≡ Menu

Berita Cuepacs Terkini : Tuntut Kenaikan Gaji, Kekal Skim Pencen


Berita Cuepacs Terkini : Tuntut Kenaikan Gaji, Kekal Skim Pencen

Berita terkini yang Berita Semasa terima, Cuepacs masih menaruh harapan yang tinggi mahukan kalangan penjawat awam di Malaysia terutamanya kalangan yang masih menerima gaji yang rendah trus diberikan pembelaan

berita cuepacs terkini

Dan dalam pada masa yang sama cakap-cakap kononnya skim pencen bakal dihapuskan. Walaupun berita ini tiada pengesahan daripada pihak kerajaan Malaysia, tetapi cuepacs terus meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan.

Berdasarkan rekod hari ini, sejumlah 750 ribu pesara kerajaan sedang menerima skim pencen kerajaan. Jadi jikalau merombak skim pencen yang sedia ada pastinya ia bakal memeritkan kehidupan mereka di hari tua kelak.

Ini kerana kata Cuepacs, gaji yang diterima hari ini dikalangan penjawat awam di Malaysia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup di Malaysia. Jadi ia pastinya ia menyukarkan usaha mereka untuk membuat tabung di hari tua.

Jadi besarlah harapan Ciepacs agar skim pencen terus dikekalkan.

Dalam pada masa yang sama berlaku lonjakan kos harga barang dek kerana GST malaysia. Tidak cukup dengan itu kos kesihatan meningkat, harga rumah meningkat, kos pendidikan juga meningkat dan lain-lain tetapi malangnya gaji penjawat awam masih di takuk lama.

Senarai Berita Cuepacs Terkini : Tuntutan Yang Belum Ditunai

Senarainya boleh anda semak di bawah ini

  1. Kenaikan gaji penjawat awam di mana skim gaji baru mesti diperkenalkan dengan segera (Sumber : mypt3)
  2. Skim pencen terus dikekalkan
  3. Cadangan supaya memberikan bonus penjawat awam yang lebih tinggi dan munasabah dengan sumbangan besar kakitangan kerajaan Malaysia
  4. Melonggarkan syarat pinjaman perumahan kerajaan supaya lebih ramai dapat memiliki rumah mereka sendiri
  5. Semak semula imbuhan tetap khidmat awam
  6. Mengharapkan kerajaan menawarkan elaun bandaraya bagi penjawat awam yang bertugas di bandar-bandar besar sebanyak RM300 sebulan

Ini antara senarai tuntutan berdasarkan berita cuepacs terkini setakat ini tetapi masih belum dipertimbangkan oleh kerajaan Malaysia.