≡ Menu

Biodata Anwar Ibrahim. Kena Penjara di Sungai Buloh

Biodata Anwar Ibrahim. Tokoh Pembangkang di Penjara

Untuk pengetahuan anda Anwar Ibrahim adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang diiktiraf majalah tersohor dunia iaitu majalah TIME sebagai salah seorang yang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2008.

anwar ibrahim

Tidak boleh dinafikan impak yang Anwar Ibrahim bawa dalam landskap politik Malaysia cukup besar.

Sentuhan dan kehadirannya dalam politik Malaysia terutamanya jentera pembangkang telah menyebabkan kedudukan kerusi Barisan Nasional sebagai kerajaan Malaysia terus goyah setiap kali menjelang Pilihanraya Umum di Malaysia.

Berdasarkan laporan berita mypt3 Perjalanan politik Anwar Ibrahim cukup berliku apabila kali ini beliau terpaksa menghabiskan masa bertahun-tahun dalam penjara buat kali kedua atas nama dakwaan kes liwat masing-masing di zaman Tun Mahathir dan yang terkini di era kepimpinan Datuk Seri Najib Razak

Semak Biodata Anwar Ibrahim Yang Terkini

Nama Penuh : Dato’ Seri Diraja Anwar bin Dato’ Ibrahim
Nama Glamor : Anwar Ibrahim
Tarikh Lahir : 10 Ogos 1947
Tempat Lahir : Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Alamat Rumah : Bukit Segambut
Nama Ayah : Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman
Nama Ibu : Che Yan Hussein

Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu
Hobi : Kuda dan bermain ski bot

  • Facebook : https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan
  • Twitter : https://twitter.com/anwaribrahim
  • Instagram : https://www.instagram.com/anwaribrahim_my

Nama Isteri : Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail
Nama Anak : Nurul Izzah, Nurul Nuha

Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Sekolah Menengah : Maktab Melayu Kuala Kangsar MCKK
Pendidikan Tinggi : Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera)

Nama Parti Politik : Parti Keadilan Rakyat PKR
Jawatan Politik : penasihat Parti Keadilan Rakyat
Jawatan Lain :

  • Bekas Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia
  • Bekas Menteri Kewangan
  • Bekas Timbalan Perdana Menteri