≡ Menu

Berita Federal Reserve Umum Kadar Faedah Naik. Dollar Amerika Makin Kuat Dibandingkan Ringgit Malaysia


Berita Terkini Federal Reserve Umum Kadar Faedah Naik. Dollar Amerika Makin Kuat Dibandingkan Ringgit Malaysia

Hong Kong Monetary Authority, pusat institusi kewangan di sana telah membuka langkah mengumumkan kenaikan kadar faedah naik kepada 0.75 peratus berbanding 0.5 peratus sebelum ini.

berita federal reserve

Semuanya gara-gara pengumuman Federal Reserve mengumumkan kadar faedah naik sebanyak 25 mata asas buat pertama kalinya sejak 2008 lagi.

Tindakan Hong Kong itu, bakal memberikan gigitan lemah atau kuat kepada industri hartanah di sana amnya dan peminjam pembankan yang lain yang mana menambahkan beban bayaran bulanan mereka selepas ini.

Bagaimana pula respon Bank Negara Malaysia BNM pula dengan pengumuman bank pusat Amerika Syarikat Federal Reserve sebentar tadi oleh Janet Yellen, awal pagi 17 Disember waktu Malaysia.

Faktor Berita Federal Reserve Umum Naik Kadar Faedah?

Apa maknanya semua ini? Luka berdarah dalam ekonomi dan sektor kewangan Amerika Syarikat sudah kembali pulih sejak krisis ekonomi yang teruk antara 2007 hingga 2009 yang lalu.

Pengumuman kenaikan kadar faedah naik oleh federal Reserve menamatkan terus spekulasi dan berita tarik tali samada jadi atau tidak pengumuman oleh Federal Reserve kali ini.

Impaknya, Dollar Amerika semakin mengukuh selepas ini. Berdasarkan semakan Berita Semasa nilai Dollar Amerika semakin kuat dibandingkan Euro, Pound Sterling, Singapore Dollar, Yen dan juga termausuklah Ringgit Malaysia MYR.

  • Jikalau pukul 9.30 malam 16 Disember 2015 Ringgit Malaysia berada pada paras RM4.28 untuk setiap Dollar Amerika
  • Hari ini, 17 September sudah pun menginjak kepada RM4.32