Pelaburan Pinjaman ASB Loan VS Simpan Sendiri? Apa Pilihan Anda?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pelaburan Pinjaman ASB Loan VS Simpan Sendiri? Apa Pilihan Anda?

Rata-rata ramai pembaca Berita Semasa pastinya mempunyai simpanan atau pelaburan.

asb loan

Ada banyak instrument pelaburan yang boleh kita gunakan seperti pelaburan Amanah Saham, Forex, Fixed Deposit, dan bermacam-macam lagi.

Ramai sebenarnya masyarakat kita masih kurang kesedaran tentang bagaimana pelaburan-pelaburan ini berfungsi.

Kebanyakan mereka suka mengambil jalan mudah dengan main kutu skim cepat kaya, beli pangkat dalam MLM dan sebagainya, yang akhirnya memakan diri sendiri. Sehinggakan semasa nak masuk skim cepat kaya dan MLM, sanggup buat personal loan lagi.

Keazaman seperti itu harus dipuji tetapi mungkin tekniknya tidak berapa betul. Apabila MLM hangus, akhirnya diri terpaksa  menanggung hutang pula setiap selama 20 tahun.

Dari kehidupan yang sempit menjadi bertambah perit!.

Kali ini, Berita Semasa memilih tajuk Pelaburan Pinjaman ASB Loan. Tak perlu lagi kami jelaskan apa yang dimaksudkan dengan pelaburan ASB di sini kerana ASB ini dah pun berpuluh tahun dilaksanakan dan kredibilitinya  diakui ramai dalam memberikan pulangan kepada para pelaburnya.

Dividen yang diberikan agak konsisten iaitu sentiasa di atas paras normal. Ini yang menyebabkan ramai memilih pelaburan ASB. Risiko yang dihadapi pelabur agak rendah.

Pelaburan ASB ini, secara mudahnya, kami boleh pecahkan kepada 2 cara bagaimana nak menyimpan duit di dalamnya.

Pinjaman ASB Loan VS Simpan Sendiri. Mana Lebih baik?

  • Ambil sebahagian duit dari duit gaji tiap-tiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun ASB anda
  • Buat Pinjaman ASB (ASB Loan) dengan Bank-bank seperti Maybank, CIMB, RHB dan sebagainya.

Dan kalau diikutkan dengan situasi sekarang, rasanya ramai di antara kita memilih cara ke-2 seperti di atas untuk menyimpan duit dalam ASB. Pastinya anda paling tidak pun, pernah terjumpa dengan pelan ke-2 ini tadi iaitu pinjaman ASB loan.

Namun di sini, kami akan tunjukkan kepada anda, mana satu cara yang sebenarnya lebih baik dan yang mempunyai kelebihan dalam jangka masa panjang. Pastinya kalau anda lihat di antara ke dua-dua cara itu tadi, ramai yang memilih pelan yang ke-2 iaitupinjaman ASB loan.. Antara alasannya :

  1. Lebih mudah, hanya potong gaji sahaja bulan-bulan.
  2. Tak perlu menunggu lama untuk memenuhkan akaun ASB anda
  3. Dapat dividen juga

Baiklah, kami ambil satu situasi di mana Encik Ahmad, ingin membuat pinjaman ASB loan. sebanyak RM 30,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 171 selama 25 tahun. Bersama-sama ini kami lampirkan di sini jadual dari website Maybank berkaitan dengan Bayaran Bulanan untuk pinjaman ASB atau loan ASB ini.

Perhatikan pada bahagian bawah sekali jadual ini, ada tertulis kadar pinjaman adalah 6.30%.

Jadi sekarang, katakan dah cukup setahun dari tarikh kita buat loan ASB ini, PNB mengumumkan peratus dividen adalah 8.75 peratus. Maka, kita ambil semula jumlah RM 30,000 tadi dan darabkan dengan peratus dividen.

RM 30,000 x 8.75 Peratus = RM 2625

Nampak macam banyak bukan? Tapi jangan lupa pasal bayaran bulanan anda RM 171 itu tadi, maka darabkan dengan dengan 12 bulan.

RM 171 x 12 bulan = RM 2052

Jadi, keuntungan sebenar anda hanyalah :

RM 2625 – RM 2052 = RM 573

Melalui ini, sedikit sebanyak kami nak tarik perhatian anda semua, untuk mengira berapa sebenarnya yang anda dah bayar kepada bank setiap bulan selama 25 tahun sebagai modal pinjaman ASB loan anda. Dari kadar tahunan bayaran bulanan yang telah pun kita kira sebentar tadi iaitu RM 2052, kita darabkan pula dengan 25 tahun.

RM 2052 x 25 tahun = RM 51300

Namun sebelum itu, adalah baik sekiranya kami kirakan juga kirakan jumlah dividen yang anda  bakal perolehi termasuklah dengan pinjaman matang anda sebanyak RM 30,000 itu tadi selama 25 tahun. Pengiraan ini adalah menggunakan formula “Compound Interest” di mana, hasil dividen tadi pada setiap akhir tahun, akan ditambah semula dengan pinjaman principal anda sebanyak RM 30,000 untuk dikirakan kembali pada tahun ke- 2 dan seterusnya.

Formula compound interest adalah:

  • A=P(1+r/n)nt
  • Di mana:
  • A=Jumlah wang yang diakumulasi
  • P= Amaun pinjaman
  • r=kadar interest
  • t=jumlah berapa tahun pinjaman atau deposit anda
  • n= berapa kali setahun dividen anda dikira dalam kes ini

Hhasilnya adalah seperti di bawah:

A= 30,000(1+0.0875/1)1*25 dan hasilnya pada 25 tahun akan datang adalah:

RM 244,260.31!

Wah, Nampak macam banyak bukan. Dalam masa 25 tahun sahaja, jumlah terkumpul anda dalam masa 25 tahun adalah RM 244,260.31. Namun itu belum ditolak dengan jumlah bayaran bulanan anda selama 25 tahun yang berjumlah RM 51,300. Jadi, keuntungan anda sebenar adalah :

RM 244,260.31 – RM 51300 = RM 192,960.31

Jadi, inilah keuntungan yang anda buat setelah 25 tahun memberikan komitmen bulanan kepada bank. Namun ini diandaikan sekiranya anda tidak mengambil dividen tersebut setiap hujung tahun untuk kegunaan anda. Sekiranya anda mengmbilnya setiap hujung tahun, maka jumlah seperti di atas ini, tidak akan tercapai.

Ada juga yang menggunakan teknik hanya membayar komitmen selama setahun sahaja dengan bank, dan kemudian untuk tahun kedua, mereka akan gunakan duit dividen pada tahun pertama tadi untuk membayar bayaran bulanan untuk tahun ke-2 dan begitulah seterusnya.

Namun yang perlu di ingat di sini adalah tentang 2 perkara.Iaitu:

  1. Kadar Base Lending Rate (BLR)
  2. Kadar Dividen ASB

Kedua-dua kadar ini sentiasa berubah-ubah. Tidak semestinya BLR tahun ini rendah, maka tahun depan juga rendah. Begitu juga dengan Kadar Dividen ASB. Tahun ini 8.75 peratus, tahun depan belum tentu sama. Mungkin lebih tinggi daripada tahun ini (yang ini akan membuatkan ramai tersenyum lebar) tetapi mungkin akan merosot berbanding kadar dividen tahun ini. Buatnya kalau BLR dah tinggi, tambah pulak dengan kadar pinjaman dah jadi 8 peratus, dividen ASB diumumkan hanya 7.25 peratus.

Jadi…risiko tetap ada. Akhirnya anda perlu menambah pula di bank.

Baiklah, sekarang cerita pasal simpan duit sendiri pulak. Katakan kita simpan duit sendiri sebanyak RM 200 sebulan dalam ASB, selama 25 tahun. Ambik kadar rata dividen ASB adalah 8.75 Peratus. Jadi, berapakah jumlah terkumpul yang boleh kita dapat dalam masa 25 tahun tersebut?

Sekali lagi formula “Compound Interest” memainkan peranannya. Hasilnya bagi jumlah terkumpul selama 25 tahun adalah sebanyak RM 232,576.79!. Nampak kurang sedikit daripada kaedah membuat pinjaman ASB (ASB Loan) bukan? Namun apa yang positifnya di sini adalah, anda tidak perlu membayar bayaran bulanan anda. Maka tak ada apa yang perlu anda tolak

Jelas di sini, menyimpan sendiri adalah lebih baik pada jangka masa panjang. Namun kami juga tidak mengatakan bahawa kaedah pinjaman ASB loan juga tidak bagus. Namun, sebenarnya, bank lebih banyak mengambil duit dari anda. Sekiranya anda bersedia membayar komitmen bulanan kepada bank untuk pinjaman ASB loan, maka kami andaikan bahawa anda juga boleh beri komitmen untuk bayar sendiri bulan-bulan ke dalam akaun anda.

Jadi, di sini kami sediakan PRO dan KONTRA bagi pelaburan ASB di antara buat Pinjaman ASB (loan VS Simpan Sendiri.

1) Pinjaman ASB (loan ASB)

Pro:

  • Dapat prinsipal amaun lebih besar dan seterusnya, dividen lebih banyak dan lebih cepat.
  • Bank akan telefon anda setiap hujung bulan tentang bayaran bulanan. Jadi, perkataan “terlupa” tak boleh dijadikan alasan. Atau anda juga boleh memilih untuk melakukan pembayaran secara automatik melalui perbankan yang dipilih oleh anda.
  • Anda akan lebih berdisplin sebab kena buat bayaran bulanan.
  • Pinjaman anda di insuranskan

Kontra:

  • Anda tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya Future Value pinjaman anda
  • Bank ambik untung dari pelaburan anda tadi.
  • Nilai sebenar yang anda dapat sebenarnya kurang dari anda menyimpan sendiri.
  • Sekiranya dividen kurang dari BLR. Maka anda terpaksa topup kepada bank yang anda pinjam.

2) Simpan Sendiri

Pro:

  1. Future Value yang lebih banyak
  2. Tak kena charge bank
  3. Tiada risiko pada BLR sekiranya dividen diberikan kurang.Anda tetap untung.

Kontra:

  1. Masalah disiplin dalam menyimpan.
  2. Boleh jadi hangat-hangat tahi ayam kalau tak mulakan

Maka, dari pemerhatian kami, kedua-dua cara ini ada kelebihan dan kekurangan. Masalah utama bagi penyimpan sendiri adalah masalah disiplin nak menyimpan sebenarnya. Namun pada zaman ini, alasan ini sudah tidak relevan lagi. Kalau dulu, mungkin alasan malas nak beratur di bank boleh dijadikan penyebab anda masalah untuk melakukan pelaburan ASB contohnya.

Namun dalam zaman internet ini, semuanya di hujung jari. Anda kini boleh melakukan pembayaran secara Maybank 2u (CIMB Clicks hanya membenarkan akaun konvensional sahaja, akaun Islamic tidak dibenarkan) untuk menyimpan duit anda akaun ASB sendiri. Jadi, tidak ada masalah bukan?

Apa-apa pun, kedua-dua cara ini adalah yang terbaik sekiranya anda ingin menyimpan wang dan juga anda tidak mengeluarkan dividen di dalamnya. Sekiranya tangan anda gatal setiap kali hujung tahun untuk mengeluar dan menggunakannya, maka sampai ke tualah duit dalam tu tidak beranak-pinak.

Kepada pembaca Berita Semasa yang bijak pandai dan mempunyai idea dan pandangan yang lebih menarik mengenai pelaburan ASB? Mari kongsikan pendapat anda di sini.

Perbincangkan dengan pembaca lain di sini. Mana satu pilihan anda? Simpan sendiri atau menggunpakai teknik pinjaman ASB Loan?



Share.

312 Comments

  1. Rasa2nyer kalau takut diri xde kurang disiplin boleh buat simpanan tetap mcm etiqa takaful.. banyak gak faedahnyer..

  2. Pelaburan dlm ASB sama ada loan mahupun simpan sendiri objektifnya adalah satu.Kedua-duanya on aje. Simpan duit dan dapat pulangan yg selamat itu yang di utamakan.Jika ingin simpanan yang lebih sikit,disiplin dan komitmen kitalah yang lebih penting..Untuk memudahkan,Loan ASB adalah yang terbaik.B agi saya ia adalah pemudah cara bagi kita untuk menabung.Pada masa kini,banyak perkara menuntut kita harus membelanjakan wang yang kita ada.
    Kita boleh menyimpan sendiri tetapi adakalanya kita tidak mampu meletakkan komitmen yg tinggi berbanding dengan loan.Ini kerana kita merasa kita tidak merasa satu kemestian untuk menepati masa menyimpan wang yang kita ada.
    Tetapi,jika kita mengambil Loan ASB,mau tidak mau wang yang cukup-cukup sahaja dalam tangan kita,terpaksa juga kita bajetkan untuk bayaran loan tersebut.
    Dalam tempoh 12 bulan,jika kita menyimpan sendiri,saya yakin,hanya 6 bulan kita ada menyimpan atau kutang dari itu.Tetapi jika membuat Loan ASB 12 bulan itu,kita membayarnya dengan penuh. Ada yang merasa leceh kerana terpaksa membayar Loan ASB setiap bulan. Teknik yang mudah jgan kosongkan akau kita dan tinggalkan wang yang cukup untuk bayaran loan tersebut..
    Dlm ruangan ini,,kita kongsi cerita seorang akan. Rakan seorang guru. Dia mempunyai simpanan sebanyak RM 24.000.Dia sering mengeluh,kalaulah dia berduit,dia nak tambah wang dalam pelaburan ASB nya hingga mencecah RM 50.000.. Saya telah mencadangkan dia satu cara.
    Saya telah mencadangkan agar dia membuat loan ASB sebanyak RM 25.000 dalam tempoh 20 tahun. Apa yang berlaku. Saya sendiri tidak pasti jika dia buat apa yang saya cadangkan.
    Dua tahun kemudian,semasa dalam bilik guru,saya melihat dia membaca penyata dari ASB yang dihantar setiap tahun.Cuba teka,Dalam penyatanya saya melihat RM 70.745.
    Saya tidak hairan.Kerana saya lebih dulu mengaplikasi cara menyimpan sedemikian.Kita hanya melihat jumlah sebesar itu dalam penyata ASB tapi dalam buku jumlah itu kita tidak akan lihat sebanyak itu.Y.Saya yakin ramai yang tahu.Kerana wang loan umpama wang maya.
    Apa yang rakan saya telah lakukan,
    1. Membuat pinjaman ASB RM 30.000
    2. Menyimpan sendiri jika ada wang lebih.
    3. Mempunyai simpanan sedia ada dalam ASB sabanyhak RM
    20.000
    3. Dividen dan bunga yang berganda.
    Bagaimana idea ini tercetus. Saya hanya ada simpanan RM 5000. Setiap awal tahun dapat dividen dan bonus agak kurang.Apa yang berlaku.Pelaburan saya agak statik,malah bunga dividen dan bunga yang agak kurang dikeluarkan.Yang saya terfikir mengandakan dividen dan bonus pelaburan..Satu cara yang cepat ialah buat Loan.
    Ambil lah jumlah yang besar dalam tempoh yazng panjang.
    Tapi pastikan anda bekerja tetap dan tidak ada masalah kewangan yang melampau..

  3. Bang Piss on

    Samada buat loan atau guna duit sendiri tak penting. Yang penting adalah simpanan itu sendiri. Kita sebagai bumi sepatutnya mengambil peluang ini secukup2nya. Mmg asb adalah sesuatu yg amat menguntungkan. Kalau tak takkan setiap kali ada pelancaran amanah saham baru kuota non bumi selalu aje habis dengan cepat.

  4. lia: Pelaburan dlm ASB sama ada loan mahupun simpan sendiri objektifnya adalah satu.Kedua-duanya on aje. Simpan duitdan dapat pulangan yg selamat itu yang di utamakan.Jika ingin simpananyang lebih sikit,disiplin dan komitmen kitalah yang lebih penting..Untuk memudahkan,Loan ASB adalah yang terbaik.B agi saya ia adalah pemudah cara bagi kita untuk menabung.Pada masa kini,banyak perkara menuntut kita harus membelanjakan wang yang kita ada. Kita boleh menyimpan sendiri tetapi adakalanya kita tidak mampu meletakkan komitmen yg tinggi berbanding dengan loan.Ini kerana kita merasa kita tidak merasa satu kemestian untuk menepati masa menyimpan wang yang kita ada.Tetapi,jika kita mengambil Loan ASB,mau tidak mau wang yangcukup-cukup sahaja dalam tangan kita,terpaksa juga kita bajetkan untuk bayaran loan tersebut. Dalam tempoh 12 bulan,jika kita menyimpan sendiri,saya yakin,hanya6 bulan kita ada menyimpan atau kutang dari itu.Tetapi jika membuat Loan ASB 12 bulan itu,kita membayarnya dengan penuh. Ada yang merasa leceh kerana terpaksa membayar Loan ASB setiap bulan. Teknik yang mudah jgan kosongkan akau kita dan tinggalkan wang yang cukup untuk bayaran loan tersebut.. Dlm ruangan ini,,kita kongsi cerita seorang akan. Rakan seorang guru. Dia mempunyai simpanan sebanyak RM 24.000.Diasering mengeluh,kalaulah dia berduit,dia nak tambah wang dalam pelaburan ASB nya hingga mencecah RM 50.000.. Saya telah mencadangkan dia satu cara.Saya telah mencadangkan agar dia membuat loan ASB sebanyakRM 25.000 dalam tempoh 20 tahun. Apa yang berlaku. Saya sendiri tidak pasti jika dia buat apa yang saya cadangkan.Dua tahun kemudian,semasa dalam bilik guru,saya melihat dia membaca penyata dari ASB yang dihantar setiap tahun.Cuba teka,Dalam penyatanya saya melihatRM 70.745.
    Saya tidak hairan.Kerana saya lebih dulu mengaplikasi cara menyimpan sedemikian.Kita hanya melihat jumlah sebesar itu dalam penyata ASB tapi dalam buku jumlah itu kita tidak akan lihat sebanyak itu.Y.Saya yakin ramai yang tahu.Kerana wang loan umpama wang maya. Apa yang rakan saya telah lakukan,
    1. Membuat pinjaman ASB RM 30.000
    2. Menyimpan sendiri jika ada wang lebih.
    3. Mempunyai simpanan sedia ada dalam ASB sabanyhak RM 20.000
    3. Dividen dan bunga yang berganda. Bagaimana idea ini tercetus. Saya hanya ada simpanan RM 5000. Setiap awal tahun dapat dividen dan bonusagak kurang.Apa yang berlaku.Pelaburan saya agak statik,malah bunga dividen dan bunga yangagak kurangdikeluarkan.Yangsaya terfikir mengandakan dividen dan bonus pelaburan..Satu cara yang cepat ialah buat Loan.
    Ambil lah jumlah yang besar dalam tempoh yazng panjang.
    Tapi pastikan anda bekerja tetap dan tidak ada masalah kewangan yang melampau..  

    kalau nak diikutkan..kalau dah bersedia nk bayar kat bank, means dah boleh disiplin sebenarnya nak bayar sendiri..dulu boleh citer la nak beratur apa semua. sekarang klik je dah boleh.nak ngan xnak je.

    kalau kata buat loan asb tp bayr pakai internet pun, sama je kisah simpan sendiri. cuma hendak ngan xnak. banyak benefit simpan sendiri dari loan asb..

    pegi la tanya mana2 pegawai bank yang ajak korang join loan asb ni.diorang sendiri buat ke tidak?

