≡ Menu

Berita Terkini Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang? Kapal Terbang AirAsia QZ8501 Jatuh Terhempas di Laut Belitung Timur?

Berita terkini Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang. Kapal terbang AirAsia QZ8501 Jatuh Terhempas di Laut Belitung Timur. Ya….Allah besar ujian kepada Malaysia tahun ini. Selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines pada 8 MAC 2014 (KLIK SINI SUMBERNYA) diikuti dengan kapal terbang MAS MH17 terhempas di sempadan Ukraine dan Russia pada 17 Julai (DI SINI SUMBER BERITA).

Dalam pada rakyat Malaysia dikebanyakan di negeri di Malaysia terus ditimpa gelombang bencana alam yang cukup luar biasa pada ketika ini terutamanya melibatkan negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia, secara tiba-tiba negara dikejutkan syarikat AirAsia Indonesia dengan berita pesawat AirAsia QZ8501 hilang sehingga ke hari sejak awal pagi semalam.

Kebetulan sekarang ini ada promosi harga tiket flight murah dari air asia promo dan murah untuk anda

Apatah lagi syarikat Air Asia merupakan “buah tangan” kejayaan syarikat penerbangan dari Malaysia yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia yang begitu cintakan penerbangan “bajet” bagi melihat seberapa banyak keindahan ciptaan Tuhan di muka bumi ini.

Kronologi Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang Surabaya Indonesia – Singapura?

  • Menggunapakan kapal terbangjenis Airbus A320-200 Keluaran tahun 2008 yang mana kali terakhir diselenggara pada November 2014
  • Didaftarkan dengan PK-AXC
  • Penerbangan bagi laluan Surabaya Indonesia ke Singapore
  • Pesawat bernombor QZ8501
  • Kapal Terbang AirAsia QZ8501 hilang ini melibatkan 155 jumlah penumpang
  • Senarai penumbang kapal terbang AirAsia QZ8501 hilang meibatkan 149 warga Indonesia, 3 warga Korea, 1 warga Britain dan maisng-masing 1 dari Malaysia dan Singapore.
  • Bertolak pada 5:20 pagi pada ketinggian 32,000 kaki dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Changi Singapore pada 8:30 pagi
  • Pilot juruterbang pesawat Air Asia Qz8501 telah meminta kebenaran untuk beralih ke arah kiri dan meminta izin untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki.
  • Mula terputus hubungan pada 6:24 pagi (7:24 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di teluk Kumai, Kalimantan Tengah
  • Dengan bekalan minyak yang ada Pesawat Airasia QZ8501, ia hanya mampu bertahan 4 jam sahaja