Kenaikan Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Sempena Bajet 2018


Kenaikan Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Sempena Bajet 2018

Walaupun harga minyak dunia terus terumbang ambing, semuanya itu bukan masalah besar untuk kerajaan Malaysia untuk teruskan pemberian dan pembayaran BR1M menjelang pembentangan Bajet 2018 kelak.

bantuan rakyat 1malaysia

Malah berdasarkan jangkaan ahli ekonomi disebalik pembentangan Bajet 2018 kelak, M. Manokaran mengatakan yang Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM bakal naik kepada RM1,200 untuk nilai yang tertinggi.

Terima kasih kepada lonjakan pendapatan GST Malaysia yang mana dijana dan diperolehi melalui setiap kali rakyat marhaen berbelanja. Lebih banyak kutipan yang berjaya dicapai berbanding tahun lepas.

Dijangka tahun depan. Akan terus meningkat.

Sudah semestinya, ramai sudah mengagak intipati Bajet 2018 jikalau ia adalah pembentangan Bajet yang terakhir sebelumnya Pilihanraya Umum ke 18, kali ini adalah bajet yang mesra rakyat termasuklah peruntukkan untuk BRIM dijangka melonjak kepada RM7.5 bilion, naik sebanyak RM700 juta.

Semuanya yang indah-indah sahaja.

Sejarah Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia


Tahun Isi Rumah RM3K Ke bawah Isi Rumah RM3K-RM4K Bujang ekasih
Bajet 2012 RM500 Tiada Tiada Tiada
Bajet 2013 RM500 Tiada RM250 Tiada
Bajet 2014 RM650 RM450 RM300 Tiada
Bajet 2015 RM950 RM750 RM350 Tiada
Bajet 2016 RM1000 RM800 RM400 RM1050
Bajet 2017 RM1200 RM900 RM450 RM1200
Bajet 2018