1MDB Terengganu : Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Untuk 1MDB Buat Hutang? Najib Razak Sila Jawab!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

1MDB Terengganu : Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Untuk 1MDB Buat Hutang? Najib Razak Sila Jawab!

Nampaknya sekarang ini acapkali rakyat Malaysia disajikan dengan kejutan terutamanya melibatkan skandal 1MDB Malaysia, skandal terbesar dalam sejarah negara melihatkan tanggungan hutang sejumlah RM42 bilion.

1mdb terengganu

Langsung dari utara (negeri Terengganu), bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad said tampil di dewan undangan negari Terengganu membongkar apa sebenarnya yang berlaku di awal penubuhan 1MDB sebelum ini :

Kronologi Skandal 1MDB Terengganu : Hampir Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu?

  • 1MDb asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA)
  • Permulaan modal berbayar TIA kerajaan Terengganu yang sediakan sejumlah RM1 juta
  • Kemudian ditubuhkan 1MDB selepas Terengganu menarik diri
  • 1MDB pernah mahu cagar hasil minyak dan gas Terengganu. Sampai begitu sekali? Dahsyat!!!
  • Walaubagaimanapun kerajaan Terengganu bertindak membatalkan urusan tersebut
  • Perdana Menteri Najib Razak marah dengan tindakan Ahmad said
  • Natijahnya, di situlah bibit-bibit awal Ahmad Said diberikan masa dan ditunjukkan jalan keluar (letak jawatan)
  • Dan, hari ini Ahmad Said bersedia tampil membongkar lebih banyak isu berkaitan skandal 1MDB Malaysia selepas ini

Pada pengamatan Berita Semasa 1MDB ini menggunakan konsep “leveraging” iaitu dengan meminjam dan hasil pinjaman dibuat pelaburan (konsep “used other people’s money; Robert Kiosaki, “millionaires Next Door).

  • “End game”, model perniagaan ini sepatutnya memberi pulangan segera kepada “Sang Penciptanya” dalam bentuk komisen (_________ & _____________), kerajaan
  • Malaysia mendapat “easy capital” untuk pembangunan hartanah dan infrastruktur serta berjaya menjadikan Malaysia pusat pasaran Modal dan kewangan dunia sekaligus mengatasi Singapura mahupun London.
  • Tetapi sayang, cerita Mat Jenin sudah lama berlalu dan kita sudah dengar sebelum ini dan juga permainan Skim Pak Man telo, ada ahlinya panjat pokok kutip daun katanya itu duit.

Samalah juga dengan 1MDB nanti. Tetapi mangsanya disini adalah rakyat marhaen di Malaysia kelak.

Berdasarkan semakan Berita Semasa, lebih daripada 90% pinjaman 1MDB dibuat menerusi pinjaman daripada “Institusi pembankan Malaysia and GLC”. Sepertimana yang kita ketahui kesemua bank-bank dalam Malaysia terlibat memberi pinjaman kepada 1MDB kecuali CIMB Bank. Manakala penjualan sukuk (bond) pula dilanggani oleh kesemua badan-badan kerajaan yang bergiat dalam pelaburan. Mereka diperdaya 1MDB kerana ia adalah sebuah anak syarikat kerajaan dibawah Kementerian Kewangan.

Persoalannya sekarang, kemanakah wang berjumlah RM27 billion (unaccounted for) pergi, selepas mengambil kira pembelian-pembelian janakuasa-janakuasa IPP dan tanah-tanah TRX & Sungai Besi. Nah…persoalan ini jugalah yang telah dibangkit Tun Mahathir sebelum ini.

P/S : Berita Semasa difahamkan proses merge antara CIMB dan RHB tidak direalisasikan, salah satu sebabnya adalah apabila RHB ada memberikan hutang kepada 1MDB. Nazir Razak tahu hutang tersebut yang dibuat 1MDB memang akan sukar diambil semula.

PP/S : Mat Said sudah pun bongkarkan sebuah syarikat seringgit dua, bercita-cita besar mahu buat projek berjuta-juta. Hebat….

