaq tinggi jadi cerdik…pakai duit sendirik…
    bapak dia kaya, bekas ceo bank islam…
    bukan bodo bengong macam ahli perkasa @ suara wanita 1 malayset tu,,,,,

  16. Jiran Senah on

    Mana C Senah ni.. tak beri komen lagi.. aku tgk tunggu komen dia..

  17. hang layak ka keja bank islam?
    masuk perkasa@kimma@patrooit@jati@kilang beras jati@kilang kayu jati bleh laaa…
    x pun ang pi joint geng awie tiga line @pukida nun…
    bleh gak keja goyang2 kat kelab malam dia kat ipoh tu…

  18. kalau dia kata kalah teruk…
    lagi teruk la dia kena…
    i/c dia mungkin di batalkan
    dia akan jadi warganegara asing…
    ramai orang apply nak jadi rakyat meleysia ni…
    berbondong bot dok tunggu lampu hijau BN nak mai masuk malayisa. i/c tengah dok cetak dah. sebelum PRU siap sepenuhnya …

  19. Tindakan ini bagi saya tidak wajar… Sekadar membuat ramalan pun boleh kena gantung tugas.. Sebagai sebuah negara demokrasi seharusnya perkara seumpama ini tidak boleh berlaku..

  20. Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin mengatakan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

    BN x faham apa dia kata pasai ekonomi, pasai BN bodo ekonomi, sama dengan top management bank islam…

  21. najib telo on

    Jika dya ckap puak syaitan kalah..maunya digantung sampai mati 5hari 5mlm..

  22. nama saja “Bank Islam”…
    tapi tak dak perlaksaan secara islam…
    tak dak kebajikan kepada pekerja islam…
    lebih baik tukaq ja nama bank tu…
    “Bank Yahudi” @ “Bank Kristian” @ “National Bank of Israeli”

  23. National Bank of Israeli kata
    ceh, cara Bank Islam tadbir sama ja macam kami
    depa pun x jaga kebajikan pekerja islam…
    “KITA SERUPA…”

  24. ASAL BUKAN UMNO on

    PEMBELA MELAYU ko tu penjilat..
    kerajaan bagi belajar tinggi mmg kewajipan diaorg bagi pendidikan..asal nk masokkan “kerajaan bagi beljar tinggi”..lagi nak spin cerita.. dia nk bagi sumbangan la tu kat kerajaan suro baik pulih pemerintahan yg sedia ada..
    bagi pendapat pun salah k..

  25. X BF SENAH on

    bodoh punya management bank islam..bg statement mcm tu pn dh gtg pekerja???? nie mesti arahan mulut2 jahat dr putrajaya. negara demokrasi ke mcm nie??? lebih dr komunis…zalim.

  26. apa tindakan gantung adalah tepat??

    dia sekadar bagi pandangan sahaja belum tentu salah atau betul.
    adakah langsung tidak boleh terima pandangan atau teguran orang lain. yang bebal akan terus bebal…

  27. najib telo on

    knapa pr wajib menang pru13..sbb utk membebaskan tahanan ISA yg kononya akta tersebut telah dihapuskan..tnya pak google ‘senarai tahanan isa’

  28. aku tak faham kenapa masih ade rakyat yg mentaliti rendah menyamakan kerajaan ngn BN..BN tu parti bukan kerajaan..dah tanggungjawab kerajaan memastikan rakyat terpelajar.kalau die ramal BN kalah skalipon tu tak salah biapn bank islam tu GLC…skrg ni BN yg salah sbb menyalahgunakn kuasa sbg kerajaan utk menghukum rakyat yg tak ‘sebulu’ ngn diorang…mane hak kebebasan bersuara bile hanya satu baris ayat dah cukup utk dijadikan alasan menghukum??

