≡ Menu

Berita Politik Krisis MB Selangor Khalid : Rakyat Selangor Undi Wan Azizah (25%), Azmin (6%), UMNO (15%), PAS (12%)?

Berita Politik Krisis MB Selangor Khalid : Rakyat Selangor Undi Wan Azizah (25%), Azmin (6%), UMNO (15%), PAS (12%)?

Bahang politik Selangor melibatkan krisis MB Selangor, Khalid Ibrahim semakin genting dan bakal berada di kemuncak hari ini.

politik selangor

Di mana Khalid Ibrahim bakal menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang baru sahaja pulang lebih awal dari bercuti di Hungary baru-baru ini bagi menamatkan krisis Mb Selangor yang telah berlarutan sejak sekian lamanya tanpa kesudahan menyebabkan ramai penganalisis politik meletakkannya dalam keadaan paling genting dalam sejarah politik Selangor.

Baru-baru ini selain UMCEDEL yang cukup terkenal dengan hasil laporan dan kaji selidik berkenaan politik Malaysia, Merdeka Center telah tampil dengan sampel krisis politik Selangor di mana hasil kajiannya seperti di bawah ini :

Berita Politik Krisis MB Selangor : Keputusan Kajian Merdeka Center

  1. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail : calon pilihan utama untuk mengisi jawatan MB Selangor (25%)
  2. Calon Menteri Besar dari UMNO (15%)
  3. Calon Menteri besar dari PAS (12%)
  4. Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali (6%)
  5. 32% tidak pasti siapa yang patut menjadi calon MB Selangor baru
  6. 5% tidak mahu respon
politik di selangor

Yang menarik perhatian Berita Semasa terhadap sampel kajian selidik krisis Politik Selangor ini meletakkan UMNO sekali dalam sampel trsebut. Sedangkan realitinya, calon UMNO tiada peluang langsung melihat keadaan politik untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Adakah mungkin sampel ini digunakan andaikata keputusan bubar dun Selangor bakal menjadi realiti dan pilihanraya negeri Selangor diadakan. Nah…pada masa itu sampel kajian seperti ini dilihat lebih relevan. Walaubagaimanapun mereka mempunyai alasan tersendii mengapa dan kenapa UMNO dimasukkan dalam sampel tersebut.

Merdeka center ini kebanyakannya keputusan kajian kaji selidik berkedaan landskap politik di Malaysia selaras dengan apa yang keluar selepas itu. Jadi, tidak timbul isu kredibilitinya di situ. Begitu juga dengan kajian UMCEDEL dahulu.
sama gak umcedel dulu..

Berita Politik Krisis MB Selangor : Pilihan Keputusan Sultan Selangor?

Selepas melihatkan sejarah bagaimana Sultan berpendirian tegas dalam beberapa (insiden pemilihan Menteri Besar di beberapa negeri lain seperti…..) dan juga Sultan Selangor sendiri pernah menolak untuk berjumpa dengan Wan Azizah untuk mengadap baginda, di situ Berita Semasa berpendapat yang mana calon MB Selangor lain, boleh mula seterika baju untuk angkat sumpah selepas ini, jikalau spekulasi bubar dun Selangor tidak menjadi realiti dan dimatikan selepas ini. Persoalannya siapa gerangan pengganti Wan Azizah tersebut?

Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi, Iskandar Samad yang merupakan ADUN Cempaka dan juga Exco Perumahan Selangor dikatakan antara calon yang dipertimbangkan untuk menjadi Mb Selangor? Apa respon balas anda pula?