  5. Apa yang saya buat adalah membuat pinjaman bank untuk ASB untuk isteri….. Apa yang saya buat adalah membuat pinjaman 100k. Untuk tahun pertama saya bayar bayaran bulanannya sebanyak rm500++ .. setelah dapat dividen… saya gunakan dividen tersebut untuk membuat bayaran bulanan bagi tahun seterusnya… sehinggalah matang..

    so dengan modal lebih kurang rm7k… saya akan perolehi 100k 20 tahun akan datang…

    rasanya ini adalah cara menang-menang yang mana bank dan kita akan mendapat keuntungan…

  6. Melalui pengalaman saya, pinjaman ASB boleh mendapat manfaat tetapi tempoh meminjam hendaklah diminimumkan. Biasanya paling singkat adalah 5 tahun. Cuma yang saya tidak gemar bank akan menganggap komitmen bayaran pinjaman ASB adalah sebahagian komitmen gaji kita. Jadi secara agregatnya pendapatan boleh guna kita sudah kurang WALAUPUN simpanan ASB cukup nak bayar balik. Kesannya, saya x boleh buat pinjaman baru…

  7. Dah namanya pinjaman tiap2 bulan kena bayar kt bank. Kalau simpan sendiri nak lebih nak kurang ikut kemampuan. Taklah kalau tak bayar kena kejar dengan bank. Dividen tahunan yang kita dapat dengan bayar bulan2 kat bank lebih kurang sama je dengan kalau kita simpan sendiri tiap2 bulan selama setahun. :curiga

  8. Short term rugi, long term untung. Kalau nak buat, kena fikir masak2. kalau tahun ke-4 tak boleh bayar loan, jual balik rugi banyak.

  9. pound wise penny foolish on

    Good article.

    Tapi camana boleh dapat RM232,576.79 tu?
    Dah tolak RM200 x 12 bulan x 25 tahun?

  10. Apa nak tolak…tu duit yang memang ko simpan..lain la kalau ko bayar duit tu kat bank macam pinjam asb, duit tu masuk dalam akaun.

  11. pound wise penny foolish: Good article.Tapi camana boleh dapat RM232,576.79 tu?
    Dah tolak RM200 x 12 bulanx 25 tahun?  

    :gelak
    itu pun tak paham lagi ke bro….belum satu juta dah pening…

  12. loan ASB ni kalau dapat kat bukan bumiputera,konpom pecah pintu bank di serbu…………

  13. Apa-apa je on

    Ada kesilapan dibuat terhadap pengiraan pinjaman ASB.Kenapa perlu ditolak dengan jumlah bayaran pinjaman yang dibuat. Jumlah tersebut adalah jumlah keseluruhan dan bayaran pinjaman dibuat setiap bulan dianggap juga simpanan yang dibuat seperti biasa. Jadi pinjaman ASB lebih menguntungkan jika dibandingkan dengan simpan sendiri.Tapi pastikan jangan digunakan duit dividen untuk digunakan bayaran bulanan.

  14. saving sendirik untuk ASB lagi baik…

    takyah nak pening kepala loan…dah jelas… ada unsur riba… lu pikir sendrik la

  15. Wow byknya comments..

    article yg menarik utk diteliti and thanks.. actually I was chitchatting with my cousin yesterday about this.. about the investmt. And my intention is to find out more.. lucky me that I found ur article. I think, it made me to re-think about applying the ASB loan.. u know instead of having someone to call you every month, to remind you about ur debts it can be uncomfortable (hope not too annoying) and u will feel the “pain”, once or twice while receiving this call (especially bila sampai waktu kita perlukan duit lebih utk satu2 bulan, exclude those who apply for auto deduction from their salary) I think I would just go for old and normal way… I don’t need express RM into my ASB account I supposed.. still hv extra inhands every month, don’t hv to receive call from debt collectors.. and that could make a piece of mind in me and insya allah I can enjoy life more. Hmm kalau mati esok lusa.. hahaha.. tak dak orang berebut duit kita.. like prophet Muhammad.. he knows when it is his time.. he gave all his property, foods and money.. to others.. (kalau kita sempat buat mcm tuh.. otherwise.. CHAOS.. roh kita pun tak tenteram..

    Thanks again for sharing

  16. pe2 hal pun bank yg untung…kalu bank xuntung watpe ssh nk cr mcm tu…better simpan tnpa loan….gunakn loan untuk beli rumah n kete dh la.simpan pun nk wat loan gak ker…bank yg cerdik…

  17. nk tanye sket, klu buat ASB loan.. then kne byar monthly… then smpi ujung thn cmni, xde duet nk byr tok bln 12 punye.. duet dividen + modal dh abes wt pusing blek..klu kite bayar awl thn depan bleh ke ar?? thn depan dpt x dividen tok thn ni?

  18. thirdtle: x paham calculation utk simpan sendiri..boleh tunjukkan x?  

    saya dapat 30000(1+0.0875/1)1*25
    = 815625.0

    silap kat mana ek? sapa yg siap?

  19. mmg bagus loan ASB utk jangka panjang….saya akui berbaloi utk mendapat kepulangan dr segi jaminan n dividennya….tp byk bezanya dr segi wang yg dh ada tetap dlm ASB dividennya amat kurang sekali berbanding dgn loan yg dibuat….saya ada duit simpanan dlm ASB RM200K manakala suami saya membuat loan ASB dengan nilai yg sama jugak…tp apabila dividen perbezaan yg ketara diperolehi antara saya dengan suami….itu terpulang pada seseorg individu utk menilai keuntungan bg setiap simpanan….tapi jgn lepaskan peluang yg diberikan kerajaan utk menabung n kepentingan utk rakyat BUMIPUTERA….rebut peluang yg diberikan….sekiranya hak PNB ada kelebihan utk bkn BUMIPUTERA maka hak kita akan disia-siakan begitu sahaja….renung2 kan lah…

  20. saya memang suka dgn topik pinjaman pelaburan ASB ni
    dulu saya amik pinjaman pelaburan ASB ni kerana nak melatih diri menyimpan tiap2 bulan
    walaupun sebenarnya saya tak suka berhutang
    tapi memandangkan beberapa tahun bekerja melopong tanpa duit simpanan
    maka saya pun amik pinjaman ikat 20 tahun
    konon2 as force saving
    tapi setelah saya dapat mendisiplinkan diri untuk menyimpan, maka saya pun tamatkan pinjaman
    bukan tamatkan la sebenarnya, saya korek segala duit yang ada dari KWSP dan Tabung Haji dan pendapatan dari kerja sampingan untuk langsaikan pinjaman yang saya amik tu
    disiplin diri ni saya dapat setelah saya buat pinjaman ni selama 3 atau 4 tahun (tak ingat angka tepat)
    pendapat saya, bergantung pada tujuan kita amik pinjaman tu
    macam saya, saya dah dapat apa yg saya mahu, jadi untuk apa saya teruskan pinjaman tu?
    dan sekarang Insya Allah saya tak ada masalah untuk menyimpan secara tetap malah boleh menyimpan hampir 40% daripada pendapatan saya kerana saya tak ada apa-apa komitmen hutang
    tak ada hutang pinjaman ASB yang perlu dibayar
    hutang kereta pun dah habis bayar
    hati pun rasa tenang kerana tak perlu terfikir2 hutang yang perlu dilangsaikan setiap bulan
    cuma sekarang nak fokus pada satu hutang jer iaitu hutang untuk rumah yang bakal dilakukan pada tahun ni

  21. Apa yang saya buat untuk isteri saya adalah;

    Saya buatkan pinjaman atas nama dia dengan pelaburan 200k.. sebulan saya bayar hampir rm1200 sebulan selama 20 tahun. Tapi apa yang saya buat adalah saya sediakan modal sebanyak lebih kurang 15k yang mana ianya bertujuan untuk membuat pembayaran bulanan selama setahun. Tahun kedua dan seterusnya.. saya gunakan dividen ASB untuk membayar bayaran ansuran bulan seterusnya…
    kesimpulannya….
    Saya modalkan rm15k dan dalam masa 20 tahun akan datang.. isteri akan dapat 200k…

    ianya umpama main kutu juga… sebulan simpan 1200.. setahun akan dapat dalam sekitar 15k++….

    just my xperiance

  22. kaslim: Apa yang saya buat untuk isteri saya adalah;Saya buatkan pinjaman atas nama dia dengan pelaburan 200k.. sebulan saya bayar hampir rm1200 sebulan selama 20 tahun. Tapi apa yang saya buat adalah saya sediakan modal sebanyak lebih kurang 15k yang mana ianya bertujuan untuk membuat pembayaran bulanan selama setahun. Tahun kedua dan seterusnya.. saya gunakan dividen ASB untuk membayar bayaran ansuran bulan seterusnya…
    kesimpulannya….
    Saya modalkan rm15k dan dalam masa 20 tahun akan datang.. isteri akan dapat 200k…
    ianya umpama main kutu juga… sebulan simpan 1200.. setahun akan dapat dalam sekitar 15k++….just my xperiance  

  23. kalau anda goallll…bini senyum sampai telinga….bahgian anak-anak tarak ka!!!!

  24. bagus btl dpt suami gini.. de saving jg utk isteri2 sekurang2 nya kl dia gol pun xde la isteri n ank2 merempat mnt bantuan..

    p/s btw bg sy pnjman asb 4 longterm mndisiplinkn kita menympan yg sbnarnya kita ni liat n mls menyimpan.. so sy sarankan abk pnjaman sminima utk tdk berkemampuan cth 10k skng pun dh de plan murah serendah rm50 bulanan for 3year yg ptma. then jk berkemampuan boleh tmbh loan shngga 100k. so anda jg boleh menyimpan utk mak n ayh tercinta. katalah anda buat pnjman 10k sorang dgn byrn blanan rm50 sebulan hujung tahun anda suruh mak n ayh anda pg kuarkn duit dividen jd sorang dpt rm800 sorang ( jk 8% dividen jk lbh orait la:) ) anda cm byr rm50 je sorang slm sthun br jer rm600 untung 200 bonus utk mak ayh anda btl x..

    pp/s kl anda mati xperlu risau semua di insurankan mengikut faraid.. ( ha untung fmily anda jk br byr setahun anda dh mati.. opss jg mare jk sy ckp terkasar bahasa.. tmbh plak buat loan 100k.. sekuarang2 nya fmly anda ( mak, ayah, isteri n anak2 hidup terbela )

    so… ingatlah orang yang tersayang :)

  25. Salam,
    Kat sini sy mintak semua kawan2 baca ape yg sy nk dedahkan..

    ASB loan = dividen kita punya / principal bank punya..20years
    ASB own = Dividen dan principal kita punya..100%

    ASB loan = fixed amount bayar ke bank
    ASB own = any amount put in account

    ASB loan = rekod dgn bank
    ASB own = clean rekod

    ASB loan = kalau bnyk pon..dividen x berani usikk..
    ASB own = kalau dah banyak boleh buat overdraft.(ape2 je FD,saham)pastu sumbat balik dalam ASB..hahahaha

    ASB loan = komitment dgn bank
    ASB own = sendiri..

    Tetapi saya dah terbuat lak ASB loan 50K..tahun ni last, pas2 jual…rolling pakai duit dividen..bazirrr jek..

    Wasalam..

  26. Salam semua. Saya nak tanya la, maksimum simpanan ASB 200k kan?
    So dividen setiap tahun akan dikira untuk 200k sahaja atau lebih?

    Katakan RM200k + 8.25% (div 2010) = RM216k
    So tahun 2011 adakah dikira dari RM216k x dividen semasa?
    ataupun hanya dikira untuk 200K sahaja?
    ada sesiapa boleh bgtau?

  27. ZUL: Salam semua. Saya nak tanya la, maksimum simpanan ASB 200k kan?
    So dividen setiap tahun akan dikira untuk 200k sahaja atau lebih?Katakan RM200k + 8.25% (div 2010) = RM216k
    So tahun 2011 adakah dikira dari RM216k x dividen semasa?
    ataupun hanya dikira untuk 200K sahaja?
    ada sesiapa boleh bgtau?  

    dividen akan dikira atas RM216K… ini yg diberitahu oleh pegawai bank kpd saya..kalo saya kena kencing tak tau lah..tp seeloknya sila kol PNB utk confirmation…

  28. Kalau ASB kite dah lebih dari had, dividen akan dikira atas ju

    afahmi: dividen akan dikira atas RM216K… ini yg diberitahu oleh pegawai bank kpd saya..kalo saya kena kencing tak tau lah..tp seeloknya sila kol PNB utk confirmation…

    Dividen ASB dikira atas baki semasa dan lagi satu, had makmisum akan bertambah mengikut jumlah dividen terkumpul + RM 200 K. Mcm saya, had makmisum dah melebihi RM 260 K

  29. yang masukkan RM200 tiap2 bulan tu tak kira ke? alahai..bagi info pun salah..buktikan pengiraan anda adalah betul…kenapa compare bayar RM175 utk loan asb dgn RM200 untuk simpan..comparelah dgn jumlah yang sama..loan asb boleh terus dapat dividen banyak..boleh guna duit sekarang utk pelaburan…simpan sendiri divideb dapat lewat…nilai wang sekarang lebih besar daripada nilai wang 10 tahun akan datang…renungkanlah…poor article….

  30. Salam… X payah pening2 nak kira LOAN ASB, kira yang anda bayar tiap-tiap bulan. 1 tahun. Kemaskini buku ASB, lihat pendapatan asb dengan bonus. Namanya buat LOAN ASB, tetapi yang kita bayar tiap2 bulan dapat balik hak kita. yang lebih tuu itulah loan pendapatan asb. Bergantung pinjaman anda. PELABURAN ASB MENGUNTUNGKAN, tiap2 tahun. Kan PELABURAN ASB diluluskan oleh kerajaan…. x ada halal x ada haram yang pastinya dah lama pelaburan asb D LULUSKAN oleh kerajaan. Betull tak……….????? Dah lama dah…….

  31. Salam, nak tanye sikit, yang mana lebih baik:

    1. Buat pinjaman ASB direct dengan bank (pakej pinjaman ASB dari Maybank, RHB, CIMB), atau
    2. Buat personal loan dgn Bank Rakyat lepas tu pam dalam ASB akaun.

    wassalam

  32. Perhatian:,
    Adakah anda pernah mencari dana, pinjaman, pembantu kewangan atau keperluan suatu pemberi pinjaman terakreditasi untuk membantu anda bertemu dengan keperluan dan tuntutan, maka anda tidak ada pilihan lain selain mendapatkan perkhidmatan cepat dan boleh dipercayai dari Agency.Apply kami meminjamkan dan mendapatkan dana anda dalam 3-5 hari kerja.
    untuk maklumat lebih lanjut hubungi kami hari ini di resortslendinggroup@gmail.com

  33. Pd pendapat aku..
    1) pelan rhb kurang mguntungkn dr plan maybank. Cth, loan rm50k, 25thn.. Aku bezakn ckt mn yg aku tau..

    Rhb:
    -5thn ptama, klu nk jual, bln2 yg kta byr tu xkn dpt blk.
    -byr bln2 5thn ptama rm235/bln, msk 6thn btukar jd rm3++.

    Maybank:
    -2-3thn je klu nk jual, duit yg da byr bln2 xkn dipulangkn.
    -dr 1-25thn, byaran fleksibel, xubah2. Jd, kwangan korang stabil(xkn korang xde knaikan gaji dlm tempoh 25thn tu, blh cover2 simpanan korang)..
    -bln2 br rm293, beza xbyk pn. Dr rhb, lps 5thn kna byr rm3++.

    2) cadangan aku je la ni.. Buat loan bank rakyat rm45k, rm432/bln, 15thn. Pastu rm25k dr rm45k tu, ko buat bli emas atau blnja benda yg berfaedah, slebihnya, simpan dlm asb. Dlm masa sama, buat loan asb rm80k, 25thn, bln2 rm469 atau rm5628/thn. Pening nk bayo kn? Jgn lupe, rm20k belen dr rm45k dtambah belen yg ko enjoy td ada lg, buat la cover byr loan asb utk 4thn. Lps 4thn tu, byr la guna dividen rm80k(masa tu bkn rm80k, tp rm106+++). Trus simpan smpi thn ke 15, pastu jual loan rm80k tu.. Nk trus simpan lg bgs kot. Simpan dlm asb lg. Thn berikutnya dpt la pkai keta exora free sbb anak da ramai dan byr bln2 gna dividen.. Tp jgn lpe, tggjwb byr loan bank rakyat 15thn tu, mn blh da pinjam xbyr..

  34. bagi pendapat aku. untuk jangka panjang adalah lebih untung buat loan. tapi cara kira ko pun dah salah. macam mana ni?

  35. Loan ASB lebih untung dan secure kerana dilidungi insuran. Kalau apa2 berlaku pada kita waris boleh menuntut semua pinjaman. Kalau simpan apa-apa berlaku setakat simpanan tu jelah.