  29. Sistem Demokrasi ala Malaysia,
    Bila Saudara Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata begini:
    “Pakatan Rakyat bakal menang tipis pada Pilihanraya Umum ke 13”
    akibatnya beliau digantung tugas…

    Bila Saudara Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata begini pula:
    “Pakatan Rakyat bakal KALAH tipis pada Pilihanraya Umum ke 13”
    akibatnya beliau akan DINAIKKAN PANGKAT…

    p/s: berkatalah benar walaupun pahit.
    (Senah x keluar lagi sbb tgh basuh jamban,, bos dia dah bising asyik tenet jer)

  30. kalau aku lah jadi CEO bank islam dah lama aku singkir orang yg tak tau bershukur ni. pelajaran nya pun kat mana aje….bukan pakar ekonomi pun…sekolah rendah je,,,tau mengajar ABC je…

  31. ko sndiri tak betol nak betol kan orng…kalo pasal plitik ko cakap dia bukan nujum, tapi lam ekonomi ko suruh pulak dia jd tok nujum….ekonomi tu menyeluruh la wahai macai…termasuk politik smasa negara…..tu la suruh ngaji tengok tv3….mula la bengap…

  32. Biasa laj tu,,,kalau tak macam tu keja sendiri je lah …nak buat apa susah2…nak jadi pak nujum pegi lah bejakar dengan ANWAR…dia pun pakar ekonomi juga…dan pakar segala pakar.

  33. Jom kita senaraikan cybertroopers BN. Spin fakta and auta. Menidakkan hukum Allah tertegak
    1. Sabri
    2. Papa Hebat
    3. Amran Pekida
    4. Senah
    5. Hajah Rogayah

  34. anak jati johor on

    apa la papa….kata DEMOKRASI….tak kan dah jadi KUKU BESI….nak ikut telunjuk je…..

  35. Budaya mengampu pemimpin adalah budaya UMNO.

    1. Kalau dia kata BN akan menang dgn majoriti lebih besar sebab mampu
    mengurus ekonomi malaysia dgn baik, sure pagi ni dah jadi headline
    kat Utusan Meloya “Pakar Bank Antarabangsa Akui Malaysia Mampu
    Jadi Kuasa Ekonomi Serantau”
    2. Esok pula masuk TV 1, TV 2, TV 3 suku. Sokong BN
    3. Tahun dpn dpt Tan Sri.
    4. Kalau BN menang jadi CEO Bank 1 Malaysia (bank baru)

  36. abang toko on

    ahli nujum ker azrul azwar ni?walau apa pun kita tggu dah lihat saja la nnti ya azrul azwar PRU13.kita semua tgok ramalan ahli nujum azrul azwar ni btul ataupun tak ya.atau takut nya apa,ramalan ku ini sia2 dan dusta belaka.

  37. pak nijum pekak badak tu mesti di singkir segera sebab tak menjalankan tugas…tugas nya menilik kemajuan bank bukan menilik sama ada orang tu menang atau orang tu kalah….pakar tilik sekarang adalah MAT SABUN…sebab tu cetak bible dalam bahasa melayu bersama KALIMAH ALLAH…

  38. Agak-agaknya la kan, ada tak situasi Azrul dengan bos dia masa kena gantung tugas macam ni? :
    Azrul: Boss, saya kaji macam ni boss… ini.. ini… tapi kenapa nak gantung saya boss?
    Boss:Listen listen listen listen listen listen listen listen listen listen, I speak you listen. You ingat binatang takde masalah, kalau you tak suka, pergi duk Cuba. Binatang sume happy dengan goverment sekarang.

  39. Khairuddin on

    Dia bercakap mengikut pandangan dia sebagai ahli ekonomi. Seperti juga Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan/Undang-undang) yang dibuang dari UIA kerana melaporkan sesuatu yang tidak sedap didengar oleh orang atasan BN. Negara ini semakin rosak, mereka yang intelektual dibuang dan dihapuskan demi kepentingan politik BN. Biarlah rakyat malaysia menjadi bodo dan hanya sokong mereka sahaja.

  40. nak cakap bukan tak bolih cakap, tapi tak kan bercakap macam orang politik pulak…dia ni budak2 lagi jangan cakap macam tu. sekolah pun sekolah rendah je, di berikan jawatan tinggi sebab tu jadi bodoh…

    cerita pasal ekonomi bank lah,,,untung rugi ,,itu keja nya ,,bukan masuk politik..pada saya lah patut DI BUANG TERUS …biar dia masuk politik 100%…ikut lah ANWAR…mentor nya,,belajo lah pandai2 macam mana nak cari benda tu????????????? pulak.