PPP/S : Booommmm!!! Terkini….nah, sekarang Deusche Bank sudah suruh 1MDB bayar hutang US$975 juta mereka. Mahu cari mana lagi 1MDB untuk langsaikan hutang ini? Siapa “kambing hitam” seterusnya? Butirannya ada di bawah ini melalui laporan berita Business Times, Bloomberg….

PPP/S : Janganlah sesekali menggunakan kedudukan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan sehingga membuat sebarang keputusan membelakangkan kabinet dan parlimen Malaysia. Bertanggungjawablah dengan “hanky panky” yang keputusan anda dalam segala urusan berkaitan skandal 1MDB ini.

PPPP/S : Dengan segala skandal 1MDB, Tabung Haji, Debt/GDP 62% tetapi perkapita masih rendah, penarikan subsidi, PATI yang tidak terkawal dan lain-lain perkara yang mengurangkan kesejahteraan rakyat. Ini menunjukkan pentadbiran yang lemah di bawah Najib Razak. Najib Razak cukup lemah dalam leadership, malah kabinet pun “wrong person at the right place”. Contohnya…..?

PPPPP/S : Ini bukan sekadar soal untung rugi 1MDB RM42 bilion atau hutang negara lebih RM800 bilion. Ini soal kepercayaan pelabur, pemimpin luar melihatkan kepincangan dalam Malaysia seperti mana dikatakan Tun Daim melalui laporan berita seperti di bawah ini :

Laporan Berita Perniagaan Luar Negara Mengenai Skndal 1MDB 2015



Share.

62 Comments

  1. Pidge Green Lion on

    Syabas Ahmad Said kerana tampil mendedahkan rancangan jahat najib razak. Tapi rekod anda sendiri pula bagaimana, bersih sangat ke?

  2. Malaysia tidak dpt diselamatkan lg kecuali satu perubahan besar terjadi kerana selagi malaysia tidak bersih dari rasuah dan kroni masih berkaitan dan mrk2 yg salah guna kuasa di tukar ganti maka jgn harap malaysia akan pulih hanyalah jahanam.

  3. Pelabur bukan bodoh kalau tidak masakan mrk pelabu. Pelabur pasti melihat kestabilan keyakinan dan kewangan yg kukuh baru mrk akan melabu.
    Malaysia sukar utk bangkit ekonominya kalau pelabur tak mahu melabur di negara ini.

  4. Sehingga kini tiada penjelasan 1mdb malah byk pihak menghentam tun m dgn kesalahan lampau ini membuktikan 1mdb memang penuh misterinya.
    Umno telah hancur……byk pihak telah beralih arah hanya kerana najib.

  5. Sekali langkah yg diambil salah seterusnya akan lagi byk salahnya dan najib tiada jln utk patah balik hanya teruska, selagi kuasa ditangan. Bila hutang negara tak tertanggung rakyat akan menanggung akibatnya.

  6. Semoga hutang negara tidak bertambah lg atau negara dlm kecemasan ubah sebelum terlambat byk negara dah hancur. Adakah malaysia mahu jadi sebahagian antara negara itu.

  7. Kerajaan hanya pandai ambil hasil gas dan minyak dari bumi malaysia tetapi tidak mampu hasilkan pendapatan utk negara dan guna pendapatan itu dgn tidak beramanah. Habiskan harta bumi begitu shj hinggakan negara masih perlu berhutang beratus billion.

  8. Tun sudah dengar rintihan rakyat…. tolonglah kami, kenapa tiba2 kemiskinan melanda di seluruh negara

  9. Itulah tak kira siapa apabila sifat tamak dan haloba menguasai diri itulah jadinya dicampur dengan sifat tak sabar boleh menjahanamkan diri malah negara sekalipun

  10. Kejar akhirat tak pe tentu dapat balasan bila mati dn di akhirat nanti

  11. Ahmad said buat tuduhan.
    Lepas tu pemimpin umno nafi.
    DS Najib tutup mulut.
    DS Rosmah terus bershopping.
    Sekian d maklumkan.

  12. Ini semua salah parti Umngok dan pengundinya. Tak apalah biar hancur dikandung badan asalkan aman konon…puuuiiiiii.

  13. Yg ini 1 lg kes menanguk di air yg keruh…la ni trx yg di jual kp pemaju hartanah indon…maka pembinanya adalah rkyt indon, dh siap nnti pekerjanya adalah indonesia dr tukang cuci hingga boss…inikan wajah msia yg ingin kita lihat? Di manakah nnti rkyt msia jika trx siap? Semua warga asing…..biarkan rkyt asing jajah msia..dh mmg msia pernah di jajah…

  14. Apa mcm najib, telur dah kecut ke..? najib sekrang cuba serang tun m dgn cerita lama utk alihkan perhatian..tetapi najib jgn lupa dikiri kanan ko ada ramai yg tinggu giliran untuk berikan bukti penyelewengan yg ko buat. Apa mcm seronok seleweng duit..

  15. Hajah Rogayah on

    rakyat usah lah risau, kejayaan akan datang setelah pahitnya dirasi dulu. akak amat yakin semua rakyat tidak termakan fitnah pembangkang, buktinya menang besar di Rompin dan tewas tipis di kubu anwar

  16. Hajah Rogayah on

    mohon jangan biadap sangat, lihatlah apa jadi somalia afghanistan dan lain lain yang menderita bila tidak taat pada kerajaan

  17. Hajah Rogayah on

    ekonmi malaysia makmur di bawah BN. cuba bandingkang dengan kelantan yang amat menderita. sampai rakyatnya terpaksa keluar sebab pembangkang tak tahu ekonomi, tahu ceramah, tazkiran dan kenduri sahaja

  18. Tun M ada di Makkah menunaikan umrah. Moga Allah s.w.t memberikan hidayah dan rahmatNya kepada Tun M. Bila pulang ke tanahair berterus teranglah, minta MAAF kepada RAKYAT diatas kesilapan masa lampau. InsyaAllah, rakyat akan menerima dan memaafkan Tun M kerana selama Tun M memerintah tidak dinafikan ‘banyak’ perbuatan baik yang telah Tun M laksanakan untuk Malaysia. Apabila Tun M berterus terang maka terunkailah segala pemasaalahan. Jika ditakdirkan Allah swt Tun M pergi menghadap Maha Pencipta, insyaAllah Tun M pergi dengan aman. Lakukanlah Tun M, demi masa depan Agama, Bangsa dan Negara. YA ALLAH ! Selamatkanlah bumi MALAYSIA ! Amiinnn…

  19. kalau wa la beb, tidor pun tak boleh. tangan dah tentu atas dahi. kawan2 pun bukan boleh harap. entah2 bila terdesak boleh TIKAM BELAKANG. adoii.. tak aman ni, nampak gaya kena lari tengah malam. kena survey mana2 negara beri SUAKA politik. duit tak ada masalah. cuma ada ke yang nak beri wa SUAKA politik ? bukan wa sorang je nak cabut. anak beranak, keluarga, kawan2 lagi. ADOIII… !!!

  20. PENGANUT UMNO/BN ni kalau kat kg saya, bila mesyuarat pun dah pandai sorok2. Tu pun bila mesyuarat kena ada makan minum, siap ada hamper cabutan bertuah lagi… Puak2 diaorang ni saya tengok macam orang guna HANDPHONE botol air, nampak malu sangat guna handphone ketinggalan zaman. Macamtu rupanya bila jadi barang lama, begitu juga dengan PENGANUT UMNO/BN… Kesiannn…

