Berita Selangor Menteri Besar MB Khalid Ibrahim Letak Jawatan. Sultan Selangor Mahukan lebih 2 Nama, PKR dan DAP Berdegil, PAS U-Turn dan Pasrah!

Berita Selangor Menteri Besar MB Khalid Ibrahim Letak Jawatan. Sultan Selangor Mahukan lebih 2 Nama, PKR dan DAP Berdegil, PAS U-Turn dan Pasrah!

Berakhir sebuah teki-teki, apabila Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim letak jawatan MB Selangor.

MB Selangor Jumpa Sultan

Tetapi bukannya Khalid Ibrahim letak jawatan MB Selangor serta merta. Ada beza di situ.

Kerana perkenan perletakkan jawatan MB Selangor Tan sri Khalid Ibrahim adalah bersyarat dan hanya boleh dilakukan, selepas Pakatan rakyat menyelesaikan siapa calon-calon (mesti lebih daripada 2 calon) yang akan dihantar untuk┬ádipilih Sultan Selangor, Sultan Idris Shah siapa yang sebenarnya layak menjadi Selangor Menteri Besar baru selepas Khalid Ibrahim jumpa Sultan Selangor. Akhirnya….

  • PKR : Gigit jari kerana hanya mahu Wan Azizah, Wan Azizah sebagai MB Selangor
  • PAS : Hanya tersenyum sinis, selepas jangkaan tepat mereka bahawa Sultan Selangor mahukan lebih daripada satu nama sebagai calon Selangor Menteri Besar
  • DAP : Hanya tunggu dan lihat sahaja…

Berita Selangor Menteri Besar MB : Ego Pemimpin Pakatan Rakyat?

Natijahnya, krisis Selangor Menteri besar yang dilihat bakal berpenghujung, akan menyebabkan konflik seterusnya akan berlaku di antara “sikap keras kepala” dan ego antara pemimpin Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu Selangor Mneteri Besar ini yang sebenarnya tidak sepatutnya tidak berpanjang sebegini rupa.

Bahasa terangnya, DYMM Sultan Selangor minta nama lain, dalam erti kata lain, secara seni budi halus seperti yang diketahui daripada awal babak krisis Selangor Menteri Besar ini, Sultan Selangor dilihat tidak mahu dan telah pun menolak Wan Azizah. Sudah jelas di situ.

  • Undang-undang Tubuh tidak sama dengan Persekutuan
  • Persekutuan, Yang Dipertuang Agong (YDPA) perlu ikut sahaja siapa yang dicadangkan atau emndapat undi ahli parlimen untuk menjadi Perdana Menteri
  • Manakala undang-undang Tubuh berbeza kerana sultan ada kuasa mutlak untuk lantik MB yang baginda perkenan

Berita Semasa perhatikan PKR contohnya seringkali mencanangkan kepada dunia politik di Malaysia mereka begitu ramai golongan profesional dan bijak pandai yang layak bagi memimpin negara dan rakyat. Alih-alih hanya Wan Azizah sahaja diangkat untuk jadi calon Selangor Menteri Besar. Wan Azizah yang layak? Bagaimana pula yang lain?

Manakala di pihak PAS pula acapkali bermain dengan “U Turn”, di mana sebelum ini menolak Wan Azizah, akhir menyokong wan Azizah, terbaru PAS menerima apa sahaja pilihan Sultan Selangor yang mana sehingga ke hari 13 Dun PAS tidak mahu tandatangan akuan bersumpah sokong Wan Azizah menjadi calon tunggal Selangor Menteri Besar baru.

Berita Selangor Menteri Besar MB : Siapa Pilihan Sultan Selangor

Terkini Selangor

Bagi Berita Semasa sendiri tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim, agak gentleman juga. Ramai pemerhati politik yang menjangkakan yang aman Khdli Ibrahim letak jawatan sebagai Selangor Menteri Besar dan bubar DUn Selangor atas nama “balas dendam” contohnya, tertanya tidak sama sekali. Khalid Ibrahim nampaknya dilihat lebih hanya bertindak atas nama undang-undang pada isu-isu dan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya setakat ini.

Jikalau Sultan Selangor menolak nama-nama yang diberikan kelak, baginda masih berhal untuk meminta beberapa nama-nama lain bagi calon Selangor Menteri Besar baru pula.

Sehinggalah baginda berasa benar-benar yakin bahwa pilihan baginda nanti akan dapat memikul tanggungjawab sebagai MB Selangor dengan baik.

P/S : Sekarang ini Umno Selangor hanya “mampu tersenyum” sebagai pemerhati sahaja melihatkan gelagat & pertelagahan sesama sendiri dseteru mereka dalam Pakatan Rakyat sambil “mengasah parang & keris” bagi persediaan Umno Pilihanraya Umum ke 14 untuk menggempur Selangor..