≡ Menu

Bajet : Pengeluaran KWSP 40 Peratus Untuk Beli Rumah Pertama

Bajet 2017 Pengeluaran KWSP Beli Rumah Pertama Dari Akaun Dua Kepada 40 Peratus

Sekurang-kurangnya cadangan ini jauh lebih baik dan cerdik berbanding cadangan Noh Omar yang mahu beri “lesen besar” kepada pemaju untuk tawarkan bantuan pinjaman perumahan tambahan kepada pembeli rumah.

pengeluaran kwsp rumah pertama

Betul apa yang mypt3 tulis dalam laporan berita terkini. Contohnya, Daripada dibiarkan duit simpanan dan dividen KWSP dibiarkan beku sehingga berpuluh tahun sambil “dimamah dengan kadar inflasi di Malaysia” lebih baik dikembangkan dengan memberikan kelonggaran terutamanya kepada pembeli rumah pertama supaya dapat pengeluaran KWSP lebih daripada kebiasaanya untuk beli rumah pertama terutamanya.

Mekanisme Pengeluaran KWSP Beli Rumah Pertama?

Untuk maklumat setakat ini, Berita Semasa senarai butiran awal mengenai cadangan pengeluaran KWSP untuk beli rumah pertama

  1. Boleh dibenarkan dengan syarat hanya untuk beli rumah pertama sahaja
  2. Boleh diberikan untuk tujuan bayaran ansuran rumah setiap bulan
  3. Walaubagaimanapun untuk mengelakkan spekulasi, sesiapa yang telah beli rumah dengan pengeluaran KWSP ini jikalau mereka mahu jual rumah tersebut pada kemudian hari, hasil jual rumah tersebut perlu dipulangkan semula ke dalam akaun KWSP (EPF)
  4. Hanya dibenarkan untuk pembelian rumah mampu milik (kadarnya akan dimaklumkan) bukannya rumah mewah

Model ini sudah pun digunapakai untuk kalangan pencarum yang membuat pengeluaran KWSP untuk pembelian unit amanah, dan kini Kementerian Kewangan Malaysia mahu meneruskan mekanisme seperti ini pembelian rumah pertama pula.

Apa respon balas anda pula untuk cadangan terbaru ini?