Bajet : Gaji dan Pendapatan RM2,300 Sebulan B40 Akan Dibantu

Bajet : Gaji dan Pendapatan RM2,300 Sebulan B40 Akan Dibantu kekang Kos Sara Hidup di Malaysia?

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Bajet Malaysia dibentangkan kepada umum.

bajet 2016 gaji

Satu demi satu poket rakyat Malaysia bocor dek kerana kos sara hidup yang semakin melambung tinggi.

Ditambah pula, pendapatan dan gaji rakyat Malaysia masih lagi suam-suam kuku sahaja, tiada banyak perubahan dibandingkan lonjakan kos sara hidup di Malaysia.

Walaubagaimanapun menjelang pembentangan Bajet 2019 Malaysia SEPERTI DI SINI, Datuk Seri Najib Razak telah memberikan bayangan dalam intipati Belanjawan kali ini akan memfokuskan kepada kelompok dan kumpulan 40 peratus terendah B40. (Sumber : mypt3)

Apa maksudnya B40 ini?

  • i. RM2,300 sebulan – berpendapatan rendah, 40 peratus daripada penduduk Malaysia
  • ii. RM7,000 sebulan – berpendapatan sederhana, 40 peratus daripada penduduk Malaysia

Makna kata Bajet 2016 kali ini akan memfokuskan kalangan yang gaji dan pendapatan di Malaysia pada kadar RM2300. Malangnya apabila difikirkan semula bebanan dirasai rakyat marhaen cukup berat pada ketika ini :

  1. Tol naik
  2. Tambang LRT, Monorel, Bas Rapid bakal naik lagi
  3. Perlepasan Cukai pendapatan masih lagi rendah
  4. GST 6 peratus ambil lagi dari rakyat Malaysia

Dahulu kata mahu bina hospital dengan duit GST. Sekarang kata nak guna bayaran pampasan tol untuk bina hospital lagi? Yang mana satu sebenarnya?

Bajet 2016 Gaji : Kenaikan Caj dan Harga VS Kos Sara Hidup?

  • GST bakal kutip RM23.7 bilion menjelang hujung tahun ini, kata Kastam
  • Hapus subsidi rakyat Malaysia jimat sekitar
  • Hapus sabsidi rakyat marhean jimat sekurang-kurangnya RM10 bilion
  • Tetapi kerajaan masih lagi bercerita dengan kesusahan dan keperitan mereka bina hospital untuk rakyat Malaysia?

Kemudian pada Jumaat hadapan pada 23 Oktober 2015, dikatakan pada pembentangan Bajet 2016 mahu tekankan tentang kos sara hidup di Malaysia dan juga kalangan yang gaji dan pendapatan di Malaysia RM2,300 dan ke bawah.

Mahu fokus kos sara hidup di Malaysia selepas umumkan kenaikan yang pelbagai? Adakah rakyat Malaysia sebenarnya hanya akan dibelai dan disayangi pada ketika hari pengundian?

P/S : Adakah hadiah dan pelbagai berita menarik untuk rakyat Malaysia hanya diumumkan pada tahun 2018 sahaja ataupun 5 tahun sekali?