Live Debat 1MDB Tony Pua VS Arul Kanda di RTM. Soalan Bocor Untuk Bos 1MDB?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Live Debat 1MDB Tony Pua VS Arul Kanda di RTM. Soalan Bocor Untuk Bos 1MDB?

Debat bukan budaya kita. Itu antara ungkapan yang biasa terngiang-ngiang di telinga rakyat Malaysia melalui mulut pemimpin politik. Itu dahulu.

debat 1MDB

Walaupun ada banyak perbincangan dan forum terbuka yang membincangkan isu semasa di Malaysia termasuklah anjuran Sinar Harian dan Karangkraf melalui forum popularnya Wacana Sinar.

Itupun rakyat Malaysia tidak dapat tonton secara live di kaca televisyen.

Tahniah Berita Semasa ucapkan. Nah, kali ini budaya yang dahulunya dilihat ganjil daripada pemimpin konvensional mungkin akan berlaku sedikit perubahan budaya di Malaysia apabila besar kemungkinan rakyat Malaysia akan menyaksikan satu debat melibatkan isu semasa di Malaysia yang paling tegang dan panas dekat ini iaitu membabitkan isu 1MDB Malaysia.

Berdasarkan butiran kemungkinan Live Debat 1MDB Tony Pua VS Arul Kanda dijadualkan :

  • Hari : Jumaat
  • Masa : 9 malam hingga 10 malam
  • Saluran Siaran Langsung debat 1MDB : RTM
  • Tarikh : 6 November 2015
  • Pendebat : Arul Kanda Kandasamy VS Tony Pua
  • Pengendali acara : Malay Mail

Live Debat 1MDB Tony Pua VS Arul Kanda : Antara Soalan Bocor?

  1. Rakyat Malaysia mahu tahu mengapa dan kenapa Bank Negara Malaysia BNM perlu tarik balik kelulusan yang kepada 1MDB memindahkan lebih US$1.8 bilion di luar negara sana? Mengapa?
  2. Rakyat Malaysia juga mahu tahu, kebenarannya adakah pelaburan awal yang dilakukan oleh 1MDB berjumlah US$1 bilion untuk tujuan mendapat 40% daripada 1MDB – Petrosaudi dan Petrosaudi hanya perlu perlu melabur haknya kepada rizab minyak tertentu di Laut Caspian dan di Argentina bagi pegangan 60%?
  3. Adakah benar 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa mendapatkan kelulusan diperlukan daripada lembaga pengarah ketika itu seperti dinyatakan dalam minit lembaga pengarah yang sama?
  4. Adakah 1MDB membayar AS$993 juta dari AS$1.22 bilion yang ditebusnya daripada dana pelaburan Kepulauan Cayman dan AS$975 juta yang dipinjam daripada konsortium diketuai Deutsche Bank untuk menamatkan opsyen 1MDB yag diberikan kepada Aabar Investments sebagai sebahagian daripada satu lagi syarat dikenakan International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk menjamin terbitan bon AS$3.5 bilion 1MDB?
  5. Adakah kerajaan persekutuan mengeluarkan “surat sokongan” pada Mei 2015 kepada Bank Exim untuk meminjam AS$150 juta, di mana dana itu digunakan MDB untuk membayar pengambilan tanah daripada Tadmax Resources Bhd pada kira-kira RM300 juta?

Ada lagi yang anda mahu tambah?

P/S : Rakyat Malaysia mahu lihat dan saksikan debat 1MDB hanya kerana mahu  jawapan disebalik persoalan yang tergantung, bukan jatuh hukum. Bukannya mahkamah. Rakyat yang akan dapat kesimpulan awal selepas tengok gerak geri dan telatah kedua-dua belah pihak berbalas hujah.



Share.

18 Comments

  1. Kerana nak halang debat suruh letak jawatan ini mainan pihak dlm bagi menutup masalah 1mdb yg sememangnya bermasalah dgn kuasa yg ada bagi memperbaiki masalah 1mdb sebelum boleh diumumkan pada rakyat malaysia. Dulu dan kini kerajaan umno masih tak berubah telus bertanggungjawap jaga kebajikan rakyat..

  2. Rakyat mahukan kebenaran bukan pembohongan perbodohkan rakyat dan mengambil hak subsidi rakyat, dimana kerajaan tidak mampu membangunkan negara dgn seimbang dan menghabiskan wang negara dgn sesukahati sambil menyamun harta rakyat malaysia.. kegagalan kerajaan harus mengambil langkah yg wajar dan mana2 pihak bertanggungjawap harus letak jawatan bukannya tutup sebelah mata buat bodoh sj.

  3. Anonymous on

    ok.. tapi geramnya kepala dia dok relek kat umah… kasi macai je jawab.. paling kuat pun bagi alasan.. “This is as per agreed with Board of Director”

  4. Percayalah, nanti Ketua Polis Negara atau peguam negara keluar statement pagi Jumaat tu;
    ” Perkara berkaitan sisasatan 1MDB masih dalam siasatan pihak berkuasa. Jadi kerana tak mahu ganggu siasatan, debat ini tidak boleh diteruskan.” Lepas tu kita buka TV2 pukul 9 ada Gerak Khas Yusof Haslam aje. Percayalah cakap saya.

  5. Anonymous on

    Huu…Speaker datuk Pandikar dah bagi warning suruh Tony Pua quit PAC. Kalau tak, dia nak letak jawatan sebagai speaker kalau debat diteruskan.

  6. Anonymous on

    Saya cadangkan debat ni bawa SPRM dengan Bank negara sekali bagi mengiyakan atau menidakkan jawapan tu mana la tau dia jual nama 2 institusi ni nanti.

  7. Perlukah bau tahi lembu itu dibersihkan dari badan seorang bekas menteri. Bincangkan. Begitulah bunyinya tajuk debat perdana diantara Kak Ton vs Kat Jat Lembu bibir tebal.
    Tempat : Dewan orang ramai kg. Kandang
    Tarikh : 23.11.2015
    Masa : 9.15 pagi
    Datanglah beramai-ramai dan terdapat cabutan bertuah berupa kostum lembu yg diimport dari india. Terdapat juga sajian pagi percuma iaitu sup ekor lembu dicampur cheese. Selagi stock masih ada.

  8. Hang Debat on

    Hei hang debat!kalau kalau kau berani mari berdebat dengan aku,kalau kau x mahu,aku akan debik muka kamu.

  9. Anonymous on

    Ada pernah kita dgr brani krn bnr takut krn slh.Bultikn kbrania perwira bugis tunjukkn ktlusan dgn bdebat/bdailog muga hati gundah kmbali naimar dn terang

  10. Anonymous on

    debat akan dibatalkan atas “faktor keselamatan”, sebagaimana forum nothing to hide. kah kah

  11. Anonymous on

    Kan betul. Debat dibatalkan.
    Yang speaker nak letak jawatan tu apahal plak.
    Aku beri analogi:
    Amat tokey kedai. Amat ada 2 pekerja ali dan najib.
    Najib curi duit ali. Najib tak mengaku. Ali kata dia ada bukti dan cabar najib berdebat.
    Tiba tiba amat kata kalau berdebat dan beri bukti amat nak tutup kedai.

  12. Tu lah namanya bodoh, patut ranap amat dan penjarakan sebab rosakkan perniagaan dan ekonomi bumiputera, najib patut dibebaskan dan diberi keistimewaan mendapat pinjaman bank supaya dia tak mencuri lagi. Ali pula perlu ditahan di bawah isa sebab lalai

Leave A Reply