Caj VEP Malaysia Untuk Kereta Singapura Keluar Masuk Dari Malaysia

Caj VEP Malaysia Untuk Kereta Singapura Keluar Masuk Dari Malaysia

Kadang-kadang saya terfikir juga. Bukan niat saya untuk mendatangkan kesusahan kepada orang Singapura ye.

vep malaysia

Kalau di Johor Bahru, kereta Singapura semata sehingga berlakunya kesesakan disebabkan kehadiran dan pertambahan bilangan kereta Singapura keluar masuk dari Malaysia dari hari ke sehari.

Kalau hujung minggu lagi teruk. Bab cara memandu anda boleh lihat sendiri, bagaimana. Bukan semua,  tetapi sebilangan besar menunjukkan jaguh di jalan raya.

Caj VEP Malaysia Akan Dikenakan?

Apa yang berlaku sebaliknya kepada rakyat Malaysia yang masuk ke Singapura untuk tempoh yang terlalu sekejap? Mereka boleh mengenakan pelbagai cukai dan peraturan kepada kita. Sampaikan jikalau pada weekdays, kena bayar SGD 20.00 per car.

Apa salahnya kalau tak banyak pun, kita impose Vehicle Entry Permit (VEP Malaysia) kepada kereta Singapura. Tentang nilainya biar kerajaan yang tentukan. Bukannya apa, hasilnya itu sebenarnya boleh digunakan untuk menjana pendapatan tambahan negara terutamanya untuk tujuan pembangunan dan prasarana. Yang mendapat faedah orang Malaysia dan orang Singapura yang  keluar masuk dari Malaysia mendapat tempiasnya juga.

Kalau dikenakan VEP Malaysia contohnya RM200-RM300 setahun tak jejas pun kehadiran pelancong Singapura. Di mana lagi untuk mereka keluar daripada kepompong negara Singapura tu, kalau tidaknya Malaysia. Sudah berapa la kita berikan kebebasan kepada orang-orang Singapura, jadi tiada salahnya peraturan ini iaitu VEP Malaysia diperkenalkan untuk kebaikan bersama dan manfaat kepada rakyat Malaysia sendiri. Mungkin sudah tibanya Malaysia perkenalkan peraturan VEP Malaysia ini.

Adakah kedatangan pelancong Singapore untuk bercuti akan terjejas? Saya tidak merasakan caj VEP Malaysia yang bakal dikenakan akan membebankan mereka. Kat mana lagi boleh test drive kereta-kereta mewah mereka itu? Selain  di Malaysia. Apala sangat orang Singapore dengan caj VEP Malaysia ini, kalau ia jadi dilaksanakan nanti.

Mari kita lihat apa caj-caj yang dikenakan oleh Singapura jika orang Malaysia jejak kaki di sana. Antaranya :

  • Mengenakan yuran S$150 (RM351) sebulan terhadap setiap pekerja asing dalam erti kata lain orang Malaysia yang memegang permit kerja.
  • Setiap kenderaan Malaysia yang ingin memasuki Singapore mesti didaftarkan dan dikenakan bayaran Permit Kenderaan Masuk (VEP Singapura) S$4 (RM9.40) sehari untuk motosikal; S$20 (RM44.80) sehari untuk kereta dan van. Bayaran untuk bas dan lori saya tidak pasti.(Yang mana tahu, tolong mention di ruangan komen). Walaupun bayaran itu tinggi, ramai rakyat Malaysia memandu kereta untuk ke Singapura.
  • Memastikan setiap kereta Singapura yang ingin meninggalkan republik itu, menunjukkan bacaan meter minyak sekurang-kurangnya tiga perempat daripada bacaan penuh. Jika kurang, saman S$500 (RM1,170) akan dikenakan.
  • Mengenakan cukai (GST) sebanyak tujuh peratus terhadap setiap barang yang dibeli sama ada rakyat Singapura sendiri atau rakyat asing.
  • Mengenakan bayaran tempat letak kenderaan termasuk motosikal. Memastikan rakyat Malaysia yang disaman kerana kesalahan lalu lintas membayar saman pada hari sama saman dikeluarkan sebelum meninggalkan Singapura. Singapura mengamalkan sistem saman elektronik yang boleh mengesan kenderaan disaman pada setiap pintu keluar Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK)
  • Mengenakan tol terhadap pengguna lebuh raya. Yang tak tahan motosikal pun termasuk sekali.
  • Melarang rakyat Singapura atau penduduk tetap memiliki kenderaan asing.
  • Mengenakan saman yang tinggi iaitu S$70 (RM163.80) terhadap kenderaan Malaysia yang tidak mempunyai mesin IU (digunakan untuk membayar VEP dan tol secara automatik) ketika melalui lebuh raya bertol. Kos pemasangan mesin IU, sebanyak S$155 (RM362.70) seunit.