  41. 1. Dulu Dr. Morsi Mesir dalam penjara, Hosni Mubarak Presiden.
    2. Sekarang Dr. Morsi Presiden, Hosni Mubarak dalam penjara.

    3.Dulu DS Anwar penjara, DS Najib Menteri
    4.Nanti DS Anwar PM, DS Najib?

    DS Anwar kata bukan dalam penjara. Ketua Pembangkang atau Ambassador to Monggolia.

  42. Setakat pukul 12:45pm ada 49 response kepada subjek ini, tapi satu pun tak ada yang berminat untuk tahu kaedah dan bacaan statistik atau keputusan unjuran yang di buat oleh Sdr Azrul Azhar.

    Apa kata kalau kita berbincanglah dan membuat keputusan dengan ilmu dan kebijaksanaan. Hari ini, bukan sekadar di Malaysia malah di US pun berlaku orang yang di kira pakar sesuatu bidang menghalalkan sesuatu mengikut kepentingan. Jadi, beban pada kita untuk membuat pertimbangan dengan betul …. sekadar pandangan

  43. hari tu pengacara tv3 di suruh letak jawatan nie org len plak kena…kerajaan apa sampai x leh komen apa pun…kata negara bebas dan demokrasi…..teruk nya sikap kerajaan barisan nasional nie…

  44. anak jati johor on

    orang hutan & pembela melayu ni…..keturunan kominis ke…bila pandangan tentang ekonomi segala tentang negara terbabit….jgnlah terlalu naif pada kerajaan yang dah jadi kuku besi…sebelum ni syed zainal abidin proton kena pastu hassan merican petronas skrg azrul …..lepas ni….tak tau sape lagi yang kena

  45. Itu ramalan beliau..kenapa kerajaan nak melatah pulak. orang pulak nnak kacau pulak
    So, bagi sebuah Kerajaan yang ada kredebiliti, ada jati diri, Kerajaan sebegini sepatutnya tak cepat melatah..
    Sebab katanya YAKIN dengan sokongan rakyat..jadi apalah sangat ramalan beliau ini..

  46. najib telo on

    Lain kali puji la rosmah rambut kembang ke..bontot tong dram ke..kompom najib akan lantik jadi timbalan pm..moto umno..biar xde maruah janji dpt rembat duit..

  47. amran Pekida on

    kurang ajar tul mamat nieh. jgn sampai laa aku terserempak mana2 mmg pecah la muka jambu ngko tu. harap jawatan tinggi sanggup terima upah dari pembangkang.

    lantik org UMNO pastilah kes2 derhaka takkan berlaku lagi

  48. amran Pekida on

    x sokong BN bermakna derhaka. itu pun susah. minta sgt2 sekat pembangkang dr bertanding, haramkan terus lebih baik. kalau semua takut, biar anggota kami cari dari rumah kerumah, dan nyahkan pembangkang semua masuk laut balik indonesia

  49. anak jati johor on

    aku ingat lagi masa zaman madey….van driver tmpt aku keje hantar la barang yang anak madey order…driver tu belum pun balik kat ofis…bos aku dah dapat call dari org madey suh BERHENTIKAN driver tu serta-merta….alasannya dia tak suka driver tu…bos aku takut madey ngan anak dia buat apa-apa…ikut je la arahan….cian driver tu…ada anak bini lak tu….aku pun tak tau mana dia keje pas tu…..

  50. rakyat kena betulkan situasi ini.bagi pihak UMNO n BN ambilan ini semua sebagai peringatan.namun ada masa lagi utk BN berbuat sesuatu utk rakyat contohnya setiap yang memiliki harta melebihi sejuta hendaklah bagi kepada anak yatim,org yg tak berkemampuan,ibu tungal dan org org miskin luar sana sebanyak 30% dr harta tersebut.niatkan kerana allah…insyakllah hidup berkat.bagi org org yg dibantu oleh BN mendapat projek berjuta juta tu.tak salah buat cabutan sebulan sekali utk menang rm10,000 sebulan ke (utk warga malaysia sahaja)berdasarkan no.ic ke.selamat mencuba….