  36. Tumpang tanya… Andai sudah sampai ajal… Macam mana dengan taraf duit ASB Loan yang kita buat? Pengagihannya ikut hukum faraid ke? atau boleh juga dimasukkan dalam wasiat kita? Sape2 leh share info… Sebab mati tu tetap akan tiba… tkt duit ASB Loan kita 2 burn jer…

  37. ann:
    nk tanye sket, klu buat ASB loan.. then kne byar monthly… then smpi ujung thn cmni, xde duet nk byr tok bln 12 punye.. duet dividen + modal dh abes wt pusing blek..klu kite bayar awl thn depan bleh ke ar?? thn depan dpt x dividen tok thn ni?

    wat pinjaman pelaburan jagka masa panjang kat mybank,ikut kemampuan diri,contoh anda wat pjm rm 45000.00,pjm tok 25 thn paling lama,bayaran rm 70.00 siap kontrak sijil primium, insuran takaful etika,pjm 25 thn bulan2 baru rm 260.00 je
    rm260.00 darab 12=rm3120 dlm 1 thn, tapi dividen yag anda dapat, contoh rm45000 darab 8.75%BLR=rm3937. jadinye di sini wat tahun yang seterusnya
    anda tak perlu guna duit gaji anda lagi,gunakan saja duit dividen, anda masih lagi ada keungtungan duit dividan anda rm817.00 .untuk maklumat selanjutnya anda datang lah ke my bank yang berdekatan dengan anda.

  38. mat: saya dapat 30000(1+0.0875/1)1*25
    = 815625.0

    ~ Jugak binGung ~ .. bg aDmin kPd artikel ini , siLa tunjuK ajar cara kira .. suDah tOlak tmBh daraB bhAgi .. mC taK dapat jumLah yg dinyatakan ..
    *A= 30,000(1+0.0875/1)1*25 dan hasilnya pada 25 tahun akan datang adalah:

    RM 244,260.31!*
    tHanxx in aDvance ..!
    silap kat mana ek? sapa yg siap?

  39. Gelak tP xnak xPlain ~ .. keR binGung senDiri tP cover geLak .. xD
    LOL EXPLAIN BEB kalau faham .. xpyH nak geLak ..

  40. akkkkkkkkkkkkkuuuuuuuuuuuu peeeenniiingggg weeehhh…………aku baru wat ja ASB….n dok pkir nk wat loan ka tk..?….loan tk la sampai juta hehehe…..nk try 10 000 dlu…?ikut kmpuan bln2….:D
    nk ke tk…?tk ke nak?…adoi…

  41. elly lyana:
    akkkkkkkkkkkkkuuuuuuuuuuuupeeeenniiingggg weeehhh…………aku baru wat ja ASB….n dok pkir nk wat loan ka tk..?….loan tk la sampai juta hehehe…..nk try 10 000 dlu…?ikut kmpuan bln2….:D
    nk ke tk…?tk ke nak?…adoi…

    kalau nk buat loan atas 50k baru untung

  42. Kalau aku, aku tak buat loan ASB. Sebabnya:

    1. Track record akan clean.
    2. Simpan sendiri ni flexible. Boleh ikut kemampuan.
    3. Kot2 nanti ada emergency kalau nakpkai duit, xde la terikat dgn bank.

    Loan ni better reserve utk buat pinjaman kereta ngan rumah je. Hidup tenang skit kalau kurang hutang dgn bank.

  43. Bekas ASB:
    Kalau aku, aku tak buat loan ASB. Sebabnya:

    1. Track record akan clean.
    2. Simpan sendiri ni flexible. Boleh ikut kemampuan.
    3. Kot2 nanti ada emergency kalau nakpkai duit, xde la terikat dgn bank.

    Loan ni better reserve utk buat pinjaman kereta ngan rumah je. Hidup tenang skit kalau kurang hutang dgn bank.

    aku rasa loan asb ni untung gak. sbb korang perlu bayar tuk stahun jer. lepas tu korang da bole pakai dividen dia bayar :)

  44. Bekas ASB:
    Kalau aku, aku tak buat loan ASB. Sebabnya:

    1. Track record akan clean.
    2. Simpan sendiri ni flexible. Boleh ikut kemampuan.
    3. Kot2 nanti ada emergency kalau nakpkai duit, xde la terikat dgn bank.

    Loan ni better reserve utk buat pinjaman kereta ngan rumah je. Hidup tenang skit kalau kurang hutang dgn bank.

    owhhh btoi jgk…..aku pun keja pun tk ckang ag…k la just buat simpnan dulu la….nanti dah keja ok….gaji pun blh bget….aku bwu wat loan 2…..tdak..megelupor aku evry bulan…huhuhuhu:(….;)

  45. elly lyana: owhhh btoi jgk…..aku pun keja pun tk ckang ag…k la just buat simpnan dulu la….nanti dah keja ok….gaji pun blh bget….aku bwu wat loan 2…..tdak..megelupor aku evry bulan…huhuhuhu:(….;)

    jgn risau laa. buat loan ni lg untung.. cume ko akan risau kalau dividen asb tak byk tu jer… :)

  46. sye dah bt pinjaman 45 000 .. untuk 20 tahun … boleh tukar lg ker pegi 50 000? nyesal lak

  47. bella:
    sye dah bt pinjaman 45 000 .. untuk 20 tahun … boleh tukar lg ker pegi 50 000? nyesal lak

    nape nak nyesal lak. ok la tu. dividen asb dpt byk ke?

  48. Admin silap formula sepatutnya;
    FV=PV(1+i)^n

    FV=Jumlah wang yang diakumulasi
    PV=nilai pelaburan anda
    i = kadar interest/dividen
    n= tempoh bayaran balik pinjaman(PV) anda.

  49. wat loan lg bgus kot, sbb lau pinjam 50 k selama 25 thun lbh kurng 300. setahun 3600, dividen 7.85%, dpt lbh krang 3800. kt sini dah ada 200 untung,, thn dpn lau malas nak byr , byr pakai dividen je tiap thn , 25 thn akan dtg dpt 50k tu dgn bermodal 3600 pada thn pertama, kira byr setahun je, pastu x pyh pk nak byr lg, pastu ada insuran, lau lmpuh ke atau mati, ada la ckit wit utk waris, dpt terus 50k, cmpur dgn khairat kematian 5k, wakaupun bru byr 1 thn, klau byr terus je tp amik dividen 25 thn pun 50k, pastu tiap thn dpt bonus , bleh wat pkai time terdesak, lau byr terus dan x amik amik dividen selama 25 thn dkat 400k tu . tp lau simpan sendiri ssh jgak nak dpt, x de komitmen nak byr, terdesak ckit amik witnya blik, x de insuran,

  50. mcm mana plak klo kita guna det KWSP?
    kira sama mcm plan 1 (loan) @ 2 (sendiri)?

  51. Salam, ada x pelaburan atas dunia ni yg dividen boleh rase pas mati sok???

  52. SALAM..
    KATALAH SAYA NAK BUAT PINJAMAN MAKSIMUM RM200K…
    NAK BUAT BAYARAN SEHINGGA LIMA (5)TAHUN JER…

    SOALAN :
    1)BERAPAKAH JUMLAH BULANAN YG PERLU SAYA BAYAR UNTUK JANGKAMASA LIMA (5) TAHUN?
    2)BERAPAKAH DIVIDEN TAHUNAN YG AKAN SAYA PEROLEHI?
    3)BERAPAKAH JUMLAH KESELURUHAN BULANAN UNTUK TAHUN PERTAMA SEKIRANYA SAYA INGIN MEMBUAT BAYARAN SEKALIGUS ?*
    4)ADAKAH JIKA SAYA MENGGUNAKAN KAEDAH SOALAN KETIGA,MAKA BAYARAN BULANAN BAGI TAHUN KEDUA DAN SETERUSNYA AKAN MAMPU DITAMPUNG BAYARANNYA DGN PEROLEHAN DIVIDEN?
    5)BERAPAKAH JUMLAH KESELURUHAN YG SAYA AKAN DAPAT?
    6)ADAKAH TINDAKAN SEPERTI INI BIJAK?

    TERIMA KASIH

  53. Askum,
    ini pendapat saya tentang ASB,sebenarnya dia ikut kemampuan individu buat loan ke or just simpan dalam ASB je, bagi saya simpan sendiri lagi ok dari buat loan, kalau buat loan risiko tetap ada kerana tiap-tiap tahun BLR akan berubah, pada masa akan datang kita tak tahu apa yang akan terjadi dan jangan lupa dengan keperluan dan kehendak seseorang yang boleh memakan diri sendiri

    Kalau nak buat loan asb juga terpulang kepada individu itu jika mampu. Saya sarankan bayar untuk tahun pertama je lepas tu kalau nak kuarkan duit boleh guna yang untuk dividen je yang kita buat loan tu memang tak leh kuar so fikir-fikirkan la ye hehe.

  54. Pengiraan yang salah.

    ini cara kira yg betul berdasarkan contoh anda

    RM 244,260.31 – RM 51300 = RM 192,960.31
    RM 192,960.31 + RM 30,000 = RM 222, 960.31.

    jumlah dividen n pelaburan anda adalah RM 222,960.31.

    dan jika anda menyimpan RM200 setiap bulan selama 25 tahun,anda tidak akan dapat RM 232,576.79 pada 25 tahun akan datang. Ini kerana dividen diberi berdasarkan PURATA BAKI PELABURAN BULANAN DAN BUKANNYA TAHUNAN. jika dividen tahun tersebut,katakan 9%, ertinya,dividen tahunan anda adalah sebanyak (RM200 + rm400 + rm600 + rm800 + rm1000 + rm1200+ rm 1400 + rm 1600 + rm 1800 + rm2000 + rm2200 + rm2400)/ 12
    = 15600/12 = 1300
    = 1300 x 0.09 = RM117
    maka,pada tahun pertama,dividen anda hanyalah RM 117.
    ini kerana dividen dikira berdasarkan purata baki bulanan(dalam kes ini RM1300) dan bukannya baki simpanan tahunan (dalam kes ini rm200x 12 = RM2400).
    kesimpulannya,membuat asb loan lebih baik daripada simpan sedikit sedikit.Namun pastikan anda mempunyai pendapatan yg tetap, meminjam mengikut kemampuan dan jumlah perbelanjaan bulanan masing2.

  55. Sory,jumlah akhir dividen n pelaburan selepas 25 thn yg sy nyatakan di atas adalah salah kerana sy ambil terus nilai yang anda berikan (kerana sy assume cara mencari nilai yg anda berikan adalah betul,cuma tertinggal 1 langkah bagi kaedah LOAN).rupa2nya,nilai tersebut salah. namun,kaedah mencari jumlah dividen adalah betul :)(jika xda yg terlepas pandang)

  56. Sory,jumlah akhir dividen n pelaburan selepas 25 thn yg sy nyatakan di atas adalah salah kerana sy ambil terus nilai yang anda berikan (kerana sy assume cara mencari nilai yg anda berikan adalah betul,cuma tertinggal 1 langkah bagi kaedah LOAN).rupa2nya,nilai tersebut salah. namun,kaedah mencari jumlah dividen adalah betul (jika xda yg terlepas pandang)

  57. percaya atau tidak skim amanah saham bumiputera boleh memberi income RM16000 setahun bersamaan RM1330 sebulan kepada pelaburnya…tak nak tahu ke cara nya?? jommm menyimpan duit dengan cara yg bijak bersam CIMB Bank…

    Skim Amanah Saham Bumiputera: Kenapa ASB loan ?

  58. bagus buat loan.. buktinya tahun aku dah dapat dividen 10k.. sblum ni pernah jg nak simpan tiap2 bulan.. asik miss aje.. asal ujung bulan ada sja komitmen yg lain.. tapi dah buat loan, mahu tak mahu dah kena tolak tepi duit nak bayar tu..

  59. Loan ASN BAGUS untuk mereka yg TIADA DISIPLIN. Kalau yg ADA DISIPLIN tinggiiii..simpanan sendiri lebih baik.

  60. pelabur asb on

    Kalau tuan/puan nak melabur dalam ASB, bleh cuba try masuk himpunan teknik loan asb kat carigold..byk benda yg boleh belajar..sebenarnya, dividen ASB bukan 7.65% tetapi boleh mencecah 40%, dengan menggunakan kaedah Loan ASB..kalau nak senang..type dlm google – himpunan teknik loan asb..senang cerita, buat loan asb max 200k selama 25 thn, pastu dalam 2 tahun jer terminate loan tersebut..dan kita akan dapat balik jumlah yg kita telah bayar kpd bank sebanyak 30%..so, by calculation..bayaran bulan katakan rm 1150 sebulan, 24 bulan = rm 27600,
    katakan div=7.65% (pengiraan x termasuk bonus)
    div 200k (tahun pertama) = 15,300
    div 215.3k (tahun kedua) = 16470

    jumlah keseluruhan..31,770 – duit dividen.
    30% from rm27000 = rm8100.

    jumlah keseluruhan = rm39, 870
    keuntunagn = (39870 – 27000) / 27000 = 47%

    dlm 2 tahun jer dh ada hampir 40k..masyuukkk

  61. terima dengan perkongsian ini, trick yang menarik
    pertama kali saya dengar
    tuan, saya nak tanya saya pun ada buat loan asb
    dalam bulan 3 ini genap 2 tahun
    saya ada 2 soalan kat sini :

    – adakah saya perlu terminate bulan 3 dan mohon sekali lagi untuk 200k dan ulang teknik ini setiap 2 tahun?
    – lagi satu tuan, adakah bila saya terminate saya juga akan dalam balik 30% sama seperti yang ambil loan rm200k?

  62. pelabur asb on

    bergantung kepada loan yg dibuat. Kalau loan easy RHB yg bayar dividen sahaja, xkan dapat 30% tetapi bayaran bulanan amatlah rendah. Jika inginkan detail ttg teknik loan asb ini, boleh rujuk di lama carigold. boleh search google then type himpunan teknik loan asb. Di sini, ramai otai-otai boleh bantu untuk memaksimakan asb anda. Untuk makluman, limit asb akan bertambah dr 200k kepada jumlah yg lebih tinggi melalui compounding dividen. Cth: kalau loan 200k, then serve loan selama 2 thn, dividen berjumlah 34k, so limit baru adlh 234k, so kalau terminate loan 200k, boleh buat loan baru berjumlah 234k..maybank boleh offer sehingga 400k untuk Loan asb..saya pun bermula dr forum yg saya nyatakan td..dan pastikan anda mengikuti forum ini dr mula (page 1) kerana di sini penerangan ttg teknik-teknik diteangkan dgn lebih lanjut..kesemuanya ada 7 teknik..mengikut kesesuaian kewangan anda dan juga hala tuju anda..

  63. kalau buat asb loan, selagi dividen melebihi interest bank, untung la namanya….
    kalau smpanan sendri, kenalah berdisiplin tggi…

  64. sbb tu la bumiputra tak maju2….actually,asb loan is gud for your own saving bro…some say loan asb akan menguntungkan bank,they dunt want pihak bank untung disebabkan kita bayar lebih drpd apa yang kita loan…see?coz of this matter, some people thing that no need to get this loan..actually,the fact is bank is helping us to saving for our own future…they helping us,so we also helping them la which is to get the loan and getting the loan also tdk merugikan bro….u get wat i mean?wat i mean is contohnya – jgn kita berfikiran negative dimana kita tdk mahu seseorang itu untung lebih dari kita,kita harus membantu mereka disamping kita pun dapat pulangan jg…mcm tu baru bumiputera bro…so,please,get the loan…huhu…bkn nak ckp besar la,i ni master holder in business..i’ve did all the calculation,all the profit and loss….for sure,its profit and damn profit bro….so,please think..eh,no,dont think,juz get the loan asap..hehehe..chow!!!!!!!!!!!

  65. pelabur asb on

    betul tu Apoiloi, kita dok risau pasal bamk untung, tp kita pun untung jgak..sbb loan asb ni lg baik dr loan kerete..beli hari ni 80k, lps 3 tahun sust nilai jd 50k..bank still untng sbb interest dia flat rate..tp yg tu kita x pulak bising sbb nak bergaya katakan…hehehe…tapi loan asb kita dapat balik duit principal..so, by calculation, jika PNB umumkan dividen 7.65%, kita boleh dpt sebanyak > 20% jika mengamalkan teknik-teknik tertentu. Selamat melabur..

  66. pelaburan kena tolak modal utk dptkn untung. xkira loan atau simpan sendiri. klu loan asb modal adalah jumlah bayaran bulanan untuk pinjaman kita. so keuntungan adalah jumlah akhir yang kita dapat tolak jumlah bayaran. klu simpan sendiri sapa cakap xda modal. yang kita simpan itu lah modal…mana boleh masuk kira sekali dengan jumlah akhir dan katakannya sebagai keuntungan. Untung untuk simpanan sendiri adalah jumlah akhir tolak jumlah simpanan(modal). baru leh compare dengan untung loan asb. cuma simpan sendiri kelebihannya xda interest, tp dividen lebih rendah kot…klu loan asb, walaupn modal kita ada interest, rasanya untung dividen lebih besar…cuma risikonya kadar BLR yang boleh berubah. klu interest lebih tinggi dari dividen maknanya MATILAH. hmm…pengiraan compound interest tu xmungkin betul jumlahnya jika dikira mengikut formula yang diberikan

  67. buat pinjaman loan asb menguntungkan…setiap akhir tahun kita akan dapat dividen malah duit simpanan tak luak..maksudnya..kita buat pinjaman 100 ribu dalam setahun kita akan dapat 8 ribu lebih..kalau kita simpan sendiri agak2 brapa lama nak cukup duit sebanyak 100 ribu…..untuk merasa dividen 8 ribu lebih itu dalam masa setahun…dengan loan asb anda boleh merasa jumlah itu walaupun duit anda masih maya….fikirkan..

  68. saya pernah dapat nasihat daripada pegawai bank..sekiranya setiap bulan kita bayar lebih dari perjanjian..maknanya..BLR tinggi..so kita bulehlah jual saham asb kita itu….

  69. saya x pasti sama ada asb loan atau asb biasa sesuai utk saya sbb saya masih belajar dan kadang2 x mampu nk masukkan duit utk asb loan sbb terpaksa guna utk keperluan pelajaran..ada cara utk tukar asb loan kpd asb biasa (simpan sendiri)??

  70. sy nk tanya pendapat sikit, antara RHB, Mybank @ cimb yg mana 1 bank yg lebih menguntungkan untuk buat loan ASB?

