Bantuan Perkahwinan Selangor : Insentif RM500 Untuk Pasangan Kahwin
Jikalau bercerita bab kahwin di Malaysia, semua orang mahu berkahwin. Persoalannya samada lambat atau cepat sahaja.
Sudah temui jodoh atau tidak. Untuk menjalankan perkahwinan di malaysia, paling kurang memakan belanjan antara RM15 ribu hingga RM30 ribu.
Berlainan di negeri lain, di Selangor kerajaan negeri telah berbesar hati untuk menyumbang sedikit bantuan perkahiwnan sebanyak RM500 kepada pasangan Selangor yang “mendirikan madjid”.
Dahulu hanya saguhati RM200 bantuan perkahwinan Selangor kepada pasangan yang layak. Tetapi tahun ini jumlahnya telah meningkat naik.
Cara Permohonan Bantuan Perkahwinan Selangor
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Jumlah bantuan perkahwinan,RM500
Agensi,Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
Permohonan bantuan kahwin,KLIK SINI
[/table]
- Pastikan permohonan online yang anda lakukan ini hanya sekali lagi.
- Dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, salinan sijil nikah, Salinan Sijil
- Pendaftaran Perkahiwnan dengan Jabatan Pendaftaran Negara JPN, Borang pengesahan
- Anda Tinggal Tetapi di Selangor selama tempoh lebih 10 tahun
- Pastikan semua salinan ini disahkan
- Hantar dokumen sokongan ini 2 minggu selepas anda hantar permohonan bantuan perkahwinan Selangor terus di Pejabat YAWAS atau di Pusat DUn anda
- Pastikan dokumen anda lengkap. Ini kerana sebarang surat rayuan selepas itu tidak dilayan sama sekali
Apa Syarat Kelayakan Untuk Dapat Insentif Perkahwinan Selangor
- Mesti terdiri dari kalangan warganegara Malaysia
- Syarat paling pentingnya, mestilah anda perlu lahir di Selangor
- Ataupun anda orang luar negara tetapi disahkan sudah tinggal di Selangor selama tempoh 10 tahun
- Permohonan yang anda hantar ini adalah untuk perkahwinan anda untuk pertama kalinya
- Anda mesti hantar dalam tempoh 12 bulan dari tarikh nikah atau tarikh perkahwinan anda
- Umur anda mestilah tidak lebih dari 35 tahun ketika memohon
Bagaimana Saya Tahu, Yang permohonan Saya Telah LULUS
- Untuk makluman anda jika anda dipilih untuk menerima bantuan ini, pihak YAWAS sendiri akan hantar nama anda kepada pihak Bank Simpanan Nasional BSN
- Kemudian Pihak YAWAS akan agihkan Sijil Simpanan Premium bernilai Rm500 ke setiap DUN di Selangor
- Anda akan mula mendapat email yang anda daftar ketika permohonan untuk anda dikehendaki hadir ke pejabat DUN yang berkaitan dengan anda untuk mengambil Sijil Simpanan Premium ini