Semakan Bantuan Sara Hidup BSH Pada 6 Jun 2018

Semakan Bantuan Sara Hidup BSH Pada 6 Jun 2018

Dahulu dikenali dengan bantuan rakyat 1 Malaysia atau BRIM. Dahulu, di zaman regim Najib Razak. Semasa legasi Tun Mahathir ia tetap diteruskan seperti biasa tetapi dijenamkan semula ada nama Bantuan Sara Hidup BSH.

bantuan sara hidup

Jadi kepada yang tertunggu untuk bayaran fasa 2 ia akan diteruskan dan kami dimaklumkan pembayaran akan dibuat pada 6 Jun 2018 ini sekaligus membantu penerima bantuan sara hidup BSH membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Dengan dana sejumlah Rm1.6 bilion ia akan diagihkan dan dilakukan pembayaran masuk ke akaun bank penerima duit bantuan sara hidup sepertima yang telah didaftarkan sebelum ini.

Manakala jikalau mana-mana yang tiada akaun bank, usah risau. Ini kerana anda akan menerima surat daripada Kemnterian Kewangan Malaysia (MOF Malaysia) yang mengatakan anda lulus untuk menerima bayaran bantuan sara hidup dan anda boleh bawa surat tersebut utnuk ditebus di mana-mana cawangan Bank Simpnanan Nasional yang berdekatan dengan rumah kediaman anda.

P/S : Kepada yang tunggu fasa ketiga pada bulan Ogos ini. Tunggu ya. Berjimat cermatlah anda.