  71. siapa pernah jual balik asb loan maybank?sekiranya saya jual balik selepas 3 tahun loan bank 100k.saya guna cara rolling duit dividen tahunan dan bayar bulanan selama 25 tahun.kita nak stop tahun ke 3,so dapat tak duit loan kita yg bayar selama 3 tahun buat loan dgn maybank tu.duit yg dari 100k tu.saya agak tak paham la coz setenggah org cakap kita bole dapat duit tu dr yg 100k.kiranya kita stop.betul ker?tolong jawap…

  72. wah.. tahniah kerana telah membuatkan kawan lia dapat menjana lebih keuntungan dari ASB. dan harus diingat bahawa loan asb juga bertindak seperti insurans nyawa sekiranya berlaku kematian ataupun cacat kekal kepada pelabur(peminjam). ape yang penting bukanlah semata2 pulangan tetapi jaminan simpanan untuk masa hadapan

  73. rm216k sekiranya anda tidak mengeluarkan dividen tersebut.dan terus meningkat dengan pertambahan dividen setiap tahun. oleh sebab itu pelaburan boleh mencapai sehingga rm400k

  74. pelabur asb on

    kalau student, dulu boleh buat jgak loan tp kena upfront 3 bulan payment..tapi skrg ni agak susah skit sbb BNM dah mula strict dgn semua pinjaman..katanya kena ada slip gaji baru boleh..

  75. pelabur asb on

    hanya 2 pilihan, MBB dan jgak RHB..tp MBB kena bayar insurans selama mana tempoh loan..sbg contoh kalau tempoh pinjaman selama 25 thun, maka insurans juga bertempoh yg sama…dan ianya agak mahal sedkit..cuma ianya loan islamic…kalau RHB, boleh ambil insurans ikut tempoh kita suka..contohnya, kalau tempoh loan 25 thn, insurans boleh dipendekkan kpd 5 thun..so bayaran x tinggi utk insurans..

  76. pelabur asb on

    secara puratanya, anda akan dapat 30% drpd apa yg telah anda bayarkan..serta duit insurans..cuma saya x pasti % yg anda akan dapat dr insurans ini..tapi andai kata loan 100k, bayaran bulanan adalah 580 sebulan, 3 tahun bersamaan dgn 20880. 30% dr 20880 = +-6200.

    tp anda rugi dr segi dividen kerana ianya telah dikeluarkan..

    tips: jika anda berhajat utk keluarkan dividen utk bayar bulanan, cuba anda keluarkan setiap bulan, bukan sekali gus kerana dividen ASB berdasarkan jumlah baki terendah setiap bulan..so anda still dpt dividen

  77. lebih bgs pinjaman berinsurans kerana pelaburan lebih terjamin dan pewaris mendapat nilai pelaburan yg dibuat tanpa meneruskan pembayaran. bg sy mbb lebih baik dr segi plan krn kadar faedah yg lbh rendah blr-1.65 spnjg tempoh pinjaman.

  78. lebih bgs pinjaman berinsurans kerana pelaburan lebih terjamin dan pewaris mendapat nilai pelaburan yg dibuat tanpa meneruskan pembayaran. bg sy mbb lebih baik dr segi plan krn kadar faedah yg lbh rendah (blr-1.65) spnjg tempoh pinjaman.

  79. sy pun br try utk terminate loan tahun 09 2 ari lepas dan apply loan br. tgk la ape yg mbb kata myb kne sedikit upfront payment. tgu result 2 3 hari lagi.

  80. sapa pernah buat loan??? boleh bgtau aku tak detail..

    1. berapa loan dibuat?
    2. buat dgn bank apa?
    3. berapa tahun bayar?
    4. berapa bayaran bulanan?
    5. berapa faedah dapat setahun utk 3@5 thn terakhir ni?

    harap dpt kongsi2 la ye pengalaman :D

  81. 2009 : aku loan asb 50k pd nov. start byr jan rm272.
    2010 : aku tmbh loan asb 50k ag pd mei. start byr july rm289.
    2010 : aku tmbh lg loan asb 50k dlm bln oktober start byr dis rm289.
    2011 : aku hbskn limit asb aku tahun ni dgn tambah loan asb 55k byr rm329 pd disember.
    semuanya tempoh 25thn dr maybank.
    skrg byr bulanan rm1202.
    tp ujung bln lps aku terminate loan yg pertama and tambah br loan asb 60k. tengah tgu approve saje.
    2009 : dividen dlm buku rm300 lebih
    2010 : dividen dpt dekat rm6000.
    2011 : dividen rm11000 lebih.
    aku guna div utk bt byr installment skit2
    spy dpt tmbh asb smp full.
    alhamdulillah..

  82. Salam, saya setuju dengan pendapat2 diatas. Tapi apa yang saya buat sekarang ialah saya buat pinjaman dan dalam masa yang sama saya labur wang saya sendiri dalam ASB. Bermakna saya buat pelaburan melalui pinjaman sebanyak rm15k (rm117/bln)dan dalam masa yang sama saya buat tunai rm10k dan jumlah kesemuanya rm25k. Dividen setiap tahun saya tak sentuh dan dalam masa 5 tahun ni duit saya telah mencecah rm25k tunai + pinjaman rm15k=rm40k dlm ASB. saya taklah berdisplin sangat dlm menambah pelaburan tapi saya tambah 2 kali setahun dlm jumlah rm1-2k sekali. Yang penting sekali saya berpuas hati dlm pelaburan kedua2 cara ni, memang berbaloi2.

  83. thanks stazwan for ur info… mean klau loan 50k bayar bulan2 fix rm289 selama 25thn ker berubah2?

  84. bayaran akan berubah mengikut kenaikan @ penurunan BLR. tapi xkn melebihi harga jualan. anda bole melihat potongan bulanan anda melalui maybank2u

  85. DALAM MASA 20 TAHUN AKAN DATANG NAK TUNGGU LAMANYA ..MANA TAU DALAM MASA 20 TAHUN NI..DA MENINGGAL KE..ATAU PON HARI KIAMAT KE..BILA NAK MERASA DUIT TU??…BOLEH TRANSFER (CIMBCLICKS) KE KUBUR KE???….
    SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

  86. mmg pelik la ko ni pelik..
    kite bkn cina nk bwk duit pg kubur pn
    setiap tahun dpt dividen dpt rs x simpanan tu berbaloi? kl meninggal xpyh byr n dpt lumpsum terus nilai loan tu. n pewaris dpt tuntut hak mereka. nama pn simpanan mmg la bkn merasa hari2.

  87. bro pelik, simpanan ni utk hari tua ko.. kita tak tau kita idup brapa lama lg kat donia ni…nnt da tua da tak larat nak keje dah ko leh la guna duit ni.. ko aim la bape tahun ko nak simpan .. 20 thn ke 30 thn ker..da cukup je tahun tu ko guna la duit tu puas2..so skrg ko cari la mana2 cara nk simpan duit yg bole bg untung… sama ada buat loan asb ker simpan sndiri asb ker beli emas ker takaful ker dll….. so simpan la sikit duit skg utk masa dpn… bkn suh simpan suma smpai tak merasa duit2 tu… kalau mati awal ker ada la jugak tinggalan kita utk waris2 kita..

  88. pelabur asb on

    itu sebabnya loan ASB kena amik insurans…sbb kalu jadi ape2 waris dapat semua duit yg dipinjamkan..dan yg paling best, duit ni mcm harta pusaka..

    bro pelik, agak2 bro la kan, brapa lama bro boleh simpan duit smapai 200k sekrang ni..10 thn? 20 thn?..itu pun kalu panjang umur..

    tapi kalau buat loan ASB, sbg cth 200k, bulan depan meninggal..waris dapat semua 200k tersebut..tu yg bagus nyer..

    kita cuma merancang..hanya DIA yg menentukan..

  89. pelabur asb on

    cara bro pun ok..cuma x maximisekan sepenuhnya other people money(OPM).

    Pendapat saya, ASB bukan utk kita simpan wang tunai milik kita..kita gunakan sepenuhnya wang dari bank utk kita penuhkan ASB…dan wang tunai kita masukkan ke dalam tabung haji atau acc PNB yg lain spt AS1m, ASW dll..so dgn cara ini kita dapat 2 dividen ..1 tabung haji..1 ASB..

    just my opinion..

  90. haha yang itu yang bagusnya buat pinjaman sebab waris kita boleh jd berduit lepas kita mati…..mintak2 janganlah ya. kalau ASB ni dapat pakai kwsp untuk melabur dan dividennya terusk masuk kwsp balik boleh ke di fikir2kan?. buat masa sekarang cuma AW2020 je yg buat tapi pelaburannya terhad je.

  91. Salam….

    nak tanye kpd sape yang pakar…

    aku telah buat jualan balik atas asb loan berjumlah 15 ribu aku maybank…utk pengetahuan aku stat loan asb ni pada tahun 2007 g..maksudnya tahun ni 2012 aku jual balik loan tu…

    masalahnya duit aku dapat hasil dari penjualan tu cuma rm 2200 je…

    teramat rugi…x saya tak sure sama ada julah itu jumlah sebenar ataupun org bank tipu aku..sebab ada seorang staf tu kata, kita akan dapat jumlah yg telah kita bayar tu balik jika kita jual saham tu…

    ada sape2 tau mcm mana pengiraan tu penjualan saya tu….untuk pemgetahuan tiap2 bulan saya bayar 118…sepatutnya saya dpt balik (rm118 x 12bulan x 4 tahun=5664)..betul tak

  92. bukan dapat semua la zara
    kita akan dpt balik jumlah principal yg telah kite byr..
    kl dpt semua kira bank xde caj interest stp bulan la.. rugi la bank bg pjm wit..
    early terminate xrugi pn sbnrnye..
    siap dpt untung ckit ag..
    cuba kira jumlah dividen yg dpt stp tahun.. mst ade lebih..
    mcm sy sdr terminate loan 50k lepas 2 thn 3bln pas kire2 semua untung bersih rm2399.

  93. itu la,setenggah org ckp dpt full apa yg kita byr selama ni.saya pun confuse mcm cik zara juga..mana yg betoi ni.??

  94. Pelabur asb on

    Betul syazwan, bukan dpt semua tp dpt lebih kurang 30-40 dr jumlah yg telah bayar…mcm zara..u dh byr 5664, so yg u dpt balik 2200 @ 39% from total payment..dan jika dikira dr tahun u amik loan…div asb + principal = 4500 + 2200 = 6700…lebih tinggi drpd u saving sendiri 118x4x12=5664.

    Itu pengiraan jika duit div x usik dan div pd 7.5%setahun…bonus x dikira.

  95. Aku Suka Buatloan on

    kpd geng2 gomen untunglah, krn ada personal loan yg boleh dibuat labur asb. contohnya loan 60k monthly 450. Then longgokkan kat asb, tahun depan start dpt dividen dan boleh cover monthly tu.
    contoh: asb div. 8% = 60k x 8% = 4800 / 12 bulan = 400 sebulan. Interest personal loan skrg boleh dpt serendah 3.99% selama 20 tahun dan asb boleh bagi +- 8% setiap tahun.

  96. Pelabur asb on

    Kalau boleh, asb hanyalah tempat utk OPM (other people money) sbb duit kita dlm asb boleh dimasukkan ke acc lain, cth asw, as1m, tbg haji dll…

  97. ASB VS AHB on

    Tumpang lalu jap…ada x sini yg arif tentang AHB(Amanah Hartanah Bumiputera)? Saya bru je nak longgokkan RM50K kat ASB, tapi geng aku ckp baik longgokkan kat AHB coz pulangan lebih dahsyat dapat 2 kali setahun stabil lagi…ASB setahun skali je tu pun berubah2 around 6.5% -8.9%….Mana aku patut pilih nie geng nak longgokkan kat mana de best??

  98. saya dah bt asb loan tp saye nak buat pinjaman ekspress boleh x saye buat?

  99. Pelabur asb on

    Lagi bagus kalau cash dump dlm AHB..then buat loan asb…sbb boleh dpt 2 div…AHB total 6.5, n asb 7.5%

  100. Pelabur asb on

    Bergantung kpd tujuan pinjaman express tsbut..sbb pinjaman ini sebenarnya x menguntungkan..walau pun utk tujuan pelaburan kerana dr segi kadar interestnya..walaupun nampak rendah tetapi ianya flat rate..so kita sebenarnya rugi..bukan seperti loan asb atau rumah, kerana ianya berdasarkan daily basis..

  101. ntah sape.. on

    erm ade….cube pkr ape die..nie org ckp tepuk kepala tye otak ade blajr ke x de..

  102. Pelabur asb on

    Bergantung kpd limit anda..kalau limit anda mencecah 600k, no problem..

  103. RM51300-30000=21300 (keuntungan bank)
    kita dapat balik 30000 yang kita select tu kan?
    bukan macam tu ker?

  104. kiraan artikel ni salah ni..baru je tadi buat loan asb 50k..rasa macam nak cancel lak isnin ni..

  105. Pelabur asb on

    Boleh saya tahu pengiraan yg dibuat tu mcm mana? Adakah pinjaman berjumlah 30k dan selepas 25 thn, kita bayar berjumlah 51k?

  106. hmmm..saya komen pengiraan blogger yang kat atas..mcm ada something wrong jer.nak tanya kat pelabur asb.saya baru je amek 50k asb loan for 25 years.monthly saya bayar RM294.00.so 294x12x25=88200.jadik 88200-50000=38200 (interest bank).betulkan saya pelabur asb.so after kita abes bayar selama 25 years kita akan dapat 50k principal tu kan?and if i cancel it b4 matured we still can get some amount for watever we paid.certainly not in full but still we can have it.betul tak pelabur asb?..:)rethink to cancel it tomorow..:(

  107. Pelabur asb on

    Betul tu..rugi kalu cancel..sebenarnya, joehigz anggap ianya sebagai satu bentuk simpanan..1st year, buat loan asb 50k, then next year guna dividen utk dptk loan yg kedua, then buat loan pd tahun ketiga..sehingga loan berjumlah 200k..modal cuma 294, ttp boleh dpt 200k apabila cukup tempoh 25 thn akan dtg..sy cdgkan agar joehigz check kt carigold..type teknik himpunan loan asb kat google…baca from page 1- 10, pastu fikirkan strategy..sy pun belajar dr sini..byk ilmu yg diperolehi, dan mereka semua akan cuba membantu apa yg boleh bagi memastikan bumiputera kita juga berjaya mencapai bebas kewangan…semuanya ada 8 teknik..terpulang pd kewangan masing2..dan semua ilmu ini free, dan bagi mereka yg baru berumur 20an , memang beruntung…dan jika betul caranya, insyaallah boleh jd jutawan sebelum age 40..

  108. thanks for ur advice kawan.. saya baru start2 nak menyimpan ni..hehe.umur dah start nk 27.dah janji masa genap umur cecah 20 dulu..5 tahun jer for enjoy.lepas tuh kena jadi orang yang betul2 dewasa..huhu.anyway kalau2 ada pelaburan2 lain cam ni,nak gak tau..

  109. Pelabur asb on

    No problem..masih belum terlewat..sy pun mula lewat..baru tahu teknik2 ni..anyway tahniah kerana sudah pun mula utk menjadi seorang jutawan..sentiasa berfikiran positive..insyaallah berjaya..

  110. PELABUR BARU on

    Cara saya buat loan ASB ni dalam 4 fasa sehingga genap 200k…start tahun 2009 dengan loan 50K bulanan dlm 270..masuk thun 2010 guna dividen yg diperoleh untuk byr bulanan loan sblumnya. Then ambik loan bru 50K bulanan dalam 289. masuk thn 2011 buat loan ketiga rm 50K juga n guna dividen untuk cover loan yg sblmnya bulanan dlm 295…thun ni rest kjap coz byk nak pakai duit thun dpn kot bru bagi genap 200k…..Ada sesiapa yg bt mcm nie tak, komen skit….yg x best nie kadar interest bulanan makin naik stp tahun…

  111. Mohon sedikit pandangan tentang skim investment Public Mutual through KWSP acc 1 withdrawal. Komen sikit, agak2 elok join atau tunggu je dividen dari KWSP.

  112. PELABUR BARU on

    Syazwan: mcm mna nak upgrade tu?automatik ke, coz sy bru tkt 150 k skg..
    Iman: Investmnt kat public mutual tu kena pandai timing bru ble bt untung…kena pandai main switch kat dana bond & ekuiti…ada member bt untng dgn skim ni jga tpi x brpa konsisten mcm dividen KWSP tu lar walaupun kurg skit…boleh cuba dgn amaun yg sdkit jgn terburu2 je…kita boleh cuba pelbagai alternatif tambahan utk menjadi jutawan……

  113. bukan upgrade secara automatik..apply la loan semaksimum yg boleh..pg bank n check brape limit asb anda sekarang..kl ikutkan anda masih boleh loan ag 50k sbb limit permulaan bg individu adalah 200k..maksud sy upgrade jd 215k macam nie..loan pertama saya yg 50k pd tahun 2009 sy terminate dan apply baru 65k loan.. so bank bg balik nilai principal yg dh bayar selama 2tahun tu sebanyak rm1300.

  114. Pelabur asb on

    Betul..limit sesorang berubah apabila dh capai max 200k. Itu kelebihan loan asb..kalau kita simpan tiap2 bulan dan bila capai maks 200k, dh x oleh buat apa2..so dgn loan asb ni..pelabur baru oleh tmbh pelaburan..tp dgn syarat, penuhkan simpanan sehingga 200k dulu ( dgn cara l-asb). Bila dh capai 200k, next year div tuan adlh 15k, so dlm ac asb tuan ada 215k..keluarkan 15k, then terminate 1 loan 50k, then apply new loan berjumlah 65k..so total pelaburan anda adlh 215k..plus anda akan dpt 15k cash + duit bayaran tuan yg saya anggarkan 2k..so total cash in hand adalah 17k..pelaburan anda still 215k..hrp tuan faham..

  115. PELABUR BARU on

    Thanks 4 de Info Syazwan+Pelabur asb…Dengan cara ini sy boleh tmbh plbrn dgn lebih maksima…nak minta pendapat skit lgi..kalau sy terminate 2 loan yg rm50k tu skg then ambik loan bru 150k utk genapkan 200k rasional x..Then next year bru terminate yg 1st loan 50k tu utk apply loan 65k baru….

