Bantuan Zakat Selangor : Borang Permohonan Untuk Pendidikan Pelajar secara online
Untuk makluman kepada mereka yang berkelayakan, terdapat banyak bantuan zakat Selangor yang boleh dimohon.

Berikut di bawah kami akan kongsikan butiran dan apa yang perlu dilakukan kepada pemohon yang layak berkenaan dengan Permohonan Bantuan Zakat Selangor Secara Online.
Untuk Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Mohon bantuan zakat,KLIK SINI
[/table]
Selain daripada secara online, anda juga boleh dapatkan borang permohonan Bantuan Zakat Selangor secara manual seperti tertera di bawah :
Kaunter LZS
Ibu Pejabat LZS
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint Alami,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40 100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Cara hubungi :
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Talian Operator,03 – 5522 7700
Talian Zakat Selangor,1-800-88-5353
Faks,03 – 5522 7700
E-mel,callcentre@e-zakat.com.my
Laman Web,http://www.zakatselangor.com.my
[/table]
Syarat Syarat Permohonan
Syarat-syarat di bawah ini hendaklah dipatuhi, sebelum sesuatu borang permohonan yang anda hantar mendapat pertimbangan dan diterima oleh Lembaga Zakat Selangor.
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah).
- Telah bermastautin atau tinggal tetap di Selangor tidak kurang dari 3 tahun atau lahir dan menetap di Selangor.
- Tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak ataupun masih tidak mencukupi sekiranya ada menerima bantuan.
Senarai Bantuan Zakat Selangor
A. Asnaf Fakir dan Miskin
Asnaf fakir adalah orang Islam yang tiada pendapatan atau harta, ataupun ada pendapatan atau harta namun tidak mencapai 50% daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
Asnaf Miskin adalah orang Islam yang mempunyai pendapatan atau harta yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya namun tidak mencukupi had kifayah.
- Bantuan Kewangan Bulanan
- Saguhati Hari Raya
- Bantuan Makanan Bulanan
- Kursus Dan Latihan
- Biasiswa Pelajaran
- Bantuan Kewangan Bulanan
- Membaiki Pulih Rumah
- Bantuan Pengurusan Jenazah
- Bantuan Keperluan Pendidikan
- Pembinaan Rumah Individu
- Bantuan Yuran Sekolah Rendah / Menengah
- Bantuan Sewa Rumah
- Bantuan Modal Perniagaan
- Bantuan Perubatan
B. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang memeluk Islam, dipujuk hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau diharap dapat membela orang Islam.
Bantuan Kewangan Bulanan
- Bantuan Sewa Rumah
- Bantuan Perkahwinan
- Pembinaan Rumah Individu
- Bantuan Modal
- Kursus Dan Latihan
- Pengurusan Jenazah
- Saguhati Hari Raya
- Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
- Dermasiswa Muallaf
- Bantuan Umum Pelajaran
- Saguhati Galakan Saudara Baru
- Bantuan Perubatan Muallaf
- Bantuan Berkhatan
- Pembinaan Rumah Berkelompok
C. Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah adalah satu perjuangan, usaha dan aktiviti yang tujuannya demi mempertahankan dan menegakkan agama Allah.
- Bantuan Kepada Persatuan / Badan Islam
- Dermasiswa Belajar Di Luar Negara
- Dermasiswa Huffaz Al-Quran
- Pembinaan Baik Pulih Surau
- Bantuan Karpet Majid / Surau
- Dermasiswa Kecil Pelajar SAMR / T
- Bantuan Peralatan Masjid / Surau
- Bantuan Ribut
- Dermasiswa Pelajar Cemerlang
- Bantuan Umum Pelajaran
- Bina / Baik Pulih Sekolah Agama
- Program Penerapan Nilai-Nilai Islam
- Pembinaan / Baik Pulih Institusi Agama
- Pembinaan Baik Pulih Masjid
- Pembinaan Baik Pulih Surau Sekolah
- Bantuan Keperluan Sekolah
- Bantuan Pendidikan / Penerbitan
- Bantuan Kebakaran
- Bantuan Banjir
D. Asnaf Gharimin
Gharimin adalah orang Islam yang berhutang demi memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tidak berupaya untuk membayarnya.
- Hutang Perubatan
- Pengurusan Jenazah Tanpa Waris
- Hutang Kerana Keperluan Hidup
- Hutang Badan / Persatuan
- Hutang Rawatan Dialisis
E. Asnaf Ibni Sabil
Ibnu Sabil adalah orang yang memulakan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat tetapi kehabisan belanja serta sesuai dengan hukum, syarak dengan syarat :
- Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan
- Ditinggalkan dalam perjalanan
- Putus bekalan dalam perjalanannya
- Kemudahan asas diperlukan dalam masalah perjalanan
Moga-moga dengan perkongsian ini, anda yang berkelayakan mendapat gambaran awal syarat-syarat dan contoh bantuan yang disalurkan Zakat Selangor.