  51. Dah macam kisah “Singapura di langgar Todak” pulak aku tengok. Sepatutnya berterima kasih dan tingkatkan lagi usaha untuk mengambil hati rakyat

  52. setuju……dia ckap bkn nk brphak kpda mane2 phak ,dia ckap atas kajian dia sndiri…..dia seorang yang brani bgi pndgn

  53. ANDA2 NI(ORANG UTAN DAN PEMBELA MALAYU) NI SKOLAH KE TAK??? SAUDARA AZRUL PERLU MENGANALISA SEGALA YANG TERLIBAT BAIK SECARA TERUS ATAU TIDAK DGN EKONOMI.. TAHUKAH ANDA BERDUA BAHAWA POLITIK MEMAINKAN PERANAN PENTING DAN SANGAT MAMPU UNTUK MEMPENGARUHI EKONOMI MALAYSIA SEMASA. BUKAN SETAKAT DIMALAYSIA MALAH DI AMERICA PUN BILA MANA ADA PILIHAN RAYA PENTING.. PARA WALL STREET AKAN MULA KACAU… SO BG SAYA XSALAH KALAU SAUDARA AZRUL MENGANALISA DAN MERAMALKAN PERKARA NI SBB DIA PERLU MEMIKIRKAN STRATEGI DAN CONTINGENCY STRATEGY 2 STEP AHEAD. PAHAM???
    DAN SEPATUT NYA PARA POLITICIAN “HEBAT” ATAS SANA BERFIKIRAN RASIONAL DAN BIJAKSANA.. BUKAN EMOSI..

  54. Gurkha Pencen on

    Allah cuma bagi kat kita satu tali leher jer dan kuasa. Dulu Firaun lagi hebat, ada emas bertimbun-timbun dan macam-macam lagi harta. Bertapa hinanya nasib Firaun apabila Allah aibkan sampai hari supaya dapat dipertontonkan kepada kita agar dapat dijadikan pengajaran. Walau pun mayatnya ditanam dalam kubur yang gah dimasa itu. Rezeki Allah ni ada di mana-mana.Doa adalah yang terbaik buat mereka yang terinaya.

  55. Shahanshah Dastan on

    ELOK PUN KENA TERAJANG ,DIA KATA BANK ISLAM RUGI YE ? DIA BUAT APA KERJA KAT BANK ISLAM TU?BANK LAIN UNTUNG BAGUS…..YANG DIA NAK JADI AHLI NUJUM PAK BELALANG TU KNAPE? PANDAI PANDAI BUAT RAMALAN KONON BN KALAH PRU 13. KALAU DAH KENA TENDANG KAU NAK MERAMPUS TU KNAPE,BUKA BANK SENDIRI…..

  56. Salam Sayang,

    Sabar… Akak tahu ramai yg menantikan komen bernas akak. Akak kenal benar si Azrul tu. Dia ni fanatik PKR.. Apa yg Anwar Ibrahim buat dia setuju bulat2. Kalau korang nak tau dia ni supporter PKR cawangan Bukit Selambau, Kedah. Ok, komen akak selanjutnya menyusul pada bahagian atas.

    Akak bangga pemimpin UMNO/BN melarang bank2 kerajaan terlibat politik.

  57. Haram jadah UMNO laknatullah… Aku penjawat awam juga tapi bekerja untuk rakyat bukan untuk anjing UMNO melayu bodoh ni…. Kalau aku nampak orang Pekida aku nak cakap hampah ni anjing liar UMNO….

