≡ Menu

Biodata Tan Sri Abdul Ghani Patail Bekas Peguam Negara

Biodata Tan Sri Abdul Ghani Patail Bekas Peguam Negara

Isu mata lebam Anwar Ibrahim sejak dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri tahun 1998, merupakan cerita lama.

biodata ghani patailKebanyakan dah tahu cerita hujung pangkalnya. Mungkin ada yang faham mengikut firasat dan “fahaman” masing-masing.

Tapi takkan sama, jika kita hanya dengar daripada cakap-cakap orang. Kemanisan kebenaran dapat dirasai jikalau ianya dapat dilampirkan sekali dengan bukti bertulis.

Inilah pembongkaran terbaru, yang memaparkan salinan laporan pemeriksaan ke atas Ketua Pembangkang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah disorok dan tidak disertakan di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja, 12 tahun lalu.

Surat yang dilampirkan di bawah ini dibongkarkan sendiri melalui laman Malaysia Today.

Secara ringkas, kandungan panjang lebar yang terdapat dalam laporan di bawah ini nanti adalah :

  • Gani Patail mempertikai dan mempersoalkan pendapat dan penemuan hasil pemeriksaan yang dibuat doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Abdul Rahman Yusof
  • Dahla….cuba mempertikaikan keputusan pemeriksaan doktor tersebut pada 12 tahun lalu, tambah buruk lagi, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail yang sekarang ini merupakan Peguam Negara telah mengarahkan doktor untuk mereka-reka laporan perubatan untuk mengatakan bahawa kecederaan Anwar pada tahun 1998 adalah disebabkan beliau terjatuh atau pun menumbuk dirinya sendiri.

Bacalah dan renung-renungkan, adakah ini standard Peguam Negara yang ada di negara kita sekarang ini ?