≡ Menu

Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia). Kronologi Lengkap Detik Kapal Terbang MH17 Jatuh Terhempas!



(Kemaskini terkini pada: Dec 22, 2016)

Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia). Kronologi Lengkap Detik Kapal Terbang MH17 Jatuh Terhempas!

Kapal terbang MH17 MAS Malaysia Airlines ditembak & jatuh terhempas.

berita mh17 terhempas

Belum reda kes tragedi kehilangan MH370, terbaru seluruh dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang begitu dahsyat buat kali kedua melibatkan negara Malaysia umumnya dan Malaysia Airlines (MAS) amnya tahun 2014 ini apabila pesawat MH17 terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia).

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang pada mulanya telah terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia akhirnya disahkan pesawat Mh17 jatuh terhempas oleh berita AFP.

Keadaan pada ketika ini cukup tragis melihatkan gambar bangkai kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines MAS ditambah dengan situasi begitu banyak mayat bergelimpangan di lokasi kejadian

Kronologi Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine

 

  • Penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam (Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas 12:14 pagi waktu tempatan pada hari Khamis 17 Julai 2014 iaitu 15 minit terlewat darioada jadual penerbangan asal berdasarkan rekod penerbangan
  • Berdasarkan jadual penerbangan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) dijangka sampai di KLIA Malaysia pada 6:10 waktu Malaysia
  • Pesawat MH17 membawa 295 orang, 280 penumpang dan 15 anak kapal terbang Malaysia Airlines (MAS)
  • Pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) berada pada kedudukan ketinggian 33,000 kaki
  • Ketika pesawat MH17 sedang dalam perjalanan di FL330, 50 nm barat laut Donetsk (Ukraine), secara tiba-tiba transporder isyarat telah hilang di FL330 pada kedudukan N48.56 E37.21
  • Laporan berita terkini Interfax telah memaklumkan pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia
  • Satu berita terkini yang cukup mendukacitakan setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan ketika ini pesawat MH17 terhempas di Ukraine (sempadan Rusia) didakwa kerana ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu yang mampu mencapai ketinggian 72,000 kaki
  • Walaubagaimanapun dakwaan pesawat MH17 terhempas ditembak jatuh angkara pejuang pemisah Pro Rusia telah dinafikan wakil pihak pejuang pemisah tersebut
  • Berita Terkini MH17 terhempas berhampiran bandar Donetsk yang merupakan kubu kuat pemberontak Pro Rusia
  • Berdasarkan laporan berita terkini Reuters yang diperolehi daripada sumber penerbangan Rusia mengatakan kapal terbang Mh17 malaysia Airines (MAS) sama sekali tidak memasuki ruang udara Rusia
  • Walaubagaimanapun zon penerbangan di mana pesawat MH17 terhempas adalah kawasan yang cukup bergolak dan konflik ketika ini

Gambar Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia)

Semak gambar berjaya dirakam ketika nahas dan tragedi kapal terbang pesawat Mh17 jatuh terhempas di Ukraine seperti di bawah ini.  Setakat ini, sekurang-kurangnya 100 mayat penumpang kapal terbnag Mh17 MAS Malaysia Airlines ditemui bergelimpangan di lokasi kejadian.

Lagi Gambar Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia) boleh anda semak secara EKSKLUSIF di bawah ini

berita

Begitu besar ujian yang menimpa negara kita Malaysia, Malaysia Airlines (MAS) termasuk keluarga penumpang pesawat MH17 Malaysia Airlines MAS.

P/S : Teruskan mengikuti secara langsung berita terkini Mh17 terhempas di Ukraine (sempadan Rusia) secara menyeluruh DI Berita Semasa

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Berita Terkini Pesawat MAS KL – Beijing Hilang? Terbaru, Pesawat MAS Terhe... Berita Terkini Pesawat MAS KL - Beijing Hilang? Terbaru, Pesawat MAS Terhempas di Laut China Selatan? Tanggal 8 Mac 2014 awal pagi tadi, rakyat Malaysia amnya dan dunia dikejutkan dengan berita yang ...

54 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 MURENG WEN 5:01 am

    SAYA TERKEDU DAN SAYA TAKUT UNTUK MENUNAIKAN UMRAH. SAYA HILANG KEPERCAYAAN PADA SYARIKAT MAS.