  58. budak ni budak beringus lagi,,,dia tak tau tentang tugas nya,,,nak jadi pak nujum pegi lah belajo kat anwar tu,,,dia pandai menilik.nilik, kalau tak takan
    dia banyak peminat setia di sekeliling pinggang nya…semua yg minat nya pun cun2 belaka.

    kalau saya jadi CEO ban dah lama saya sibgkir,,buat apa simpan binatang macam ni,,,

  59. rasanya kalau dia ramalkan bila akan berlaku kiamat, mahu kecoh satu dunia. Kenapa perlu ramalkan sesuatu yang sensitif,yang mungkin juga boleh mempengaruhi dasar dan kemasukkan pelabur2 asing ke malaysia di sebuah forum di singapore????? Kenapa perlu memburukkan kerajaan sedia ada, dan ramalan keutuhan sesebuah negara bukan seperti meramalkan datangnya hari kiamat oleh sesebuah ajaran sesat. setelah meramalkan sesuatu yang buruk terhadap majikan dan kerajaan yang menaunginya, bila dikenakan tindakan kecoh puak PR kata inilah herooooo kami… kenapa perlu menindas??? kenapa BN zalim??? bayangkan seorang pekerja sebuah syarikat mengutuk-ngutuk syarikat dan bosnya bakal terlingkup kat member2 bosnya semasa mesyuarat agung. Kemudian balik kerja ke pejabat dengan harapan bosnya akan memuji beliau dan mencadangkan menggandakan gaji sebanyak 10 kali ganda kerana telah mengeji bos dan syarikat tmpt beliau bekerja dengan jayanya dan meramalkan syarikatnya akan bangkrap dan semua wajib memuji. Bayangkan seorang perkerja restoren pergi bagitau kat semua pelanggan restoren bosnya bahawa restoren ini banyak orang sudah mati kena santau dan bakal bangkrap dan mengharapkan bosnya memuji2 beliau, tidak memecat beliau malah melantik beliau sbg pemegang syer restoren. BULLLshit… kompen mangkuk hayun mcm ni kena humban dalam lubang najisssssssssssssssssss……

  60. Independent on

    Sya rasa e2 pendapat sahaja bkn apa pun..mgkin sbb dia berpengaruh tp BN jg blh buktikan sebaliknya sbb ramalan x semestinya btul

  61. Keli goreng on

    Bn lebih percaya bomoh siam daripada pakar analisi tu fasal peluang pru13….Hehe

  62. aku yakin semuanya fitnah pembangkang nak kuasai johor bumi melayu tulen dan cemerlang. biar miskin dn dihalau merempat sekalipun kami org johor hanya akan undi BN dan UMNO sahaja.

    semangat bangsa johor yang kaya adat resam dan budi bahasa hanya diterjemah dengan mengundi BN. marilah bangsa johor, jgn pedulikan mereka yang dengki lihat kemajuan nusajaya, iskandar, JB, kluang dan batu pahat. ko gi je mana2 shopping complex ade je melayu dok shopping. ok la tu

  63. tukar kerajaan confirm huru hara, seperti yang berlaku di somalia, afghanistan dan mesir. sebab itulah seluruh bangsa johor akan pertahankan UMNO selama2nya

  64. ok saya je telek PRU ni,,,

    saya nampak bulan gerhana
    roket terjunam ke bumi
    mata orang2 PR ni semua lebam

    PUI. pak nujum

  65. Salam Sayang,

    Akak tgk si Azrul Azwar ni jambu semacam je. Tak heran la kalau dia ni sokong Anwar Ibrahim. Jangan main lubang kunyit lagi ye Anwar Ibrahim.

    Kan dah sain akujanji semasa diterima bekerja dgn Bank Islam – salah satunya pegawai atasan bank dilarang terlibat dgn aktiviti politik samada mmbuat kenyataan atau berkempen. Yg mamat Azrul ni excited sgt kata BN akan kalah tu buat ape? Kau bekerja dgn bank UMNO/BN tapi kau mengutuk pula org yg suap kau makan.. Hai ni mesti hasutan pembangkang negara @ musuh negara.

    Akak seru semua bank jgn berani memburukkan kerajaan UMNO/BN. Korang dah untung berbilion2 makan duit interest rakyat, so korang wajib bersyukur pada kerajaan UMNO/BN yg telah memberi lesen bank.

    Akak bangga bank2 malaysia untung berbilion hasil drp penat lelah pemimpin UMNO/BN.