Dulu Malaysia hampir-hampir mengenakan levi RM20 ke atas setiap kenderaan asing, kemudian buat palang dan semua lorong kereta/bas/lori di semua Pusat Pemeriksaan Imigresen, habis duit berjuta-juta memasang terminal tol.

Akhirnya, akur dengan permintaan/bantahan negara-negara jiran, maka projek itu terbatal selepas diumumkan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia pada 31-8-2007. Larangan membeli minyak petrol/diesel bersubsidi di dalam lingkungan 50 km sempadan negara, dibatalkan sekelip mata ketika harga minyak Malaysia naik mendadak (RM2.70) menghampiri harga pasaran dunia (RM3.00).  Pada masa itu, kenderaan asing masih boleh menikmati 30 sen subsidi pada masa itu bersama dengan rakyat Malaysia. B

Begitu juga dengan larangan membeli minyak masak dan barangan keperluan bersubsidi seperti gula, penguatkuasaan dibuat secara “sementara”, rakyat asing kini menikmati barangan subsidi bersama. Katanya tahun depan bakal dilaksanakan penguatkuasaan dalam membanteras penikmatan subsidi dikalangan warga asing. Kita lihat bagaimana mekanismenya yang bakal digunakan kerajaan. Diharap berbaloi-baloi.

Kelemahan ketara apabila rakyat Singapura yang  keluar masuk dari Malaysia telah dikenakan saman. Mereka tidak akan ditahan apabila keluar dari Malaysia walaupun saman belum dijelaskan. Sebab Malaysia sendiri tiada sistem yang boleh track atau mengesan kesalahan yang ada pada setiap kenderaan yang keluar masuk negara. Hai……..sepatutnya Malaysia sudah ada mekanisme untuk mendaftarkan kehadiran kereta-kereta Singapore di Malaysia ini. Apatah lagi jika hendak menyemak saman.

Tetapi itula….suka atau kita tidak suka sekarang ini hakikatnya……

  • Malaysia sampai sekarang tak impose VEP Malaysia kat kereta singapore, tetapi apabila kereta malaysia masuk Singapore dikenakan bayar S$20 weekday.
  • Pekerja Malaysia di Singapore kena bayar levy, tapi sebaliknya tiada caj.
  • Sebarang isu “bertindih”, Malaysia Singapura masih lagi tidak menampakkan kesudahan dalam isu air
  • Malaysia walaupun sudah ada CIQ baru, dalam pada masa sama jambatan bengkok pun sudah diberikan kontrak pun akhirnya terbatal dengan mudahnya. Sangat mudah RM700 juta hilang begitu sahaja.

P/S : Sekarang ini Singapore tengah buat promosi, dari pukul 12 tengah malam sampai pukul 2 pagi. Free of caj masuk sana.

PP/S : Kalau nak beri subsidi, biarlah undang-undang serta penguatkuasaan undang-undang itu diadakan secara teratur. Kerajaan asyik-asyik habiskan membuat sesuatu polisi dan menggunakan duit negara/rakyat, bayar duit berjuta-juta membayar duit palang + komputer + Sistem kepada Iris Sdn. Bhd dan syarikat-syarikat tertentu serta beri subsidi kepada rakyat asing. Akhirnya, menemui “jalan mati”

PPP/S : Tindakan ini amat menghampakan rakyat. Buat ubah, buat ubah. Ini semua yang merugikan rakyat bawahan.

PPPP/S : Berita terkini, VEP bermula 1 Ogos 2016 ini. Boleh semak video di bawah ini:

{ 31 Komen Bernas di Berita Semasa… add one }
  • 1 HazwanHakim Dec 8, 2009, 4:28 am

    hmm…sape yg nk nekkkn harga ni ??

    Malaysia goverment ur Singapore govement?

  • 2 zikr the jalanan sepi Dec 8, 2009, 5:36 am

    erm idea yang bagus. kena rujuk balik perjanjian diantara malaysia dan singapura.. kira win-win situation la sepatutnya. nak singapura untung jer. mana boleh!!

  • 3 BabyMocha Dec 8, 2009, 5:43 am

    Nanged! Pass by from Innit :) Have fun!

  • 4 Pak Awang Dec 9, 2009, 4:17 am

    macam mana ada seorang undi tidak tu
    ini mesti orang singapore punya kerja :ejek

    Tula pasal. sepatutnya dah lama buat
    malaysia takut ker dengan LKY :ketawamanja

  • 5 mahmud shah Dec 10, 2009, 3:56 pm

    ok lah…sy stuju…baru lah adil…kerajan johor pun dapat lah hasil
    sikit…ni singapura ja nak untung….mana boleh…lagi pun pada nilai duit singapura tinggi nilai nya…..x terasa pun,kalau setakat $5 doller.

  • 6 najibtuya Dec 29, 2009, 12:24 pm

    Itulah masalahnya kerajaan Malaysia. Kalau yang sempadan satu lagi tu, dia punya eksen, melampau habis, almaklumlah, sempadan satu lagi tu ramai orang melayu yang beragama Islam tapi miskin. Itu yang nak betul-betul kuatkuasakan undang2 padahal yang sempadan Singapura ni dia takut sesangat

  • 7 mesticun Jan 10, 2010, 10:34 am

    O :marah rang singapura ni mereka bagaikan jaguh di jalan raya Malaysia.orang kita bukan senang nak masuk sana.peraturan punya ketat.sedarlah cepat.sebelum terlambat.

  • 8 mesticun Jan 10, 2010, 10:36 am

    ramai tu yang setuju kereta dan mewah singapura dikenakan VEP bukan VIP/VVIP.jadi lepas ni ikut sajalah.jangan tak bayar ye.

  • 9 Zharfan Mar 29, 2010, 1:36 pm

    Kalau aku, aku tak sangat-sangat tak setuju VEP dikenakan kereta Singapura sebab VEP yang Malaysia akan dibuat akan dibayar setiap hari tak termasuk cuti, sabtu dan ahad.

    Berbanding VEP Singapura terhadap kereta Malaysia, Hanya waktu kerja sahaja VEP dikenakan. Sabtu, Ahad dan hari kerja selepas jam 5 petang, tiada VEP dikenakan. Singapura ada polisi tidak menggalakan memandu ke tempat kerja. Cukai jalan plet hitam sangat-sangat mahal. Kereta plet merah Singapore tak boleh dipandu ketika waktu kerja. Kalau nak jalan juga pada waktu kerja, kupon plet merah mesti dibeli pada harga SGD 20 untuk satu hari ( Sama seperti VEP kereta Malaysia).

    Singapura dah cukup baik hati untuk pemandu Malaysia supaya tidak memandu pada waktu kerja serta cukai jalan Malaysia cukup murah untuk dipandu sepanjang masa berbanding Singapura dimana cukai jalan sangat mahal untuk dipandu hari-hari. Plet merah mempunyai cukai jalan yang murah tetapi tidak boleh dipandu pada waktu kerja. Andaikata suri rumah Singapura nak pergi pasar dan mempunyai kereta plet merah, kena bayar kupon SGD 20 sehari untuk memandu pada waktu kerja.

    Kalaulah cukai jalan Malaysia mahal, Singapura akan lupuskan VEP sebab cukai jalan Malaysia mahal dan tidak membebankan pemandu Malaysia.

    I stick to my point, I totally not agree if Malaysia applying VEP on weekends, holidays and after working hours.

    Any criticism, reply to me.

  • 10 Zharfan Mar 29, 2010, 1:49 pm

    Kalau VEP dikenakan, ramai orang Singapura tak akan balik kampung halaman mereka di Malaysia sebab VEP membebankan mereka terutamanya Warga Malaysia penduduk tetap Singapura.

    Kalau VEP dikenakan, Warga Malaysia menetap di Singapura yang bising dan marah sebab mereka dah terbeban dengan COE, peraturan 3/4 tangki minyak, cukai jalan plet hitam mahal berbanding Malaysia tiada COE, cukai jalan murah dan dapat dipandu sepanjang masa.

    Makluman, Warga Malaysia menetap di Singapura tidak dibenarkan memandu kereta plet Malaysia dengan alasan tidak adil pada warga Singapura.Kalau Malaysia ada COE, cukai jalan yang mahal dan petrol yang mahal, Singapura akan membenarkan warga Malaysia menetap di Singapura untuk memandu dan menyimpan kereta plet Malaysia.

  • 11 Zharfan Mar 29, 2010, 1:57 pm

    Kalau ikutkan, Singapura betul-betul tidak memerlukan kereta dalam seharian mereka tetapi mereka ada kampung di Malaysia, mahu tak mahu, mereka terpaksa beli kereta untuk memandu ke Malaysia.

    Tujuan orang Singapore membeli kereta semata-mata untuk memandu di Malaysia untuk pulang ke kampung halaman mereka.

  • 12 akhaz89 Apr 10, 2010, 12:50 pm

    hmm yg plet kuning tu ape yerr??

  • 13 Zharfan May 19, 2010, 10:10 pm

    Kepada akhaz89

    Plet kuning belakang dan plet putih depan maksudnya company car. Sebab itu lori mempunyai plet G (lori kecil) dan kenderaan komersial di Singapura mempunyai plet putih depan kuning belakang. Kebanyakkan kereta plet S dan motor plet F, plet selalunya warna hitam sebab didaftar nama persendirian.

    Senarai plet singapura biasa dilihat

    S-kereta
    F-motosikal
    G-lori kecil
    E-kereta sebelum 1990
    X-lori besar
    Y-trelar
    SH-teksi
    QX-polis
    PA-bas catar

    Singapura menggunakan plet mengikut jenis kenderaan sebab tiada pembahagian daerah berbanding Malaysia didaftar di negeri mana kereta didaftar seperti W (KL), J (Johor) dan sebagainya tanpa mengira jenis kenderaan kecuali H (Teksi) dan trelar T/?? ####.

  • 14 udin Jun 14, 2010, 11:21 pm

    Zharfan

    agree with u , kalau lah kita negara malaysia yang penuhi dengan pelbagai sumber asli dan mineral di tanah kita kalah dengan singapura dari sistem pentadbiran dan juga nilai mata wang tinggi. kita masih tidur lagi.

    sebelum impose VEP kita kena tengok sistem jalan raya kita dengan sistem jalan raya singapura dari segi maintainens. untuk malaysia tiada hari off untuk toll sistem 24/7 have to pay toll and pay onli.

  • 15 huhuhu Jun 21, 2010, 4:26 pm

    X wori.

    Insya allah they will be made to pay 1 day.

    X lama je lagi…: )

  • 16 akhaz89 Jun 21, 2010, 10:05 pm

    thnx zharfan krana info..sy kerp drive truun jb n tertnya2 prbezaan plet kereta dowg ni, xde sape bole jwab..

  • 17 fjamalu Jun 22, 2010, 12:34 pm

    Pada pendapat saya, VEP nie wajar dikenakan kepada kenderaan plat Singapore. Kesian tengok orang johor nie, peniaga² kat pasar kalau letak harga bukanya boleh tawar menawar. sebab pada dia orang harga yang diberi tu cukup murah untuk warga singapore. kalau lunch untuk 2 orang kat JB nie, senang² je peniaga charge 15 hingga 20 ringgit. kalau kau org tak percaya, datang tengok sendiri kat pasar² sekitar JB nie, nak pulak kalau hari minggu, penuh dengan org singapore je. so, VEP tu wajar lah dikenakan.

  • 18 Zharfan Jul 14, 2010, 11:47 pm

    Betul, every country have it’s own policy. Di Singapore, ERP pun ada time tak perlu bayar terutama bukan waktu puncak. Malaysia have to pay tolls 24/7. Kita tak boleh beban rakyat Malaysia bekerja di Singapura setelah bebanan dilalui di Singapura. Sorry for late my comment because so busy.

  • 19 Asyraf Wei Zhong Jul 24, 2010, 1:41 pm

    assalamualaikum, saya ada 1 soalan, saya sebenarnya bercadang untuk memandu ke singapura utk kali pertama, jadi apakah yang saya perlu lakukan setibanya di woodlands CP atau Tuas CP? sbelum ini saya ke singapura hanya dgn menaiki bus, taxi atau kadang2 saya mengikut saudara saya di singapura dari malaysia, harap ada sesiapa yang boleh menolong

  • 20 forex news Aug 3, 2010, 5:17 pm

    Your own blog is so informative … maintain the good perform!!!!

  • 21 fadli Aug 20, 2010, 2:55 pm

    tula..org2 kerajaan buat kerja x sungguh2..buat ala kadar je.sekadar sedap mata memandang di luaran tak pikir habis.tgkla macam kat melaka tu nak buat sekolah budak mengandung plak.budak 2 remaja skang banyak terlibat dengan masalah sosial sebab pendidikan kite tak brape bagus selain faktor ibu bapa.pening ar suke je amik jalan mudah bukan nak pikir kesan dan punca die…

  • 22 hidir_es Dec 16, 2010, 12:49 pm

    assalamualaikum,boleh sape2 tlg explain,
    1) total caj yang perlu dibayar untuk org malaysia yg bekerja di singapura?
    2) motosikal pn kne pasang mesin IU tu ke? bape hinggit & nk psng ktne?

  • 23 amin Feb 10, 2011, 11:39 am

    saya terpanggil utk beri komen di sini memandangkan saya ni kerap berada di singapura..dah macam rumah sendiri dah pon. akan tetapi sebagai rakyat malaysia, saya memandang, menjengah dan memerhati akan situasi yang berlaku di JB dan singapura contohnya;
    – isu minyak, kebanyakan kenderaaan Singapura mengisi minyak di JB. walau pun mereka terpaksa mengisi RON97, masih terdapat nilai subsidi kerajaan Malaysia dalam setiap liter minyak yang di tuang.
    – tatacara pemanduan 90% rakyat singapura yang kurang ajar/tiada sifat tolak ansur. walau di JB, SG atau di KL pun, most of singaporean drivers/riders ni amat merbahaya. ini sendiri berlaku pada saya di Singapura ,mereka tak bagi peluang bila nampak kenderaan Malaysia malah suka memberi hon berkali kali seperti orang malaysia ni pekak. lebih afdhal buat pekak dari melayan kerenah mereka.
    – belum masuk kesan kesan lain terhadap rakyat tmpatan contohnya cuci kereta di KL = RM 8 -10 tetapi di JB RM 15?
    – pada pendapat saya, adalah wajar utk dikenakan VEP pada singapore sebagai timbal balik kepada nilai subsidi minyak
    -bagi penduduk malaysia yang tinggal disana,mungkin perumpamaan “masuk kandang harimau mengaum…,,” lebih sesuai. terbebannya COE , tax++++ semua tidak sepatutnya dia tanggung oleh rakyat di tanah Malaysia ini. pada saya di sini win -win situation lebih penting.

  • 24 Don Mar 8, 2011, 5:58 pm

    Jangan di beri muka kepada bangsa singapura (yahudi asia)… Kerajaan terlalu takut dgn LKY.Sebab tu skrg rakyat diorg buat Malaysia ni mcm negara sendiri. Salah sorang bos aku bangsa yahudi asian tu la. Kalo d sini diorg kata kerajaan racist, tapi sebenarnya bangsa singapore ni lg kuat racist dan sangat melampau. Jgn satu hari nanti malaysia d jajah oleh yahudi asian ni. Ape2 perbincangan, singapore menang. Kpd geng2 kerajaan jgn la jd jaguh kampung yg asyik menyalak dlm parlimen tp tkut nak nak perjuangkan hak dan tanah air dari terus d ratah oleh bangsa seberang tambak itu. Ahaks gtu!

  • 25 Joe Jul 19, 2011, 2:15 am

    Setuju klau vep dknakan pd knderaan singapura.
    Tapi sblum nak laksanakan tolong perbaiki kelemahan kerajaan kita..
    Kastam singapura=checking gila(dh mmg keje dia)
    Kastam malaysia=nk tahan pon malas..klau lalu lepas kul12 mlm. Dorg selamba hisap rokok sambil tgok kete lalu….
    Sbb tu tanah air kt ni dorg gelar BOLEHLAND!

  • 26 ksa Apr 18, 2012, 12:28 pm

    Malaysia patutu kuatkuasakan kenakan VEP pd setiap kenderaan Singapura terutamanya untuk masuk ke Malaysia dan saman perlu di jelaskan sebelum keluar Malaysia.
    Ini negara kita..kita lindung..kalau warga spore taknak masuk Malaysia tkpelah tkyah masuk dan kita jgn nk takut sangat.Warga singapore ni majoriti masuk ke Malaysia dan kurang ajar di jalanraya Malaysia.Tidak hormat undang2 dan rakyat Malaysia.
    IUni nehgara kita..kuatkuasakan apa nak takut.

  • 27 CB400 Sep 25, 2012, 2:52 pm

    Singapore walaupun kecil tapi korang kena tgk backup diye siapa. Kuasa dunia tahu tak. Korang nak maut kalau sekat orang diye masuk Msia? Sebab tu lah Msia sentiasa kena tunduk dengan diowang, cuba la korang faham. Besar and kuat mana pun undang2 kita sekali je diye jentik.. hancur kite.

  • 28 wawasan16 Dec 8, 2015, 12:50 am

    Siapa yg tikam siapa yg hangpa bwk kereta g sana wat apa tempat diorang kecik.Kenapa tak tutup terus je kastam lori tambak tu,singapore tak tikam lansung pun dgn pemandu lori depa cuma mintak byr 40dlr sbulan dgn 10dlr 1 hari,bebanding kastam malaysia yg mintak 200 1 hari kalau lori nak tglkan m’sia.Hang tengok siapa tikam siapa.Mana tak mampus org kat tambak nun duk semak dgn lori.Ramai2 tutup sekaranggg!!!!.

  • 29 Aliff Nov 6, 2016, 2:50 pm

    Salam Semua…

  • 30 Aliff Nov 6, 2016, 3:39 pm

    Asslmualaikum semua Warga Singapura dan warga Malaysia…
    Bagi pendapat saya tutup kedua2 haluan…habis cerita kan…
    Utk yg ada keluarga di kedua-dua negara ni, pandai2 lah naik flight ya, kat atas awan tkde tol, tkde vep, tkde erp, tkde cukai dan yg paling penting…TAK SESAK.

    Wasslm…

  • 31 Aliff Nov 6, 2016, 3:53 pm

    Asslmualaikum semua,Warga malaysia dtg ke singapura utk berkerja (tiap-taip hari kecuali offday). Warga singapura dtg ke malaysia selalunya pada hujung minggu (yg selalunya sesak di custom). Dari itu VEH Malaysia PATUT dikenakan pada hari2 yg terjejas utk mengelakkan dari kesesakkan.
    Wasslm…

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini