Biodata Adam Adli : Kes Turun Bendera Datuk Najib Razak di PWTC

Biodata Adam Adli : Kes Turun Bendera Datuk Najib Razak di PWTC

Sejarah sudah membuktikan kuasa dikalangan mahasiswa mempunyai pengaruh yang cukup kuat sehingga mampu mengurangkan majoriti kerajaan dalam pilihanraya umum Ke-3 pada tahun 1969 seterusnya “tsunami politik” yang pertama kalinya berlaku hasil gerakan, jelajah, suara & peranan mahasiswa sendiri pada masa itu.

biodata adam adli

Dan akhirnya selepas MAGERAN dihentikan & parlimen dibuka semula sejak dibubarkan selepas tragedi 13 Mei 1969, AUKU mula diperkenalkan pada tahun 1971.

“Kekuatan mahasiswa” tidak boleh dipandang rendah.

  • mahasiswa mampu menggulingkan kerajaan
  • mahasiswa juga mampu memberikan kekuatan yang luar biasa kepada kerajaan untuk “bergerak dengan lebih pantas”

Di atas kertas sememangnya AUKU diperkenalkan bagi mengelakkan pelajar terlibat dengan politik kepartian dan sibuk dengan berpolitik tetapi hakikatnya yang tidak boleh diselindung, AUKU ditubuhkan untuk menyekat suara-suara mahasiswa yang menentang kerajaan. Itu faktanya. Kenapa kami katakan begitu?

Kalau benarlah undang-undang ini mahu mahasiswa lebih memberikan tumpuan kepada pelajaran tanpa terlibat dengan politik yang dikatakan mampu menjejaskan prestasi mereka. Kerajaan juga patut juga meneliti & menimbangkan:

Akta-akta tambahan selain daripada AUKU patut diperkenalkan iaitu :

  1. Akta Untuk Maksiat Universiti (AUMU) – Berapa pelajar universiti yang terjejas teruk dek kerana hawa nafsu dengan melakukan maksiat sehingga menyebabkan kurang tumpuan dalam menguasai ilmu
  2. Akta Untuk Hiburan Universiti (AUHU) – Berapa ramai pelajar yang lebih gemar berhibur sehingga menyebabkan tumpuan menguasai ilmu juga semakin kurang
  3. Akta Untuk Rempit Universiti (AURU) – Berapa ramai pelajar-pelajar yang lebih suka lumba motor hingga menyebabkan tumpuan menguasai ilmu semakin kurang

Moralnya di sini, banyak lagi perkara-perkara lain yang menjadi faktor pelajar mengurangkan tumpuan menguasai ilmu tetapi kenapa nampak bab POLITIK sahaja???

Teringat kami dengan kata-kata oleh Profesor Madya Dr. Azmi Sharom (penysrah Undang-undang Universiti Malaysia) mengenai AUKU :

The stand of the Government as well as the dissenting judge is that the UUCA is there to prevent students from getting involved in politics and thus being distracted from their studies.  This too does not make sense. Having been a student myself and having taught them for 21 years, let me assure you that young people can get distracted from their studies by a million and one things and chances are unless you are some serious political nerd, politics is not going to be on that list.

We might as well ban students from playing online games if we are so concerned about their focus on studying. – Dr Azmi Sharom

Nampak?

2 Sudut Yang Berlainan Mengenai Isu Adam Adli?

Walaubagaimanapun, apa yang boleh kami simpulkan di sini ada 2 perkataan yang sesuai mengenai isu Adam Adli ini daripada 2 sudut yang berbeza dalam “keadaan negara hari ini” :

1) Tidak fikir panjang : Ya….benar, apa yang dilihat sebenarnya tindakan Adam Adli kurang cerdik di mana Adam Adli masih lagi memegang status sebagai seorang pelajar universiti, ranjau dalam bidang pendidikan masih panjang lagi melainkan beliau (Adam Adli) datang daripada keluarga yang berkedudukan sehingga tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk bekerja. Ingat matlamat tidak menghalalkan cara apatah lagi demi perjuangan.

2) Berani : Ya…tidak boleh dinafikan juga, Adam Adli dilihat berani menanggung risiko dan Adam Adli telah tunjukkan generasi muda/pelajar pun dah mula bersuara lantang. Apa yang Adam Adli telah lakukan hari ini akan termaktub dalam sejarah negara.

Respon Selepas Tindakan Adam Adli?

Cuma…cumanya kami lihat tindakbalas mereka-mereka yang berkenaan terhadap provokasi yang dilakukan oleh pelajar ini (Adam Adli) amat memalukan. Andai pelajar ini termasuklah Adam Adli dilihat keterlaluan dan kurang cerdik daripada segi tindakannya, maka tidak perlulah membalas provokasi ini secara melulu seperti yang dilihat baru-baru ini. Kalau begitu, apa beza anda dengan Adam Adli?

Sekarang ini kalangan mahasisiwa telah bersuara, persoalannya sekarang ini bagaimana Datuk Seri Najib mahu menangani isu ini?

  • Kalau AUKU tiada nanti, ada sesetengah pelajar akan gunakan kebebasan yang ada untuk menghalalkan semua perbuatan mahasiswa pula
  • Kalau ada AUKU pun ada yang tak cerdik nak buat benda-benda pelik apatah lagi kalau dah bebas nanti

Bagi kami, undang-undang tetap perlu ada sebagai langkah kawalan tetapi bezanya di sini undang-undang yang terang-terang menyekat perkembangan mahasiswa patut dilupuskan. Itu pandangan kami.

P/S : Apa pandangan & perspektif anda pula secara keseluruhannya mengenai isu Adam Adli ini?