Berita WSJ 1MDB : Duit RM3.7 Bilion Masuk Ke Akaun Pak Arab


Berita WSJ 1MDB Malaysia Masuk Duit RM3.7 Bilion atau US$850 Juta Ke Akaun Ala-ala Syarikat Pak Arab?

Berita Semasa pasti dan yakin, tidak ramai yang ambil peduli dengan Berita Terkini ini yang bukan sahaja mengegarkan Malaysia malahan dunia semalam selain daripada pengumuman kenaikan Federal Reserve.

wsj 1mdb

Masakan tidak berita WSJ 1MDB Malaysia telah keluar sekali lagi di portal perniagaan terkemuka di dunia Wall Street Journal WSJ.

Wall Street Journal telah campak satu lagi “bom jangka” melibatkan isu yang telah melilit skandal 1MDB yang belum nampak berpenghujung untuk dijawab.

Kelihatan Wall Street Journal tidak gentar dengan amaran saman yang akan, akan, akan…. dikemukakan kepada mereka.

Malah Wall Street Journal telah tambah satu lagi dakwaan yang mengatakan 1MDB telah masuk sejumlah US$850 juta ke dalam satu akaun yang ala-ala syarikat Pak Arab. Ermmm…..

  • Mypt3 ada laporkan kapal Equanimity dibeli dengan Rm1 bilion dengan duit dana 1MDB

Ok Baik, Berita Semasa ingin ringkiskan di sini apa yang terjadi disebalik dakwaan laporan berita terkini Wall Street Journal WSJ 1MDB Malaysia ini :

Ringkasan Laporan Berita WSJ 1MDB Malaysia VS Respon 1MDB?

  1. Berdasarkan laporan berita WSJ 1MDB Malaysia mengatakan yang syarikat 1MDB telah masuk duit RM3.7 bilion atau US$850 juta ke dalam akaun nama seakan-akan nama syarikat Pak Arab.
  2. Bertambah pelik lagi, syarikat Arab tersebut menafikan yang mereka tidak ada mengena dalam hal ini.Errrmmm…..
  3. Manakala 1MDB pula mengatakan yang mereka sememnganya ada hubungan pernigaan yang erat dengan syarikat Pak Arab

Dan persoalan yang bermain di fikiran Berita Semasa sekarang ini, jikalau bukan pak arab punya, siapa pula gerangan empunya akaun itu?

Entahlah, tiba-tiba terdetik di fikiran Berita Semasa yang sebenarnya Wall Street Journal WSJ tahu, tetapi masih disimpan lagi.

P/S : Berita Semasa harap 1MDB segera saman WSJ Wall Street Journal. Mungkin boleh memilih hari lain, disebabkan Datuk Seri Najib sudah memilih hari Selasa untuk saman dakwaan 2.6 bilion sebelum ini, walaupun ianya masih tergantung tindakan mereka sekarang ini.

PP/S : Nampaknya Wall Street Journal telah campakkan satu homework baru untuk 1MDB dan yang lain-lain untuk mempertahankan dakwaan WSJ 1MDB Malaysia dengan jawapan yang lebih bernas dan berasas. Bukan asal jawab sahaja.