≡ Menu

10 Senarai Bedak COMPACT Terbaik di Malaysia

10 Senarai Bedak COMPACT Terbaik di Malaysia

Compact powder kebiasaannya memang lebih diminati oleh kaum wanita berbanding bedak biasa dan foundation yang lain.

bedak compact terbaik

Ini kerana ia tidak mudah tumpah dan teksturnya yang mudah diaplikasikan.

Berikut di bawah ini kami senaraikan 10 bedak compact terbaik yang bagus dan laris yang mungkin menjadi pilihan di hati anda.

Cadangan senarai di bawah terdiri daripada pelbagai produk iaitu tempatan dan juga antarabangsa. Mari kita lihat contoh-contoh bedak compact terbaik yang disyorkan kepada anda semua.

10 Bedak Compact Yang Bagus Untuk Kulit Anda

1. Bedak Compact Terbaik Dari Chanel Poudre Universelle Compacte

Compact powder ini datangnya dari jenama Chanel iaitu jenama kosmetik antarabangsa yang cukup terkenal.

Chanel Poudre Universelle Compacte ini merupakan compact powder ringan yang memberikan hasil matte finish. Ia boleh dipakai pada siang hari dan boleh dikemas semula pada bila-bila masa sahaja.

Chanel Poudre Universelle Compacte ini mampu menampakkan wajah anda lebih lembut dan kelihatan mewah. Compact powder ini dijual dalam lingkungan harga antara RM210 hingga RM 240.

2. Bedak Compact dari Maybelline Clear Smooth Pressed Powder

Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, Maybelline Clear Smooth Pressed Powder ini mungkin antara yang tepat dan terbaik untuk mengatasi kulit berminyak. Compact powder ini diformulasikan untuk menyerap minyak berlebihan di kulit wajah secara efektif. Anda boleh memakainya untuk kegunaan harian kerana formulasinya yang sangat ringan.

Untuk melindungi kulit wajah dari sinaran matahari UV, ia telah dilengkapi dengan SPF 20/PA +++. Jadi, kulit anda boleh terhindar dari kesan buruk sinaran terik matahari.

3. Bedak Compact dari Revlon Nearly Naked Pressed Powder

Nearly Naked Pressed Powder daripada Revlon ini antara compact powder yang terlaris dijual di pasaran. Ia menawarkan medium coverage untuk menyamarkan kekurangan pada wajah seperti noda hitam, bekas jerawat dan sebagainya. Penyerapan minyak di wajah sehingga 5-6 jam mampu dilakukan compact powder ini bergantung kepada cuaca dan persekitaran si pemakai.

Ia menawarkan beberapa shade yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda. Compact powder ini diciptakan untuk menampilkan wajah yang lebih segar dan berseri pada si pemakai.

4. Clinique Stay-Matte Sheer Pressed Powder

Turut tidak ketinggalan dengan jenama antarabangsa yang lain, Clinique juga telah menghasilkan compact powder yang berkualiti. Clinique Stay-Matte Sheer Pressed Powder mempunyai pilihan 10 shade berbeza yang boleh disesuaikan dengan warna kulit anda. Compact powder ini sangat sesuai untuk kulit kering mahupun yang berminyak. Ianya bebas minyak dan mampu menghasilkan kesan akhir matte pada kulit wajah.

Untuk kulit yang kering, dengan menggabungkan kombinasi Clinique Stay-Matte Sheer Pressed Powder bersama dengan Clinique Dramatically Different Moisturizing Lotion akan membuatkan kulit lebih hidrasi.

5. Bedak Compact dari Pixy Two Way Cake Cover Smooth

Untuk jenama Pixy ini, Pixy Two Way Cake Over Smooth adalah antara produk yang paling laris jualalannya. Sesuai dengan nama diberikan, ia mampu menyamarkan kekurangan pada wajah dan membuatkan wajah kelihatan halus sehingga 10 jam.

Ia sangat disyorkan untuk kulit yang kering kerana di dalamnya terkandung Squalene oil yang menjaga kelembapan kulit. Terdapat 5 variasi warna yang boleh dipilih untuk produk ini. Untuk menlindungu wajah dari terikan sinar matahari, ia turut dilengkapi dengan SPF 30++.

6. Bedak Compact dari Bobbi Brown Bronzing Powder

Sekarang ini sudah menjadi kegemaran dan trend untuk melakukan ‘sunbathing’ bagi mendapatkan kulit yang lebih tanned. Namun, anda kini boleh menggunakan Bobbi Brown Bronzing Powder untuk tata rias wajah yang lebih tanned.

Produk ini akan membuatkan kulit anda sedikit lebih gelap dan kelihatan sangat natural. Ia menawarkan hasil matte finish. Yang paling penting, wajah akan tetap segar sepanjang hari walaupun wajah terlihat sedikit gelap.

7. Bedak Compact dari Pigeon Teens Compact Powder

Jika dahulu jenama ini lebih dikenali dalam menghasilkan produk untuk bayi, namun kini Pigeon sudah pun mengeluarkan Pigeon Teens Compact Powder. Di dalamnya terkandung Jojoba dan Squalene untuk menjaga kelembapan kulit.

Pemakaian compact powder ini membuatkan wajah lebih lembab bagi yang berkulit kering, Pigeon Teen Compact Powder ini mampu menutup noda dan ketidaksempurnaan pada kulit anda.

8. Bedak Compact Terbaik dari Wardah Everyday Luminous Compact Powder

Sebuah compact powder yang bagus dan berkualiti tidak semestinya mahal. Contohnya adalah seperti Everyday Luminous Compact Powder daripada Wardah ini.

Ia antara produk yang selalu dimiliki kerana memiliki pengawalan minyak di wajah yang sangat bagus. Ia juga mengandungi micro coated particle untuk menghasilkan make up wajah yang lebih natural dan halus.

9. Bedak Compact Terbaik dari Rimmel Stay Matte Pressed Powder

Compact powder ini mempunyai kemampuan menyamarkan ketidaksempurnaan di wajah dan mampu bertahan di wajah selama 5 jam. Ianya sangat bagus kerana tidak mengandungi sebarang pewangi. Kulit yang sensitif juga turut boleh menggunakan produk ini.

Ia tidak akan menyumbatkan pori-pori walaupun memiliki partikel yang halus di dalamnya. Dengan pemakaian Rimmel Stay Matte Presssed Powder ini, wajah akan tetap segar setiap saat.

10. Bedak Compact Terbaik dari Yves Saint Laurent Divine Highlighting Finishing Powder Palette

Anda ingin memiliki compact powder yang boleh membuatkan kulit anda tampak lebih bercahaya? Jawapannya adalah Yves Saint Laurent Divine Highlighting Finishing Powder Palette kerana ia bagus untuk memenuhi kehendak anda.

Compact powder ini diperkaya dengan shimmer emas untuk memantulkan cahaya dari wajah anda. Ia boleh diaplikasikan pada hidung, bawah alis, tulang pipi dan juga dagu.

Berakhir sudah perkongsian kami berkenaan 10 jenama bedak compact terbaik dan yang bagus sertaberkualiti untuk anda semua. Semoga sedikit perkongsian ini membantu anda untuk mencari compact powder yang sesuai dengan keperluan, kehendak dan bajet anda.