Keputusan Anugerah Industri Muzik AIM di Malaysia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +


Keputusan Anugerah Industri Muzik AIM di Malaysia

Tahniah kepada semua pemenang. Mungkin inilah rezeki buat Siti Nurhaliza namanya.

anugerah industri muzik

Dengan produk Simply Siti yang baru sahaja dilancarkan, baru sahaja menang Anugerah Bintang Paling Popular dan yang terbaru Siti Nurhaliza baru sahaja berjaya merangkul Vokal Terbaik dalam lagu wanita bagi Anugerah Industri Muzik.

Tahniah juga kepada yang lain.

Senarai Keputusan Anugerah Industri Muzik AIM

  1. Persembahan Vokal Berkumpulan/Duo Terbaik  Dalam Lagu –  Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti (Lagu Amarah)
  2. Artis Baru Terbaik – Yuna  Zarai
  3. Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki – Hazami
  4. Album Nasyid Terbaik – In Team
  5. Anugerah Kembara – Bunkface
  6. Album Cina dan India Tempatan Terbaik – Karen Kong (Cina), Shrutti (India)
  7. Anugerah Wirama – Adnan Abu Hassan
  8. Anugerah Lagu Melayu Terbaik Yang Dinyanyikan Oleh Artis Luar Negara – Kris Dayanti (Aku Wanita Biasa)
  9. Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita – Dato’ Siti Nurhaliza
  10. Album Inggeris Tempatan Terbaik – Disagree
  11. Album Rock Terbaik – Faizal Tahir, Album Adrenaline
  12. Album Hip Hop Terbaik – DJ Fuzz dan Malique
  13. Album Pop Terbaik – Dayang Nur Faizah (Dayang Live)
  14. Lagu Terbaik – Dan Sebenarnya, Yuna  Zarai
  15. Album Terbaik – Adneralin, Faizal Tahir

Yang pastinya malam itu merupakan malam bertuah bagi penyanyi Yuna Zarai. Kemampuannya menggulung ijazah dalam bidang undang-undang beserta bakat dalam bidang nyanyian ditambah dengan personalitinya yang sedap mata memandang, membuatkan penyanyi yang seorang ini berada dalam kelasnya tersendiri.

Baru setahun jagung, macam-macam anugerah berjaya diperolehinya termasuk merangkul 4 anugerah sekaligus dalam Anugerah Industri Muzik pada malam itu



Share.

3 Comments

  1. Tahniah kepada artis yang memenangi anugerah..yang tak berjaya.useha lagi ok(”,)Useha tangga kejayaan(”,) :joget

Leave A Reply