Bajet 2018 Untuk Penjawat Awam : kenaikan gaji penjawat awam Naik Asas 3 Peratus, Semakan Elaun Cola, Wilayah
Sekelompok golongan kelas menengah yang masih teraba-raba adakah ada bahagian mereka dalam intipati Bajet 2018 Malaysia kali ini terutamanya kalangan penjawat awam di Malaysia.
Apatah lagi melihatkan anak-anak mereka sukar dapat pinjaman penuh PTPTN, tidak dapat BR1M, dibebankan pula dengan kenaikan tol, mahu dapatkan rumah PR1MA sukar sekali, rumah mesra hanya tinggal angan-angan sahaja, cukai pendapatan masih lagi tinggi buat mereka tetapi mereka tetap patuh dan setia bayar kepada kerajaan Malaysia, poket mereka bocor setiap hari dengan bayaran cukai GST 6 peratus, bantuan khas jauh sekali.
Walaubagaimanapun golongan penjawat awam di Malaysia ada sedikit sebanyak berita gembira untuk anda. Berbanding pembentangan bajet Malaysia sebelumnya, Bajet 2017 kali lebih banyak bantuan terus kepada 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia.
Bajet 2018 untuk penjawat awam kali ini dilihat sedikit sebanyak dapat memberikan kekuatan untuk mereka menempuh gelombang kos sara hidup di Malaysia pada ketika ini. Butirannya adalah seperti di bawah ini :
Gaji Naik Melibatkan KGT Penjawat Awam
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Gaji minimum penjawat awam naik,Bermula RM1200 dan ke atas
,Bermula dilaksanakan Julai 2017
Kenaikan gaji tahunan dapat 2 kali setahun,KGT Januari akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
,Kenaikan gaji naik tahunan KGT April akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
,Kenaikan gaji naik tahunan KGT Julai akan dapat 2 kali sekaligus pada Julai 2016
,Kenaikan gaji naik tahunan KGT Oktober 2016 akan dapat sebelum itu pada Julai 2016
Pekerja dan kakitangan kontrak diserap jadi tetap,Syaratnya mesti telah berkhdimat 15 tahun lamanya
[/table]
Itu cerita disbealik Bajet 2017, bagaimana edisi belanjawan kali ini?
Bajet 2018 Untuk Penjawat Awam : Gaji Minimum Naik, Kenaikan Gaji Tahunan KGT 2 Kali etc
Kali ini Cuepacs Malaysia mendesak supaya kenaikan gaji kakitangan awam diberikan menjelang pembentangan Bajet 2018. Ini kerana impaknya cukup besar. Ia bakal memberikan kegembiraan dan mampu meringan beban dikalangan 62,000 penjawat awam di Malaysia.
Kos sara hidup meningkat tinggi yang mana dinaggarkan sejumlah 8 peratus tetapi kenaikan gaji naik cukuplah perlahan. Akhirnya ada kalangan penjawat awam mencari jalan pintas disebalik kesempitan dengan ‘membelit diri’ mereka dengan hutang dan pinjaman.
Jadi untuk edisi Bajet 2018 ada 3 perkara yang digariskan Cuepacs supaya ia direalisasikan. Antaranya ialah :
- kenaikan gaji naik penjawat awam 3 peratus
- semakan semula elaun cola. Cuepacs mahu nilainya diseragamkan.
- semakan semula elaun wilayah
- semakan semula elaun kenderaan
Apa kata kalangan 1.6 juta penjawat awam di Malaysia, bersetuju dengan idea desakan Cuepacs untuk pembentangan Bajet 2018 kali ini?