SPM

Daftar Permohonan Biasiswa JPA 2017 Lepasan SPM, Matrikulasi, Diploma?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Daftar Permohonan Biasiswa JPA 2017 Lepasan SPM, Matrikulasi, Diploma?

Ada sesiapa di sini yang berminat?

biasiswa jpa

Semua sedia maklum di mana setiap tahun selepas sahaja result dan keputusan SPM diumumkan kepada semua, akan keluar selepas itu satu demi satu biasiswa besar kepada kalangan yang berjaya dalam semakan keputusan SPM termasuk biasiswa JPA 2017 untuk siri tahun ini melalui hebahan akhbar Berita Harian, The Borneo Post Sarawak, Nanyang Siang Pau, Tamil Nesan, The News Straits Times, Utusan Malaysia, The Borneo Post Sabah.

Terkini, dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu pada ketika ini ditambah dengan nilai matawang ringgit Malaysia yang terjejas dan jatuh teruk memberikan cabaran hebat untuk memberikan dana yang besar dalam skim pemberikan biasiswa JPA kali ini.

Menjadi impian ramai untuk mendapatkan biasiswa JPA bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sehingga terdapat laporan berita yang mengatakan kononnya, permohonan JPA scholarship akan diberhentikan sementara waktu dalam keadaan ekonomi Malaysia hari ini. Sekaligus menafikan hak dan bantuan kepada kalangan pelajar kita yang cemerlang terutamanya yang datang dari kalangan yang kurang berkemampuan.

Walaubagaimanapun, pada ketika ini laporan berita ini ditulis oleh Berita Semasa Jabatan Perkhidmatan Awam JPA menafikan sama sekali segala dakwaan liar dan tidak bertanggungjawab yang mengatakan biasiswa JPA 2017 dihentikan sementara untuk tahun ini. Selagi tiada pengumuman rasmi, bermakna permohonan JPA masih dibuka kepada umum seperti biasa.

Kepada lepasan matrikulasi dan lepasan diploma boleh juga semak panduan bagi permohonan biasiswa JPA 2017 seperti di bawah ini termasuk borang permohonan online. Kami akan kemaskini daripada masa ke semasa.

Permohonan Biasiswa JPA 2017 Lepasan SPM

Perkara Butiran
Pautan Link KLIK SINI
Syarat Permohonan a) Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2017; dan
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis; Aids; HIV dan sebagainya.

Biasiswa JPA 2017 Lepasan Matrikulasi dan Lepasan Diploma

Perkara Butiran
Pautan Link KLIK SINI

P/S : Mengimbau kembali kenangan kalangan Berita Semasa pada ketika hanya selangkah lagi untuk melanjutkan pengajian di London selepas hampir sahaja selesai peringkat A Level. tetapi apakan daya, kegawatan ekonomi 1997-1998 telah menyebabkan sebahagian daripada kumpulan kami diserapkan ke Universiti Teknologi Petronas UTP.

PP/S : Sila bookmark laporan ini supaya anda tidak ketinggalan pada ketika ia dikemaskini. Untuk keputusan permohonan biasiswa JPA ini boleh terus KLIK pautan ini daripada masa ke semasa untuk tujuan semakan (KLIK SINI)



Share.

22 Comments

  1. Anonymous on

    adakah permohonan biasiswa JPA akan dibuka untuk kali yang kedua?

  2. STPM???? :( tak ada untuk STPM ke?
    sedihlah…semua biasiswa untuk SPM aje..
    hmm….

  3. Jika pelajar yang senantiasa mendapat A dalam semua peperiksaan kerajaan Malaysiapun tidak mendapat biasiswa maka siapalah yang LAYAK untuk mendapat biasiswa ini?

  4. Anonymous on

    Bolehkan pelajar yg mendapat kredit bagi semua subjek spm memohon biasiswa , untuk melanjutkan pelajaran di ipts ?

  5. ABD LATIP BIN TALIB on

    Anak saya mendapat tawaran Asasi Sains di UMS Jun 2014. Dia telah keluar dari UMS setelah mendapat tawaran baru Diploma Kejuruteraan Awam di UTM. Bagaimana hendak memohon semula biasiswa? Saya kurang berkeupayaan membiayai pengajiannya.

  6. Terima kasih admin atas makluman. Untuk biasiswa JPA PIDN 2014 bagi peringkat ijazah sarjana muda dalam negara baru sahaja tamat.

  7. Abd Rahmat bin Julidin on

    Anak saya diterima masuk ke IBDP MCKK ambilan jun 2016 bagi sesi pegajian 2016-2018.. Namun pihak JPA tidak menyatakan khabar berita program dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia ini ditaja JPA seperti diiklankan dalam portal KPM ( April 2016 ) dan sama juga dengan ambilan IBDP MCKK sebelum ini. Cadangan saya,tajaan pelajar di institusi pendidikan kerajaan seperti MCKK dan TKC perlu diteruskan demi kelangsungan dan kecemerlangan institusi pendidikan milik kerajaan.

  8. assalamualakum. actually nak dapat biasiswa ni mmg ah separuh nyawa… tapi sebenarnya nak dapat biasiswa ni takperlu pun every single exam we have to score all the subject.. but yang diaorang tengok hanyalah keputusan peperiksaan SPM sahaja.. yang lain dia tak tengok.. tapi kalau ambik biasiswa macam bank negara ke or petronas ke dia memang nak students yang semua exam dapat straight A je.. btw kalau nak tahu kakak i lah manusia yang selalu di black list di sekolah SSP sebab dia punya education yang x berapa tu (serious talk). Tapi bila time spm dia sapat straight. A and now she’s at christchurch new zealend… so x denya diaorang tengok semua exam kita…. harap ni dapat memotivasikan u for dont give up to achieve something .

  9. Saya amat memerlukan biasiswa ini bagi memudahkan urusan pembelajaran saya.saya sebagai pelajar lepasan spm 2016 berharap agar pihak JPA memberi sedikit bantuan kewangan bagi mengecapi citi-cita saya iaitu mechanical engineering yg berjaya kelak.

Leave A Reply