  66. asrol antara jenis spesis Lembu NFC hybrid yang berjaya dihasilkan dengan teknik menternak didalam kondo

    Syabas UMNO

  67. adakah ahli pekida ni semuanya samseng belaka. anda memperkosa erti sebenar pertubuhan anda. Throwing shit at your own face and a disgrace to Islam.

  68. lepas kena halau kita wat rumah setinggan banyak-banyak kat ujong-ujong bakau. Lepas tu anak cucu kita jadi macam bajau laut. mereka hanya mampu tengok lampu-lampu dari rumah mewah yang kita tak mampu miliki……Allah kurniakan semua makhluk otak tetapi manusia ada akal yang mampu berfikir

  69. rakyat bangga dengan PM dan seluruh anggota UMNO yg suka menunaikan janjinya dan amat amanah. terutama di Kedah, kami dah x sabar nak pangkah BN. tuduhan kononnya ada PATI mengundi tidak timbul kerana kebanyakan dari 9000 warga Myanmar dan Indonesia yang dituduh sudahpun memiliki IC yang sah, menjadi anak jati kedah dan berdaftar dengan SPR. jadi ianya tiada kes. jika nak sgt cr salah pi la sabah ha 2 juta PATI, sejuta leh mengundi, org asal pun x smpai sejuta. dikedah ianya OK asalkan kita menang, itulah yang penting.

    BN Menang Kedah Senang

  70. saya sokong kenyataannya, memang betul ramalan itu, dekat sabah saja sudah muak walaupun banyak keena kasih gula gula, namun yang kaya raya orang UMNO saja, yang akar umbi jadi miskin, mudah kena bodek..sokong!!! sokong akar uumbi cakap..tetapi sekarang berbeza.. tidak macam dulu, ingat lagi macam mana kekalahan parti berjaya disabah…itu yang kena belajar. yang tua tua jangan campur politik lagi, cukup sudah, kasih peluang yg muda muda saja.

  71. DECEPTICON johor on

    islam mengharamkan kita menilik nasib dan membuat ramalan.hu hu hu.BS tunjuk la warning letter gan sebab di digantung.ni bg statment, tp prove x de, bikin org becakaran je.bagus klu dia keje kompeni/glc yg lain je.nanti P.R punye org cakap Kroni plak klu betul bapak die bekas ceo sana.pada aku, kroni tp keje bagus tak de masalahnya.lain la kroni melingkup

  72. DECEPTICON johor on

    warning letter/surat tunjuk sebabnye mana.tak kan bos cakap mulut je “aku gantung ko tak bertali 2 minggu”

  73. orang bodoh….kau kena tukar nama jadi bangang, bongong dan bengap.

  74. hmmm…mokcik selalu urut ppuan mgandung…kalu umor kandungan 7,8 n 9 bulan tu dah boleh rasa2 dah perut, boleh agak dah laki2 ke ppuan anak tu. tu semua berdasarkan pglaman & apa yg mokcik belajar daripada tok nenek dulu.
    nampaknya mokcik kena menuntut balik untuk tingkatkan ilmu, supaya dapat tau baby tu umnongok atau lain2.

  75. rakyat biasa on

    tol2..kerajaan bertanggungjawab atas sesebuah negara dan bukan mengira parti..

    pasni tuka melaysia jadi negara barisan nasional..pastu jalur gemilang tukar jadi bendera dacing..kuikuikui

  76. YB makjemah on

    before elections YB tinggal kat sentul je
    after elections YB pindah dok mont kiara
    bila nak pilihan raya baru nampak batang hidung..bla bla bla tanye masalah rakyat bla bla bla…kalau tak haram tak kisah!
    yg lagi hairan bile YB dtg ramai lah dok berbaris panjang nak cium tangan YB, sedangkan hampa dok undi YB jadi menteri… apa gejadah hampa dok jadi pencacai….

