Harga Kereta Turun di Malaysia 30 Peratus Dalam Tempoh 5 Tahun Menjelang PRU ke 14 (2018). Nantikan! Itu sebabnya penting anda daftar padu login sistem pangkalan data utama di malaysia secara online.
Jikalau sebelum Pilihanraya Umum ke 13 terdapat perlumbaan manifesto pilihanraya antara Barisan Nasional VS Pakatan di mana BN merancang untuk menurunkan senarai harga kereta terkini dan paling murah di malaysia sebanyak 20 peratus-30 peratus untuk tempoh 5 tahun sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke 14 (2021).
Manakala Pakatan dengan janji untuk turun harga kereta sebanyak 20 peratus setiap tahun untuk tempoh 5 tahun. Akhirnya, BN terus berjaya mengekalkan kuasa dan baru-baru ini mereka mengumumkan dasar dan mekanisme untuk harga kereta turun 20 peratus – 30 peratus seperti yang dijanjikan dalam NAP yang lalu.
Di Malaysia hanya ada 2 sebab dan faktor yang menyebabkan harga kereta di Malaysia melonjak tinggi berbanding harga kereta di negara-negara lain. Pertama….
- Duit eksais kereta Malaysia antara 40 peratus -105 peratus
- Kelulusan permit import AP yang membawa masuk kereta pasang siap (CBU) ke Malaysia ke “kelompok istimewa”
Sebenarnya jika kedua-dua elemen ini berjaya dikurangkan, Insyaallah harga kereta boleh diturunkan dengan ketara tanpa perlu berlengah terlalu lama.
Cara Buat Harga Kereta Turun 2014 – 2018
- Harga kereta trun bagi kereta yang dipasang dalam negara (CKD) menjelang 2018
- Menyediakan insentif untuk terus menggalakkan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini.
- Pengeluar bahagian kenderaan dari Malaysia dan negara ASEAN dibenarkan memohon rebat cukai, sekali gus membantu mengurangkan harga jualan.
Bagi pendapat Berita Semasa harga kereta turun berperingkat ada bagusnya tetapi keburukannya ramai orang akan menanggguhkan pembelian. Contohnya apabila masuk bulan 8, 2015, jualan kereta akan jatuh merudum sebab orang akan menunggu tahun 2016 kerana Januari 2017 kereta akan lebih murah (contohnya 5 peratus).
Jikalau kereta Exora misalnya, 5 peratus adalah bersamaan dengan RM3900 (untuk model RM78,000). Pun gitu, Proton memang biasanya akan bagi diskaun RM3,000-RM4,000 pada awal tahun untuk habiskan stok.
Jadi kemungkinan akan berlaku penurunan tax dan tambah diskaun daripada Proton. Jadi jika begitu keadaannya, jualan Proton akan jatuh pada hujung tahun sebab lebih baik tunggu awal tahun seterusnya untuk beli kereta. Kereta terpakai juga tidak akan ambil kereta apabila masuk 3rd Quarter melainkan dengan diskaun yang lebih besar. Pelanggan kereta terpakai akan tunggu sebab apabila harga kereta baru turun, kereta 2nd hand juga akan turun.
Kejadian sama akan berulang pada 2016 dan 2017 dan 2018 hingga tiada lagi penurunan.
Berita Semasa lebih suka cara Singapore dalam mekanisme harga kereta turun dengan cara turunkan cukai sekaligus (walaupun dengan penurunan cukai kereta Singapore, ia masih tetap paling mahal di dunia).
Walaupun ianya akan mengakibatkan pasaran havoc dan kesan buruk pada pengusaha 2nd hand tetapi ianya bersifat sementara paling lama dalam 1 tahun. Bagi pelanggan yang telah beli sebelum ini, pastinya 2nd hand value jatuh mendadak tetapi selepas itu mereka akan dapat beli kereta baru pada harga yang lebih berpatutan.
Senarai Harga Kereta Turun Tahun 2013?
Erm….melihatkan perbandingan senarai harga kereta turun seperti di atas ini membuat Berita Semasa geleng kepala. Ada sesiapa yang kerja MITI di sini?
- Honda Jazz 89K tu adalah Honda Jazz full specs VS Honda Jazz baru itu adalah Honda Jazz tin milo kosong tiada apa-apa. Adakah sesuai dimasukkan dalam senarai harag kereta turun? Seterusnya…
- Terdapat perbezaan ketara antara kereta CKD dan CBU. Adakah ini dkirakan sebagai harga kereta turun?
- Adakah yang menyediakan senarai ini tidak hidup “in the real world”? Sentra yang ada di Malaysia
Apa pandangan anda dengan Dasar Automatif Negara melibatkan harga kereta turun di Malaysia yang telah dibentangkan baru-baru ini?