Biodata Abby Abadi. Tempelak Kerajaan Sekat Orang PAS Bawa Senjata Ke GAZA. Sekarang, Persoal Misi Keamanan Rakyat Malaysia di Gaza?

Abby Abadi Tempelak Kerajaan Sekat Orang PAS Bawa Senjata Ke GAZA. Sekarang, Persoal Misi Keamanan Rakyat Malaysia di Gaza?

biodata abby abadi

Nak berpolitik biarlah bertempat. Ada masa kita berpolitik, ada masa kita bersatu atas nama kemanusiaan. Janganlah acapkali berzikir dan bertasbih PAS, UMNO, PAS, UMNO. 

Kalau sebelum ini, Abby Abadi pernah menemplak kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan orang-orang PAS membawa senjata semata-mata untuk tujuan berjihad di Gaza seperti mana yang difahami & diinginkan oleh seorang bekas artis Malaysia yang seorang ini.

Abby Abadi yang sekarang ini dikatakan “sudah berhijrah” di mana agak sibuk pula dengan aktiviti politiknya dan dalam pada masa yang sama mahu mendalami Islam.

Beginilah, untuk pengetahuan Abby Abadi membawa senjata pergi ke lapangan terbang tidak dibenarkan sama sekali. Tidak perlu pusing jauh-jauh untuk penerbangan domestik sekalipun tidak dibenarkan sama sekali.

Senjata api semua itu memerlukan lesen. Andaikata Abby Abadi mahu juga senjata tajam seperti membawa pisau, ha…..pisau tidak memerlukan lesen tetapi nak tengok samada anda lepas atau tidak? Nak mohon visa pun tak lepas.

Tambahan pula, rakyat asing yang pergi berperang di GAZA, bertembak dengan tentera Zionis Israel itu mereka mengikut saluran “underground”. Hakikatnya mereka tidak mengikut saluran rasmi, tidak ada tentera asing dibenarkan masuk pun. Jikalau mana-mana kumpulan mahu masuk ke Gaza, hanya saluran UN sahaja yang dibenarkan itupun sekadar bantuan kemanusiaan sahaja, bukan bantuan ketenteraan.

Jadi, senjata pun mereka dapat secara “underground’. Bukannya bungkus senapang dengan suratkhbar masuk dalam lunggage, keluar rumah, naik kapal terbang dan apabila sudah sampai GAZA terus pergi berjihad” .

Bukan begitu….

Mudah benar mendapat gelaran ustazah sekarang ini. Abby Abadi ini ada mengajar fardu ain? Hanya sekadar masuk parti politik seperti PAS, serta ceramah sana-sini, dah boleh dapat gelaran ustazah. Kepada orang PAS, bimbanglah anak buah anda ini.

Kami pasti Misi Keamanan Rakyat Palestin tidak membawa senjata dan tidak perlu sebenarnya membawa senjata. Ini kerana, hanya doa dijadikan senjata untuk mereka dan sedikit barangan keperluan dibawa bersama bagi meringankan beban rakyat Palestin di GAZA. Yang penting niat kenalah betul untuk menolong sesama manusia.

Alangkah baiknya kita doakan apa yang terbaik untuk mereka yang menyertai Misi Keamanan Palestin ini. Tidak kira mereka pergi di bawah “cap” apa sekalipun. Yang pentingnya niat mereka-mereka ini, hanyalah memberikan bantuan kemanusian, makanan, semangat & sokongan moral, kesihatan dan pelbagai lagi berbanding daripada asyik pertikaikan niat orang lain. Sekurang-kurangnyanya mereka-mereka ini dapat juga pergi ke GAZA hulurkan bantuan kemanusiaan daripada bercakap kosong sahaja.

Tahniahlah….dengan berita undangan seperti di bawah ini. Itu yang mampu kami ucapkan. Walaubagaimanapun, yang bagusnya ada orang lain yang senyap-senyap sahaja, tup-tup mereka-mereka ini sudah sampai ke Gaza. Alhamdulillah.

Trend artis Malaysia sekarang ini berhijrah adalah suatu yang positif sebenarnya. Penghijrahan Abby Abadi untuk menjadi hamba Allah yang solehah juga adalah sangat baik. Setelah menukar penampilan, eloklah disertai dengan menuntut ilmu agama seiring dengan Amal Ibadah. Nak berdakwah, ajak lah orang-orang pergi majlis ilmu, cakap yang baik-baik bukan dengan cara berpolitik. Dan sindir sana sini. Akhlak baik yang kita tunjukkan itulah yang membuat orang jatuh cinta pada agama Islam Dan terus mendalami Dan mengamalkannya.

Kurangkan bercakap, banyak baca buku, berguru untuk tambah ilmu. Akhirnya bercakaplah bila perlu sahaja.

Akhir sekali, jika benar Abby Abadi atau mana-mana artis Malaysia yang berminat mahu menjadi ahli politik, sepatutnya dapat membezakan dunia artis dengan bidang politik ini :

“…. being an artist, all publicity, good or bad, is considered good publicity… being a politician, you have to be careful with what comes out from your mouth… you really have to be literally politically correct…”

Renung-renungkan…

P/S : Mungkin ada baiknya masa yang banyak terluang di Twitter itu digunakan untuk menuntut ilmu dan pergi berguru. Bukannya berguru dengan ahli politik.

PP/S : Tidak perlu & tidak mampu pegang senjata? Pegang dan peluk rakyat Palestin bagi semangat kepada mereka lebih baik daripada hanya berceloteh yang boleh menyakiti perasaan orang lain tanpa kita sedar di Twitter contohnya.