  77. Rosmah_I_Luv_U on

    listen
    listen
    listen
    listen…………………brapa kali listen daaaaaaaac

    u r right…
    me r left…….huahahaha

  78. komen senah tu kena bace terbalik…ada tersirat dan tersuratnya. maklumla org veteran

  79. ayu sleeping on

    dok tunjuk kemaih apa pekida..kata bela melayu..pembangkang pn dok hentam…

  80. Teringat buku sejarah melayu. Ketika temasik di langgar todak..pemerintah negara memerintah rakyat menyekat serangan itu berkubukan betis sehingga ramailah mati. Seorang budak memberikan cadangan menggunakan batang pisang sbg kubu sehingga byklah ikan todak tertewas. Kejayaan idea dan kecerdikan itu rupanya menjadi igauan ngeri org2 besar..dikhuatiri menggugat kedudukan mrk. Maka matilah budak itu dibunuh.

    Hmm..blajarlah sejarah melayu..sikap org melayu x byk berubah..especially tang negatifnya tu.

  81. Biadap sunguh,,,dah di bagi keja tu buat lah yg terbaik untuk bank,,,bukan masok campur yg lain bab..kalau nak berpolitik berhenti kerja terus dan berpolitik lah…siape pu tak marah , tak larang,,,itu suka masing2. kalau kita berkerja makan gaji ni kita terikat dengan peraturan dan akuan dan berbagai lagi arahan…walau pun bekerja dengan syarikat siapa pun.

    rasa2 nya patut di liwat je ,, baru dia sedar siapa dia sebenar nya.

  82. patut di humban ke laut,,,tak guna simpan binatang macam ni yg makan tuan…hantar je kat anwar Liwat je bontot nya baru dia tau sakit ke tak…

  83. Aq terbang on

    apa maw takut.. diorg manusia juga… yg seharus nya kita takut Allah swt.. peduli lahh kene gantung, rezeki dan takdir di tangan Allah bkn d tangan diorg.. munkgkin rezekinya bkn di dunia ney, mungkin kat akhirat nnt.. rasa2x rezeki kat akhirat nnti lagi nikmat dari dunia.. btl tak…

  84. azrul tidak sepatutnya memberi komen ini di forum terbuka. Dia boleh memberi pendapat seperti ini ditempat tertutup. Sebagai orang berpelajaran tinggi n jawatan tinggi dia sepatutnya tahu di mana tempat yang sesuai. Jangan kata BN , PR pun sama , semua tak boleh nak di kritik.Tengok ajalah nasib Nasaruddin md Isa n Datuk Hassan Ali. MENGATA DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH.

  85. mentah lagi budak ni…. biasa la, idealism terbawa2 sampai lupa realiti. politik zaman sekarang adalah politik persepsi, ibarat tercium bau kentut terus dituduhnya orang yang duduk sebelah tanpa usul periksa.

  86. akak bedah on

    apa la mamat dol & ????….kalau dah ekonomi negara……memang-memang segala yang berlaku dalam negara adalah faktor-faktornya….itulah situasi yang berkaitan dengan perkembangan atau kejatuhan ekonomi sesebuah negara….masa sekolah kamu berdua ni ambil Sains Rumah Tangga ke? jangan lah jadi melayu cetek dan pendek akalnya

  87. Tuan Haji Ibrahim
    Kalau betul dia ni anak bekas CEO Bank Islam –saya nak beri sikit maklumat

    Pada zaman Dato’Ahmad Tajuddin-Bank Islam RUGI Tiga billion–saya tak kata dia yang bertanggug jawab tapi hakikat nya dialah CEO Bank Islam masa tu-1993–2000 Jadi CEO tapi tak berkesan sampai Bank rugi Tiga Ribu juta –itu bukan sikit jumlahnya Sekali lagi saya tegaskan-SAYA TIDAK KATA DIA YANG TERLIBAT TAPI KALAU CEO TAK BOLEH KAWAL ORANG BAWAHAN macam macam boleh terjadi.Kalau betul Azwar tu anak dia, sepatutnya dia kawal Azwar jangan buat ramalan politik sebab dia pekerja Bank bukan orang politik.Mungkin tak belajar dari kesilapan yang lalu,Sayang sekali.