  • 2 Hasan Hatyastani 5:02 am

    KITA SAMA-SAMA HARUS MENJAGA NAMA BAIK NEGARA KITA DI MASA-MASA AKAN DATANG.

  • 3 Anonymous 6:06 am

    Daripada kata hilang kepercayaan pada syarikat mas baik kata hilang kepercayaan pada tuhan.

  • 4 Ieyka 6:34 am

    Saya rasa tragedi ni, bukan salah Syarikat Perbangan MAS. Benda ni jadi on the spot. Maybe ni ujian Allah untuk kita semua. Saya harap kita semua dapat bersabar dengan dugaan yang menimpa ni. Jangan nak tuduh melulu ja.

  • 5 ainuni123 6:50 am

    salam takziah kepada keluarga penumpang mh17…

  • 6 Jack 6:52 am

    Kita kena berjaga-jaga semasa bercakap dengan media tentang negara lain.

  • 7 Hajadeen 6:55 am

    Saya sedih pasal kejadian ini disebabakan kejadian begini adalah yang kedua,pada bulan mulia ini hari kita berdoa hajat.

  • 8 Anonymous 8:00 am

    Kuat kan iman, percaya kepada ketentuan Allah. Percaya kepada Qada dan Qadar, kalau masa dah tiba tido di bilik yang amat selesa di rumah sendiri pun … Allah ambil juga… cuma doakan saat akhir hidup kita ingat yang Maha Pencipta. Wallahualam

  • 9 miss ida 8:18 am

    betul2 amat Terkejut dgn berita ini!! YaAllah ujian apa lg yg kau berikan ini kpd rakyat Malaysia..Takziah kpd penumpang dan kru Mh17 Al-Fatihah. Harap keluarga yg terlibat bersabar menerima dugaan dari Allah ini dlm menempuh kehidupan yg akn dtg tanpa org yg disayangi.

  • 10 Anonymous 9:09 am

    Kenapa harus salahkan syarikat sedangkan itu bukannya salah s
    yarikat.. Semua orang tak nak perkara itu berlaku..

  • 11 Me 9:38 am

    Apa punye ayat ko merepek ni? Cmni nak gi umrah?

  • 12 Pee Mak 10:29 am

    Pengurusan tertinggi MAS wajib meletak jawatan. Takde rasa malu ke, 2 kemalangan di bawah pimpinan yang sama, tak ambil iktibar ke? Dah lah rugi je memanjang, makan gaji buta!

    Amaran larangan penerbangan telah dikeluarkan oleh america & eropah kat kawasan tu, tapi masih gatal nak lalu jugak kawasan tu, konon-kononnya nak jimat minyak & masa,last-last abis berkecai.

    Pengurusan & pilot mesti bertanggungjawab

  • 13 adapanas jgk 10:30 am

    pe hal plk ni,dah kena tembak nak plk mas yg kena..tu kira kuasa allah yg tentu kan x kira mana2 pesawat awan,nak g umrah g je lah..nak takut nape..? itu sume kuasa allah

  • 14 The Unknown 10:48 am

    wahai bakal haji,
    salah MAS ke kapal terbang mereka ditembak jatuh.?

    dan untuk pengetahuan anda wahai encik MURENG WEN,
    kapal terbang tersebut adalah jenis komersial,bukan pesawat pejuang yang mampu membuat maneuvers seperti Sukhoi Su-30MKM bagi megelakkan ditembak jatuh.

    mohon anda betulkan kembali persepsi anda..

    #PrayForMH17

  • 15 izzah 10:58 am

    ko xphm ke knp sume ni tjadi?tuhan nk uji,adakah kta pcaya pd qada dan qadar dan bg kesedaran pd kita yg idup ni singkat.lepas mati,i2 yg kekal..bru jd mcm ni dh xpcaya tuhan.maknanya sia2 ajela diberi ujian mcm ni.

