≡ Menu

Bantuan Covid 19 Khas Untuk Semua

Kerajaan Malaysia baru sahaja umum yang negara kita terpaksa meneruskan perintah kawalan pergerakan PKP sehingga 14 April 2020 ini. Memang patut semakan sumbangan asas rahmah ini dilancarkan.

Jikalau ikutkan ia akan berakhir pada 31 Mac 2020.

Ini kerana kerajaan difahamkan melalui perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara MKN keadaaan berkemungkinan besar akan menjadi lebih buruk.

Jadi kerajaan tiada pilihan lain, selain melanjutkan perintah ini. Ini bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Sudah pastinya berita ini disambut dengan kerisauan dan kesedihan dikalangan rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun berdasarkan semakan melalui portal rasmi MYpt3 berkongsian senarai bantuan covid 19 yang boleh anda mohon dengan harapan bantuan ini dapat membantu anda menjalani kehidupan di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan PKP ini.

Bantuan tersebut ditawarkan oleh kerajaan persekutuan dan juga dari kerajaan negeri di seluruh Malaysia. Dalam pada masa yang kerajaan berjanji akan meningkat bantuan supaya golongan pemandu teksi, penjaja, peniaga kecil, usahawan kecil, nelayan, penoreh getah dan yang hilang pendapatan dapat terus dibantu dan dibela.

Selain bantuan ini, ada lagi bantuan prihatin nasional bpn yang diumumkan melalui pakej rangsangan ekonomi malaysia seperti yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia Tan sri Muhyiddin Yassin baru baru ini.

Jumlah besar diagihkan kepada majoriti rakyat Malaysia yang terkesan dengan harapan mereka ada duit untuk berbenlaja barang keperluan semasa berlangsung perintah kawalan pergerakan pkp.

Dalam pada masa yang sama, kita sama-sama berharap agar musibah ini dapat berakhir secepat mungkin!