≡ Menu

Bajet Rumah : 64 peratus Tidak Layak Beli Rumah di Kuala Lumpur


Bajet Rumah : 64 peratus Tidak Layak Beli Rumah di Kuala Lumpur RM300,000 dan Ke Atas VS Gaji Diploma RM1,911 dan Ijazah RM3,100. Mampu? PART II

Kalangan anak muda yang berpendapatan serdahana pun sukar memiliki dan membeli rumah sendiri patah lagi golongan yang berpendapatan rendah, apatah lagi yang berpendapatan rendah?

bajet rumah

Laporan Berita Semasa kali ini adalah sambungan daripada SIRI 1 berkaitan isu harga rumah yang patut kerajaan pertimbangkan menjelang pembentangan Bajet Rumah Malaysia.

Inilah realiti dilema yang dihadapi oleh kalangan warga kota Kuala Lumpur hari ini di mana Berita Semasa perhatikan masih ramai lagi yang tidak mempunyai rumah sendiri.

Semak juga projek rumah mesra rakyat jenis teres di Malaysia :

Dan dalam pada masa sekarang ini terdapat 45,000 yang berdaftar dengan rumah DBKL yang sehingga ke hari ini terus menunggu untung nasib mereka untuk ditempatkan di rumah-rumah pangsa. Hakikatnya ramai warga Kuala Lumpur contohnya lebih rela sewa rumah selama mana yang boleh melihatkan gelombang harga rumah yang semakin melonjak ketika ini.

Dan…..yang mengejutkan sekarang ini kebanyakan rumah-rumah di sekitar Kuala Lumpur tidak berpenghuni.

Bajet Rumah : Statistik Pemilikan Rumah di Kuala Lumpur

  • Lebih 418,000 rumah di Kuala Lumpur
  • 252,795 yang tidak memiliki rumah
  • 166,076 yang berjaya memiliki rumah sendiri

Hari ini, berdasarkan kajian dan statistik yang Berita Semasa perolehi sejumlah 93 peratus rumah kos tinggi yang ditawarkan di dalam Kuala Lumpur iaitu melebihi harga rumah lebih RM300,000 – RM500,000 dan RM1,000,000.

Dan hanya 2.2 peratus sahaja rumah kos rendah dibina setakat ini, manakala 4.2 peratus rumah kos serdahana. Dan kita boleh perhatikan di sini, hanya 6.4 peratus unit rumah yang ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah dan serdahana.

Gaji Diploma dan Ijazah di Kuala Lumpur VS Statistik Harga Rumah di KL?

Hakikatnya apabila dibuat perbandingan Harga Rumah di Kuala Lumpur

  1. Gaji Berpendapatan Rendah RM3,000 Ke Bawah: 64 peratus
  2. Gaji Berpendapatan Serdahana RM4,000 Ke Bawah: 13 peratus
  3. Gaji Berpendapatan Tinggi RM10,000 Ke Bawah:23 peratus

Dan dengan gaji RM4,000 jenis rumah yang bagaimana layak untuk mereka? Hakikatnya tidak banyak tawaran harga rumah sekarang yang benar-benar mampu milik untuk mereka.

Kajian menunjukkan hari ini terdapat 14,000 pasangan yang memulakan hidup bekeluarga di Kuala Lumpur, malangnya statistik penyediaan harga rumah mampu milik tidak seiring dengan permintaan rakyat Malaysia ketika ini.

  • Hari ini, kita lihat anak muda yang memegang kelulusan Diploma berpengalaman bekerja selama 5 tahun dengan gaji RM2,100 selepas bermula dengan gaji RM1,362
  • Pemegang Ijazah pula RM3,100 juga dengan pengalaman 5 tahun bekerja dengan permulaan gaji RM1,911

Malangnya melihatkan harga rumah PRIMA contohnya rata-rata belegar pada harga RM300,000 yang mana untuk harga rumah jenis ini sebenarnya memerlukan tangga gaji RM5,000-RM6,000 yang bagi pemerhatian Berita Semasa golongan yang sebenar-benarnya layak.

Bajet Rumah : Cadangan Berita Semasa Kawalan Harga Rumah di Kuala Lumpur?

Oleh itu, Berita Semasa tampil dengan beberapa cadangan bagi mewakili anak muda dan kumpulan yang ternanti-nanti nasib mereka dibela bagi membolehkan mereka memiliki rumah sendiri :

  1. Kerajaan perlu berhentikan saki baki penjualan tanah yang ada di Kuala Lumpur
  2. Lakukan usahasama dengan DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan, KPKT membangunkan tanah-tanah yang ada ini untuk pembinaan lebih banyak rumah mampu milik
  3. Berikan diskaun kepada pemaju yang berminat untuk membina rumah mampu milik pada harga di bawah RM250,000 bukannya lebih RM300,000 tanpa mengurangkan spesifikasi ketat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan
  4. Cadangan anda?

Hakikatnya hari ini rakyat di Kuala Lumpur berjumlah 64 peratus ini hanya mampu membeli harga rumah mampu milik maksimum RM250,000 dan ke bawah sahaja (contohnya RM70,000, Rm120,000, RM180,000). Bukannya RM300,000, RM350,000, RM400,000 dan seterusnya….

Inilah yang Berita Semasa harapkan pada pembentangan bajet Malaysia akan datang supaya kerajaan dengarlah suara rakyat pada ketika ini selagi mana mereka “berminat dan dahagakan” untuk meminta pertolongan daripada anda yang bernama Kerajaan Malaysia.

Insyaallah, biar sama-sama mendapat manfaat atas iltizam kerajaan bercita-cita tinggi mahu mengangkat Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Apa pendapat anda pula?