  • 16 Anonymous 11:14 am

    Alfatihah

  • 17 PEE MAK WAKLU 12:07 pm

    route tu bukan kita boleh2 lalu der.. lu igt route plane sama ke ngn hiway? xnak lalu hiway boleh pg jalan kampung?? hello brother sume flight mmg lalu jalan tu.. dah nk terjadi kita yg kena nk buat mcm mana..?? sesuatu bnd xkn jadi tnp keizinan allah s.w.t. kene igt tu bukan suke2 nak tuduh2.. kita xabis lg berkabung utk mh370 n mase ni ko xabis2 nak hentam malaysia..sepatutnya kita sokong negara kita ssb skrg dah jd tmpuan dunia.. kalo ko rakyat malaysia still nak blame malaysia baik ko la dlm kapal tu bia kene bom!

  • 18 lokman ismail 12:23 pm

    apa yang hendak dikata,melainkan انالله وانا اليه راجعون.

  • 19 ghafar sarnap 12:28 pm

    bila sampai waktunya,manusia kembali pada Penciptanya.cara mati,kita tak tahu.ada yg sakit,dibunuh,terkejut,dan mcm mcm lagi.cara mati tidak penting kerana kita tak tau.yang penting ialah kita wajib mati dlm beriman,didlm husnul khotimah.

  • 20 Anonymous 12:50 pm

    Betul betul tu, wa setuju beno

  • 21 Anonymous 4:55 pm

    Bkn nak salahkan sykt tp laluan itu airline lain dah tak lalu kawasan perang yg peliknya knp pilot masih mahu menggunakan laluan itu? Adakah krn pilot itu kurang arif ttg pekembangan semasa?

  • 22 ELLYNORSILA 5:31 pm

    Tak perlu nak menyalahkan sesiapa dalam hal begini —- Seharusnya kita bersimpati dan berdoa kepada ALLAH supaya kita dilindungi dari segala perkara tak diingini —

  • 23 Anonymous 6:35 pm

    X perlu la smpai takut untuk menunaikan umrah, ajal maut Allah yg tentukan,

  • 24 Anonymous 9:17 pm

    iktibar dan pengajaran kepada rakyat malaysia khususnya kepada para pemimpin negara..rakyat akan terima hukuman atas segala kepincangan.., renungkanlah

  • 25 Andalusia 10:34 pm

    maksud..?

  • 26 Andalusia 10:39 pm

    negara lain tu sapa dia…? ISRAEL…bila dia suka2 bunuh org2 Palestin ko nak kita diam…?mcm tu…?

  • 27 Anonymous 2:30 am

    pa blh bwt kita bdoa saja ,,

  • 28 Anonymous 2:32 am

    kita hanya mampuu berdoa tuk mereka ,, allfatiah

  • 29 MOE WENGER 7:50 am

    SAYA BERASA SEDIH DAN SAYA RASA KECEWA DENGAN SIKAP KERAJAAN DILUAR NEGARA YANG TIDAK MAHU MENGHAPUSKAN PEMBERONTAK.

  • 30 PENGHARAP SUBSIDI 7:56 am

    HARAPAN SAYA AGAR MAS AKAN TURUNKAN KADAR TIKET AGAR TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT. SAYA BERCADANG UNTUK MELANCONG KE SEPANYOL AKAN TETAPI GAJI SAYA MASIH LAGI BAWAH RM 1500.00.

  • 31 anonoy 11:02 am

    ko berfikir mcm budak tadika. selain dari qada dan qadar tuhan.. ianya juga berkaitan dengan perbuatan manusia..dah tau laluan tu merbahaya.. kenapa masih guna juga laluan tu? x kanlah x boleh hubungi negara berkenaan utk memastikan keselamatan laluan udara tersebut..carilah jalan lain. macam ko, kalau dah tau jalan yg ko lalui tu bahaya. misalnya berlaku tanah runtuh tapi ko lalu juga.. tu maknanya ko anto nyawa..jd kalau ko mati tetimbus.,.sahlah org akan salah kan ko..kes2 begini perlu berfikir dengan sebijak2nya..apa pendapat ko.. ko ada 2 kereta 1 hilang entah kemana 1 lagi terbakar… ko dok diam je ke? bengonglah ko ni..