  116. ikut kesesuaian dan perancangan anda…sbb sy xske biarkan allocation utk simpanan sy terbiar.. sy akan keluarkan dividen utk diinvest ke tmpt lain dan bt loan semaksimum yg bole slagi termampu. sy sokong tindakan bt loan 150k br dan biarkan 50 yg lama utk terminate awl tahun berikutnya. kosongkan cash dlm buku asb dan mtk bank cek berapa maksimum bole loan setelah terminate 2 acc yg lama td. mgkin lebih drpd 150k. dan berita baik lasb islamik dh buka semula hari ni. gunakan peluang ini utk maksimakan pelaburan.

  117. kite bole bukak satu acc asb utk satu individu dengan maksimum limit simpanan permulaan sbyk 200k. jadi xbole bt loan 200k serentak atas satu nama. sbg alternatif guna acc asb isteri @ adik bradik yg bekerja utk bt loan kl nk bt 600k.

  118. anda x faham btl2 sebelum sign in lasb ni. bc ofer letter btl2. dan anda kn akan dpt div stp tahun hasil drpd loan 50k tersebut. anda kaji dan kira baik2. xde ruginya bt lasb tu dan xde penipuan pn pd artikel ni. sy sendiri dh serve satu loan 50k pd tahun 2009 dan terminatekn setelah 2 tahun 4 bulan utk tingkatkan lg pelaburan. saya tolak byrn bulanan yg dh dbyr semua dan fee sy masih untung rm2399.

  119. Salam..minta tlg kita berapa boleh dapat duit di tangan jika buat asb loan 200k..bulanan 1200 sebulan..berhenti loan selapas 3 thn..

  120. PELABUR BARU on

    remy: katakan dividen dalam 8%
    untung= (dividen+jual balik loan) – (bulanan loan 3 tahun)
    = (8% 200000k + Y) – ( 1200X36)
    = ( 16000k + Y) – 72000
    hasil jualan balik loan tu sy x pasti mungkin ada taiko lain bole smbung, tapi rasanya rugi kalau buat mcm tu…

  121. Pelabur asb on

    1200x36bulan=43200.

    Anggap div sbyk7.65%
    1st year: 200k x 7.65%= 15300
    2nd year: 215.3k x 7,65% = 16470
    3rd year: 231.7k x 7.65% = 17730
    Total div= 49500.
    Principal : 12960.
    Total= 62460.

    Tahun ke 4 cuba apply loan 245k..sbb limit dh tinggi..

    Pengiraan ini bagi mereka yg tdk usik div..

  122. Jika saya guna semua duit dividen..saya hanya bayar bulanan selama 3thn…agak-agak berapa saya boleh dapat ditangan..

  123. mencari pelaburan on

    saya berumur 24 tahun.. gaji around 2.5k.. x de hutang lagi stkt ni..
    kereta dah abih bayar.. rumah belom beli..simpanan di ASB sekarang baru 40k..
    Nak tanya pendapat korang..
    1.Nak buat loan berapa utk ASB? 100k?150k?200k?
    2.Nak buat loan dgn Maybank / RHB/CIMB? othr bank?
    3.Interest based on principal or principal+interest?
    4.ASB max 200k jer kan? If ada lebih nak melabur kat mana pulak? Tabung haji? or…??
    TQQQQQQQQ

  124. Saya hendak buat pelaburan tambahan 100K skg tahu samada mahu guna cimb atau rhb atau maybank. umar dah meningkat kalaau guna maybank macam ada masalah sikit. antara cimb dan rhb mana yang lebih baik. umur skg 38 thn

  125. Pelabur asb on

    Terpulang pd saudara jumlah pinjaman yg akan dibuat..sy cadangkan maks. kan loas asb dgn buat pinjaman 200k, dgn menggunakan lasb-i (islamic loan thru maybank). Bayaran bulanan sebanyak 1150 per month, dan sekiranya ianya agak berat utk tuan, gunakan cara sebegini:

    Rm40k tuan skrg ini, masukkan ke dlm tabung haji.
    Gunakan 10k dr 40 tuan itu utk byr monthly..10k /12 bulan = 800. So bayaran menggunakan gaji bg pinjaman asb hanyalah 350 shj..

    Sila pastikan pengeluaran 800 dr tabung haji dibuat secara bulanan, so tuan boleh gain dividen tabunh hji semaksimum yg mungkin..

    Pastikan jgn simpan cash anda dalam asb, simpan di tempat2 lain spt tabung haji, asw, as1m dll..asb hanya utk loan shj..use other people money to generate money..

  126. mencari pelaburan on

    tq for respons.just nak tnya lagi, kenapa tuan cakap jgn simpan cash dlm asb? bukan ker dividen lg tinggi di asb berbanding tbg haji dll?
    1.Nak buat loan dgn Maybank / RHB/CIMB? othr bank?
    2.Interest based on principal or principal+interest? if principal, so,every month baik keluarkan dividen tu..

  127. mencari pelaburan on

    if mbb, loan 200k utk 25 thn bulan2 bayar 1164…
    saya rasa mampu kot. InsyaALLAH

  128. boleh tak simpanan asb maximum rm 1 juta…..tak acihlah rm200 ribu je……. kalau simpanan 1 juta cincai-cincai dividen 7% , dapatlah rm70 ribu setahun….bahagi dengan 12 bulan..kiranya adalah dekat rm5833 sebulan….ok lah tu

  129. untung jer..nk buat loan brp?? tp buat utk jangka masa yg lama lah.. 15 ke 25thn ..tp biasa org buat loan asb ni byk2.. sbb dorg kua modal 1st year je. lain2 tahun da leh baya guna dividen.

  130. Pelabur asb on

    Maksud saya, jgn biarkan cash dlm asb tu lama sgt..gunakan kemudahan loan selagi kita mampu buat loan..sbg cth, thn pertama div 15k ( loan 200k). Thn kedua div 16k, so total cash dlm asb 31k..after 2 yrs, terminate loan 200k, apply new loan 230k dan keluarkan cash 31k dr asb dan du dlm ac lain spt as1m, tbg haji dll utk kita gain div..so tuan akan dpt 2 div..1 div asb (230k x 7.5%) dan 2. Div tbg hj..

  131. Pelabur asb on

    Boleh..sebenarnya limit seseorang bermula dgn 200k, selepas tu..compounding div tiada limit..skrg ni sudah ada beberapa penyimpan yg mempunyai 1 juta dlm asb..tetapi mereka bermula dr awal asb dilancarkan..

    Ada cara utk melabur dgn 200k tetapi totL 1 juta..guna 5 penama..cth, kalau umur anak 18 thn ke atas..dh boleh buat loan 200k.kalau ada 5 anak, dh jd 1 juta kan?

  132. salamm….sy br join wat loan asb br je dlm 2 bulan cm2…ade yg ckp oke..ade yg ckp x…bile pk2 balik….bek wat loan…sb dr x disiplin kot..

  133. saya telah buat loan 30 K dr mbb pas tu topup 50 k dr CIMB dan baru-baru ni topup 50 k lagi dr cimb.

    Kalau top macam ni tak rugi ke dari segi dividen atau insurance yang kita kena bayar. Ada ke bank yang tidak kenakan insurance coz tengok boleh tahan juga yang kita kena bayar utk insurance

  134. Pelabur asb on

    Better rhb sbb cimb ni ada penalti caj kalu kita terminate..
    Lg pun, kalau rhb boleh dpt interst 6.6-1.7%.. lagi ok..

  135. My personal opinion, lebih baik simpan sendiri di ASB, kenapa kita perlu bagi komitemen pada bank ttp tidak pada diri.Tidak menyangkal bahawa pulangan ASB juga berdividen dan pulangan cepat..ttp matlamat kewangan adalah untuk jangka masa panjang. Saya ingin mempunyai sekurang2nya RM380K di msa hadapan untuk tujuan persaraan. Dengan kaedah loan ASB, kebanyakan borrower cuma membayar tuk tahun pertama dan selepas mendapat dividen kebanyakan mereka menggunakan dividen tuk baya taun2 berikutnya, kalo keadaan itu berterusan ini bermakna matlamat kewangan jgka panjang x tercapai. Ini kerana bknkah sepatutnya dividen yg diperoleh kita simpan secara berterusan agar simpanan kita lebih tinggi. Katakan membuat pinjaman sebanyak RM100K ttp sedari awal dividen tlh digunakan untuk tampung komitmen bulanan selama 20 or 30 thn. Ini bermakna incoming 20 @ 30 thn simpanan anda hanya RM100K. RM100K tuk 20 @ 30 thn akn dtg jumlahnya ada cket berbanding RM100K ms sekarang. Pernahkan anda belajar about Future Value n Present Value. Jika simpan sendiri fully dividen adalah milik kita tanpa berkongsi dgn mana2 pihak.Sekiranya pinjaman ASB anda terikat dgn loan interest krn anda meminjam dr institusi kewangan dimana anda akan dikenakan interest sekiranya lewat baya. It’s not work n worth it for me at all. Kadar bunga pinjaman bergantung pd kadar BLR yg ditetapkan oleh BNM. Sangat logik jika kita meminjam suda pasti akan dikenakan interest because we have to pay for bank/service fee. Ini xakan terjadi kalo kita menyimpan sendiri.

  136. Pelabur asb on

    sebenarnya ianya bergantung pada tuan sendiri. Tetapi limit seseorang cuma 200k, dan jika tuan simpan sendiri, berapa lama agaknya utk tuan dapat 200k? Kalau gaji tuan 20k sebulan, mungkin tuan boleh simpan 10k dlm asb dan dgn cara ini, mungkin 2 thn sudah mencecah 200k. Pada pandangan saya, saya akan pastikan duit didalam asb adalah duit bank..dan saya akan cuba loan semaksimum yg mungkin. Pandangan saya mungkin sama dgn tuan sebelum ini, tetapi dgn kaedah tertentu sebenarnya tuan akan dapat keuntungan dgn cepat dn setrusnya dapat capai 380k sebelum tempoh persaraan jika tuan buat loan asb..kita sanggup berhutang utk kereta yg agak mewah, tetapi kita tidak sedar bahawa kereta itu akan susut nilai dgn cepat..dlm setahun anda akan kerugian 20k. Sesetengah org, mereka bayar utk tahun pertama, dan seterusnya biar div yg bayarkan..so bagi tahun kedua, duit yg digunakan utk bayar asb, boleh la kita simpan dlm tabung haji plak..so ini bermakna, kita akan dapat dua div..1 div tabung hj dan 1 lg div asb..bukankah ini lagi baik dr kita simpan sendiri dlm asb..cuba kita compare scenario ini. A simpan sendiri dalam asb sebanyak rm 1k setiap bulan, dan B buat loan asb sebanyak 200k dan membayarnya sebanyak 1150 sebulan. Selepas setahun, A ada 12k + div 500. So total 12.5k, tetapi B memperoleh 15k dr loan asb yg dibuat. Bulan ke 13, kedua- dua pelabur ini kemalangan dan meninggal dunia. Waris A hanya dapat 12.5 k sahaja tetapi waris B akan memperoleh 215k sebagai harta pusaka..bukan ini yg kita minta, tetapi ianya sama seperti kita beli rumah, semuanya berinsurans bagi memastikan waris tidak menanggung hutang tersebut. Skrg ini, loas asb ada yg islamik, so memberikan pilihan utk kita memilih jenis pinjaman yg dibuat. Tujuan saya bukan utk menggalakkan pelabur di luar sana utk berhutang, cuma kita ada pilihan dan pilihan di tanagan kita..ini cuma pendapat saya dan apa yg saya lakukan adalah utk melihat agar bangsa kita tidak tertindas dan hidup merempat di tanah air kita sendiri, serta membrikan peluang kepada bumiputera yg masih muda utk mencapai bebas kewangan dalam usia yg muda..saya mungkin dah terlewat, tp tidak bermakna kita tidak bantu org lain agar mereka dapat mengubah nasib mereka..dan jika kita berjaya, jgn kita lupa pada mereka yg memerlukan bantuan..selamat melabur.

  137. Saya setuju dengan pendapat encik, ttp sy memilih untuk menyimpan sendiri krn sy tidak mahu komitmen loan. Knp saya perlu membayar bank?. Ttp mana2 cara pun xsala cuma terpulang pada kehendak individu. ok pendapat saya untuk melindungi simpanan saya di ASB, sy telah mengambil pelan takaful produk dan satu medical card. Sekiranya berlaku kematian atau total permanent disability ke atas diri saya, duit pampasan takaful akn menggantikan diri saya dan akan sy wariskan kepada keluarga saya. TTp duit ASB sekiranya berlaku kematian or TPD ke ats diri anda, bank scr automatik akan akn freeze all bank account dan simpanan akn ditadbir dibwh amanah raya. Sekiranya ada waris mkn masa 3 bln, jika tidak berwaris boleh pg 2 thn dimana kdg2 wujudnya pertikaian antara waris seterusnya harta pusaka dibhgikan mengikut hukum faraid. Ttp under takaful pampasan diberikan kurang dr satu bulan. Untuk tujuan itu saya sudahpun mempunyai perlindungan diri dan boleh mewariskan duit yg ada untuk keluarga sy^^. Kesimpulan di sini, we have to change our mindset, pay for us not pay for others.

  138. cik ,,, nak tanya .. sy dlu ada buat belabura selama 20 tahu .. masa tu dlam tentera .sy berheti awal tentera … jad mcm mana sy nak sambung balik sy punya pelaburan .. jadi sy pegi di cawagan rhb di tesco … sy tanya dia .. dia nak slip gji …sy skrang kerja kg ..tak ada slip gji

  139. Saya student yang mendapat elaun bulanan dan saya berminat untuk menyimpan duit. Tapi saya tidak pasti cara yang mana. Saya lebih senang dengan cara loan ASB sebab tidak perlu memikirkan komitmen untuk membayar sendiri secara bulanan kerana ditolak terus dari akaun bank. Saya terfikir untuk membuat loan 30k, selama 20 tahun. Apakah pendapat tuan? Adakah loan akan merugikan saya berbanding membuat simpanan?

  140. Brother John on

    Betul tue… Tapi kena tunggu 3 tahun… sebab nak elak penalti 3.5%… Kalau tidak kita jadi rugi…

  141. Brother John on

    No komen on that bro… tapi kan kita tengah banding mana yang lebih untung… not on term yang you sebut….

  142. Brother John on

    Win-win situation la nina… kalau tidak macam mana bank nak maju… dan menambahkan peluang pekerjaan…

  143. Brother John on

    Salah bah… Principal kita punya… Interest bank punya… kena bayar principal + interest… pada bank… interest bank songlap, principal bank bagi balik… ada duit lebih… boleh bayar lebih… lagi cepat habis loan… pinjam 25 tahun… Habis 5 tahun… atau simpan jer dalam ASB… Sama jugak kalau dah rasa banyak lepas 3 thn buat loan… jual la balik… dapat principal… Interest bank ambik… sama2 untung la bang…

  144. Brother John on

    MANA TAU DALAM MASA 20 TAHUN NI..DA MENINGGAL KE… Setidaknya kita tinggalkan untuk yang tersayang… barulah senyum masa diaorang kerjakan kita… kalau takder aper-aper… lantaknya diaorang biar jer kita bergelimpangan tanpa bantuan… nak masuk kubur pun tak dapat…

  145. aku rase macam salah je brader kau kire .. tkkn 30k dalam 25thn jadik 244k .. ak ni nak loan 100k ? ak dh kira total pembayaran kalo 25 tahun 180k .. dari nilai pinjaman kita 100k .. dalam 25 tahun .. aku kira kurang lebih .. 3xxk jerk.. macam mane lak yg 30k leh cecah 244k .. cam tu baik ak amek loan 30k jerk

  146. kepada kawan2 bumiputera..
    srius saya kata asb loan sgt menguntungkan..
    kita jgn pikir brapa banyak bank untung,kite kene pk brapa byk yg kita untung..
    kita LABUR kurang dari 15k tapi kita dapat 200k..untung ke rugi?
    klau betul bank nak pk untung,baik dorg buat asn dgn asw loan..lagi senangn semua bangsa boleh join..dorg xkan target melayu sbb lebih baik target cina..tolong la org melayu ini peluang kita…klau xpaham pasal asb loan boleh tanya mana2 bank..cimb,maybank o rhb…antara tiga2 bank ni saya recommend cimb sbb interest paling rendah..jgn malu bertanya sbb klau terlambat kita sendiri yang rugi….

  147. klau saya better CIMB sbb CIMB punya rate BLR-1.65.
    klau berminat atau nak tanya soalan boleh call 013-603 8738 Shaiful

  148. saya sedang fikir dgn semasak masaknya sama ada mau ambil asb loan 100k atau menyimpan sendiri. saya ada masa 4 bulan utk berfikir sebelum balik sabah. buat masa sekarang saya menetap dan bekerja di luar negara, saya amat berminat utk mengambil asb loan tp tidak pasti berapa jangka masa yg paling baik untuk membayar. jika dikemudian hari saya tidak mampu bekerja disebabkan kesihatan, maka rugilah saya kerana tdk mampu byr balik loan. entah mcm mana ni!!

  149. Sekiranya kita guna dividen setiap tahun, berapa kita rugi jika compare kan dengan simpanan ASB sendiri (minta buatkan perkiraan untuk RM50 000 bagi 25 tahun) ??…

  150. aku dah buat asb loan bermula dr 2009… skrg kurang lebih 4 tahun… amat2 berpuas hati… asb loan terbaik… ape tggu lg….

  151. selesai byk masalah… x payah byk tanya… x payah nak pening2 kepala… buat jer… dgr la den ckp nih.. aku dlu pun mula2 buat 20K selama 20 thn(nak buat max 200k takut)… apabila dh buat n nampak kebaikan asb loan… baru lah aku max pelaburan aku…. aku sependapat dengan ‘pelabur asb’….. i like … aku x paham sape yg ckp rugi… ruginya di mana???? dah 4 thn xde ape2 yang rugi punnnnnn……

  152. Betul, aku dah buat ASB Loan 10 tahun (Max.)RM200K. Tingggal 5 tahun lagi. Cuba bayang kalau aku simpan tunai..sampai bila2 pun tak dapat dengan gaji 3,000 ni. Lagi bonus ASB dikira berdasarkan 200K pd tahun pertama lagi walaupun purata (+-RM300), kalau simapan tunai (+-RM10)..itu tahun berikutnya. Lebih baik BS buat Calculation betul2…yang kat atas tu salah tu.

