Daftar Permohonan Biasiswa Petronas 2018 Scholarship Lepasan SPM
Kepada pelajar cemerlang Malaysia lepasan SPM yang merancang untuk melanjutkan pengajian ijazah dalam industri minyak dan gas, sekarang ini permohonan biasiswa Petronas 2018 scholarship telah pun dibuka semula kepada anda untuk daftar.
Yang mana calon-calon akhir akan disenarai pendek dan ditemuramah untuk pemilihan akhir.
Untuk makluman anda semua, sejak dari tahun 1975 lagi Petronas telah pun menawarkan penajaan pendidikan kepada lebih 35,000 ribu kalangan yang layak termasuk pelajar cemerlang dalam akademik dan mempunyai ciri personaliti yang diperlukan oleh Petronas.
Sekali lagi Program Biasiswa Petronas 2018 Scholarship atau juga dikenali dengan PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) membuka peluang kepada pelajar cemerlang lepasan SPM untuk menghantar permohonan Biasiswa Petronas Scholarship sekaligus meneruskan pengajian peringkat ijazah dalam bidang yang berkaitan dengan industri dan lapangan minyak dan gas.
Ada dua jenis Biasiswa Petronas 2018, iaitu satu untuk tawarkan sambung belajar di Universiti Teknologi Petronas dan satu lagi adalah untuk program sambung belajar ke universiti luar negara untuk program Ijazah
Permohonan Biasiswa Petronas Lepasan SPM : Syarat Kelayakan
- Semestinya Warganegara Malaysia
- Berumur 17 hingga 19 tahun pada tahun 2016
- Mempunyai kemahiran kepimpinan dan juga aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Dapat result dan Keputusan SPM sekurang-kurangnya seperti di bawah ini

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Pautan dan Butiran
Permohonan Online,KLIK SINI
Dah try mohon Biasiswa JPA,KLIK SINI
Kursus di UTP,Kejuruteraan Kimia
,Kejuruteraan Mekanikal
,Kejuruteraan Petroleum
,Geologi atau Geofizik
,Perkaunan atau Kewangan atau Perdagangan
,Sains Aktuari
,Ekonomi
,Undang-undang
,Calon yang berjaya terpilih mesti mengikuti pengajian peringkat Asasi selama tempoh setahun sebelum mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda
Kursus di Universiti Luar Negara,Kejuruteraan Kimia
,Kejuruteraan Mekanikal
,Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
,Kejuruteraan Petroleum
,Kejuruteraan Geosains
,Calon yang berjaya dikehendaki mengikuti Program Pra Universiti atau A Level sebelum mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Luar Negara
Hubungi,Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Tower 1; PETRONAS Twin Towers;Kuala Lumpur City Centre;50088 Kuala Lumpur; Malaysia.
,Tel: +603-2331 2277
,Web: Official Registration Page
[/table]
Cara Daftar Permohonan Biasiswa Petronas 2018 Lepasan SPM
- Semua permohonan hendaklah dibuat melalui permohonan online seperti yang tertera pada pautan dalam jadual di atas
- Yuran pemprosesan tidak diperlukan untuk permohonan Biasiswa Petronas Scholarship PESP
- Semakan keputusan permohonan untuk kalangan yang berjaya terpilih akan diumumkan terus di portal Petronas, educationsponsorship.petronas.com.my iaitu sekitar bulan Mei 2018 ini. Nantikan
- Nama pengguna dan kata laluan yang sama akan diperlukan untuk tujuan log masuk
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses
P/S : Berita Semasa doakan semoga usaha anda dipermudahkan Insyaallah. Amin
PP/S : Semoga keputusan yang akan keluar kelak sepertimana result yang anda impikan