  21. buat istikharah Jah. takkan terang lagi bersuluh. Jah tau tak kat Ropin, masa JJ majoriti lebih 15ribu, yang terbaru 8ribu lebih jer majoriti, kat mana skolah Jah.. Sama juga Permatang Pauh, peratus pengundi menurun, tapi undi PR tak merosot. Pasal Kelantan Cik Jah oii.. Saya ni bukan orang Kelantan, tapi cuba Cik Jah tengok pejawat awam berjawatan tinggi dari negeri mana ? Rumah2 di Kelantan, deretan kedai, gedung perniagaan, kedai emas, pengangkutan awam, bas ekspress dan banyak lagi la, semuanya milik MELAYU ISLAM KELANTAN, Cik Jah tak pernah pergi Kelantan ni, atau Cik Jah buat2 tak nampak. Kalau kita salah, jangan kita sesatkan orang lain. Berkenaan isu semasa, Tun M memerintah Malaysia lebih 20tahun, takkan selama ni Tun M cakap betul, lepas bersara jadi salah pulak perkataannya. Renung2 lah sikit Cik Jah, mana ada huru hara. Klau ada huruhara pun tentu dari pihak yang tak pernah kalah. Lagi 1 Cik Jah, kita bukan mintak Jepun, British, Belanda, Portugis PERINTAH MALAYSIA tapi TUKAR kerajaan memerintah, tu je. Posisi Cik Jah sama juga. Tengok Selangor, walau 1001 macam FITNAH yang dilontarkan oleh media yang dikuasai umno/bn, RAKYAT Selangor tetap memilih PR membentuk kerajaan Negeri mlebihi 2/3. PR pernah perintah 5 negeri dan sekarang 3 negeri kekal dalam KERAJAAN PR, di negeri yang lain seluruh Malaysia umno/bn menang simple majority, tak ada 2/3 pun. Termasuk di Kerajaan Persekutuan. Di negeri bawah kerajaan PR, umno/bn adalah PEMBANGKANG !

  22. CIK JAH GAYAH OI, KENAPA DOK PI MELENCUNG
    KE AFGANISTAN, SOMALIA TU, KITA TENGOK KAT MALAYSIA SUDAH LA……. BERMCM-MCM SKANDAL KT MALAYSIA TAK ABIS-ABIS…..HIDUP RAKYAT SEKARANG TERTEKAN DENGAN KOS HIDUP YANG AMAT-AMAT TINGGI…….FIKIR-FIKIR LA CIK JAH…. UMNO/BN SEKARANG BUKAN 30 TAHUN DULU….BELA RAKYAT, UMNO/BN SEKARANG PENUH KAN PERIUK NASI MASING-MASING…….

  23. T.s Vincent on

    Kalau Hutang 1MDB, 1Malaysia dah BANGKRAP! dah cecah RM 25 Trillion pun tak mengapalah, Sebab nanti Surat sokongan kerajaan akan cover! IMDB, Satu Malaysia Datang BAYAR! he he he… Mahsyukkkk!

  24. Sebenarnya UMNO lupa sejarah bagaimana sesuatu tamadun/civilization yg dahulu cemerlang bergemerlapan runtuh angkara lupa diri /daratan ,sombong, jgn bodoh sombong(iaiatu ia tak tahu yang dia tu bodoh/tak tahu),melencong/menyeleweng,lalai ,langgar hukum tuhan hingga tak wujud didunia ni ttp bukan nak kata pd umno/sesiapa siapa makn lada dia terasa pedas cuma nak ambil iktibar dengan apa berlaku skrg jgn nanti kita duduk spt dikakatakn katak bwh t’purung ?

  25. ya begitu juga kawan saya dia kata tiap2 tahun pasti dia akan ke kelantan suami isteri seronok…

  26. Klu dah berniaga awal hutang mana nak untung,klu nak modal/rugi nilah kjaan UMNOBEnd punya kerja rakyat yang kena tampung huhu apa citer nei tolong lah sikit….

  27. Klu tuhan/rabb nak tentu UMNOBEND habis pru14 ni UMNOBND akan habis boleh tutup buku lama buka buku baru

  28. suami hajah rogayah on

    sudah2 lah jah oii..p dapur buat kopi satu.. tak payah la nak tgk luar negara jah oii.. negara sndiri pn tgk goyang ni..

