Bajet Rumah Mampu Milik di Bandar. Ampang RM600K dan Pinggir Bandar KL Rawang RM380K. Kos Sara Hidup Sama?
Berita Semasa harapkan akan ada “idea yang lebih bernas” dibentangkan pada pembentangan bajet Malaysia kali ini
Dengan harapan berita yang disampaikan kelak, adalah berita yang benar-benar menggembirakan ratusan ribu yang masih lagi tercari-cari dan terkapai-kapai rumah mampu milik buat mereka.
Hari ini….harga untuk beli rumah teres di kawasan bandar boleh senang-senang mencecah lebih setengah juta ringgit (RM500,000++), akhirnya apa jadi?
Sedikit demi sedikit mereka-mereka ini yang tiada pilihan lain mula perlahan-lahan beralih perhatian ke kawasan pinggir bandar untuk mencari apa yang dipanggil rumah mampu milik kerajaan yang layak dan sebenar-benarnya untuk mereka berdasar sumber portal mypt3
Kajang, Semenyih, Rawang, Sungai Buloh, adalah antara kawasan pinggir bandar yang sedang menjadi perhatian kalangan yang tercari-cari kawasan rumah mampu milik bagi mengelakkan “rumah mampu milik” di kawasan bandar yang hanya sesuai untuk golongan kaya, VVIP, ekspatariat, golongan kenamaan, kelompok elit ataupun kalangan berkemampuan lebih dengan tawaran harga yang dikemukakan kalangan kapitalis hartanah di Malaysia.
Walaubagaimanapun, melihatkan “harga rumah mampu milik” di sekitar Rawang contohnya sahaja bagi rumah teres 2 tingkat sudah mencecah RM300,000.
Tetapi dek kerana tiada banyak pilihan yang ada di depan mata dan dalam pada masa yang sama ramai yang berkeinginan untuk memiliki aset sendiri, kalangan yang bekerja di bandar-bandar besar terpaksa juga berhadapan dengan kos yang besar untuk memiliki rumah sendiri. Hakikatnya…
Bajet Rumah Mampu Milik Ampang VS Rawang?
Hakikatnya apabila dibuat pengiraan semula contohnya, kos sara hidup memiliki “rumah mampu milik” di bandar besar VS tinggal di rumah mamu milik di pinggir bandar adalah lebih kurang sama.
- Pinggir Bandar : Harga Rumah Teres 2 Tingkat (Rawang) : RM380,000
- Bandar Besar : Harga Rumah Teres 2 Tingkat (Ampang) : RM600,000
Oleh kerana di pinggir bandar tidak mempunyai pengangkutan awam yang efisien, ramai yang terpaksa menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja terutamanya di ibu kota Kuala Lumpur.
- Kos Petrol : RM80 (Seminggu) Setuju? Atau Lebih Lagi?
- Kos Tol : RM50 Seminggu. Setuju? Atau Lebih Lagi
Berbanding tinggal di kawasan bandar besar, pengangkutan awam yang disediakan lebih banyak dan lebih efisen sekaligus menjimatkan sedikit sebanyak perbelanjaan harian pergi dan balik ke tempat kerja mengambil kira jarak dan kos perjalanan yang pelru dihadapi setiap hari. Setuju?
Kesimpulannya, mencari rumah mampu milik di pinggir bandar atau bandar lebih kurang sama sahaja lebih-lebih lagi tempat kerja di ibukota Kuala Lumpur tetap berhadapan dengan siatuasi yang sama. Apa dia?
Terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi dan semakin meningkat daripada bulan ke bulan. Daripada tahun ke tahun. Jikalau pada intipati Bajet Malaysia harga rumah ini tidak ditangani dengan cara yang lebih holistik melalui pembentangan bajet Malaysia harag rumah kali ini, tidak musthil impian kalangan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah mampu milik yang sebenar-benarnya bakal tinggal impian dan angan-angan sahaja.
Apa pula kata anda, mungkin sebarang idea yang mungkin boleh dimasukkan dalam bajet Malaysia harga rumah kali ini?
P/S : Baca pua Bahagian II kupasan isu harga rumah menjelang bajet Malaysia harga rumah, perbandingan kajian harga rumah VS Gaji yang sebenarnya layak untuk mereka…Pautannya di bawah ini: