Jadual dan Tarikh Bayaran Pencen 2017 JPA Pesara Kerajaan
Di bawah ada dilampirkan jadual pencen dan tarikh pembayaran pencen bulanan 2017 untuk panduan dan rujukan para Pesara Kerajaan di seluruh Malaysia.

Jadual pencen yang meliputi info mengenai tarikh pencen dibayar bagi tahun 2017 ini telah dikeluarkan sendiri oleh Portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Dengan adanya jadual bayaran pencen ini, pesara kerajaan dapat melakukan semakan tarikh pembayaran terus kepada akaun bank simpanan masing-masing mengikut tarikh yang telah ditetapkan pada setiap bulan. Mudah bukan?
Jadual dan Tarikh Bayaran Pencen Bagi Tahun 2017 oleh JPA
[table sort=”desc,asc”]
Tarikh,Bulan,Hari
18 Januari,1,Rabu
21 Februari,2,Selasa
21 Mac,3,Selasa
20 April,4,Khamis
18 Mei,5,Khamis
14 Jun,6,Rabu
20 Julai,7,Khamis
21 Ogos,8,Isnin
20 September,9,Rabu
10 Oktober,10,Selasa
21 November,11,Selasa
20 Disember,12,Rabu
[/table]
Info Penting Mengenai Bayaran Pencen 2017 :
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Bolehkah sekiranya orang lain yang menuntut pencen selain daripada pesara atau penerima pencen?,Seorang wakil diri boleh dilantik oleh pesara atau penerima pencen bagi membantu hal ehwal atau urusan pencen dengan bank
,Pelantikan wakil diri hanya dibolehkan di bawah Skim B sahaja.
,Pesara atau penerima bayaran pencen mestilah seorang yang berkeadaan uzur dan keuzurannya haruslah dibuktikan dan disahkan melalui surat pengesahan dari Pegawai perubatan Kerajaan atau swasta; atau Pegawai Kebajikan Masyarakat ataupun Pegawai Daerah
,Untuk pelantikan wakil diri tersebut; pesara hendaklah memohon kepada Bahagian Pencen JPA dengan mengisi borang pada pautan ini KLIK SINI
,Tempoh setahun sahaja diberikan untuk pelantikan wakil diri ini. Ia boleh diperbaharui sekiranya wakil diri ini masih diperlukan oleh pesara.
[/table]
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Adakah boleh pesara menukar akaun bank?,Notis atau makluman secara bertulis hendaklah diberikan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum akaun lama ditutup kepada Bahagian Pencen JPA. Ini bagi mengelakkan dari terputusnya bayaran pencen bulanan yang diterima oleh pesara.
,Sekiranya pesara hilang buku akaun; pesara dinasihati supaya membuka akaun di bank yang sama agar bayaran pencen yang diterima sebelum itu dapat dipindahkan ke akaun baru.
,Pembayaran pencen mungkin akan terganggu seketika jika pesara membuka akaun baru di bank lain. Ini kerana bayaran pencen bulanan yang telah dimasukkan ke akaun lama haruslah dikembalikan oleh bank yang terbabit kepada Bahagian Pencen JPA untuk melalui proses semula pengkreditan ke dalam akaun baru di bank lain.
[/table]