Bajet: Harga Minyak Dunia US$110. Terkini US$66? Kerajaan Bakal Potong Peruntukkan?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bajet:  Harga Minyak Dunia US$110. Terkini US$66? Kerajaan Bakal Potong Peruntukkan?

Jikalau dahulu ramai “ahli nujum” dan “tukang ramal” menjangkakan harga minyak dunia yang terus melonjak naik sehingga ke paras USD140 setong akan terus naik sekitar Jun 2008.

minyak dunia

Tetapi akhirnya tidak menjadi realiti apabila ia mencecah paras “break point” iaitu USD145 setong sepertimana dijangkakan pakar-pakar ekonomi dunia.

Harga minyak dunia terus menjunam jatuh harga minyak dunia selepas daripada itu. Dan sekali lagi harga minyak dunia terus jatuh semuka ke paras US$66.19 daripada harga minyak dunia mentah sebelum ini yang berlegar pada paras USD110 setong.

Hampir majoriti rakyat malaysia yang terdedah kepada maklumat pantas di media baru sedia maklumkan yang mana pendapatan minyak negara begitu besar maknanya kepada negara.

  • Apatah lagi bagi mengimbangi pembentangan bajet defisit yang sudah dibentangkan 17 tahun berturut-turut sejak daripada tahun 1998 lagi
  • Bagi mengimbangi hutang negara yang terus melonjak tinggi kepada paras RM763 bilion

Persoalannya harga minyak dunia terus jatuh adakah akan berikan impak negatif kepada negara? Atau sebenarnya ia beri kesan positif kepada Malaysia?

Oleh, mari kita kupas satu demi satu faktor-faktor yang terlibat secara langsung disebalik kesan harga minyak dunia jatuh kepada negara. Jikalau ditanya kepada jurucakap kerajaan Malaysia sekarang ini, Ahmad Maslan :

  • Nilai tukaran ringgit Malaysia jatuh teruk hari ini, iaitu pada kadar tukaran, baik untuk ekonomi negara secara keseluruhan, baik impak positif kepada rakyat negara
  • Harga minyak jatuh kepaa negara tidak beri kesan besar kepada negara
  • Semuanya indah-indah belaka.

Faktor dan Kesan Harga Minyak Dunia, Ringgit Malaysia Jatuh Kepada Malaysia?

  1. Kerajaan membentangkan Belanjawan Malaysia 2015 berdasarkan pendapatan melalui harga minyak mentah dunia yang diikat pada kadar USD110, sekarang ini sudah jatuh merudum kepada paras USD66. Harga minyak jatuh tidak beri kesan kepada negara?
  2. Harga minyak jatuh, pendapatan Petronas juga jatuh. Adakah dividen dan cukai akan kekal sama sebelum ini akan dinikmati kerajaan Malaysia?
  3. Harga minyak dunia jatuh, adakah syarikat O&G akan “mampu tersenyum lebar” dalam pada masa kontrak yang diberikan kepada mereka diikat pada harga minyak dunia tinggi? Jualan harga minyak mentah dunia yang tinggi (pendapatan lumayan) mampu membayar kos operasi carigali minyak yang tinggi? Keuntungan berkurang, bayaran cukai kepada kerajaan sama?
  4. Harga minyak dunia jatuh, nilai ringgit Malaysia jatuh juga baik untuk ekonomi negara? Banyak barang mentah yang Malaysia import melalui matawang USD, harga USD semakin mahal, kos bertambah tidak beri kesan kepada Malaysia?
  5. Harga minyak dunia jatuh? Adakah harga minyak kelapa sawit & getah akan kekal sama?
  6. Harga minyak dunia, harga saham akan kekal sama? Berapa ramai pelabur asing yang mampu setia dengan kejatuhan harga saham? Akhirnya tinggalkan pelabur Malaysia yang terkontang-kanting menghadapi kerugian tersebut

Kerajaan Malaysia masih lagi yakin mampu mengurangkan bajet defisit mereka pada Bajet 2016 akan datang?

Yakin yang bagaimana mohon diperjelaskan? Mahathir menjangkakan banyak peruntukkan kerajaan akan dipotong bagi tahun 2015 kelak bagi mengimbangi pelan pengurangan defisit negara pada tahun hadapan.

  • Dan inilah sebabnya kerajaan Malaysia mengumumkan secara drastik mengapa dan kenapa kerajaan Malaysia hapuskan subsidi minyak kepada anda semua
  • Rakyat tidak dapat menikmati faedah sebenar disebalik kejatuhan harga minyak dunia

Di mana kebenarannya fundamental ekonomi Malaysia akan kekal kukuh dan tidak berik kesan besar walaupun harga komoditi utama negara serta nilai tukaran asing yang jatuh merudum?