  • 32 Anonymous 4:01 pm

    bodo anonymous

  • 33 Anonymous 6:36 pm

    jgn salahkan YaAllah

  • 34 Anonymous 9:44 pm

    Smoga ahli keluarga yg terlibat dlam naas pesawat MAS 17 Di beri kekuata dan kesabaran oleh allah.Amin

  • 35 pawang 3:02 am

    Adalah difahamkan bahawa kerajaan Ukraine sekarang disokong oleh Amerika manakala pemberontak Ukraine disokong Russia. Maka sebarang siasatan yang di bawa keperingkat PBB akan berakhir dengan resolusi yang tiada kesudahan kerana Amerika dan Russia mempunyai kuasa Veto iaitu kuasa untuk membatal segala keputusan yang ditetapkan oleh PBB. Maka jika pihak Ukraine yg tersilap menembak pesawat MAS yang disangkanya pesawat membawa presiden Russia atau pihak pemberontak yang mendapat senjata dari Russia yang tersasar menembak yg kononnya disangka pesawat Ukraine untuk menyerang mereka, maka tiada penyelesaian yg dapat ditentukan siapa penembaknya kerana masing2 dilindungi oleh kuasa kuasa besar Amerika dan Russia. Kesimpulannya memang diakui aluan yang dilalui oleh pesawat MAS itu memang laluan yang disahkan selamat dan dilalui banyak pesawat yg lain pada masa tersebut seperti Singapore Airline dan Indian Airline.Tetapi tidakkah pihak MAS mengetahui yg laluan udara lebarnya mungkin menjangkaui 3 ke 4km . Contoh nya jika lebuhraya itu ada 5 atau 6 lorong dan lorong di tengah ada tanah runtuh atau lubang takkan kita nak redah jugak?mesti kita lalu dilaluan yg sama tapi dilorong yg berbeza. Maka begitulah bijaknya juruterbang Singapore Airline dan Indian Airline yang tidak lurus bendul, menggunakan laluan yang sama tapi dilorong yang berbeza kerana mereka telah mendapat maklumat berkenaan apa yang terjadi dibawah kawasan laluan mereka ada peperangan sedang berlaku. Juruterbang yg tidak berapa nak ikut SOP inilah yg bijak melencongkan sedikit pesawat tetapi masih dilaluan yg sama.

  • 36 bomoh mh370 3:06 am

    Boleh terima jugak walaupun pening nak paham

  • 37 noni 6:22 am

    Saya sedih kerana saya telah berdoa selepas solat maghrib malam Jumaat tu memohon semua pesawat MAS selamat. Allah Tuhan maha berkuasa. Dialah penentu segalanya. Satu pesawat selamat pulang, satu terhempas. Kita redhalah. Insyaallah selepas ini tidak berlaku perkara yang tidak baik lagi.

  • 38 Anonymous 7:20 am

    ko ni bodo ke? semua maklumat xsahih lagi. dah buat andaian bukan2. mcm lah ko tu pegawai penyiasat FAA.dgr skit berita, melatah2 nk post pandangan sendiri konon.akal pendek. yg mh370 tu bkn nye kemalangan. xjumpa dan xtahu apa yg jd. bodo btingkat2!!!

  • 39 Noni 7:21 am

    Saya setuju. Asyek naik kapal terbang tambang murah AirAsia je melancong dalam negara dan ke luar negara, nak juga merasa naik kapal terbang MAS. Tentu seronok..

  • 40 Anonymous 7:30 am

    1. nmpk sgt la xpaham qada n qadar
    2. maklumat xsahih lagi bodos, xpayah nk bg pendapat bkn2 bdasarkan carian internet. artikel bbc.uk, the guardian post, dan lain2 yg dlm bahasa inggeris yg berjela2 panjang tu pun xberani nk sembang bkn2 (mcmlah ko bc). bodo btingkat2

  • 41 SambalBelacan 8:35 am

    Biasalah…bila sesuatu yang buruk sudah berlaku barulah kita akan sentiasa terfikir sesuatu tindakan…hikmahnya, kalau perkara begini tidak terjadi tentulah kita dan yang lain2 masih lagi akan menggunakan ruang yang sama walaupun tahu ia amat merbahaya…bila sudah jadi begini barulah semua pihak dalam dan luar negara menyedari kesilapan…hakikatnya disini, bahawa kita manusia semua adalah lemah disisi Allah…sesungguhnya tanpa rahmat Allah kita tidak mampu menghadapi hidup ini…yang pasti kita tidak mampu untuk mengetahui perkara2 mendatang yang akan terjadi…

  • 42 yaya 11:49 am

    kenapa nak salahkan pilot?sedap jek cakap pilot tak bijak.pilot tuh belajar lagi bertingkat tingkat daripada ko yang amek teori goolge cedok sane sini sikit konon da bijak sangat teori ko.looser!

