Pinjaman mara : Dapatkan Borang Permohonan Eduloan Online
Seperti biasa, Majlis Amanah Rakyat mahu memberikan peluang kelebihan permohonan pinjaman mara eduloan kepada lebih ramai lagi.
Kalangan pelajar bumiputera yang menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Swasta IPTS di Malaysia pun ada peluang memohon pinjaman ini.
Jikalau dahulu perbelanjaan pengajian dan pinjaman banyak ditampung dan disalurkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN.
Anda juga boleh semak biasiswa mara yang dikongsikan portal mypt3
Tetapi melihatkan kekangan kewangan yang dihadapi PTPTN, Majlis Amanah Rakyat telah mengambil alih peranan membantu kalangan bumiputera yang sambung pengajian ke IPTS. MAAR sekarang ini telah bertindak menawarkan kemudahan pinjaman boleh ubah Majlis Amanah Rakyat.
Berdasarkan semakan Berita Semasa sebelum ini, permohonan pinjaman MARA eduloan akan dibuka semula sekitar bulan Julai 2018 untuk pelajar yang mengambil program Diploma, Ijazah Sarjana Muda (Degree), Pasca Ijazah (master).
Kelebihan pinjaman MARA terletak kepada pelajar-pelajar tidak dikenakan sebarang kadar faedah untuk bayaran semula pembiyaan semula.
Malahan jikalau anda berjaya mencapai prestasi dan keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat, anda layak untuk mendapat potongan dan pengurangan berdasarkan kadar yang telah ditetapkan bagi bayaran semula loan MARA anda kelak.
Menarik bukan?
Syarat Kelayakan Pinjaman MARA 2018 Eduloan
- Berasal dari negeri kelahiran Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak
- Pastikan anda merupakan warganegara Malaysia
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan ke atas
- Anda hendaklah mendapatkan terlebih dahulu surat tawaran pengajian daripada mana-mana IPTS yang tersenarai untuk diberikan kemudahan pinjaman Majlis Amanah Rakyat Eduloan
- Yang mana IPTS itu mestilah diiktiraf oleh pihak mara sendiri untuk dberikan kepada anda duit pinjaman pelajaran tersebut
Cara Mohon Pinjaman MARA Secara Online
Untuk isikan dan hantar borang permohonan pinjaman MARA Eduloan secara online, ia boleh didapati dengan KLIK LINK di bawah ini :
[table sort=”desc,asc”]
Borang Permohonan Pinjaman MARA Eduloan Online,Butirannya
Pautan Link Permohonan,KLIK SINI
Semakan Keputusan Permohonan,akan dikemaskinikan
[/table]
P/S : Berita Terkini yang Berita Semasa perolehi hari ini, permohonan masih lagi belum dibuka sedangkan para pelajar sudah sambung pengajian di IPTS. Memandangkan kos pengajian di IPTS terlalu tinggi menyebabkan sudah timbul kerisauan dikalangan pelajar dan ibubapa sendiri.