Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my). Review Anda Bila Beli SINI?

32

Review Zalora Malaysia (Zalora.com.my) SCAM dan Penipu? Review Anda?

Zalora Malaysia boleh dikatakan satu jenama yang semakin meningkat di Malaysia. Iklan Zalora Malaysia ada sahaja bersepah-sepah bukan sahaja di Internet malahan di televisyen dan corong-corong radio.

zalora malaysia

Kalau dilihat daripada cara pemasaran & promosi mereka, nampak mereka begitu bersungguh-sungguh & serius untuk menjual dan menyakinkan kalangan pembeli tegar online shopping fashion di Malaysia.

Zalora Malaysia dikendalikan satu syarikat yang bernama, Rocket Internet. Sebenarnya adalah banyak lagi produk & perkhidmatan lain (hartanah Internet) yang ditawarkan mereka.

  • Facebook Zalora Malaysia : www.facebook.com/ZaloraMalaysia
  • Twitter Zalora Malaysia : www.twitter.com/ZaloraMalaysia
  • Website Zalora Malaysia : www.zalora.com.my

Malangnya banyak rungutan demi rungutan yang diterima oleh kalangan pelanggan yang mengatakan Zalora Malaysia ini penipu. Di mana kebenarannya?

Online Fashion “Zalora Malaysia” Penipu? Review Pelanggan  Mereka?

Kalangan pelanggan yang merasakan mereka kena tipu semasa membeli-belah di portal ini…..beberapa komen beberapa pelanggan mereka kami kongsikan di sini.

Pengalaman Anda di Zalora Malaysia? 

Sepatutnya apabila mahu menjalankan perniagaan di Internet pada skala besar begini, persediaan harus dilakukan secukupnya. Walaubagaimanapun, kami tidak rasakan pelanggan terutamanya daripada Malaysia terlalu kejam sehingga menuduh perkhidmatan yang disediakan terlalu teruk apabila hanya satu, dua masalah kecil yang timbul. Kami tidak rasakan mereka begitu. Sebenarnya, peluang dan ruang telah diberikan, apatah lagi mengenangkan perkhidmatan daripada Zalora Malaysia (www.zalora.com.my) masih lagi baru walaupun rekod syarikat Rocket Internet dilihat sudah melepasi tempoh “matang”. Tetapi….

Tetapi apabila masalah yang sama terjadi berulang kali, dan reaksi balas daripada pihak penyedia perkhidmatan akan mengecewakan ramai pihak. Saranan kami strukturkan semula perkhidmatan Zalora Malaysia anda. Semak kelemahan anda selama ini. Kemudian, apabila pihak Zalora Malaysia benar-benar bersedia barulah buka semula perkhidmatan kepada umum.

Tiada gunanya membelanjakan sejumlah besar dana untuk tujuan promosi & pemasaran sehingga berjaya menarik trafik & pengunjung beribu-ribu sekaligus ke portal anda tetapi dalam pada masa yang sama anda sebenarnya tidak mampu menangani perminataan yang besar yang datang sekaligus.

P/S : Ada kalangan pengunjung Berita Semasa yang mempunyai pengalaman membeli belah di laman Zalora Malaysia (www.zalora.com.my)? Kena tipu @ satu pembelian yang bagus di sana? Kongsikan pengalaman anda di sini…

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Mudah Malaysia. Anda Pernah Ditipu? Bagi Review Sikit Mudah Malaysia. Anda Pernah Ditipu? Bagi Review Sikit Mudah.com.my (Mudah Malaysia) : Sekarang semuanya di online. Ada yang mencari berita pun secara online dan tidak lupa juga aktiviti perniagaan se...

SEBARKAN

32 Komen Bernas

  1. Saya tak pernah lagi berurusan dengan syarikat Zalora.com… Disebabkan itu saya tak berani nak komen apa2.. Cuma saya harap sekiranya ada konflik yang berlaku diantara Syarikat Zalora dengan pelanggan.. Diharap dapat segera selesaikan konflik tersebut..

    Sekiranya konflik tersebut berlarutan, ianya akan menjejaskan nama baik syarikat Zalora.. dan akan menyebabkan hilang kepercayaan untuk berurusan dengan syarikat tersebut..

  2. aku lagi suka beli kat lelong.. stakat ni smua smpai sbb kt lelong tu cam mudah..individual store.. lau scam pihak lelong akan banned trus.. zalora..korang jual jelah barang korang kt lelong atau mudah..lg senang.. hahahaa

  3. Salam,

    Saya pernah beli di http://www.zalora.com.my ni. Setakat ni takda hal. pernah terbaca ttg isu isu diatas. Memang valid isu isu itu tapi sekarang ni mereka dah improve kan? review saya, setiap kompeni akan ada isu especially kompeni yang baru. Dari isu isu ni mereka akan belajar dan perbaiki keadaan diri mereka. Sekarang ini pun isu ttg mereka lebih pada yang positiv. Yang negativ kebanyakkan cerita lama.

