Biodata Abdul Wahid Omar Pengerusi PNB Yang Baru

Biodata Abdul Wahid Omar Pengerusi PNB Yang Baru

biodata wahid omar

Ramai yang tertanya-tanya ke mana pilihan Tan Sri Abdul Wahid Omar selepas dari pada meninggalkan kerusi panas Menteri Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Tiba-tiba kelihatan Wahid Omar tampil sebagai pemandu Uber. Katanya suka-suka mencari pengalaman sambil mengisi masanya yang terluang.

Wahid Omar sendiri berterus terang mengatakan yang dirinya lebih selesa dan dekat degan dunia korporat.

Terkini, Tan Sri Wahid Omar telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi PNB yang turut menguruskan ASB pilihan ramai sekaligus mengantikan Tun Ahmad sarji. Tahniah Berita Semasa ucapkan.

Semak Biodata Abdul Wahid Omar

Nama Penuh : Tan Sri Abdul Wahid Omar
Nama Isteri : Puan Sri Kay Roserina Mohd Kassim
Negeri kelahiran : Kampung Tarom, Johor Bahru, Johor
Tarikh lahir : 1964
Tempat lahir : Kampung Tarom, Johor Bahru
Adik beradik : anak kesembilan daripada 11 adik-beradik.

Agama : Agama Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia

Sekolah Rendah : Akan dikemaskinikan
Sekolah Menengah : MRSM Seremban
Pendidikan Tinggi : Fellow of the Association of Chartered Certified Accountants, United Kingdom

Pencapaian Terbaik :

  1. Seorang Akauntan bertauliah.
  2. Ahli Fellow of the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom
  3. Ahli Institut Akauntan Malaysia / Malaysian Institute of Accountants
  4. CEO of the Year Award 2006 oleh Business Times/American Express
  5. Asian Banker’s 2013 Leadership Achievement Award for Malaysia and The Edge Value Creator Award 2013.

Jawatan :

  • Ogos 2016 : Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • Mei 2013 : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi EPU)
  • Julai 2008 : Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd Maybank
  • Julai 2004 : Group Chief Executive Officer (Group CEO) Telekom Malaysia
  • Oktober 2001 : CEO UEM Group
  • Mac 2001 : CFO Telekom Malaysia Berhad
  • Ogos 1994 : Amanah Capital Group
  • April 1991 : Kumpulan FIMA Berhad
  • Januari 1988 : Bumiputra Merchant Bankers Berhad