Bekalan Air Selangor dan Kuala Lumpur Sekarang? Puncanya Kerana Kerajaan Selangor Tolak Projek Langat 2 RM8.6 Bilion!!

Bekalan Air Selangor dan Kuala Lumpur Sekarang? Puncanya Kerana Kerajaan Selangor Tolak Projek Langat 2 RM8.6 Bilion!!

Lebih 100,000 akaun pengguna berhadapan dengan masalah bekalan air Selangor & Kuala Lumpur. Adakah anda salah seorang daripadanya?

bekalan air selangor

Secara ringkas kronologinya, berlakunya sekatan air atas alasan pam bocor, pengguna yang terbabit perlu menunggu lama untuk dibaiki.

Walaubagaimanapun, masalah yang ada masih tidak diperbaiki pihak Syabas atas alasan tiada alat ganti. 

Akhirnya kerajaan negeri tampil untuk mengambilalih SYABAS di atas ketidakbolehan Syabas mengawal perkhidmatan bekalan air Selangor dengan baik. Akhirnya…

Akhirnya Syabas terus mengatakan yang mereka sudah pun menukar pam yang telah rosak. Dan memberikan alasan memerlukan masa seminggu lebih untuk memenuhkan semula air di tangki yang terbabit. Seperti biasa Buletin Utama TV3 tidak melepaskan ruang dan peluang ini untuk membuat liputan penuh setiap hari kas untuk rakyat Selangor amnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya.

Masalah Bekalan Air Selangor : UMNO Barisan Nasional Lancarkan “Ops Baldi”

Yang menarik perhatian kami adalah kenyataan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan yang sudah menemui punca sebanar di sebalik krisis dan masalah bekalan air Selangor ini…..

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri disifatkan gagal menguruskan keperluan asas rakyat berikutan krisis air yang melanda hampir 100,000 penduduk di Lembah Klang sejak enam hari lalu.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya mempunyai pelan jangka pendek (bagi mengatasinya jika tidak bersetuju dengan usaha penyelesaian yang ingin dilakukan Kerajaan Pusat.

Menurutnya, kedegilan Kerajaan Negeri itu uhntuk menyelesaikan isu air tidak mustahil akan membawa kesengsaraan berulang kepada penduduk terlibat khususnya di kawasan selatan Selangor.

“Kami kesal apabila Kerajaan Negeri seolah-olah menidakkan kebenaran walaupun pakar-pakar, syarikat konsesi air dan pihak terlibat telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini perlu ditangani degan segera dan cadangan Projek LRA Langat 2 dapat mengatasinya.

Apa kena mengena masalah bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur yang berlaku sekarang ini dengan projek Langat 2? Kamu nak projek mega atau nak selesaikan masalah rakyat Selangor?

“Waktu sudah suntuk untuk pentingkan diri kerana beberapa loji di negeri ini berada pada tahap maksimum penggunaan dan bila-bila masa sahaja akan menimbulkan krisis air seperti yang sedang berlaku di beberapa kawasan,” katanya, semalam.

Sohaimi turut mencabar Kerajaan Negeri supaya membentangkan cadangan utama (Master Plan) mengatasi masalah air daripada terus berdolak dalik mengeluarkan kenyataan politik dengan menuding jari menyalahkan pihak lain.

“Kita sudah masak dengan taktik yang digunakan Kerajaan Negeri yang selalu mencari alasan ketika Kerajaan Pusat tampil dengan cadangan. Mahu guna air lombonglah, mahu guna teknologi membranlah dan macam-macam lagi.

“Tetapi hakikatnya krisis masih berlarutan dan mereka mula menyalahkan Kerajaan Pusat, syarikat konsesi air, peralatan, loji dan sebagainya sedangkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk mitigasi air di Selangor mereka tidak gunakannya,” katanya.

Beliau berkata, rakyat negeri ini perlu membuka mata dalam menilai kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang yang ternyata gagal memberi khidmat terbaik lebih-lebih lagi dalam memastikan keperluan asas rakyat mencukupi.

Hampir 100,000 penduduk di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang berkemungkinan terpaksa berhadapan masalah air untuk seminggu lagi berikutan kerosakan sistem rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Sebentar, tanggungjawab  Kerajaan Negeri perlu baiki pam Syabas? Buat apa lantik Syabas? Syabas uruskan apa? Kerajaan Negeri uruskan Syabas ke?

SumBer : Sinar Harian Online

Jawatan kuasa yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor pula mendapati Masalah Bekalan Air Selangor berpunca daripada :

  • 4 daripada 5 pam telah rosak manakala satu pam sedang diselenggara dan tidak beroperasi pada masa lawatan itu.
  • pam nombor dua telah rosak sejak setahun lalu dan tidak diperbaiki kerana tiada alat ganti manakala pam nombor 4 dan 5 rosak pada malam 28 Disember 2012 ketika beroperasi secara serentak.

Kasihan kalangan yang terlibat. 10 hari lebih tiada ada air. Seksa…seksa. Kasihan … anak-anak yang terpalit dengan masalah ini. Mandi tidak puas, Baju sekolah dan kasut sekolah tidak berbasuh. Kalau ada baju lebihan bolehlah menyelesaikan masalah untuk sementara waktu, bagaimana yang tidak mampu? Lori air pun tidak kunjung tiba.

Bilakah agaknya krisis dan masalah bekalan air Selangor amnya akan berakhir? Jikalau diikutkan logik pihak Syabas, adakah hari ini Khalid Ibrahim turunkan tandatangan perjanjian projek mega Langat 2, 2,3 hari selepas ini rakyat Selangor akan mula menerima limpahan air?

P/S : Ok. Anda semak semula kronologi, air johor yang membuatkan rakyat Johor bayar air mahal. Semak semula. Oleh itu, andaikatalah projek Langat 2 ini berjaya diluluskan danberapakah harga air di Selangor ketika itu jika alasan Pahang jual air mahal kepada Selangor digunakan kelak?