≡ Menu

TERKINI Utusan Malaysia Dilabel Akhbar Tidak Sihat?

TERKINI Utusan Malaysia Dilabel Akhbar Tidak Sihat?

Dalam apa bidang sekalipun, kepercayaan adalah sangat-sangat penting. Dan kepercayaan itu tidak akan datang bergolek jika tidak mempunyai integriti yang kuat.

utusan malaysia

Penilaian integriti pula tidak boleh dijual beli ataupun disogokkan atas nama satu pengiktirafan untuk diterimanya sebaliknya ia akan terus dinilai dan diperhatikan oleh orang di luar sana termasuklah anda, anda semua di sini. Terkini, Utusan Malaysia mengalami masalah kepercayaan dikalangan pengiklan dan penajanya?

Tindakan akhbar ini yang telah menyiarkan berita dan gambar tidak senonoh di muka hadapan mendapat respon daripada pelbagai pihak. Ada yang menyokong dan ada juga yang mengkitik tindakan pihak Utusan Malaysia yang mengambil pendekatan yang sebegitu rupa.

Apatah lagi….akhbar ini diedarkan secara percuma di sekolah-sekolah, di jabatan-jabatan kerajaan dan juga di tempat-tempat awam setelah mendapat tajaan daripada pelbagai pihak. Dan ada juga beberapa kawasan perumahan juga turut menerima naskhah akhbar Utusan Malaysia ini secara percuma setelah menerima tajaan.

Natijahnya, terdapat penaja yang mula menarik diri sekarang ini dan ada juga tidak jadi untuk beriklan bagi mengelakkan mereka terlibat dalam berurusan bersama dengan pihak Utusan Malaysia……..

Utusan Malaysia Terkini VS Harian Metro?

Pernahkah pihak Utusan Malaysia melihat kesan disebalik dengan penyebaran gambar dan cerita sebegitu rupa sehingga dimuatkan di muka hadapan akhbar mereka?

Adakah pihak Utusan Malaysia terkini telah menukar pendekatan terbaru semata-mata untuk menyaingi akhbar Harian Metro sebagai akhbar no 1 di Malaysia yang telah “berjaya” dengan konsep yang dipilih mereka?

Patutkah gambar lucah sebegitu menjadi “makanan yang berkhasiat” untuk rakyat Malaysia yang sekarang ini sentiasa dahagakan maklumat dan informasi yang berkualiti?

Sejarah telah membuktikan setakat ini, ya…benar bekas Presiden Amerika pernah ada skandal dengan Monica Lewinsky. tetapi belum pernah dalam sejarah suratkhbar New York Times milik Yahudi ini menyiarkan gambar yang tidak baik melibatkan Monica Lewinsky bersama Bill Clinton. Belum pernah…..

Walaubagaimanapun, kami ucapkan tahniah kepada Sinar Harian yang maju setapak ke hadapan dan sekalung perhargaan kepada mereka yang sedaya upaya berubah mengikut peredaran masa kini dalam menyalurkan berita dan maklumat kepada umum. Walaupun tidak “sempurna”, tetapi bagi kami Sinar Harian adalah akhbar yang terbaik di Malaysia setakat ini!! ‘

Dan yang paling kami gemar perubahan yang dilakukan adalah menyediakan ruang dengan mengadakan forum dan wacana yang segar bagi membincangan pelbagai isu semasa terkini bersama ahli panel yang  hadir. Semoga Sinar Harian menjadi contoh terbaik  kepada semua akhbar  di Malaysia ketika ini….

P/S : Ada pembaca setia akhbar Utusan Malaysia? Apa kata anda pula?