  • 43 ayra 12:50 am

    dah sampai ajal. tengah menaip ni pun kalau dah sampai ajal, meninggal jugak. tu semua penyebab sje, terimalah qada’ dan qadar.

    Al-fatihah dan salam takziah untuk keluarga mangsa yg terlibat.

  • 44 ikhwan 8:38 am

    bodoh sungguh manusia ni Anonymous

  • 45 ikhwan 8:44 am

    pawang: nak tanye.. sekiranya pilot melencongkan sedikit laluan dari laluan asal.. dan sekiranya tuhan kata “kun fayakun” maka jadilah ia.. dan ketika itu pesawat tersebut ditembak.. adakah akan disalahkan pilot juga kerana melencongkan pesawat dari laluan asal? dan pasti satu dunia akan salahkan pesawat tersebut kerana melencong dari laluan asal dan disebabkan itu ia ditembak… jadi sape yg akan disalahkan? pilot jugak? MAS? atau tuhan? tolong fikirkan sikit bole?

  • 46 pawang 6:07 pm

    Wahai cik ikhwan yang lurus bendul, saya dah jelaskan dgn memberi contoh yg lain.Andaikata,sekiranya anda memandu di lebuhraya yg mempunyai lima lorong dan anda memandu dilorong tengah yang anda tahu ada tanah runtuh atau lubang besar di lorong yang anda sedang memandu. Soalannya, adakah anda masih tetap memandu di lorong yang ada lubang atau tanah runtuh itu tanpa mengubah ke lorong lain ?dan kalau anda kemalangan adakah anda akan salahkan takdir? Ataupun saya bagi contoh yg lain , adakah cik Ikhwan yg lurus bendul akan tetap makan daging babi yang dibungkus dalam plastik yg tertulis perkataan Halal Jakim? Nasihat saya orang Islam jangan tunjukkan kebodohan kita kepada orang bukan Islam. Kalau ada banyak orang Islam yg berfikiran macam cik Ikhwan , sampai bila bila pun orang Islam akan dipijak pijak dan dijadikan kambing hitam oleh orang bukan Islam. Walaupun ikut SOP atau laluan itu disahkan selamat oleh pihak berkuasa pihak yg berkenaan masih mempunyai akal untuk berfikir yang mana baik yg mana buruk? Jgn jadi lurus bendul main ikut je tak guna otak

  • 47 Prince Alan 12:06 pm

    Kamu tidak ikhlas nak menunaikan umrah kalau kamu kata takut nak naik penerbangan MAS..kalau nak mati ..kat mana2pon boleh mati..Berfikiran positive…setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

  • 48 Joyce 2:50 pm

    Heartfelt Condolences to All the Crew and Passenger on board..

  • 49 man aziz 11:33 pm

    taukah tuan,bahawa perbuatan makhluk x mmemberi bekas pada mana2 kejadian d alam ini.

  • 50 SambalBelacan 5:55 am

    Kalau MH17 jatuh terhempas, itu sudah pastilah sah beritanya dengan sebab ditembak peluru berpandu…tapi bagaimana dengan nasib MH370?…sampai la sekarang ni x ada apa2 berita terkini pun…hilang ghaib entah kemana tanpa apa2 kesan…apakah barangkali ada pihak2 tertentu yang lebih mengetahuinya kemana perginya MH370?…

  • 51 Anonymous 9:56 am

    W

  • 52 tok bomo 12:21 pm

    KALAU CARI BENDA NI ADA, SEBAB MANTAN PUNYA STATEMENT KATA BENDA INI DOK ADA…
    benda2 mcm ni klau ditukar cat dan warnanya disimpan dlm stor pun ssah nk cari, lgipun ada tmpat2 yg kita x bleh acces spenuhnya d dunia ni…

  • 53 SambalBelacan 7:03 pm

    Idea sape tu?…Nuar Berahim ke?…

  • 54 fahmijaki 8:51 pm

    Tak pe kite doakan kpd MH17.

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini