Virus Zika Malaysia. Semak Punca, Simptom dan Tanda Kes Penyakit Nyamuk Ini?
Walaupun ujian darah belum dilakukan terhadap pesakit tersebut, dikatakan ada tanda dan simptom yang menunjukkan virus zika telah masuk ke Malaysia.
Negara yang terkenal dengan zika virus ini iaitu Brazil baru sahaja melabuhkan tirainya sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Rio Brazil baru-baru ini. Ada pemerhati mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan virus tersebut terus tersebar keluar dan merebak ke kawasan lain.
Kerisauan rakyat Malaysia termasuk kami semua mula dirasai apabila negara jiran kita Singapura telah melaporkan banyak kes virus zika di Singapore. Dan ianya berasaskan, apabila berita terkini yang baru Berita Semasa terima menunjukkan terdapat kes virus zika pertama di Malaysia telah dicatatkan secara tidak rasmi.
Samada ianya belum ditahap yang terus, atau baru permulaan, diingatkan semuanya supaya berhati-hati termasuk mengambil tahu maklumat dan info berkaitan dengan simptom, tanda dan punca Virus Zika ini.
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan maklumat penting yang perlu rakyat Malaysia ketahui :
Info Penting Termasuk Simptom, Punca, Kesan, Tanda Virus Zika
[table sort=”desc,asc”]
No.,Perkara,Butirannya
1,Asal Usul virus zika,Dari hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 yang mana mula merabak secara meluas bermula dengan negara samba Brazil sejak Mei 2015 lagi
2.,Agen Penyebar,Nyamuk Aedes. Vektor yang sama dengan demam denggi dan juga chikungunya
3.,Punca,demam denggi yang datangnya punca daripada nyamuk aedes
4.,Kesan dan Simptom atau Tanda Kena Virus Zika,Bayi yang baru sahaja lahir akan mengambil sindrom apa yang dipanggil sindrom otak kecil ataupun dikenali dengan ‘mikrosefali
,,Selain itu anda juga boleh kena ruam; pening kepala mahupun sakit belakang
5.,Langkah-langkah berjaga-jaga,Bersihkan kawasan rumah anda daripada sekarang. Pastikan tiada sebarang tempat pembiakan nyamuk Aedes; jika ada hapuskan dengan secara
,,Selain itu pastikan anda membuat pemeriksaan berkala dengan segera jikalau ada tanda atau simptom yang anda mungkin kena virus zika ini
[/table]
Setakat ini negara jiran kita yang lain termasuk Brunei, Filipina, Vietnam, Indonesia mahupun Thailand masih belum ada kes Zika virus ini
Yang merisaukan orang ramai adalah sehingga ke hari ini belum ada penawar dan ubat yang boleh mengubatinya. Jadi cegah lebih baik daripada merawatnya
Berita semasa suka untuk berkongsi infografik yang sangat membantu anda memahami dengan lebih mudah dan terperinci, apa itu penyakit yang menjadi kebimbangan seluruh dunia hari ini seperti 4 gambar di bawah