≡ Menu

Dapatkan Bantuan BAITULMAL Kuala Lumpur Sekarang

Dapatkan Bantuan BAITULMAL Kuala Lumpur Sekarang

Adakah anda ingin memohon bantuan Baitulmal MAIWP?

bantuan baitulmal

Bantuan zakat boleh diminta dan dipohon menerusi Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) bagi orang yang hilang pekerjaan.

Malah yang hilang punca pendapatan dek kerana kelembapan ekonomi boleh dirujuk di MAIWP.

Bagaimanapun, bantuan baitulmal ini hanya terhad kepada mereka yang tidak mempunyai simpanan pelaburan, tabungan semasa atau sudah tergolong dalam golongan miskin tegar.

Selain itu, tanggungan keluarga, tahap kesihatan dan tidak menerima mana-mana bantuan lain mengikut syarak juga memainkan peranan penting dalam pemberian zakat Baitulmal.

Wang tunai di antara RM200 sehingga RM1,000 sebulan adalah bantuan yang diberikan mengikut perkiraan pegawai Baitulmal MAIWP yang meliputi bantuan untuk keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, persekolahan anak-anak, pakaian dan pengangkutan.

Bagaimana Memohon Bantuan Baitulmal Kuala Lumpur Secara Online

  1. Borang permohonan mestilah dilengkapkan dengan butiran yang diperlukan (tidak perlu tandatangan sokongan mana-mana pemimpin)
  2. Dokumen lampiran yang diperlukan perlu disertakan (tidak perlu apa-apa cop pengesahan)
  3. Borang permohonan yang lengkap dihantar ke mana-mana cawangan yang berhampiran sama ada secara tangan atau pos (sebaiknya borang dihantar tangan kerana boleh terus ditemuduga dan permohonan akan lebih cepat diproses.

Link di bawah boleh dilayari untuk melihat lebih lanjut borang permohonan, syarat-syarat permohonan dan dokumen lampiran yang diperlukan.


[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Borang permohonan bantuan baitulmal secara online,KLIK SINI
[/table]

Syarat Umum Permohonan Bantuan Baitulmal

  1. Warganegara Malaysia
  2. Beragama Islam
  3. Tertakhluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
  4. Masih menetap di Wilayah Persekutuan dan bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun.

Had al-Kifayah

Dari sudut bahasa, Had Kifayah adalah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak pula ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara mudahnya, ia merujuk kepada tetapan suatu kadar keperluan asas minimum berdasarkan kos sara hidup semasa. Had Kifayah ini juga digunakan untuk mengetahui kadar yang perlu dibantu bagi menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Terdapat 6 aspek keperluan asas yang menjadi rangkuman penilalan yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah iaitu perlindungan, pakaian, pendidikan, makanan, perubatan dan pengangkutan.

  1. Perlindungan untuk seisi rumah disediakan oleh Perlindungan Perbelanjaan seperti sewa rumah, bil elektrik, bila air dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Makanan segala bahan makanan dan minuman yang dimakan termasuk di luar rumah oleh ahli rumah.
  3. Pakaian segala bentuk pakaian yang dipakai oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain lagi.
  4. Perubatan merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diterima dan diambil oleh ahli rumah seperti farmasi, hospital awam dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Pendidikan merujuk kepada segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku-buku dan sebahagian lain yang berkaitan.
  6. Pengangkutan merujuk segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambah dan lain-lain lagi yang berkaitan.
  • Jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon ini akan dikira sebagai jumlah pengiraan Had al-Kifayah. Kemudiannya, pendapatan isi rumah pemohon akan dibandingkannya. Pemohon adalah layak menerima zakat sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan.

Tempoh Kelulusan Permohonan

Keputusan permohonan akan diperolehi dalam tempoh 5-7 hari bekerja jika semua permohonan lengkap dan tiada masalah.

Informasi dan makluman bahawa permohonan MAIWP adalah untuk warga Wilayah Persekutuan. Bagi yang lain-lain, anda boleh merujuk kepada Baitulmal di mana tuan/puan bermastautin bagi negeri-negeri lain.

Senarai Jenis Tawaran Bantuan Baitulmal

Berikut di bawah disertakan senarai skim bantuan zakat yang boleh dipohon :

  1. Bantuan Am Persekolahan
  2. Bantuan Kewangan Bulanan
  3. Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  4. Bantuan Tambang Dalam / Luar Negeri (Ibnu-Sabil)
  5. Bantuan Al-Riqab
  6. Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)
  7. Bantuan Am Pelajaran IPT
  8. Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan & Institusi Pendidikan
  9. Bantuan Perubatan
  10. Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan
  11. Bantuan Musibah
  12. Bantuan Peralatan Dan Kecemasan Persekolahan
  13. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
  14. Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
  15. Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI
  16. Bantuan Persediaan IPT
  17. Bantuan Perniagaan
  18. Bantuan Membina / Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah
  19. Bantuan Segera
  20. Bantuan Takaful Asnaf
  21. Bantuan Perkahwinan
  22. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  23. Biasiswa Baitulmal / Insentif Khas Pelajar Cemerlang
  24. Bantuan Tuisyen
  25. Bantuan Pertanian
  26. Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Roda Tiga Untuk OKU
  27. Bantuan Guaman Syarie
  28. Bantuan Ramadhan

Soalan Lazim Agihan Zakat

1. Siapakah yang boleh memohon bantuan Baitulmal MAIWP?

” Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan amil, miskin, fakir, al-gharimi (orang yang berhutang), muallaf, fisabilillah, ar-riqab san ibnu sabil. Antaranya, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, miskin, peniaga kecil, mereka yang ditimpa penyakit dan lain-lain lagi.

2. Apakah syarat-syarat bagi yang ingin memohon bantuan Baitulmal Kuala Lumpur?

“Syarat umum dan umum khusus adalah syarat untuk memohonnya. Syarat umum adalah wargangegara Malaysia, Islam, menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan bergantung kepada perkiraan pendapatan isi rumah dan keperluan asasi (Had al-Kifayah). Syarat khusus pula bergantung kepada bantuan yang dipohon dari Baitulmal dan berbeza-beza mengikut skim bantuan yang disediakan.

3. Bagaimanakah cara-cara untuk memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?

“Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my dan memuat turun borang permohonan ataupun boleh datang sendirI ke pejabat Baitulmal MAIWP.

4. Berapakah jumlah bantuan zakat yang diberikan?

“Seorang pemohon yang layak akan diberikan dan menerima jumlah bantuan zakat yang berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

5. Bolehkah sekiranya saya memohon lebih daripada satu bantuan?

“Bantuan boleh dipohon lebih dari satu oleh pemohon setelah kelayakan pemohon dikenalpasti oleh pihak Baitulmal MAIWP.

6. Adakah bayaran semula diperlukan bagi bantuan yang diberikan?

“Tidak, bayaran semula adalah tidak perlu dan semua bantuan baitulmal yang diberikan bukan berbentuk pinjaman.

Cara Hubungi MAIWP

Sila hubungi nombor berikut untuk maklumat fakir dan miskin yang bermastautin di Wilayah Persekutuan (Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP) :

+6012 – 518 3614 / +6012 – 512 7614

Selamat memohon kami ucapkan kepada mereka yang layak dan ingin memohon Bantuan Baitulmal MAIWP. Moga-moga setiap perkara yang kita lakukan membawa manfaat kepada diri sendiri, keluarga, bangsa dan agama. Insya Allah.