Anwar Ibrahim VS Hadi Awang (Calon Perdana Menteri)? Syaitan Sokong Hadi Awang. Anwar Sama Teruk Dengan Barack Obama! Anda Pilih Mana?

Anwar Ibrahim VS Hadi Awang (Calon Perdana Menteri)? Syaitan Sokong Hadi Awang. Anwar Sama Teruk Dengan Barack Obama! Anda Pilih Mana?

Anwar ibrahim VS Hadi Awang : Tun Dr Mahathir. Satu nama yang tak asing dengan dunia politik negara. Walaupun sudah lama bergelar mantan Perdana Menteri, tetapi Tun Dr Mahathir masih lagi ligat berpolitik dan acapkali mengeluarkan kenyataan di media.

Kalau sebelum ini Tun Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang berbunyi seperti ini….

Abdul Hadi VS Anwar Ibrahim

Tun Mahathir ada sebab musabab kenapa beliau bagi kenyataan yang sebegitu rupa. Apabila ditanya lebih lanjut, ini jawapan balas Tun Dr Mahathir :

UMNO Syaitan Yang Dikenali

“Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita (UMNO Barisan Nasional) adalah syaitan yang orang kenal. Mereka (Pakatan Rakyat) adalah malaikat yang orang tidak kenal,” kata Tun Dr Mahathir

“Malaikat” itu bukanlah golongan yang suci kerana kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah,” katanya

Itu kenyataan Tun Mahathir 3 bulan lepas. Terbaru, Mahathir menemplak Abdul Hadi Awang dengan mengatakan mungkin syaitan menyokong Presiden PAS tersebut susulan kenyataan Abdul Hadi Awang di Muktamar PAS baru-baru ini. Walaupun kalau disemak kenyataan Abdul Hadi Awang, tiada disebut sama sekali parti UMNO Barisan Nasional tetapi kalau dalam bahasa politik semua orang sedia maklum kenyataan tersebut ditujukan “khas” kepada pesaing politik mereka iaitu UMNO Barisan Nasional.

Anwar Ibrahim VS Hadi Awang : Hadi Disokong Syaitan?

UMNO Parti Syaitan

Anwar Ibrahim VS Hadi Awang : Anwar sama Teruk Dengan Obama!

Nak pilih Anwar sebagai Perdana Menteri? Walaupun undian yang kami pernah buka sebelum ini pada laporan berita bertajuk “Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?” menunjukkan 59% daripada 4,842 respondenyang mengundi di Berita Semasa sebelum ini lebih gemar memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tetapi bekas bos Anwar Ibrahim sebelum ini merasakan Anwar ibrahim tidak layak bergelar Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Sebab? Sebab yang diberikan Tun Dr Mahathir mudah sahaja, Anwar ibrahim sama teruk dengan Barack Obama.

“Janji banyak, jani hebat tetapi banyak yang tak tertunai. Dalam bahasa mudahnya, cakap tak serupa bikin”

Mahathir UMNO Syaitan

Parti Keadilan Rakyat PKR & DAP mahu Anwar, segelintir perwakilan PAS pulak mahukan Hadi Awang jadi Perdana Menter  seperti yang berlaku pada muktamar PAS baru-baru ini. Terbaru.  Tun Dr. Mahathir pula mahukan Karpal Singh pula menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun Mahathir UMNO

Kalau begitu apa pula pilihan anda di sini jika diberikan pilihan untuk memilih Perdana Menteri Malaysia daripada Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim VS Hadi Awang atau anda ada calon yang lain? Mengapa?