Berdasarkan semakan Berita Semakan terhadap akhbar The Star melaporkan :

  1. Daripada 5 sektor ekonomi negara, hanya 2 sektor sahaja yang meningkat
  2. perkhidmatan jatuh 58.5%
  3. minyak dan gas jatuh 29.3%
  4. perbankan naik 1.6%
  5. automotif naik 18.2%
  6. komoditi jatuh 37.7%

Harus diingatkan tahun 2015 adalah tahun yang mencabar bagi Malaysia dan rakyat Malaysia. Ini bukan cerita dongeng…

  • Ekonomi China yang begitu teguh dan gagah perkasa itu pun sudah “hambar”
  • Ekonomi Eropah sudah mula “mengigil” dan bakal mengucup tahu hadapan
  • Ekonomi Australia sudah mula menurun
  • Ekonomi Malaysia?

Bukan niat mahu menakutkan, tetapi mahu mengingatkan kepada diri kami sendiri dan rakyat malaysia semua. Bersiap sedia. Jangan tunggu malapetaka ekonomi datang, masa itu baru tersedar daripada lamunan.

P/S : Cakap benar mengenai realiti keadaan ekonomi negara itu lebih baik. Bercakap benarlah dan berterus-teranglah. Jangan tunggu rakyat hilang sabar baru hendak bertindak…



Share.

44 Comments

  1. maslan ahli nujum on

    tahniah KERAjaan kerana menyusahkan dan menipu rakyat.
    penyokong BN mohon terasa.

  2. Kakitangan Jabatan Insolvensi akan tak menang tangan buat overtime memanjang je tahun depan rasanya.

  3. tok janggut on

    Tuhan pesan dah… ‘aku bui nikmat suruh mung bersyukur’, tapi mung kufur nikmat… dok buat serupa hok tuhan suruh… ada hok dok ingat ko dia.. sembahyang wak loleh, wak main jah… Dia kata doh, ‘hak menjahanamkan dunia ni tangan-tangan manusia jugok, hok dok reti bersyukur…’. Selain tu tuhan warning doh supaya hati-hati ngan tipu muslihat halus yahudi hok tak kan berhenti dari nak punoh orang islam… tapi kita dok ikut jugak yahudi (BNM)… Acu pakat-pakat ingat ko akhirat belako gak… pitih nok kaut banyok bukan buleh makan semua pong… wak khenak jah banyok… membazir… ada billion billion, juta juta tapi ada rakyat khijer suku sembam buleh secekok jah… pah tu habis wak bayar hutang doh separuh… pah lagu mana… Moga tuhan bui taufiq ngan hidayah jugak lah ko tok tok menteri palo kerajaan, baru rakyat makmur…

  4. Hakikatnya….

    Pengundi Barisan Nasional lah yang sebenar-benarnya menjahanamkan negara.

    Fakta.

  5. Inilah kejayaan dasar wasatiyah kepimpinan. Sebagai peneroka 2 benda yang dah sangat dirasakan sekarang. Pertama, hasil tuaian dulu boleh dapat RM700 setan, sekarang RM300++ dah. Saham FGV dulu yang bagi RM800 masa tu 1 unit RM4.50, naik lah kejap jadi RM5.30 hari ni dah tinggal RM2.90. Lepas tu yang dok beli banyak2 hari2 KWSP tu. Tak mustahil EPF akan jadi pemegang saham majority FGV tak lama lagi. Tu belum cerita pak-pak menteri yang pegang FELCRA dulu luluskan bonus untuk diri sendiri tanpa ikut prosedur. Malaysia Boleh. Wasatiyah.

  6. Ahmad Maslan on

    Rileks la, GST kan ada!, semua hutang negara boleh setel dgn GST.

  7. Anonymous on

    Saya dah 2 bulan tak kerja dan sibuk cari kerja.majikan pun tak dapat banyak projek dalam pembinaan.duit habis beli dokumen tender.ada sekali pada 2 ari bulan december.lalu tol batu 3 federal highway menuju shah alam.dalam poket masa tu cukup ada 4 ringgit.nak gi rumah adik pinjam duit. Sampai kat tol lorong tunai.penjaga tol tu paksa saya beli kad touch n go bernilai 5 ringgit. Saya hulur 1 ringgit tak nak.lorong tunai tu.cakap tak cukup duit nak beli kad touch n go nie.dia suruh saya angkat palang tol.kereta kat belakang dah beratur panjang gila dah.kalo tuan berada kat tempat saya.macam mana.saya guna talian nur n talian 1 malaysia minta tolong.itu bukan bidang kuasa kami.
    sampai skrg tak ada feedback.saya takde masalah bayar tol.tapi bila kenamacam tu.kalo tuan berada sama nasib saya suatu hari nanti macam mana.

  8. btl2….sy sokong 100%…ahmad maslan kata ” rileks la…GST kan Ada”…hahahaha….GST pun kalau Hutang Negara sampai RM763 bilion, xtau sampai bila nk abis….

  9. Semua manusia tak sempurna kecuali para nabi. Jika Najib dilihat lemah mari sama2 bantu beliau. Rakyat wajib bantu kerajaan tak kira bantuan apa sekalipun. GST yg dikatakan beban itu sebenarnya baik untuk ekonomi negara. Duit GST mampu tanggung kos perubatan dan membina rumah rakyat. Jangan risau selagi orang melayu bersolat dan berdoa insyaAllah Malaysia kekal selamat sampai kiamat. Malaysia akan menuju jahanam sekiranya kapir DAP memerintah. Bersatulah Melayu demi tanah air kita.

  10. Salam,
    Maslas bukan benar2 tahu pasal ekonomi malah lebih pada bodek diri sdr tak punya pengetahuan tetang ekonomi malaysia yg sebenar malah suka berbohong.

  11. Tok misai on

    tu laa… suh bui royalti minyok kat klate dok bui dekut pahit… Kejap jah Hok atah nok tarik rezeki… Beli minyok supo negara buke penegeluar minyok…

  12. Rakyat pula tak byk peratusan yg faham ekonomi walaupun asasnya. Minyak jatuh harga baik buat penguna pengilang negara yg tak ada minyak dll, tetapi tak baik buat pengeluar minyak malah pendapatan negara akan kurang dan pelabur akan kurangkan pelaburan. Mata wang jatuh pasti akan naikkan cost bahan mentah dan. Barangan import. Malah kelembapan semasa boleh merisaukan pelabur dan penguna dgn secara tak langsung ini akan melemahkan lg ekonomi negara dan mungkin menuju kegawatan pada masa depan.

  13. Rakyat pula tak byk peratusan yg faham ekonomi walaupun asasnya. Minyak jatuh harga baik buat penguna pengilang negara yg tak ada minyak dll, tetapi tak baik buat pengeluar minyak malah pendapatan negara akan kurang dan pelabur akan kurangkan pelaburan. Mata wang jatuh pasti akan naikkan cost bahan mentah dan. Barangan import. Malah kelembapan semasa boleh merisaukan pelabur dan penguna dgn secara tak langsung ini akan melemahkan lg ekonomi negara dan mungkin menuju kegawatan pada masa depan. .

  14. oi senah..ko ckp mcm good2 je..umno islam ke??bn islam ke??ko macai umno yg xsdar2 diri..blajar bertaubat..hak rakyat umno rompak apa cerita..bongok btol nk sruh org tolg..ko nk ckp pasal DAP tu,sekurgnya diorg tolg islam di penang..umno wat apa?goyang teloq..mintk cukai arak diturun kn..bodoh apa siak..

  15. Anonymous on

    Itulah hakikatnya, pemimpin selalu memburuk buruk nama taiko AS. Atau Isreal. Taiko akan mempijak pijak dibawa kakinya.”!!! Hah ini kalilah Malaysia di ajar “!!.. Begitu
    Memalukan.!!!!

  16. Anonymous on

    Senah has made a comeback after a long sabbatical with more lawak around the corner in a near future. Bravo senah.

  17. Anonymous on

    Bila dah nak tumpoh…maka berbunyilah katak sumbang mengingatkan spy org melayu bersatu…sepatutnya guna saluran aliran Islam

  18. Pembela Melayu on

    tahniah senah. jangan biarkan pembangkang bermaharajalela racun pemikiran rakyat Malaysia semua…

    Insyaallah sama-sama bersatulah Melayu demi tanah air kita.

  19. PERANG HARGA MINYAK DA BERMULA..DENGAN TUJUAN UNTUK MENJAHANAMKAN EKONOMI RUSSIA YG PENDAPATANNYA BERGANTUNG PADA MINYAK, U.S DIBANTU SEKUTUNYA A.SAUDI SUDAH MULA MEMALUKAN GENDANG PERANG EKONOMI..NAMPAKNYA RUSSIA DIKEPUNG DI BARAT OLEH NATO, SELATAN OLEH A.SAUDI, INDIA,PAKISTAN DAN TIMUR OLEH JEPUN..KEDUDUKAN ASIA TENGGARA PULA AMAT SESUAI UNTUK MENJADI SUPPLY BASE TOK U.S…NATIJAHNYA MALAYSIA TERHIMPT DENGAN RANCANGAN U.S..TAMBAHAN PULA PEMIMPIN2 MALAYSIA YG KORUP DIGUNAKAN AJEN2 U.S TOK MENGAWAL NEGARA INI…HANYA CHINA SHJ YG TIDAK DIPASTIKAN SAMADA AKAN MENYERTAI PAKATAN U.S ATAU SETIA BERSAMA RUSSIA…PILIHAN KITA HANYALAH TUNGGU DAN LIHAT YG SETERUSNYA AKAN MENYERTAI PERANG INI DAN CUBA BERTAHAN TOK MELAHIRKAN GENERASI MASA DEPAN YG AKAN MEMARTABATKAN BANGSA DAN AGAMA SEBAGAI SEBUAH BANGSA YG BENAR2 MERDEKA…MUNGKIN PERANG EKONOMI INI AKAN BERLANJUTAN 10,15 TAHUN LAMANYA…SESUDAH ITU, PERANG YG SEBENARNYA PASTI BERMULA,,,ITUPUN JIKA RUSIA TIDAK BERTINDAK DULU….PERANG NUKLEAR.,MUNGKIN

  20. Ahmad maslan x cerdik.. Betul Jacki, ahmad maslan mmg bodoh DLM ekonomi dn kewangan tp berlagak pandai . sedarlah ahmad maslan jgn nk berlagak bijak bab ekonomi dn kewangan.

  21. hahaha……sebab itu bangsa melayu tak maju2 sebab adanya fikiran kolot begini…….hancur melayu sebab adanya melayu yg guna melayu utk kepentingan diri, masih lagi nak tegakkan laungan melayu melayu mana pembela melayu???? mari kita bersatu rakyat malaysia ubahkan malaysia dari berfikiran kolot diperguna yg selama ini diracuni fikiran dgn laungan melayu kepada laungan hak rakyat malaysia harus kita tegakkan sebelum kita di hancurkan…..mari…ubah!!!!!

  22. salam,
    saudara sabarlah ini dah dugaan hidup duitlah segalanya kalau nak hidup bila semua dah maju wang ringgitlah yg sgt diperlukan tetapi simpati hanyalah simpati zaman ini semuanya wang berkuasa, semoga dapatlah kerjanya nanti allah maha berkuasa tidak akan mudaratkan hambanya bykkan tawakal jgn sekali2 tinggalkan solatnya .

  23. Code Tango on

    Tu yang rakyat bodo kena main dek menteri-menteri kita….
    harga minyak naik, negara rugi sebab kena tanggung subsidi tinggi (walhal pendapatan dari ekspot minya bertambah)…..
    harga minyak turun, negara rugi sebab pendapatan ekspot minyak berkurang (walhal subsidi kan berkurang juga)….
    dua-dua jalan dia bagi alasan nak cekik rakyat…

  24. Orang biase on

    Dia org kata luu kaki korek Senahhh ooiiii.. tp tak tau ko nie kaki kangkang..

  25. Orang biase on

    Yezzer Lan.. Kasik setel suma utang negara baru diaorg diam.. KUT!!!

  26. Aku mintak harga minyak dunia turun keparas 50 dolar. Aku nak harga minyak ron turun harga. Kalau dulu harga minyak dunia naik kerajaan cakap tak mampu tanggung subsidi. pastu naik harga minyak. untung petronas berbilion mereka diam saja.

  27. SambalBelacan on

    Mamat Maslan ni memang layak menang kalau dia masuk Maharaja Lawak Mega…

  28. SambalBelacan on

    Nilai ringgit Malaysia merudum akibat ingin menarik pelabur2 luar masuk dalam negara…pelabur2 luar akan melabur didalam sesebuah negara sekiranya nilai wang sesebuah negara tersebut semakin susut…inilah masalah besar Malaysia…

  29. Akhirnya menjadi jugak perancangan freemason ni…memerah tenaga rakyat dan pemerintah sepenuhnya…ni baru betul perancangan yahudi…mata wang ,gst,minyak,pemerintah, suma dah dirancang oleh yaduhi…tinggal utk perlaksanaannya je…

  30. titiktengah on

    biasanya org Melayu atau Bumiputra tak berapa terkesan dengan kejatuhan ringgit. Sebagai bukti, pada tahun 1997 apabila Ringgit diserang, org Melayu seperti tidak terkesan dan tidak merasa apa apa. Sebaliknya Orang Cina paling gelisah jika ekonomi dan nilai ringgit menjunam, dan bila ditimpa kegelisahan, para peniaga Cina ini akan bergantung harap dengan kerajaan persekutuan kerana yakin keupayaan kerajaan sekarang berdasarkan pengalaman, berbanding PR yang belum teruji. Dan bila ekonomi pulih selepas itu, peniaga Cina ini akan menyokong PR kembali. BN hanya diperlukan semasa era sukar.

  31. berpegang teguh al-quran dan sunah rasul (cara hidup rasul ) tingalkan bidnah dalam agama.

  32. Depa tolong org islam ada makna kat penang tu…sekarang pe isu semasa pasal org islam kat penang…tau ke…nak mkan duit org kapior boleh le…

Leave A Reply