    Bagi saya zalora ni no hal dan saya akan beli lagi di zalora ni. bagi yang kene situasi yang diatas, moga2 zalora telah baca komen perbaiki servis mereka.

  4. I want to report on another online shop : Kachfashion (www.kachfashion.com). On 13 October 2012. I made payment to KACH Enterprise (PG0221642-W), an online clothing shop in Malaysia. They didn’t contact me even after payment was received until I inquired about my purchase 8 days later. Finally, after 15 days or so after they had received my payment, they sent me a torn garment! Upon complaining to them. I was told to send the dress back to the company within 7 days from 5 Nov 2012 if I wanted a refund. Pos Laju delivered the dress back to them on 6 Nov. 2012 but to date (24 Nov), I have yet to receive a refund. Kachfashion has ignored all my emails, Twitter & Facebook messages. The company also deleted my online account so I can’t trace my order! They have also deleted all my public messages on their Facebook page inquiring about my refund. The phone number listed in one of their advertisements is also a wrong number. I have proof of all email correspondences with the company. Beware of shopping at Kachfashion! I have reported the company to all the relevant authorities in Malaysia.

    Company Information
    KACH Enterprise (PG0221642-W)

    Correspondence Address
    27B, Jalan Perai Jaya 3
    Bandar Perai Jaya
    13600 Perai
    Pulau Pinang, MALAYSIA

    Enquiry
    info@kachfashion.com

    MALAYSIA Facebook pages : Kachfashion / Karen Kachfashion / Kachfashion Kach / Kach Kachfashion

  5. ThePoplook is much much much much better! I’ve been their loyal customer for months now and very satisfied with the service and products. Sadly, it’s a clothing line for girls only. :-)

    Too bad boys! hehe

  6. hi..sy br lg mjadi planggan zalora. br 1 pesanan yg dbuat. stakatni okla service mreka. tp xtau la utk ms2 akn dtg. sy hrp ianye xkan blaku. smoga bisnes n service mreka smakin baik dr ms ke smasa.

  7. hi, saya pun first time beli kt zalora.. pening la dgn. pengurusan die.. x tau status cam ner.. duit dah bayar tp x de feedback sampai skrg. bosan.

  8. mmebli scara on9 mmg dh jdi hobi i skarg ni..dlu mudah.my,lpas tu fb,zalora & skarang lelong.com..

    pendapat i, x adil nak highlight pd zalora shj sbb bley dikatakan sume medium yg disebut tdi dtg dgn macm2 insiden yg xkan kita sangka

    utk seller..jujurlah dlm urusniaga anda..& buyer plak x perlu smpai tahap komen melampau2..
    p/s: bertugas d pedalamn & hanya mampu shopping on9 :D

  9. saya baru je membeli dua pasang kasut di zalora syukur alhamdullilah semua nye sampai on time.

  10. sy baru jer beli 3 item dri zalora.2 baju n sepasang kasut.alhamdulillah..barang2 dah smpai on time..kemarin diorang post,hari ni dah sampai..x tau la di msa2 akn datang plak..harap2 takde la belaku prkara yg x elok..

  11. frst time order zalora,mang sya hmpr gduh dgn custmer servce mrk tntg item yg i order,mang ada kelemhn yg perlu mreka baiki..dn mesrakan lg sikit custmer srvce tu klu ble! dn bru 4 hri i trima item ksut..kat skrin mngtakn ksut tu brand dolce soles,dan sya beli skli 2 psng,bla smpai yg satu psg sblh kiri ksut tu x hook dn mlngnya ke dua2 ksut tu,lngsung tkde pn trcetak brand dolce soles,spt order yg trdahulu…sedih..

  12. tried zalora once, totally no problem. items were fine and all, got them really fast too.. but womendeal… hmmn. it’s been a week and still no news. they also haven’t replied to my email.. :-(

  13. daripada apa yg saya baca dan dengar, adalah baik untuk saya tidak mahu berurusan apa2 dengen Zalora brand @ Syarikat jenama Zalora. bak kata pepatah ‘tak kan pokok bergoyang kalau tak ditiup angin’. dan boleh dikatakn secara kasar nisbah yg tidak berpuas hati & berpuas hati dengan service Zalora adalah 5:2 drpd apa yg sy baca dan dengar dr semua komentar & pandangan serta pengalaman para pengguna diatas ini, dan ini menunjukkan sesuatu yg tidak sangat baik. dan kiranya tidak diambil sbgai iktibar adlh umpama bak kata pepatah ‘bagai mencurah air kedaun keladi’.

  14. salam, sy slalu shopping kt zalora, hampir stiap bulan. n da bnyk brg sy beli. bju, kasut n mcm2. stakat ni xde masalah lg, semua brg smpi dgn slamat

  15. tak tahu apa2 pun, but because of iklan depan kat tv, menyampah je nak layan menda2 bodoh ini. B4 the iklan tak lah anti – kuar je iklan di, meluat dibuat nye, terus nyampah – tak sempat nak try order pun. kuar je iklan kan facebook, saya terus pangkah je, kuar lagi pangkah lagi dan seturusnya. iklan dia memperbodohkan minda saya – saya benci

  16. As Salam, sy juga seperti Sdr Brolaut. Ada jugak membeli di Lelong.com dan Zalora. Timbul problem bila (1) barang yang di order tu out of stock-dia pulangkan duit tapi bukan cash, dlm bentuk no siri. Nak beli benda baru, masukkan no tu. (2) Barang tu kecil dari saiz yg sepatutnya, sy pulangkan. Balasan dari Zalora 3~4 hari selepas tu. Wang tetap dipulangkan dalam bentuk no siri tadi tu. Jumlah pulak tinggi sikit dari asal sebab Zalora tampung duit pos sekali. Cuma nak beli barang lain yg sesuai dgn nilai wang dlm internet yg kita ada tu…susah ler sikit. Kena rela melepaskan beberapa puluh ringgit atau tambah duit lagi sikit…Perniagaan dlm internet, belian memang ler tak serupa mcm di kedai kot.

  17. Saya sudah hampir 3 bulan kot jadi pelanggan zalora.. dah dalam 2 3 barang dah beli. So far zalora ok je. Fast delivery. Saya buat payment COD je. 3 bisnes day sampai. Saudaramara saya pun beli kat zalora. Ok je. Hari tu saya busy tak de kat rumah , then dia call kata sampai umah dah bawak barang. Then saya kata esok je la hantar back , sbb hari ni agak busy tak dapat nak catch up balek umah. Dia kata ok so esoknya saya tunggu ada je barang sampai. Barangan zalora pun original. Anda harus fikir juga , bukan kita sorang je yang order. Lagi satu , zalora delivery guna TQBIN , bukan zalora sorang je yg guna TQBIN , other online shopping pun guna TQBIN servis. Kalau lambat ke cepat ke boleh dipertimbangkan berdasarkan trafic. Kawan2 saya ramai jugak yang made online payment like book a flight , ok je. Tak de masalah. Barang sampai. Dari sarawak lagi tu. Jauh ok je. Then boleh return within 14 days. Kalau rasa was-was apa susah tak perlu online shopping , anda pergi je drive beli sendiri kat shopping mall.. peace :D

  18. Betul-betul scammer Zalori ini… Tengok sendiri di http://www.scamadviser.com. Zalora Sangkut dalam kumpulan “high risk”. Nama kompeni pun dah tukar ke JADE ESERVICES MALAYSIA SDN BHD”, Dan baru je register 241 Hari.

  19. Dah beratus RM kot aku shopping kat Zalora ni.. Takde problem pun.. Hari ni checkout, esok barang sampai.. Dapat kupon2 diskaun lg..

  20. Dah byk blaus, kurung, kasut, jubah & pelbagai lagi beli di Zalora smpai kawan mnumpng beli dgn saya. Alhamdulillah selamat semua walaupun pernah pulangkan semula kasut & baju tapi boleh replace & re-buy yg lain je.. no problem so far, walaupun tukar address pun no problem dr opis lama no parkir ke baru, tingkat 3 ke pun no problem. Hope they will maintain the same coz i still got somethin to get from them… n my friends too…

  21. So far beli online kat Zalora ok hari ni order esok dah sampai.. tapi ada 1 hal yang tak menyenangkan hati.. order brand lain tp dpt brand lain the price is not cheap as offered by them.. tp nak sgt baju tu then beli la.. jln2 kat times square i saw the same shirt that i purchased from Zalora.. the price???? 5 kali ganda diff.. Zalora rm110 dekat times square tu baru rm30!!! TQ Zalora

  22. Saya rasa zalora terbaik! Saya baru beli dua kasut NIKE dan baju zalora dan semua barang dihantar dalam masa yang di janji. Ini bukan kali pertama saya beli dari zalora. ZALORA MEMANG BEST!!!

  23. Tak faham laa zalora ni punye customer service nak menipu customer ke ape,kalau sy mintak refund duit sy tu balik,mcm 2 alasan bagi,mcm ni laa

Kongsikan Pandangan Bernas Bersama Kami Di Sini. Bincangkan..

Please enter your comment!
Please enter your name here