Biodata Azmin Ali Menteri Besar Selangor MB Terkini. Punca Dilantik?

Biodata Azmin Ali Menteri Besar Selangor Terkini. Punca Dilantik Istana Selangor Didedahkan!

Dalam pada DAP terus menemplak 4 orang pemimpin PAS yang kekal di barisan kepimpinan Khalid Ibrahim sebelum ini sehingga dipanggil pengkhianat.

azmin ali

Ditambah pula PKR terus mempertikai perlantikkan Azmin Ali sebagai Menteri besar Selangor. Ini kerana tidak mengikut proses perlantikkan undang-undang tubuh negeri dan demokrasi demokrasi berparlimen proses pelantikan itu juga menjejaskan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

Azmin Ali..tetap ditabalkan Menteri besar Selangor baru sedang mengangkat sumpah di Istana Alam Shah Klang Selangor sekaligus memerintah negeri yang terkaya di Malaysia bernama Selangor

Sejarah Biodata Azmin Ali (Menteri Besar Selangor Baru)

Nama Penuh : Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Tarikh lahir : 25 Ogos 1964
Tempat lahir : Singapura
Umur : 52 tahun setakat hari ini
Nama Ayah : Ali
Nama Ibu : Che Tom Yahaya
Alamat Kediaman Orang Tuanya : Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor
Nama Isteri : Datin Seri Shamsidar Taharin
Nama Anak : Ada 6 orang anak kesemuanya
Alamat Rumah :

Nama Adik Beradik

  • Azwan Ali
  • Arpah Ali
  • Umi Hafilda Ali

Sekolah Rendah : Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) Kuala Lumpur
Sekolah Menengah : Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur dan Institut Teknikal di Jalan Cheras, Kuala Lumpur
Pengajian Tinggi :

  1. Institut Teknikal, Jalan Cheras
  2. Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik dan Ekonomi) di Kolej Sains dan Kejuruteraan, Amerika Syarikat
  3. Ijazah Sarjana dalam Matematik dan Ekonomi di University of Minnesota
    Sarjana Pendidikan (Matematik dan Ekonomi di Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Profesion Manusia, Amerika Syarikat.

Sejarah Karier Politik

Tahun Karier Politik dan Kepimpinan:
1987 Atas nasihat perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu Timbalan Perdana Menteri. Pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Pelajaran.
Dilantik Pegawai Khas di Kementerian Pelajaran
1 Oktober 1987 hingga 1998 Setiausaha Peribadi kepada Anwar
Kesetiaan Mohamed Azmin Ali kepada Anwar tidak berbelah-bahagi apabila beliau memilih untuk terus bersama ketuanya. Ketika itu Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 Sept 1998 berikutan tuduhan liwat dan rasuah.
Hubungan Mohamed Azmin Ali dengan Dr Mahathir mula keruh yang dianggap sebagai bapanya sendiri apabila Anwar Ibrahim dipecat.
1999 Mohamed Azmin Ali merupakan antara pengasas Parti Keadilan (ketika itu) yang ditubuhkan pada 1999 bertujuan mencari keadilan untuk Anwar.
Pada PRU ke-10 pada 1999; Mohamed Azmin (Parti Keadilan) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Umno Datuk Fuad Hassan dengan majoriti 1146 undi.
2008 Pada PRU Ke-12; Mohamed Azmin Ali menang kerusi Parlimen Gombak dan turut memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa.
2010 Pada 2010 beliau menjadi Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2010/2013.
2013 Mohamed Azmin seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa untuk penggal kedua berturut-turut.
2014 Azmin Ali telah dilantik oleh Sultan Selangor menjadi Menteri Besar Selangor.

Punca Azmin Ali Menteri Besar Selangor Baru Dipilih Istana Selangor?

  1. PKR dan Pakatan Rakyat Selangor terus bergolak mengenai isu calon Menteri Besar selangor
    DAP dan PKR terus berdegil untuk hantar calon tambahan bagi calon Menteri Besar Selangor yang baru sehingga Sultan Selangor murka
  2. Akhir Azmin Ali dipilih Sultan Selangor berdasarkan konsensus Pakatan rakyat yang mana kerusi Menteri besar Selangor adalah milik ADUN PKR
  3. Azmin Ali dilihat mampu meraih sokongan dikalangan pemimpin Pakatan rakyat sekaligus melancarkan urusan pentadbiran negeri Selangor kelak selaku Menteri Besar Selangor baru
  4. Akhir sekali, Azmin Ali telah tinggal bermastautin di negeri Sultan Selangor yang mana dibesarkan di Hulu Kelang sejak tahun 1968 lagi

Tahniah kepada Azmin Ali. Anda sebagai seorang CEO syarikat yang bernama “negeri Selangor” buatlah yang terbaik kepada ahli lembaga pengarah anda (rakyat negeri Selangor). Mereka akan menilai prestasi anda dan anak-anak buah anda bermula hari sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke 14 kelak.

P/S : Rakyat Selangor ada cadangan dan masalah yang ingin anda kongsikan untuk diselesaikan oleh pimpinan Menteri Besar Selangor baru ini?