Biasiswa JPA 2018 : Daftar Permohonan Lepasan SPM dan Diploma


Daftar Permohonan Biasiswa JPA 2018 Lepasan SPM, Matrikulasi, Diploma?

Ada sesiapa di sini yang berminat?

biasiswa jpa

Semua sedia maklum di mana setiap tahun selepas sahaja result dan keputusan SPM diumumkan kepada semua, akan keluar selepas itu satu demi satu biasiswa besar kepada kalangan yang berjaya dalam semakan keputusan SPM termasuk biasiswa JPA 2018 untuk siri tahun ini melalui hebahan akhbar Berita Harian, The Borneo Post Sarawak, Nanyang Siang Pau, Tamil Nesan, The News Straits Times, Utusan Malaysia, The Borneo Post Sabah.

Terkini, dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu pada ketika ini ditambah dengan nilai matawang ringgit Malaysia yang terjejas dan jatuh teruk memberikan cabaran hebat untuk memberikan dana yang besar dalam skim pemberikan biasiswa JPA kali ini.

Menjadi impian ramai untuk mendapatkan biasiswa JPA bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sehingga terdapat laporan berita yang mengatakan kononnya, biasiswa JPA 2018 scholarship akan diberhentikan sementara waktu dalam keadaan ekonomi Malaysia hari ini. Sekaligus menafikan hak dan bantuan kepada kalangan pelajar kita yang cemerlang terutamanya yang datang dari kalangan yang kurang berkemampuan.

Walaubagaimanapun, pada ketika ini laporan berita ini ditulis oleh Berita Semasa Jabatan Perkhidmatan Awam JPA menafikan sama sekali segala dakwaan liar dan tidak bertanggungjawab yang mengatakan biasiswa JPA 2018 dihentikan sementara untuk tahun ini. Selagi tiada pengumuman rasmi, bermakna permohonan JPA masih dibuka kepada umum seperti biasa.

Kepada lepasan matrikulasi dan lepasan diploma boleh juga semak panduan bagi permohonan biasiswa JPA seperti di bawah ini termasuk borang permohonan online. Kami akan kemaskini daripada masa ke semasa.

Bagaimana Hantar Permohonan Biasiswa JPA 2018

Perkara Butiran
Pautan Link KLIK SINI
Syarat Permohonan a) Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2017; dan
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis; Aids; HIV dan sebagainya.

Cara Semak Keputusan Biasiswa JPA 2018

Perkara Butiran
Pautan Link KLIK SINI

P/S : Mengimbau kembali kenangan kalangan Berita Semasa pada ketika hanya selangkah lagi untuk melanjutkan pengajian di London selepas hampir sahaja selesai peringkat A Level. tetapi apakan daya, kegawatan ekonomi 1997-1998 telah menyebabkan sebahagian daripada kumpulan kami diserapkan ke Universiti Teknologi Petronas UTP.

PP/S : Sila bookmark laporan ini supaya anda tidak ketinggalan pada ketika ia dikemaskini. Untuk keputusan permohonan biasiswa JPA ini boleh terus KLIK pautan ini daripada masa ke semasa untuk tujuan semakan (KLIK SINI)