≡ Menu

Berita MB Selangor Baru. Selepas Ditolak Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim Jumpa Sultan Selangor? Diambang Pilihanraya Negeri Selangor?

Berita MB Selangor Baru. Selepas Ditolak Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim Jumpa Sultan Selangor? Diambang Pilihanraya Negeri Selangor?

Banyak pengajaran kita dapat dalam (episod pemecatan Tan Si Khalid Ibrahim). Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia, seorang menteri besar mampu bertahan sehingga ke hari ini walaupun terdiri daripada calon bebas.

Sebelum ini, ada cakap-cakap yang mengatakan dan membuat ramalan ala-ala Nujum Pak Belalang, PAS akan berpecah, PAS keluar dari Pakatan Rakyat ataupun pertelagahan antara kumpulan penyokong Majlis Syura Ulama dan kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim disebalik krisis MB Selangor 2014 ini

mb selangor

Akhirnya, PAS sebulat suara membuat 4 ketetapan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh penganalisis dan pemerhati politik di Malaysia iaitu :

  • tidak menyokong lagi kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor
  • mengarahkan empat anggota Exco daripada partinya untuk kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid bagi memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas dan paling penting dalam strategi politiknya adalah sebenarnya bagi “memastikan kerusi exco tidak dipenuhkan oleh UMNO” untuk kekalkan kerajaan di bawah Khalid Ibrahim
  • mencalonkan dua nama calon MB Selangor baru iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Mohamad Azmin Ali sebagai calon MB Selangor baru bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim

Politik di negeri Selangor agak panas dan berwarna-warna sejak dahulu lagi malah untuk senario politik hari ini di Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak kurang panasnya berbanding di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain :

  • PR sama sekali tidak berbincang siapa calon MB Kelantan di mana Kelantan mendapat majoriti mudah
  • Manakala berbeza dengan di Selangor, PAS, PKR dan DAP perlukan semua parti untuk menentukan calon MB Selangor
  • Sama juga di Penang, di mana Pakatan Rakyat sama sekali tidak membuat keputusan bersama untuk menentukan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Berita MB Selangor Baru 2014 : Perjanjian Pakatan Rakyat  Didedahkan!

Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi PAS, DAP, PKR telah membuat perjanjian sebenarnya.

  1. negeri majoriti 2/3 melayu dapat kepada PAS
  2. 50-50 dapat DAP atau PKR
  3. DAP dapat di negeri tidak bersultan (Contohnya Melaka, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah)
  4. Ini semua perjanjian yang telah disepakati Haji Hadi Awang, Kit Siang & Anwar Ibrahim tandatangani sebelum Pilihanraya Umum ke 13 sebelum ini.

Oleh sebab itulah, kita perhatikan PAS tetap bertegas yang mereka sama sekali tidak akan mencalonkan Adun PAS untuk menjadi calon MB Selangor baru.

Kronologi Pemilihan Calon Menteri Besar Selangor Baru 2014?

  • PKR + DAP : Wan Azizah.
  • PAS : Tidak sokong Wan Azizah
  • PKR : Wan Azizah
  • PAS : Azizah & Azmin
  • PKR : Tetap dengan Wan Azizah
  • Pakatan Rakyat: Wan Azizah (Muktamad)
  • PAS : Setuju

Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon Mb Selangor baru 2014 bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Episod 17 Ogos 2014 telah pun melabuhkan tirainya, walaupun drama krisis MB Selangor belum berakhir. Nantikan sahaja selepas 23 Ogos 2014 ini samada dun Selangor dibubarkan atau tidak di mana pada ketika itu, Sultan Selangor akan pulang dari bercuti.

Berita MB Selangor Baru 2014 VS Bubar Dun Selangor (Pilihanraya Dun Selangor)?

mb selangor baru

Dan berdasarkan maklumat yang Berita Semasa perolehi Khalid Ibrahim sebagai masih MB Selangor yang sah dan sebagai MB dia boleh nasihatkan sultan untuk bubarkan DUN Selangor dan dijangka akan menghadap Sultan Selangor pada 24 Ogos 2014. Andaikata, Sultan Selangor perkenan hasrat Khalid Ibrahim untuk pembubaran Dun Selangor 2014, bermakna surat perkenan Sultan Selangor akan terus dihantar kepada Speaker Dun Selangor untuk proses seterusnya bubar Dun Selangor.

Sekarang ini, Hak sultan untuk tentukan siapa yang Sultan Selangor berkenan untuk menjadi Menteri Besar Selangor baru sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan malaysia.

Sejarah politik di Malaysia telah membuktikan, di Terengganu, di Perlis, Perak, “the final word still” datang dari sultan.

  • Hak PR untuk pilih calon Menteri Besar Selangor yang baru
  • Tetapi pilihan akhirnya tetap di tangan Sultan

Bagi pendapat Berita Semasa pula, jawatan Mb Selangor baru sama sekali tidak sesuai untuk diisi oleh golongan wanita. Ini kerana sepak terajang politik di Selangor sangat berbisa. Rakyat Selangor mahukan pemimpin yang “kuat”, ada berpendirian dan bijak menguruskan pentdbiran dan ekonomi negeri Selangor.

  • Rakyat Selangor tidak sanggup lagi melihat politik di negeri mereka bergolak lagi. Cukuplah….
  • Rakyat Selangor tidak mahu “pisang berbuah dua kali”.

Masakan rakyat boleh lupa apabila kerusi parlimen diserahkan bulat-bulat kepada ….. untuk membolehkan …….. naik sebagai ahli parlimen.

P/S : Walaubagaimanapun, hati kecil Berita Semasa tetap terdetik dan merasakan pembubaran Dun Selangor akan berlaku. Mungkin? Tungguuuuuu…..