    Senang saja perbandingan nya, kalau tak ada loan kereta yg disediakan oleh bank. Mampu ke kita pakai kereta baru?

  153. assalam, nk tanya…cth klo sy ad simpanan rm20k, sy bukak asb, buat loan 50k yg pakej 25thun tu, lpas tu tambah rm10k dr simpanan ke dlm asb jd rm50k + rm10k = rm60k… Lpas tu thun pertama, sy guna duit simpanan utk byar loan thun pertama.. Jd adakah ok strategi sy ni? :-) mohon tunjuk ajar…

  154. Assalamualaikum .
    nak mintak pendapat memandangkan saye tak tau ape ape pasal asb loan ni sampai la skg ade prob dgn mnthly payment . sebab mase maybank offer men rembat je(budak2 lg mase tu) ^^. wat loan 20k tempoh selame 25y then skg da 3thn. so is it worth it or boleh kalau nak terminate loan tu ? or r there any other solution ? seriously need help . TQ =)

  155. rujuk carigold himpunan teknik teknik asb loan…
    search kat google..ada solution untuk anda di sana..

  156. sila search kat google..
    carigold himpunan teknik teknik asb loan
    ada solution untuk anda di sana..

  157. apekah istilah tugi sesuai dengan situasi ini??
    anda menggunakan duit anda sendiri (dividen) utk perbelanjaan sendiri..
    bagi saya tu bukan suatu kerugian..

    kerugian adalah jika anda membayar lebih pada loan..lambat membuat payment pada loan..serve loan terlalu lama..

    ape yg anda perlu buat adalah bt oan selama 25 tahun dan terminate n apply baru setiap 2 tahun..

  158. Owh baru saya paham.. sebb at de first place saya pikir mcm mencari pelaburan juga. kenape nk simpan cash kt tempat laen walhal dividen asb lagi tinggi? sebab nk maximise loan dalam asb, btul kan? Thanks for your sharing

  159. Bagi saya ada baiknya klu kita gunakan pimjaman ASB nie.

    Contohnya…
    Kita buat pimjaman lebih kurang RM100,000.
    Bayaran ansuran selama 25 Tahun : +-RM580.
    Assume dividen ASB 7.50%.

    Tahun Pertama:
    Bayaran 12 x 580 = RM6960
    Dividen yg dapat = RM 7500..

    Untuk Tahun kedua Dan seterusnya:
    Kita ambil Dividen tdi (RM7500) dan digunakan untuk membayar ansuran bulanan untuk tahun berikutnya….

    selepas 25 Tahun, Modal kita hanya RM6960 tapi simpanan asb ada RM100 000…

    Cuba bayangkan kita tambahkan simpanan sendiri untuk tahun kedua dan berikutnya dimana gunakan gaji kita dlm RM300 – 500 untuk simpan sendiri dalam ASB…

    Simpana sendiri + ASB loan = Kedua2 boleh dapat.

  160. pay for us not pay for others..lolz.you paying to takaful i believed they also take a profit.no diff is it?im not expert bout this,but its not free services.so u also help them to make profit.all pure investment product have charges we need to pay.important things is win-win situations.betul tak.

  161. rich dad poor dad on

    saya ada modal dlm 100k…teknik apa yang bagus utk manipulasi loan asb ni..
    kepada pakar-pakar asb pls advise me.sb saya rasa nk pencen dlm 3/4 tahun ni.

  162. asb loan hanya untung ble kte tak gune wang dividen selama 25 thn…
    mampu ke kte xgune wang dividen selama 25 thn,sedang kan kte dh bgi komitmen bulanan yg byk pada asb..

  163. untung kalau x gune dividen ny setiap tahun..kte x tahu msalah akn dtg mcm mne..jika dividen di usik,byaran bulanan akn kembali melonjak..,boleh tahan ke x usik wang dividen tu..

  164. Kesimpulannya org melayu mmg suka buat loan eventhough tuk menyimpan.Sbb tu terciptanya produk ne.

  165. Nak tumpang tanya,

    Saya bercadang utk ambik loan RM100k dan bayaran sebulan RM582 selama 25thn. Ingatkan selepas berakhir tahun pertama nanti nak guna wang dividen utk bayaran bulanan tahun seterusnya sehingga habis loan. Persoalan saya disini, adakah komitmen RM582 utk ASB loan ini akan direkodkan dlm CCRIS? Kalau ya, nampaknya ia menjejaskan krediliti kewangan saya pada pandangan pihak bank sekiranya saya ingin membuat pinjaman lain suatu hari nanti walaupun saya hanya bayar RM582 utk tempoh setahun je, bukan?. Nak minta pendapat semua tentang situasi ini.
    Thanx.

  166. ok… tadi baru pergi maybank… ingat nak buat 10K jerk… bulan2 192.00… tapi cakap orang tur yang i akan bayar RM500.00 sebulan… so dalam tempoh tak sampai 2 tahun dah settle… dia kata ok… boleh buat… tapi dia kata i akan mengalami kerugian… it’s ok la faham sebab dia yang sebenarnya akan rugi sebab tak dapat interest rate tok 3 tahun… dan i dapat elak interest rate 3 tahun… so dia cadangkan ai amek RM80k untuk tempoh 25 tahun… pertama: dengan bayaran RM500.00 sebulan tok tahun pertama sahaja… kedua dan seterusnya,bayar melalui perolehan dividen… kedua: i dapat insuran dia mana simpanan i boleh di wasi kan… waris akan dapat 80k tanpa perlu bayar sesen pun andai saya mati… ketiga bila dah habis 25 tahun, saya ada sejumlah wang RM80k + extra dividen yang lebihan bayar bulanan… ketika 25 tahun akan datang, saya akan berumur 56 tahun… + KWSP lagi… untuk tahun kedua kita tak perlu bayar apa2… maknanya kita boleh simpan RM500.00 dalam ASB gak… dan yang kita simpan tur boleh bawa keluar… andai RM500.00 X 12 bulan X 25 tahun = ?????? + dividen = ??????. sebenarnya boleh buat kurang dari 25 tahun… tapi kena top up duit kita sendiri… kalau 25 tahun kita tak payah kuar sesen pun pada tahun ke-2 sehingga ke-25… setiap produk ada kelebihan dan kekurangan… so yang saya nampak kita buat pinjaman selama 25 tahun dan hanya tahun pertama sahaja RM500.00 sebulan… bila kita dah tua ada sejumlah wang untuk kita gunakan… kiranya untuk tahun kedua dan berikutnya, kita kita tak payah bayar apa2… mereka ambil dari dividen tahunan kita… dan kita dah boleh keep saving dalam ASB pada tahun kedua menggunakan duit kita sendiri…

  167. senang cerita macam nie la… contohnya RM80,000.00… bayar setahun sahaja… lepas 25 tahun 80K tur milik kita…
    nak selamat bayar la 2 or 3 tahun extra… lepas tur 80k milik kita…

  168. Pelabur asb on

    Ya..memang akan ada rekod dalam CCRIS..pendapat saya, jika anda ingin membuat pinjaman lain, mungkin boleh pertimbangkan utk terminate loan asb, the apply pinjaman tersebut..bila dh settle, boleh reapply balik loan asb. Sebelum mula melabur..pastikan yang anda set goal anda..apa yg anda mahu dlm tempoh 2 thn, 5 thn, 10 thn..supaya anda nampak kelebihan asb..konsep manipulate asb ini mudah..apply utk 2 tahun, terminat n apply new loan with higher limit..so, kita akan dpt div utk 2 thn, plus loan ammortisation..dlm 30%dr apa yg kita bayar…so kalau kita menabung sendiri, kita cuma dpt amount yg kita simpan plus div yg x seberapa..

  169. Pelabur asb on

    Sebelum en. Shafiq buat pinjaman, pls baca ttg teknik loan asb dlm forum carigold..utk tgk teknik mana yg paling sesuai dgn en shafiq..kalau saya, saya akan pastikan saya tidak guna div kerana ianya akan menyebabkan kita tidak boleh kumpul cash dlm masa terdekat..cadangan saya, jika en shafiq dah berkahwin dan ingin membuat pinjaman, mungkin en shafiq boleh combine income dgn wife..just dlm tempoh dua tahun..then terminate loan tersebut dlm slps 2 thn then en syafiq akan ada cash in hand almost 40k..ini jika buat loan 200k..

  170. Pelabur Asb apakah kebaikan yg saya dapat jika saya buat Loan Asb Sebanyak 35K selama lima tahun and setiap bulan banyaran yg dikenakan ialah rm 660..

  171. Pelabur ASB saya ada kemusyikilan apa kah pro atau kontra yg saya akan dpt jika saya buat loan ASB Sebanyak rm 35K selama LIma tahun dgn membayar kpd bank sebanyak rm 660

  172. Pelabur asb on

    Banyak bezanya..tapi interm of cash, after 5 year, mungkin amout hampir sama jika buat loan 100k selama 25 tahun..berdasarkan pengiraan saya, jika buat loan 100k selama 25 tahun, cash terkumpul selepas 5 tahun adalah 53k ( terminate loan selepas 5 tahun) tetapi jika buat loan 35k, selepas 5 tahun, anda akan dapat 48k++. Beza yg paling ketara, after 1 year loan, anda bayar 660 x 12= 7920tetapi anda cuma dpt div 35k x 7.5% = 2625. So lebih baik simpan sendiri..tetapi jika loan 100k, bulanan katakan 600, so 600 x 12 = 7200, tp jika loan asb, anda dpt 7500..ada lebihan 300..loan asb ni untung bila tempoh pinjaman maks dan juga jumlah loan maks (jika mampu)…tetapi jika loan bawah 50k, lebih baik simpan..lg pun kalau 35k, x silap saya interest tinggi sikit kan?

  173. aku setuju dgn padangan ni… aku pn dah buat kira2 pasal ni…jangan simpan lama sgt… rugi haha.. pinjam max amaun dan bayaran jangka masa yang panjang.. tapi terminate awal..cun

  174. setiap pelaburan yang dibuat perlu ada objektif… jika untuk jangka pendek dan objektif semata2 keuntungan sahaja, cara itu memang sesuwai… objektif saya adalah untuk kegunaan masa tua nanti… di samping 100K yang saya ada dari pinjaman ASB, wang KWSP dan simpanan ASB yang saya buat, pada ketika itu saya sudah ada menghampiri 1 juta…

  175. saya dah buat pinjaman RM100,000.00 untuk tempoh 25 tahun… dalam tempoh tersebut saya cuma bayar 7% dari keseluruhan pinjaman… lain2 akan minus dari dividen… jika ikutkan dividen ASB, tempoh pinjaman mungkin akan kurang dari 25 tahun… pada tahun ke-2 saya dah boleh start menyimpan macam biasa… Saya buat loan ASB bukan untuk keuntungan jangka pendek… saya lebih kepada objektif simpanan hari tua… bila genap kurang 25 tahun saya sudah ada RM100,000.00 +KWSP + simpanan lain yang saya buat selama 24 tahun (minus 1 tahun bayaran ASB)… dalam anggaran saya, saya akan ada melebihi setengah juta… jika saya mati dalam tempoh tersebut, waris saya akan dapat RM100,000.00 daripada pinjaman ASB tanpa perlu membayar sesen pun… jika saya TPD, saya akan perolehi 20% setiap tahun dari pinjaman tersebut… disamping insurance lain…

  176. Pelabur asb on

    Objektif kena jelas..jika en. Shafiq fikir utk menjadi jutawan bila dah pencen, ini mungkin caranya, tetapi bagi saya, tujuan kita buat loan 2 thn dan terminate adalah utk maksimumkan pelaburan asb..objekif saya juga utk menjadi finacial freedom, tetapi secepat yg mungkin..iaitu dlm usia yg muda..maybe sebelum 40.. Cuma kena susun strategi..saya rasa dgn tidak membuat pelaburan asb, saya mampu menjadi jutawan dr duit kwsp..tetapi apabila umur sy 50thn..baru boleh guna duit tu..so dgn pelaburan asb ini, saya boleh mempercepatkan objektif saya ini..pelaburan asb maks dan refinance ur house akan mempercepatkan kita ke arah jutawan..pls check dlm forum carigold spt yg saya maklumkan seblum ini..dan jika en shafiq rasa ianya tidak sesuai, en shafiq boleh teruskan apa yg en shafiq buat skrg ini..itu cuma pendapat saya..

  177. menarik jgk idea cara no.2 tu…tp xleh bg jawapan..hahaha…
    cmni, ce compare monthly payment antara 2-2 cara tu…pilih yg mana lebih murah…=)

  178. Pelabur asb on

    Tahniah en. Shafiq sbb dh ada buat pinjaman yg menguntungkan..asb loan mrupakan good loan, walaupun kita berhutang, tetapi ianya hutang yg menguntungkan..sama spt rumah..& pengiraan interest sama spt loan rumah..dn bila kita ammortise kita dpt balik principal..cuma konsep buat loan dan simpan merugikan kita..adakah pada tahun pertama en. Shafiq bayar loan pakai duit gaji? Kenapa pd tahun kedua nk guna div utk bayar loan? Jika en. Shafiq tiada masalah dgn tersebut utk tahun kedua, saya cadangkan agar en. Shafiq teruskan bayaran pd tahun kedua menggunakan gaji, dan div yg diperolehi pada tahun kedua itu dikeluarkan dan dimasukkan kedalam tabung haji..generate div tambahan, dan terminate n apply new asb loan…ini sebenarnya bukan utk jangkamasa pendek tetapi utk memaksimakan pelaburan..jika sebelum ini, en. Shafiq hanya ada 100k apabila tiba hari tua, dgn cara ini, x mustahil en. Shafiq akan ada 200-300k tambahan..so instead of ada 500k, mungkin en shafiq ada 800k..bila pencen nanti..

  179. kalau nak buat loan asb.. buat untuk jangka masa panjang baru untung. paling kurang 15 thn… kalau 5 thn lebih baik simpan sendiri.

  180. rabbitPINK on

    saya ada 50k dalam asb
    skrg terpkir nak buat loan asb ( maaf saya tak tahu lansung pasal loan)
    tapi saya sangat tak suka dengan bayar bulanan, sebab rasa beban..
    boleh tak bayar untuk setahun terus untuk setiap bulan?

  181. Maaf, apa yang anda merapu ni? Bahasa rojak. Baik tulis dalam bahasa melayu sahaja kalau bahasa inggeris anda tidak berapa pandai. Mengada-ngada betul.

  182. mencari pelaburan on

    masa terminate loan 200k tu after 2years, x kn just dpt div 15k+16k only? yg prinsiple tu x dpt?
    then pengiraan ni x guna div utk bayar bulan2 kn?
    which one is better? bayar utk tahun ptama guna duit sndiri,tahun ke2 guna div or utk kedua tahun bayar guna duit sendiri?
    TQQQQQQQ

  183. 15 % tahun depan nyer diviiden…booM. tlg aminkan……jangan sampai dividen kwsp beat div. asb dah le..buat malu je..

  184. modal sendiri RM20,000.00 akan dapat lebih kurang RM100,000.00 (bersih) selepas 20 tahun VS modal sendiri sebanyak RM20,000.00 dan tambah loan RM180,000.00 akan dapat lebih dari RM280,000.00 (bersih) selepas 20 tahun. Saya pilih modal sendiri dan loan. Tak tau le kenapa ramai yang susah sangat nak pilih RM280,000.00 bersih atau RM100,000.00 bersih nie. Andaian dibuat 1) bayaran loan RM1200/bulan 2) Dividen 7.65% 3) Bonus 1.25%. 4) Tiada modal lain ditambah 5) Dividen dan modal hanya dikeluarkan setiap bulan bagi membayar loan berkenaan (tanpa potongan gaji).

  185. saya pun dah buat perkara sama, tapi strategi sye lain sikit, mula2 sya nk buat loan 100k untuk 15 thun, sbb sye nk duit tu cpat, sye snggup byar blan2 lebih, tp still ada keuntungan…. tapi kira-punya kira, saye prefer 70K untuk 10 tahun bulan2 sama mcm yg 100K, then sye plan ble dh setel 10 thun, sye nk biarkn die selame 5 thun (mcm untuk 100K)…. hihih…… lgi best keuntungannya lebih kurang jer, dn risiko yang kurang sikit.

  186. Kalau takde disiplin buat ape pun tak jadi. Loan ASB nie pun kena ada disiplin yang tinggi gak.

  187. Strategi memang banyak, ada jangka pendek ada jangka panjang. Pada pendapat saya 1) Lagi besar loan lagi bagus 2)Lagi lama loan lagi bagus 3) Lagi rendah monthly pymt lagi bagus. 4) Modal sendiri (10-11% dari loan) perlu ada dulu (so loan pymt bukan tolak dari gaji bulanan). 5) Pelabur dah ada simpanan wang contingency sekurang-kurangnya 3-6 bulan gaji untuk perbelanjaan kecemasan hidup (lain dari modal 10% tu). 6) Disiplin diri perlu ada utk mengelakkan duit modal dari terguna utk tujuan lain dan memastikan duit pelaburan hanya dikeluarkan untuk tujuan bayaran loan. 6) Risiko paling besar bukanlah turun naik BLR dan Dividen kerana kedua tu sangat stabil tetapi risiko yang paling besar ialah terguna duit modal kerana takde disiplin yang mengakibatkan loan terpaksa dibayar menggunakan wang gaji yang sepatutnya digunakan utk bayar loan kereta, rumah, makanan pakaian dan sbgnya.

  188. ha ha ha ni bunyinya macam dah biasa tak bayar loan nie. walaubagaimanapun pandangan yang bernas bagi jiwa-jiwa yang bukan pelabur. Biasalah kelebihan setiap manusia memang berbeza-beza.

  189. Setuju sangat benda nie win-win situation. Bank memang pandai ambil untung, Bank terpaksa melaburkan duit dia ikut nisbah peraturan yang ditetapkan bank negara, dan ada peratusan yang perlu digunakan untuk instrument pelaburan yang berisiko rendah macam ASB ni. Dah guna duit bank tentu lah bahagian untung bank yang banyak, tapi pelabur yang takde duit yang guna loan dia lagi bijak sebab dapat bahagian yang bersesuaian dari duit kepunyaan bank tsb ha ha ha.