  29. Gayah mungkin buta pekak badak kot..kau p la tengok kat kelantan tu..bangsa mana yg ramai berniaga..

  30. Trx dimiliki indonesia..bagus..setuju sgt…lepas ni x ler org msia yg kerja di trx..org msia jg pengemis di negara sendiri..hshaha…rasakan inilah padahnya klu bertindak melulu dan membangkang membabi buta…1mdb jual tanah kpd glc utk ank2 tmptan kerja cth klcc…lepas ni org indon x kan pdg rkyt msia waima.ryt msia pandai…bonggok punya membangkang x.fikir panjang

  31. Apabila berdiri megah signature tower jgn pula rkyt bangga kerana ia bkn lagi milik th @ mana2 milik msia..rkyt mampu lihat..rkyt akan mengemis di bumi sdiri kerana peluang kerja juga tiada..mulia corp bkn calang2…rkyt msia pandai x mungkin di terima bekerja..mereka akan memanggil rkytnya sendiri…membangkang tanpa berfikir panjang…dan akhirnya pm juga yg disalahkan

  32. sume citer xde bukti punyer………

    mane bukti…..citer panglipur lara je ni….najib bole settle la citer 42 billon ni…..bukan banyak pun

  33. Haha cam tu la gaya najib,senyap buat bodoh lepas tu tetibe balas balik gune TV3 depan penyokong2 yang xtau asal usulnya (dibayar kot), berdegar2 berucap.Pastu TV3 kuatkan bunyi sorakan penyokong2 dia.Tp bile2 depan2 senyap sunyi macam tiang letrik.Itulah PM malaysia

  34. SambalBelacan on

    Sebagai rakyat yang mencintai tanah air…aku teramat sekali merasa bimbang sekiranya suatu hari nanti tidak mustahil Malaysia yang kucintai ini akan tergadai gara2 ulah manusia2 yang bodoh lagi tamak haloba…janganlah hendaknya kita menjadi semakin berundur ke arah zaman2 kejatuhan Melaka dan keruntuhan Tanah Melayu…silalah belajar dari sejarah silam…tidak mustahil sejarah begini akan berulang dimasa akan datang…

  35. Pergi ke tanah suci niat baik, klu msk parti pas lg baik..boleh join utz hadi awg sokong najib..fikir perkara positif mcm mana nk develop neg menjelang 2020..klu jd pengerusi tu watlah kerja bkn dok ats kerusi jer..fikir peluang pekerjaan utk lepasn u, hapuskn pendatang asing, tingkatkan ekonomi macro& micro, pengurangan cukai perlu di hebah, tambah baik inffrstur bdr & lusr bdr, kurangkan cukai roadtax(sbb dh byr gst), kurangkan saman jpj rm200(sbb dh ada aes) polis dh kurang buat speed trap (tmpt tertentu shj) dan polis bekerja pn waktu tertentu shj, kurangkan had umur memandu kpd 16thn..bdk sklh boleh bw motor…sklh jauh dari rumah..memperkasakan 1daerah1industri adun yg naik gj perlu blik ke daerah msg2 1x sebulan utk betjumpa rkyt..lain2 pk lah sendiri….

  36. bg pndpt sy..apa kta bt forum dr.m n ds njib n ktua pmbgkg..live tv mlysia..

  37. betul tu anon. penjawat awam ramai org kelantan. habis semua jawatan mereka bolot, tak adil bagi anak negeri lain. khususnya sabah & sarawak.

  38. kita doakan saja . doa adalah senjata orang islam. selagi ada manusia yang tunduk sujud pada yang esa… insyallah dia akan melindungi hamba hambanya. di jauhkan kita dari jadi munafik….. nauzubilah min zalik

  39. apa yg bodoh sgt abdul saman kt ats tu…mmg xmkn pasir lg…tp hutang negara boleh menyebabkn rating malaysia jatuh,dan sehingga boleh menyebabkan malaysia bankrap..time tu br nk bising2 ke???mkn pasir laa time tu ko..bodoh…

  40. jgn dilayan hajah rogayah tu…dorg cybertroppers umno..setiap komen dpt rm2…sbb tu dorg komen byk2..ayat sm je…klau 1000 komen…pk2knlaaa

