Bayaran PTPTN. 5 Persoalan Mengenai Pembayaran Balik
Tahniah kepada anda yang telah menikmati pinjaman pendidikan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Sedikit sebanyak ia dapat membantu kalangan anda dan juga ibu bapa membiayai kos pendidikan anda sehingga anda membawa pulang skrol diploma mahupun segulung ijazah.
Walaubagaimanapun, setiap apa yang anda pinjam mesti anda bertanggungjawab untuk melakukan bayaran PTPTN anda semula. Semoga dengan bayaran PTPTN yang anda lakukan memberikan kelegaan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk meneruskan kesinambungan mereka menyalurkan dana kepada peminjam pendidikan untuk tahun-tahun yang seterusnya.
Bersama-sama ini mypt3 kongsikan beberapa perkara yang perlu anda ketahui mengenai bayaran PTPTN :
8 Persoalan Mengenai Bayaran PTPTN
Ada 8 kesemuanya..
1) Bila tempoh dan tarikh yang perlu anda lakukan untuk pembayaran semula pinjaman pendidikan anda ambil dan gunakan sepanjang di kolej atau semasa anda di universiti?
Untuk makluman anda, bayaran PTPTN secara ansuran perlu anda lakukan 6 bulan selepas anda tamat belajar.
Pembayaran tersebut akan termasuk segala apa yang pernah PTPTN keluarkan perbelanjaan mereka untuk membiayai kos pendidikan anda sebelum ini termasuklah perlindungan insurans, yuran, duti setem dan juga pelbagai perbelanjaan lain yang terkandungan pada surat perjanjian anda.
Manakala jika anda sudah menukar kepada PTPTN Ujrah, tempoh bayaran semula akan berdasarkan baki pinjaman pendidikan anda yang terkini
2) Bagaimana jikalau saya perlu sedikit masa tambahan untuk mula melakukan pembayaran PTPTN?
Jawapannya akan dipertimbangkan untuk menangguhkan sementara untuk melakukan bayaran PTPTN. Dengan syarat anda perlu mematuhi salah satu daripada syarat kelayakan seperti di bawah ini :
- Anda sudah habis belajar. Dan sekarang mahu sambung belajar agi ke peringkat yang lebih tinggi
- Anda mengambil program bekermbar yang memerlukan anda sabung belajar di luar negara
- Anda diterima untuk belajar di pengajian tinggi. Tetapi dalam pada masa yang sama anda meminta penangguhan pengajian yang telah dipersetujui oleh pihak IPT anda
- Anda sudah pun habis belajar. Malangnya anda measih lagi menagnggur.
- Oleh itu, anda diberikan kelonggaran 24 bulan selepas daripada pembayaran anda yang pertama untuk mula membayar semula selepas itu
- Anda sedang dikenakan tindakan undang-undang
Jikalau anda tidak tergolong daripada 6 kategori di atas, anda perlu melakukan pembayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN
3) Jadi bagaimana cara untuk tangguh bayaran balik PTPTN?
Anda perlu bawa bersama dokumen seperti di bawah ini bagi membolehkan permohonan anda dipertimbangkan :
- Surat permohonan atau borang permohonan rasmi yang perlu diisi yang boleh diperolehi dari portal rasmi PTPTN
- Surat tawaran rasmi yang membuktikan anda sudah habis belajar; ATAU
- Surat pengesahan majikan jikalau masih bekerja
- Surat pengesahan yang membuktikan anda adalah seorang penganggur;ATAU
- Penyata KWSP yang terkini; ATAU
4) Bolehkah saya tidak bayar pinjaman tersebut?
Boleh. Dengan syarat anda mengambil jurusan yang diiktiraf oleh MQA. Dan memperolehi kelas pertama bagi Ijazah Sarjana Muda anda.
5) Kadar faedah pinjaman PTPTN?
Kadar faedah adalah 1.00 peratus setahun. Walau bagaimanapun, jikalau anda berjaya bayar menyelesaikan pinjaman penuh sebelum tempoh tangguh 6 bulan, anda tidak akan dikenakan sebarang kadar faedah
6) Apakah kesan dan akibat jikalau saya tidak melakukan bayaran PTPTN saya semula?
PTPTN akan mula memberikan peringatan kepada anda sejumlah 3 kali. Jikalau masih berdegil juga anda akan dikenakan senarai hitam Imigresen yang menghalalang anda keluar negara sekaligus passport Malaysia anda tidak boleh diperbaharui