  190. salam..sy nak tanye sikit sy ada buat loan asb sbyak 20k slama 25thun bulanan rm118,jika sy ingin bayar lebih contohnye rm1k (jika ada duit lebihla) untuk asb sy adakah interes dan tahunan akan bkurangan?

  191. sy ade niat utk loan 100k dlm 25 thn. tp selepas 5 thn, sy nak stop buat loan, sebab target nak gune duit tu utk byr pendahuluan rumah. sy dh buat buku pelaburan dgn maybank, cuma blum decide buat loan lg, sbb msh teragak2. seandainya, selepas 5 thn, sy nak jual balik loan tu, adakah sy akn dikenakn penalty (charge dr bank)? atau sy juz dpt blk duit dividen selama 5 thn n simpanan bulanan selama 5 thn shja tanpa apa2 charge?

  192. Setuju sangat. lewat bayar setakat satu bulan takde masalah, cuma mungkin ada sikit penalti. kalau dua tiga bulan mungkin bank akan jual balik saham kita… Dividen macam biasa je.

  193. Kalau bini dia goal baru dia senyum sbb investment & loan tu atas nama bini dia….bijak-bijak.

  194. fikir sikit dah pening-pening…Dia banyak duit takpe le beli kereta, rumah, invest guna duit sendiri (teman tumpang syukur le dia dpt elak riba)

  195. Untuk kira compounded divided 30000(1+0.0875/1)1*25 = RM81,5625.0 —-Salah.
    30000(1+0.0875/1)^25 = RM 244,260.31 —-Betul.
    (^=kuasa)

    Tapi untuk kira pendapatan ASB dengan lebih tepat, cara kedua tu pun tak boleh pakai sbb dia boleh kira untuk dividen tapi tidak untuk bonus. Thn 2012 dividen 7.75 dan bonus 1.15 he he he.

  196. 1)loan bank untuk ASB, kira dia sama macam loan beli rumah. (berdasarkan baki terhutang setiap tahun, ingat baki hutang kita sentiasa berkurangan setiap tahun)

    2)personal loan, kira dia sama macam loan beli kereta. (cth 100,000 x 6.00% x 25 tahun)

    Secara konsepnya tentu lan loan bank untuk ASB lebih murah.

  197. boleh je tambahkan lagi pinjaman. Saya dulu mula-mula buat loan RM20,000 jer. Dua tiga tahun lepas tu, bila dah test dan dah puas hati saya tambah lagi RM100,000 (ini cerita 7 tahun dulu).

  198. kalau takde wasiat, biasa lah harta orang islam kena ikut hukum faraid la. Boleh aje kalau semua waris setuju bagi sama rata ha ha ha.

  199. Interest tahunan akan berkurangan la bila bayar lebih. Tapi orang sibuk cari loan yang boleh bayar bulanan sikit, yang kau bayar lebih buat apa. Kalau ada loan yang tak payah bayar apa apa lagi best he he he.

  200. Dulu takde penalti, cuma baru nie teman ada terbaca penalti kalau withdraw sebelum cukup 3 tahun. Tapi analisis teman menunjukkan takde maknenya withdraw dalam tempoh 5 tahun. Maaf ya ini hanya sekadar pendapat. Semua analisis yang teman terbaca kat sini guna pengiraan kasar peratus dividen 8.75% dalam compounded interest mereka. Jadi teman rasa sebenarnya mungkin dengan andaian dividen 7.60 dan bonus 1.25. Untuk analisis yang panjang sehingga 25 tahun kaedah ini sangat tidak sesuai kerana terlalu jauh (ralat) dari kaedah sebenar. Ingat dividen dikira dari purata baki minimum bagi 12 bulan (setahun) dan bonus dikira dari purata baki minimum bagi tempoh 120 bulan (10 tahun) sebelumnya. Banyak bezanye tu.

  201. salam. Interest akan berkurangan tapi lebih baik simpan aje duit lebih tu dalam ASB dari bayar loan melebihi komitmen sedia ada. Atau pun baik guna untuk shopping.

  202. Utk kira compounded dividen:
    30000(1+0.0875/1)1*25 = 815625.0 (salah kira nie)
    30000(1+0.0875/1)^25 = 244260.31 (nie baru betul)

  203. Setuju sangat dgn pendapat diatas. Cuma tak adillah compare melabur duit sendiri dengan duit loan secara bersemuka macam tu.

    Contoh duit sendiri 200,000 boleh dapat 400,000.00 untuk suatu tempoh – kenaikan sekali ganda) dan bandingkan dengan modal sendiri 20,000 dengan loan 180,000 boleh dapat RM 200,000.

    Ingat modal sendiri hanya 20,000 meningkat jadi 200,000. tu dah terlebih lipat kali ganda dah tu.

    Jadi pada pendapat saya untuk buat perbandingan yang lebih adil dan tepat, kita kena tengok peratus kenaikan dari modal sebenar. he he he sekadar pendapat jer.

  204. bijak-bijak. tapi kalau kita buat loan, simpanan asb tu mesti atas nama kita jugak. bukan senang nak suruh orang lain buat loan untuk nama dia orang sendiri.

  205. Duit dividen tu memang 100% hak kita, bank tak leh sentuh tapi kita guna untuk bayar balik loan. Dan bagi duit bayar loan pulak awalnya banyak banyak ke interest dari mengurangkan principle. Silap haribulan pada tahun ke lima tu hutang kita ada lagi 95,000. Bila jual saham RM100,000 tolak baki hutang Rm95,000 boleh dapat la RM5,000 jer plus dividen akhir thn tu mungkin lagi 7,000 ke 8,000. Rasa teman tak berbaloi.

  206. Bagi government servant yang ada contohnya kelayakan loan rumah RM400,000.00 yang nak beli rumah cthnya RM200,000.00. Jika rumah tu boleh dinilai sebanyak 400,000.00 maknanya anda boleh keluarkan 100% kelayakkan tersebut dan bayar developer RM200,000 baki RM200,000 lagi bolehlah melabur. Interest untuk government servant hanya 4% dan dividen katakan 8%. Banyak untungnya tu. Ingat ada developer yang boleh buat camtu he he he.

  207. Sedekah, sedekah ada macam-macam. salah satunyer duit. Untuk banyak bersedekah kita kena la pandai cari banyak duit tapi jangan sampai bertuhankan duit. Untuk orang miskin ada jugak sedekah cara lain.

  208. Ukur baju dibadan sendiri…….orang tamak selalu rugi…….kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga…. cuba jangan tak cuba..he he he.

  209. Saya sgt setuju mmg ASB Loan memberikan keuntungan j.masa panjang. Ini menurut pakar kewangan. Ttp kita kena mengharapkan beberapa perkara :

    i) Kita perlu memastikan kadar BLR sentiasa sama supaya kita tidak terbeban membayar interest loan.
    ii) kita perlu memastikan tabiat menyimpan konsisten smpai tempoh tamat.
    iii) Dividen tidak diusik
    iv) Amik loan untuk j.masa pendek

    Perkara pertama out of control,mungkin BLR sama atau lebih tinggi tertakhluk pada akta BNM, yg kedua ramai yg failed sbb kajian yg dibuat ramai peminjam ASB Loan taun ke-3 dah jual sbb xboleh survive bayar loan. This is reality 85% da stop pd tahun ke-3. ASB loan dikira sbg komitmen hutang bknnya simpanan then yg belum ada pinjaman kereta @ rumah terpaksa stop sbb chances nk buat pinjaman drop. Yg ke-3 dividen ASB bg saya adalah keuntungan ttp ramai yg guna tuk rolling tuk taun seterusnya,so bermakna bkn dividen yg untung cuma untung xusik duit gaji saja. Cnth pinjam 100K tuk mendapatkan 100K,spttnya 100K yg disimpan mgkin boleh menjana lebih banyak keuntungan ttp disebabkan dividen da dipakai tuk taun ke-2,kita cuma dpt prinsipal sahajala. Kalo mengambil kira kadar inflasi negara kita 4% stp taun 100K skrg dlm masa 10 taun @ 20taun mgkn da susut nilai mungkin nilainya da 97000k. Tp kalo kita continuos simpan tnpa usik dividen dan dividen itu dilaburkan semula ke ASB biasa duit akn bekerja tuk kita. Sya setuju mungkin kita xde 100k in cash maka kita buat loan ttp itula realitinya yg berlaku. Kepada org yg konsisten sould be OK.

  210. Figure aje sama tapi satu tu dok guna/simpan duit sendiri dan satu lagi tu rolling dividen dari loan so duit sendiri boleh enjoy lah. so sama tapi berbeza. ha ha ha.

  211. Eeee murahnyer loan sekarang nie. Dulu saya buat loan 100,000 utk 20 than kena 750.00 sebulan. sekarang nie hanya 650.00. Boleh buat sampai 30 thn lagi. hu hu hu.

  212. Ramai yang kata nak simpan duit sendiri…tapi ramai yang cakap camtu tapi tak simpan pun, mintak duit orang ada ler. Tapi bila buat loan nie ada 1) satu instrument untuk force orang menyimpan. Dan tak pasal-pasal 2) ada insuran sbb bila mati loan lupus dan duit tu jadi pusaka pergi ke waris. 3) Naik kan income dividen dari lebih kurang 7-8% (modal sendiri) jadi sehingga 13-15% (sendiri & loan) setahun. 4) Menimba pengalaman melabur sebelum bertukar ke lain-lain instrumen pelaburan seperti property & share.

  213. Setuju sangat pendapat diatas, ada yang jual bukan sebab rugi tetapi sebab fail bayar loan bulanan. Kegagalan ini kerana dah terbelanja duit dividen yang diperolehi pada hujung tahun…(Biasalah hujung tahun banyak komitmen). Saya jual ASB sebab komitmen, takut bank tak luluskan loan beli rumah. he he he (tapi dah simpan lebih 8 thn).

  214. Bila nak beli rumah ada problem untuk approve housing loan boleh terminate dulu loan asb nie, bila dah approve loan rumah boleh terus aje buat loan asb semula. loan asb nie senang lulus kan.

  215. Round bar on

    ada sape2 leh ajar pasal loan2 nie semua? baru kenal n rasa nak follow otai2 semua

  216. saya ada 35 000 so bulanan saya bayar 203.00 ikat 25tahun sekarang baru 2tahun..kalau saya nak amik 200k boleh ke saya jual balik 35 000 saya balik ke atau saya buat penambahan lagi 165 000..saya tak berapa paham..saya ikat 35 000 tu setiap bulan tolak acc gaji saya.kalau saya ambil penambahan kemungkinan saya mahu menyimpan trs 15k untuk 200k ke dalam asb tok mase 1 tahun..selepas itu saya akan membayar nye dengan dividen.boleh tak buat macam tu..sila bagi pendapat..saya mahu belajar dengan lebih detail..

  217. Cantik pengiraan. Tapi lagi cantik kalau dapat present dalam bentuk worksheet.

  218. Setuju sangat pendapat tu…ASB ni untuk laburkan duit bank jer..duit sendiri baik letak kat tempat lain..(kalau boleh dapat full loan ler)

  219. Salam budakcimb, nak tanya kalau kakitangan kerajaan dgn gaji RM3000+1000 elaun dengan komitmen sedia ada Rumah 1) 700, rumah 2) 1500 dan personal loan) 750 yang bakal habis 5 bulan lagi. Agak2/lebih kurang berapa boleh dapat loan maksimum?

  220. boleh jadi gila teman kalau dapat full. bank ambik untung kat mana?

  221. Pada pendapat saya kalau jual balik dalam tempoh tiga tahun mau ada baki hutang lagi RM190,000.00 ha ha ha (anggaran kasar saya aje)

    Pengiraan tersangat kasar
    200,000.00 + 5.5% interest x 3 thn = 233,000.00
    bayar bulanan = RM1050 x 3 thn x 12 bln = 37,800
    baki terhutang = 233,000-37,800 = 195,200

    Bank jual ASB dan dapat semula RM200,000 dan bank akan tolak baki terhutang, RM200,000.00-195,200.00 = RM4,800.00 dan baki ini akan dipulangkan kepada pelabur.

    Wallahualam.

  222. setuju sangat, apernyer susah nak bayor… tu ada saving 40k tu.

  223. he he he disiplin kena kuat la kalau tak kantoi, maaf nak cakap memang majoriti kantoi….. pandai pandai la mengukur kemampuan sendiri. tapi kena cuba la… belajar tahan sikit nafsu tu. he he he

  224. simpan je 35k tu & tambah lagi loan dlm agreement lain, bila emergency boleh lepaskan salah satu.

  225. eish3…saya tak faham betol dengan orang zaman sekarang ni..nak komen pon kene guna bahasa asing ke..??
    nak tunjuk pada siapa yang awak tu pandao spiking..??
    buat malu melayu sahaja…

  226. sedekah…
    kalau tak mampu cukup sekadar berjalan dan limpahkan senyuman kepada semua org yang kamu jumpa walaupon seorang fakir miskin di tepi jalan yg berpakaian compang camping…

  227. pelik nh org islam ke idak..???
    ada tanye boleh bawak ke kubur..??
    kata pelaburan hari tua ofcoz la lama…
    pelik nh mesti suka enjoy kan..n ta penyabor..
    kalau meninggal kompom duet yg ko simpan tu jd harta pusaka untuk waris3 ko..
    n kalau kiamat..ko jgn pikir ko sorang je yg rugi..
    dah memg ko tade rezeki untung merasa duet ko tu..
    n satu lagi..kalau ko na hidup kayaraya m senang kat alam satu agy ue..
    ko kene jugak melabur waktu sekarg kat bumi baru ko dapat dividen nye waktu disana nnty..

  228. dari dividen tu kita akan tolak bayaran setahun..dan selalu nye kita akan dapat lebihan bayaran untuk setahun tu..so tada masalah kalau kita na ambik divien tu..
    n kalau simpan sendiri kompom ke noleh smpan 2ook dalam masa 25 tahun..??

  229. kesimpulannyer orang melayu baru jer belajar meminjam untuk melabur. bangsa lain dah lama dah melihat pinjaman sebagai kemudahan (bukan bebanan) dan guna kemudahan pinjaman untuk melabur atau perniagaan mereka.

  230. Yeaaaa dpt loan ASB RM 222,000 utk 23 thn dgn bayaran 1,384 sebulan dan isteri RM240,000 utk 25 thn dgn bayaran RM1,418… Ok ker?

  231. Beberapa tahun lepas ada wat loan utk isteri Rm100,000.00 so beberapa kali ada dapat dividen la…. rupanyer limit asal kita RM200,000.00 dan akan meningkat setiap kali kita dapat dividen.. cth tahun pertama dapat 7,000.00 so limit kita dah jadi 207,000.00. and so on… Tahun lepas saya dan isteri jual semua asb tu sebab nak buat loan rumah utk 600k (terpaksa jual lah untuk kurangkan komitmen dan pastikan dapat loan tu). Alhamdullilah semua dah settle dah. Tahun nie ingat nak buat balik loan ASB dan apply – bagitau kat officer bank tu..nak semaksimum dan sepanjang yang boleh. Dia check kat bank dan PNB. Tu yang dia replay figure dan tempoh tu tapi official offer diaorang belum keluarkan.

  232. apa beza dividen ASB kalau org simpan sekali rm1200 dari bln pertama biar hingga bln ke 12 dgn org simpan rm100 tiap2 bln?

  233. beza – cth dividen 8%
    bln pertama :
    a) 1200 (8/100/12) = 8
    b) 100 (8/100/12) = 0.67

    bln kedua :
    a) 1200 (8/100/12) = 8
    b) 200 (8/100/12) = 1.33

  234. Bagai langit dengan bumi. kalau RM100.00 sebulan he he he pi shopping le lagi best. Sikit2 bila nak kaya…

  235. rajin nyer bagi pengiraan ….ikhlas sungguh. he he he. Saya setuju dgn pengiraan tu…

  236. Saya meminjam 200k untuk 17 tahun dan membayar 1540 sebulan untuk tahun pertama dan tahun setreusnya saya gunakan dividen yang saya dapat untuk bayar bulanan seterusnya ,disamping itu saya terus menabung kalau ada duit lebih…kita ada duit lebih sekiranya terpaksa menambah duit dividen untuk bayaran bulanan.

  237. oan ASB??? bg aku xperlu kot….aku mampu tahan nafsu untuk hidup mewah sementara…bnyk yg cakap melayu x maju sebb dok fikir bank akan untung…actually org ni la x maju….:P metallity dah kena brain wash dgn loan…sampai bila nak berhutang…u x dpt saving sebb u xdpt control keinginan…klu benda kecil ni pun x bole wat itu yg menyebabkan mereka x maju….loan tu BLR ok…harap maklum…jgn yakin sgt ekonomi sentiasa bagus…

  238. OK…
    TAPI BELOM TENTU SIMPANAN U TU BOLEH MENJAMIN DAPAT 200K SELEPAS 20 OR 25 TAHUN NTI..????
    I RASA 70K PON BELOM TENTU YG DAPAT SIMAPAN..
    DGN PERBELANJAAN BARANGAN YG SETIAP TAHUN MENINGKAT…
    DUIT MINYAK..N MCM2 LAGI…

  239. Satu lagi kebaikan buat loan ASB ni, ada MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance). Kalau peminjam ‘padam’ walau baru bayar sekali, pinjaman tak perlu dibayar dan sijil yang 30k ke, 100k ke, boleh lah dituntut oleh pewaris. Hebat bukan? Tak payah beli insurance hayat banyak-banyak. Kalau simpan sendiri, contohnya baru simpan rm500, penyimpan pun ‘padam’, pewaris dapatlah rm500 sahaja. Semua orang tahu tarikh lahir bukan? Tarikh mati? Pada pendapat saya dari sudut ini ASB loan itu baik. Kalau belum ada insurance hayat, buat lah ASB loan, anda di insuranskan.