  41. Che Jah,,,d Afghan…ada tali barut org kafer Amerika,di Iraq..maliki Syiah mokpek Amerika!..Dulu Mlaysia pun ankat tangan suruh org kafir serang iraq…SURUH DENGAR TAK MAHU DOK tengok TV1..tv3!…ustaz2 dlam tv pun cakap2 fasal remeh2 je.JADI bila rakyat nk jadi tahu agama.tk

  42. bukti kepala hangguk lu. Kalau nak bodoh sangat agak2 la. Ni bukan fitnah pembangkang. Ni BUKTI serang mnyerang antara PM dan TUN M. Lu ingat 42 billion tu sikit 42,000,000,000,00 @ 42 ribu juta dan hutang NEGARA 800 billion, 800 ribu juta @ 800,000,000,000,00. Semuanya dalam RM, Ringgit Malysia. Bukan dalam Rupiah. Kalau nak baghal bagikat keldai je la…

  43. kalau perkara itu keluar dari mulut Ahmad Said tentulah betul kerana dia bekas Menteri Besar Terengganu. Tapi… Apabila ia diucapkan oleh Tun Mahadhir memang perkara itu berlaku benar sebenar benarnya, Tun M bukan lagi asing kepada rakyat Malaysia, dia adalah mantan Perdana Menteri Malaysia selama lebih 22 tahun memerintah.

  44. salam.. Hjh Rogayah. Tidak menjadi kesalahan apabila seseorang itu punyai prinsip menyokong sesebuah parti politik. Tapi… Apa yang menjadi persoalan apabila ANDA meletakkan PARTI itu 1 pegangan tanpa mempersoalkan kebenaran walaupun ianya sudah terang lagi bersuluh. Jangan sampai KETAKSUBAN menjadikan ANDA menukar PARTI seperti menukar AGAMA !

  45. Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya-raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa di antara kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Kita kan merintih sendiri

    Jangan buang waktu lagi
    Majulah raih sebuah mimpi
    Hapuskan sengketa
    Teruskan usaha
    Kita kan gagah di nusantara

    Kita kan gagah di nusantara
    Kita kan gagah di nusantara
    Kita kan gagah di pentas dunia

  46. Orang dewasa main api, yg kan terbakar kita semua.
    Orang berkuasa gadai tanah, yg merempat kita semua.

  47. kentut berapi on

    Salam Hajah rogayah… awak ni pakai tepek je ke gelaran Hajah? kalau awak ni baru naik haji, kenapa nak mengketengahkan tentang Tazkirah,ceramah dan kenduri? bukankah ketika awak lahir di bumi ni ada buat kenduri? kalau bab tak tahu ekonomi, saya tak percaya kalau rakyat kelantan tidak berniaga. Majoriti berniaga dan keluar dari negerinya kerana untuk berniaga dan bekerja untuk dapatkan rezeki..kenapa awak kata rakyat kelantan tak tahu ekonomi?. awak pelik ke bila ada sebuah negeri yg menggunakan ajaran islam? Nabi Muhammad S.A.W pun tahu ekonomi…. saya hanya pelajar umur 19… saya hanya nyatakan pendapat, saya masih budak hingusan… tapi saya cuba untuk bersuara demi kepentingan rakyat Malaysia yang semakin hari semakin tersiksa… Suatu hari, kita akan tahu kebenarannya…. assalamualaikum..

  48. Awan Putih on

    chejah ni dah kena sampok…hidup di dunia fantasi dan misteri…masih belum sedar diri.

  49. Ninja Turtle on

    Cik Jah , kalau dibiarkan Najib dan kuncu kuncunya terus rakus dan mabuk kuasa, tak mustahil cik jah Malaysia ikut jejak langkah Afghanistan , Somalia, dan lain lain negara yang huru hara, jadi sebelum terjadi huru hara , lebih baik kita huru harakan Najib dengan kuncu kuncunya supaya senang nak sumbat mereka di Penjara Sungai Buluh atau mana mana penjara di Malaysia yang sudi terima dia ..

Leave A Reply