Bajet : Apa Tindakan Kerajaan Harga Minyak Dunia Turun US$66


Bajet:  Harga Minyak Dunia US$110. Terkini US$66? Kerajaan Bakal Potong Peruntukkan?

Jikalau dahulu ramai “ahli nujum” dan “tukang ramal” menjangkakan harga minyak dunia yang terus melonjak naik sehingga ke paras USD140 setong akan terus naik sekitar Jun 2008.

minyak dunia

Tetapi akhirnya tidak menjadi realiti apabila ia mencecah paras “break point” iaitu USD145 setong sepertimana dijangkakan pakar-pakar ekonomi dunia.

Harga minyak dunia terus menjunam jatuh harga minyak dunia selepas daripada itu. Dan sekali lagi harga minyak terus jatuh semula ke paras US$66.19 daripada harga minyak dunia mentah sebelum ini yang berlegar pada paras USD110 setong.

Hampir majoriti rakyat malaysia yang terdedah kepada maklumat pantas di media baru sedia maklumkan yang mana pendapatan minyak negara begitu besar maknanya kepada negara.

  • Apatah lagi bagi mengimbangi pembentangan bajet defisit yang sudah dibentangkan 17 tahun berturut-turut sejak daripada tahun 1998 lagi
  • Bagi mengimbangi hutang negara yang terus melonjak tinggi kepada paras RM763 bilion

Persoalannya harga minyak dunia terus jatuh adakah akan berikan impak negatif kepada negara? Atau sebenarnya ia beri kesan positif kepada Malaysia?

Oleh, mari kita kupas satu demi satu faktor-faktor yang terlibat secara langsung disebalik kesan harga minyak dunia jatuh kepada negara. Jikalau ditanya kepada jurucakap kerajaan Malaysia sekarang ini, Ahmad Maslan :

  • Nilai tukaran ringgit Malaysia jatuh teruk hari ini, iaitu pada kadar tukaran, baik untuk ekonomi negara secara keseluruhan, baik impak positif kepada rakyat negara
  • Harga minyak jatuh kepaa negara tidak beri kesan besar kepada negara
  • Semuanya indah-indah belaka.

Faktor dan Kesan Harga Minyak Dunia, Ringgit Malaysia Jatuh Kepada Malaysia?

  1. Kerajaan membentangkan Belanjawan Malaysia berdasarkan pendapatan melalui harga minyak mentah dunia yang diikat pada kadar USD110, sekarang ini sudah jatuh merudum kepada paras USD66. Harga minyak jatuh tidak beri kesan kepada negara?
  2. Harga minyak jatuh, pendapatan Petronas juga jatuh. Adakah dividen dan cukai akan kekal sama sebelum ini akan dinikmati kerajaan Malaysia?
  3. Harga minyak dunia jatuh, adakah syarikat O&G akan “mampu tersenyum lebar” dalam pada masa kontrak yang diberikan kepada mereka diikat pada harga minyak dunia tinggi? Jualan harga minyak mentah dunia yang tinggi (pendapatan lumayan) mampu membayar kos operasi carigali minyak yang tinggi? Keuntungan berkurang, bayaran cukai kepada kerajaan sama?
  4. Harga minyak dunia jatuh, nilai ringgit Malaysia jatuh juga baik untuk ekonomi negara? Banyak barang mentah yang Malaysia import melalui matawang USD, harga USD semakin mahal, kos bertambah tidak beri kesan kepada Malaysia?
  5. Harga minyak dunia jatuh? Adakah harga minyak kelapa sawit & getah akan kekal sama?
  6. Harga minyak dunia, harga saham akan kekal sama? Berapa ramai pelabur asing yang mampu setia dengan kejatuhan harga saham? Akhirnya tinggalkan pelabur Malaysia yang terkontang-kanting menghadapi kerugian tersebut

Kerajaan Malaysia masih lagi yakin mampu mengurangkan bajet defisit mereka pada Bajet 2016 akan datang?

Yakin yang bagaimana mohon diperjelaskan? Mahathir menjangkakan banyak peruntukkan kerajaan akan dipotong bagi tahun 2015 kelak bagi mengimbangi pelan pengurangan defisit negara pada tahun hadapan.

  • Dan inilah sebabnya kerajaan Malaysia mengumumkan secara drastik mengapa dan kenapa kerajaan Malaysia hapuskan subsidi minyak kepada anda semua
  • Rakyat tidak dapat menikmati faedah sebenar disebalik kejatuhan harga minyak dunia

Di mana kebenarannya fundamental ekonomi Malaysia akan kekal kukuh dan tidak berik kesan besar walaupun harga komoditi utama negara serta nilai tukaran asing yang jatuh merudum?

Berdasarkan semakan Berita Semakan terhadap akhbar The Star melaporkan :

  1. Daripada 5 sektor ekonomi negara, hanya 2 sektor sahaja yang meningkat
  2. perkhidmatan jatuh 58.5%
  3. minyak dan gas jatuh 29.3%
  4. perbankan naik 1.6%
  5. automotif naik 18.2%
  6. komoditi jatuh 37.7%

Harus diingatkan tahun 2015 adalah tahun yang mencabar bagi Malaysia dan rakyat Malaysia. Ini bukan cerita dongeng…

  • Ekonomi China yang begitu teguh dan gagah perkasa itu pun sudah “hambar”
  • Ekonomi Eropah sudah mula “mengigil” dan bakal mengucup tahu hadapan
  • Ekonomi Australia sudah mula menurun
  • Ekonomi Malaysia?

Bukan niat mahu menakutkan, tetapi mahu mengingatkan kepada diri kami sendiri dan rakyat malaysia semua. Bersiap sedia. Jangan tunggu malapetaka ekonomi datang, masa itu baru tersedar daripada lamunan.

P/S : Cakap benar mengenai realiti keadaan ekonomi negara itu lebih baik. Bercakap benarlah dan berterus-teranglah. Jangan tunggu rakyat hilang sabar baru hendak bertindak…