Biodata Ali Rustam.Bantuan Datang Jika BN Menang DUN Merlimau?
Dulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pernah membuat kenyataan yang sama semasa pilihanraya kecil Sibu, kali ini, Ketua Menteri Melaka pula membuat kenyataan yang sama.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.
Beliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad.Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.
Kenapa perlu mengucapkan kenyataan sebegini? Ayat tersebut sebenarnya yang akan menjatuhkan barisan nasional dalam pilihanraya akan datang.Mengapa perlu mengugut dalam memberi bantuan? Perlu diingat, duit kerajaan bukan duit “sendiri”. Bantuan kerajaan tidak memilih bulu dalam hal ini.
Sepatutnya, tidak kiralah apa parti politik sekalipun, kalah atau menang, bantuan yang sepatutnya hendaklah dihulurkan sekiranya perlu.Bukan dengan mengugut kaum cina seperti demikian.Barulah menampakkan bahawa kerajaan sebenar-benarnya telus dan ikhlas dalam membantu rakyat.
Terus terang kami katakan, pendekatan politik begini sebenarnya sangat memualkan kami.Main lama makin teruk. Dengan status Ketua Menteri, sepatutnya beliau bijak dalam memberi kenyataan dalam meraih undi.Tidak perlulah sampai membuat kenyataan sebegitu. Apakah pandangan anda mengenai kenyataan Ketua Menteri Melaka ini?
Semak Profil dan Biodata Ali Rustam Terkini
Nama Penuh : Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
Tarikh lahir : 24 Ogos 1949
Tempat lahir : Kampung Bukit Katil, Melaka
Nama Isteri : Datin Seri Hajah Asmah Abd. Rahman
Nama Anak :
- Mohd Ridhwan
- Wan Nazirah
- Muhammad Hamka
Blog : Akan dikemaskinikan
Facebook : Akan dikemaskinikan
Twitter : Akan dikemaskinikan
Instagram : Akan dikemaskinikan
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
- Sekolah rendah : Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok
- Sekolah Menengah : Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School)
- Pendidikan Tinggi : Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM)
[table sort=”desc,asc”]
Kerjaya
Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB)
Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah
Pengarah KEMAS negeri Perlis
Pengarah KEMAS negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk portfolio Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri melaka
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Sains dan Teknologi negeri Melaka
Timbalan Menteri Pengangkutan
Timbalan Menteri Kesihatan
Ketua Menteri Melaka
[/table]