  240. smakin konpius ble bc satu2 komen senior2 kat atas nie…sy goverment servant yang dh 5thn keje n dh 4 thn potong asb melalui payslip rm300 ( simpan sdiri )…..semalam msa nk tdo tetiba terpkir teringin jgk nk wat loan asb sbb org ckp dividen bleh cover byrn bulanan..silap2 dpt duit poket tuk renew roadtax or travel…bab disiplin rasanya sy dh bagus..hahah…tue yg google ok ke tak…kesimpulannyer sy makin pening baik buruk simpan sdiri or loan asb…mcm2 pendapat..nasihatkan sy sket…hehehhe

  241. Sila buat loan yang bayarannya RM300 tiap-tiap bulan, dan rasai peningkatan pendapatan berbanding dari apa yang u dah buat selama 4 tahun lepas. Tapi kalau nak ambil loan lebih, lagi bagus ha ha ha. Sekarang nie ada loan yang sampai 30 tahun dan dengan interest blr-1.70%. Mungkin boleh dapat rate yang lagi bagus.

  242. Pada pendapat teman, kalau boleh dapat hutang untuk melabur & berniaga sampai mati membayar pun takpe. (Kalau boleh dapat loan macam yang shahrizat dapat tu lagi bagus he he he beratus juta). Kalau nak pakai duit sendiri ramai yang tak mampu. Nak beli rumah dan kedai pun kena himpun duit sampai ke tua…inikan pulak nak melabur @ mula berniaga. Baguslah jika ada orang yang mampu menahan nafsunya untuk memiliki kereta dan rumah kerana nak beli dengan duit yang dihimpun sendiri dan lebih maju berbanding orang yang menguna loan bank. He he he apa2 pun lain orang lain ilmu dan anugerah tuhan padanya.

  243. Macam best jer, tapi teman tak pernah buat analysis guna personal loan he he he.

  244. setuju kalau kerja pun tak menentu elok berlatih simpan dgn duit sendiri dulu. Kuatkan disiplin diri dalam menyimpan. Good luck.

  245. Setuju sangat ASB untuk duit loan aje. Duit sendiri boleh masuk as1m dan asw – 6.5% atau tbg haji – 6.0% utk 2012. Lagi baik duit sendiri masuk kat asb akaun remaja anak (Max RM50,000.00 sorang) sebab sekarang nie anak berumur 6 bulan pun dah boleh bukak akaun. Malang teman ada anak sorang je.. terpaksa guna akaun anak saudara utk simpan duit teman (tak boleh ramai2 sbb anak orang tu he he he risky). Asw kan dah habis kuota. So balance duit teman melabur kan As1m. Unit trust bagus tapi teman tak cukup berani lagi he he he.

  246. He he he sepuluh tahun dulu teman ada beli insuran hayat..hangus je bayar 100++ tiap2 bulan, tapi dah lama terminate dah…. sekarang nie buat loan rumah and loan asb byk2. kalau kojol ada lah something utk anak, kalau tak kojol2 adalah harta utk belanja he he he.

  247. Teman baru create guna excel worksheet untuk menganggar atau mengira pelaburan ASB. Minta otai atau sesiapa saja tolong tengok and komen. Kepada yang nak cuba guna pun boleh… free saje (kesilapan tanggung sendiri). Bagi saja alamat email ke rozal_qs@yahoo.com supaya saya boleh emailkan. Terima kasih.

  248. Salam
    saya nak share info berkenaan investment dan protection
    berminat bole call saya
    lily 012 3457804
    tq

  249. Pengira Tegar ASB on

    Pinjaman ASB ini boleh jadi ‘good loan’ dan boleh jadi ‘bad loan’ DAN kebanyakan peminjam selalunya akan jatuh ke kategori ‘bad loan’ dan akan mencemuh loan ASB ini di kemudian hari. Sebab utamanya mereka tidak membuat kajian secara mendalam sebelum ambil loan tersebut..INGAT : Yang akan menentukan untung ke tidak ambil loan adalah STRATEGI YANG BETUL dan tahu dengan tepat berapa amaun yang sepatutnya kena pinjam dan berapa lama tempoh bayar balik serta bagaimana nak rolling kan duit untuk maintain bayaran bulanan tanpa membebankan..barulah pinjaman ASB akan menjadi satu instrument yang menguntungkan..Jika tidak anda akan jatuh ke kategori pengambil ‘bad loan’..Nak tunjukkan pengiraan kat sini akan sukar kerana ia memerlukan sekurang-kurangnya 7 @ 8 contoh perbezaan yang boleh menunjukkan dalam situasi mana simpan sendiri lagi baik dan dalam situasi macam mana ambil loan lagi baik..Faktor-faktor lain yang mempengaruhi juga adalah;
    i) Kelayakan anda untuk ambil loan – Jika anda tidak layak untuk loan RM200,000 bagus anda simpan sendiri sajalah tiap bulan. Gaji RM2,000 sebenarnya sudah layak dipertimbangkan loan RM200K..tapi itu kena semak sendiri dulu dengan bank. Lain orang lain pemberatnya.
    ii) Risiko BLR yang berubah-ubah dan mungkin menjadi lebih tinggi dari dividen yang diisytiharkan. Kemungkinan itu memang ada tapi berdasarkan sejarah 23 tahun sebelum ini, BLR tidak pernah lebih tinggi dari dividen yang diisytiharkan dan amalan bank kebanyakkannya mengenakan faedah pada kadar BLR-1.65%. Lebih bagus jika menggunakan Islamic Loan kerana walau BLR naik setinggi manapun, kadar faedah tertinggi yang akan dikenakan adalah hanya 10%-1.65%. Malahan, jika kadar faedah sudah terlampau tinggi melebihi kadar dividen, alternative lain adalah terminatekan loan itu (pilihan terakhir) tanpa dikenakan penalti. (Dulu ada)
    iii) Pinjaman ASB diwajibkan ambil insurans. Oleh itu, jika apa2 berlaku pada pengambil insurans, RM200k tidak perlu lagi dibayar dan akan diserahkan kepada waris yang dinamakan.
    iv) Tahap kesabaran individu – Jika anda bukan jenis penyabar dan mudah boros sudah semestinya pinjaman ASB amatlah tidak sesuai dengan anda..Bagus simpan sendiri sahaja.

    Mungkin untuk singkatkan, apa yang telah penulis huraikan merupakan contoh situasi simpan sendiri lebih baik. Berikut pula adalah satu contoh situasi ambil loan lebih baik.
    Si A menjual kereta beliau dengan harga RM16,000. Jika si A masukkan duit tersebut dalam ASB, dalam jangkamasa 20 tahun nanti dia akan ada lebih kurang sebanyak RM65,058.00 (Andaian ASB bagi 7.75% setahun).
    Pilihan kedua, sekiranya si A membuat pinjaman ASB sebanyak RM200,000, beliau perlu bayar RM1,314 sebulan atau RM15,768 setahun. Jadi, bolehlah guna duit jualan kereta sebagai modal tahun pertama. Tahun kedua nanti boleh gunakan duit dividen untuk bayar dan maintain loan. Tapi jangan keluarkan semua dividen sekaligus. Jika rajin, keluarkan cukup-cukup sahaja dividen ASB untuk bayar tiap bulan. So dapatlah dividen tahun semasa dimaksimumkan perolehannya pula. Jika ulangan ini dibuat dalam masa 20 tahun nanti aku akan ada RM200,000 berbanding kalau si A simpan terus sahaja duit RM16,000 tadi dalam ASB, beliau hanya akan dapat RM65,058 sahaja. Kesimpulannya, sama ada loan atau tidak, bergantung kepada kebolehan anda untuk mengira pulangannya terlebih dahulu. Jangan bila dah ambil loan baru nak buat kiraan..Itulah kesilapan besar yang selalunya dibuat oleh para pelabur.

  250. Setuju sangat hai pengira tegar ASB. Ramai jugak yang pening matematik…ha ha ha termasuk la teman ni.

  251. salam..
    memang terbaiklah cara saudara memberi penerangan
    banyak yang bank tak explain pun..sekarang saya lebih
    memahami, komitmen sendiri lebih baik dari komitmen
    dengan bank..thanks for sharings :)

  252. syahidah zainudin on

    contoh pinjaman 30000..
    30000×8.0% (ctoh keuntungan ASB) =2400 untuk tahun pertapa
    30000+ keuntungan tahun pertama 2400 x 8.0%=______
    kalau kamu dapat dividen kamu x usik duit 2 …tahun 2,3,4,5 dye beranak2,,,,,lah,,,,,,tapi rugi nye kalau kamu gune dividen duit kamu x boleh beranak,,,,,

  253. syahidah zainudin on

    same je……kalau kamu buat loAN ASB…..buat lon tok beli kereta…kereta lama2 buruk tah lah lon 9 tahun,,,,,macam lah lon ASB 2 tok 25 tahun je,,,kan ade tok 5 tahun punya,,,,ape susah roling lah balik duit kamu boleh beli kereta cash kot,,,x payah hutang2,,,,

  254. betul…salah satu benefit sebagai insuran untk anak2..kalau apa2 berlaku…yg insuran nyawa ambil jugalah…ini sebagai tambahan

  255. Salam,
    Bagi saya tidak semua orang mampu memberi komitmen yang sangat lama dalam menabung..cuba saudara/i bayangkan sekiranya kita ingin menabung dan perlu menyimpan rm200 (contoh)sebulan selama 25 tahun..dan dalam tempoh tersebut macam macam boleh berlaku…sebagai contoh, penabung ingin menukar kereta baru dan tidak cukup duit..maka kepada yang tidak berdisiplin akan mengambil sedikit duit simpanan dengan harapan akan menggantikannya balik…kalu ganti balik takpe lah..tp kalu x ganti macam mana??..memanglah dari segi keuntungannya simpan sendiri berbeza denga simpanan secara loan asb tp duit tu kita x boleh amik sesuka hati selagi tidak cukup tempoh pinjamannya..jadi bagi saya loan asb lebih releven kepada orang2 yng mempunyai masalah kewangan macm saya ni kerana saya pilih untuk membayar lum sum pada tahun pertama sahaja dan tahun seterusnya saya memilih untuk membayar menggunakan dividen asb..

  256. Mmg dividen tu byk, tp jgn lupa bulanan dibyr pada bank. Cuba tolak. Klebihan simpan sdiri ni, ibarat bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Kekurangan loan ni, 1 je. Agak2 la, blh jamin ke dividen tu digunakan. Takut dividen hanya utk byr hutang, bank yg untung.

  257. Artikel yg menarik,.. Kalau amek loan 100k, tahun pertama dividen rm8k tp bulan2 bayar bank rm584. Fixed tahunan bayar (jika ekonomi negara maintain) rm7008. Tp jgn lupe tahun ke2, ke3, ke4 dan seterusnya bayarannye tetap rm7008 setahun (rm584/bulan) namun dividen asb bertambah. Mula2 rm108000 kemudian rm116640 dan seterusnya tambahla 0.08% stiap tahun dr baki tersebut. Selagi tgh bekerja bayar jela tolak dgn gaji, tak luak pun. Nonbumi sgt mahukan peluang ni tapi peluang hanya pada bumi sahaja. Asalkan tak usik duit asb, insyaAllah duit beranakpinak. Buat tu sebagai backup emergency time ekonomi keluarga down/ditimpa malapetaka. Disiplin aja skg. Aku disamping buat asb loan, aku buat gak simpanan sendiri ke asb aku. So dividen dari dua2 tu aku dapat berganda. Mmg sgt berbeza jumlah dividen time asb simpanan sendiri sahaja. Skg dah 3tahun.

  258. mohon pencerahan..
    sy bercadang untuk buat pinjaman ASB..
    cume nak tahu bank mana yg sangat berbaloi.. maybank/cimb/rhb
    TQ

  259. Nak tanya, sekarang ni saya dah buat ASB loan dgn RHB bank dah masuk tahun ke-5. Bolehkah saya menambah modal ASB loan tersebut dengan menggunakan wang sendiri?

  260. bagi saya buat dengan RHB paling berbaloi sebab insurance adalah optional. so boleh jimat banyak kat situ

  261. Tahniah! Anda bukan sahaja berjaya menggandakan pelaburan anda dengan menggunakan otak, tetapi anda berjaya membuka minda orang lain. Itu lebih berharga untuk disebarkan.
    Penggunaan minda yang kreatif membolehkan pelaburan dipertingkat berkali ganda dengan menggunakan modal dan usaha yang sama banyak. Cuma penat sikit je berfikit. Masalahnya ramai orang malas berfikir atau mengambil pengajaran dari pemikiran orang yang telah berjaya!

    Sekiranya anda telah mempunyai asas pelaburan yang baik, pelaburan sedia ada boleh ditingkatkan lagi pulangannya dengan memasuki bidang pelaburan lain seperti hartanah.

  262. 1. Awak salah kira. Lagi panjang tempoh pinjaman ASB, lagi untung pelaburannya. Minimum pinjaman 15 tahun akan memberikan pulang yang lebih baik. Seelok-eloknya pinjaman antara 20 hingga 25 tahun. Bayaran bulanan juga lebih rendah. Ini belum lagi dikira BLR yang semakin naik. Pinjaman ASB mempunyai kadar tetap mengikut BLR semasa ketika loan ASB dibuat. Jadi kalau kemudian BLR naik, lagi tinggi untung pelaburan. Dengan keadaan ekonomi semasa, apa kebarangkalian BLR akan turun?!

    2. Awak dah cuba tanya pegawai RHB bank? Kalau pegawai tersebut tak pandai, awak hubungi saya untuk menggandakan pelaburan ASB awak.

  263. 1. Dah pernah buat penggiraan terperinci di atas spreadsheet ke tidak? Kalau belum pi belajar dulu ilmu baru boleh cakap banyak.

    2. Kalau cakap ikut perasaan, itu sebab ramai orang terlepas peluang pelaburan dan selalu terperangkap Skim Cepat Kaya.

    3. Rata-rata rakan saya yang bekerja di bank buat loan ASB. Awak masih kurang berkawan. Asyik berkawan dengan orang suka bershoping semata-mata. Cari kawan yang sentiasa berbincang macam mana nak meningkatkan pelaburan.

    4. Kalau tak faham juga masuk kelas pelaburan saya. Kalau tak ada duit saya boleh bagi percuma, cuma kena datang JB.

  264. 1. Pengiraan di dalam artikel ni ada banyak salah. Sekali baca awak dah boleh buat keputusan bermakna awak pak turut. Gunakan otak sendiri untuk memperincikan lagi pengiraan yang ditunjukkan. Kalau tak boleh fikir sendiri, berbincang dengan orang lain cara pengiraan mereka.

    2. Banyakkan masuk kelas pelaburan kalau nak tingkatkan ekonomi diri. Asas pelaburan perlu tahu supaya tak terjebak dengan Skim Cepat Kaya.

  265. loan asb hanya dapat dividen setiap tahun..pinjaman asal tidak dapat dikeluarkan sebelum tempoh matang…Apa yang akan terjadi sekiranya tiba-tiba berlaku kemelesetan ekonomi? atau kadar faedah pinjaman meningkat secara mendadak? atau PNB mengalami kerugian berterusan? Kalau keadaan ini terjadi, sebilangan besar daripada gaji terpaksa dibelanjakan untuk membayar loan asb…

  266. ahmadinejad on

    Setuju..bangsa lain maju dalam ekonomi sebab mereka pandai menguruskan perniagaan dengan wang pinjaman..kalau nak harap modal sendiri bangsa lain terutamanya Cina tak akan ramai yang bergelar Billionaire..sebab itu kena bijak gunakan Instrumen Kewangan iaitu Pinjaman sebagai Loncatan Berganda..Tapi AWAS jika tak bijak menanganinya, anda mungkin boleh lingkup juga..Wallahua’lam..

  267. Nak tanya sikit..katakan lah saya baru je buat asb loan pada bulan 10 sebanyak 50k..dah nak sampai hujung tahun kan dividen nak keluar..boleh ke tak dividen itu di ambil sekiranya pembayaran belom cukup satu tahun dibuat..

  268. Kampung boy on

    Dalam kehidupan pasti ada naik dan turun . Jangan menduga hidup tanpa dugaan . Awak boleh pastikan setiap bulan boleh simpan rm200 selama 25 tahun ? Kalau la kata awak dilanda masalah kewangan, penyakit serius ,kehilangan kerja atau mengangur . Bagaimana awak nak simpan rm200 setiap bulan tu lagi ? Kalau asb asb loan walaupun kita hadapi semua masalah itu . Kita masi ada interest stiap tahun untuk cover bayaran bulanan itu .. So pada pendapat aku asb loan lebih terjamin untuk kita mencapai matlamat itu selepas 25 tahun .

  269. BaruBelajar on

    Waaaaa banyak komen!!!!… cuba anda relex.. tidur.. tak perlu banyak cerita.. dalam santai-santai pegi cek kat akaun bank kirang.. kot-kot ada 2.6 Billion .. orang bagi Derma kat korang..

  270. Sy rasa mcm ade kesilapan jea dlm kira2 ni.

    Simpanan sendiri:
    Modal RM60,000 (RM200 x 25 thn)
    Total lepas 25 thn RM232,576.79
    Ingat ya meski tu duit sndri tapi tetap kene keluar 60k juga.

    ASB
    Modal RM51,300 (RM117 x 25 thn)
    Total lepas 25 thn RM244,260.31
    Modal kt sini 51k baya pada bank.

    Hujah
    Nenek sy pinjam maybank 30k msuk asb. Pastu rumah banjir buku asb hilang, ok ttp cter asb. Tiap2 bulan nenek baya RM117 kt bank smpai lah 25 thn pastu buang buku maybank, utang dah langsai yahuuu. Lepas 25thn bru teringat ade akaun asb, buat buku blk cek tgok eh eh eh ah eh ah (gaya amelina) ade RM244,260.31 lah!!!!

    Persoalan
    Duit ASB tu nk tolak kos bank lagi ke??? Sedangkan utang dah langsai, akaun maybank da ttup, buku dah buang bg ikan mkn..cer explain nenek sy nk tolak kot mane lg..end up nenek sy spent 51k jek utk dptkan 244k tu..

    Pinjam bank spent 51k dpt bersih 244k
    Simpan sndri 60k dpt bersih 232k

    Sila challenge hujah sy

  271. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

  272. tolong beri tunjuk ajar saya masih x ada acc asb n saya egt nk buat untk diri sndri dan anak n saya masih x fhm.terima kasih

  273. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Janet Robort, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (janetrobort@gmail.com)

  274. salam..nak tanya mcmna kita nak buat dividen tu ye?kita perlu pergi ke bank atau mcmna ye?mohon beri pencerahan..terima kasih

  275. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@ gmail.com)

Leave A Reply