    Tak percaya tanya Bank Negara atau kaki tangan lama Bank Islam

  88. Beliau buat analisa bagus sesuai dengan jawatan dan kepakaran. Tapi jawAtan dan kedudukannya tidak melayakkannya memberi komen sedemikian rupa kerana boleh mempengaruhi politik dan ekonomi negara.Dari segi politik/kerajaan tak kira mana2 parti yg memerintah seolah-olah beliau tidak yakin dan merendah-rendahkan pengaruh kerajaan.Dari aspek ekonomi pula menyebabkan kemasukkan pelabur terjejas.Hal ini bertentangan dengan dasar kerajaan untuk menarik pelabur dengan memberi inisiatif dan keyakinan terhadap kestabilan politik dlm negara.Soal hak bersuara perlu ada kawalan jika tidak satu keluarga pun boleh berpecah belah kerana hilang rasa hormat menghormati.

  89. Kita patut lihat dan kupas kes ini secara ilmiah, bukan fahaman politik. 1 — bagaimana seorang pegawai yg tidak terkenal namanya dijemput untuk menjadi ahli panel id persidangan serantau, di singapure pulak tu? nampaknya seperti penganjur tahu terlebih dulu kandungan analisanya…… 2 — adakah dia mewakili BIMB? sepertinya tidak. ini dengan sendiri mungkin melanggar peraturan bank. 3 — biar apapun analisanya, setelah dibuat ia menjadi harta bank dan hanya bank yg berkuasa menentukan samada ia patut dihebahkan kepada umum atau tidak. 4 — orang berkenaan mengakui dia penyokong pembangkang mulai 10 tahun dulu dan juga menjadi ahli PKR. rupa2nya ini diketahui umum di bank dan dia juga secara diketahui oleh ramai fellow staff/officers di bank sebagai pengkritik kuat kerajaan dan penyokong kuat pembangkang. kalau ini sebenarnya issue yg menghantui bank, sudah tentu dah lama dia dipecat tapi ini tak berlaku. jadi kalau mengikut lojik/akal, tak mungkin fahaman politik menjadi penyebab dia menghadapi tindakan disiplin sekarang.

  90. AMRAN PEKIDA : jgn mengelabah bro,kau kata islam,ini ke cara nilai islam yang kau terapkan,nak jadi gangster pi la kelab malam yang penuh maksiat tu,ni lah benih UMNO lahirkan.kata negara demokrasi,lantak pi lah rakyat nak kata ape..kes NFC gelapkan duit rm 200 juta ape cer?AMRAN pekida jgn jadi bodoh.menyokong membuta tuli membabi buta je…ceh..kata pekida islam konon…dlm kuboq nanti hang jawab la dgn ALLAH..dok main agama ye…

  91. sy rasa ramalan beliau mmg tepat…kita boleh lihat perhimpunan d stadium bukit jalil…majoriti rakyat turun ke padang dgn sendiri ( kerelaan )..berbanding perhimpunan yg d buat UMNO…( biasanya di angkut oleh UNMO )….confirm UMNO kalah

  92. enviroeconomist on

    Politik dan ekonomi adalah adik beradik.tak boleh pisah.sesiapa yg ada intelektual tinggi je boleh ckp psl ni.

  93. salam..
    pd pendapat saye, xsalah dye buat begitu. dye bercakap berdasarkan kajian dye.
    untuk pengetahuan anda semua,ekonomi dan politik ade kaitan antare 1 sama lain. kanape saye kate begitu?sb salah 1 punca ekonomi malaysia boleh berkembang adalah disebabkan politik.dah ade kajian psl ni. nk tau lebih,sile google sendiri.nanti anda akan phm.
    yg ak plg2 xstuju bile dye pass confidential document to outsider..
    unethical issue disitu…

  94. fredinoaziz on

    dasar org utan yg brkwn dgn beruk camtu la pandangannya..study la kenyataan dia bongok..dia bkn hentam bn bodo..dia analisa saja berdasar kn ekonomi.

  95. fredinoaziz on

    kak senah muka pun dah berkedut..jgn jdi mcam mahat dir ghandi dah nyanyuk..bwak2 la ke sejadah..solat tahjud byk2.

Leave A Reply