Baki PTPTN Terkini. Cara Mudah Semak Online

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kemaskini berita pada Oktober 22nd, 2017 pada 07:53 pm


Baki PTPTN Terkini. Cara Mudah Semak Online

Nampaknya kesedaran kalangan peminjam yang membuat pinjaman PTPTN semakin meningkat.

baki ptptn

Ini semua gara-gara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah menyenaraikan nama anda dalam rekod CCRIS dan juga CTOS.

Ini bermakna segala rekod pembayaran pinjaman anda akan terpapar pada penyata CCRIS dan CTOS anda. Jikalau anda bayar cantiklah, cantiklah penyata tersebut.

Tetapi jikalau anda tidak bayar dengan konsisten, maka buruklah penyata tersebut. Akhirnya ia telah memberikan impak dan kesan kepada anda ketika mahu membuat pinjaman bank tatkala mahu membuat pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan sebagainya.

Malah ada yang terpaksa kena PTPTN blacklist. Sehingga dilarang pergi ke luar negara gara-gara tidak pernah bayar langsung.

Oleh sebab itu, semakin ramai yang sudah mula bayar secara konsiten pembayaran PTPTN. Malah ada yang mahu bayar sekaligus. Tetapi pastinya akan ada persoalan dikalangan peminjam, berapa baki PTPTN?

Jikalau anda nak tahu dan semak penyata baki PTPTN secara online mahupun secara SMS, Berita Semasa ada kongsikan seperti di bawah ini :

Cara Semak Penyata Baki PTPTN Online


Perkara Butirannya
Semak secara Online KLIK SINI

Cara Semak Penyata Baki PTPTN Secara SMS

Apa yang boleh anda lakukan dengan cara hantar SMS melalui format seperti di bawah ini :

PTPTN <jarak>BAKI<jarak>Nombor Kad Pengenalan Anda<jarak>Nombor PIN
Contoh : PTPTN BAKI 920202045050 123456



Share.

Leave A Reply