Tarikh Pilihanraya 2018. Pilihanraya Umum ke 14 tahun ini? Punca Sebenar?
Ini bukan cerita-cerita ahli nujum seperti edisi pilihanraya Malaysia sebelum ini. Di mana mana kalangan terpaksa membuat ramalan demi ramalan sehingga ke tarikh akhir mandat Pilihanraya.
Persoalannya bila tarikh pembubaran parlimen sekaligus Pilihanraya Umum diadakan.
Tetapi baru sahaja menginjak ke tahun 3 mandat daripada 5 tahun, sudah ada keyakinan dikalangan penganalisis politik. Ada yang mula mengatakan Pilihanraya Umum ke 14 akan diadakan pada awal tahun 2018.
Ini disuarakan sendiri oleh Profesor James Chin yang merupakan Pengarah Institut Asia dari Universiti Tasmania, Australia mengenai tarikh Pilihanraya Umum ke 14.
Beliau merasakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan pilihan yang ada dengan berhati-hati disebalik perkembangan yang berlaku.
Ia disebalik dakwaan terhadap 1MDB termasuk dari Amerika Syarikat dan beberapa penyiasatan antrabangsa yang lain. Oleh itu Pilihanraya Umum ke 14 patut diadakan lebih awal daripada mandat yang diberikan.
- Berdasarkan sumber mypt3, Profesor James Chin merasakan tarikh keputusan Pilihanraya adalah antara bulan Mac, April dan Mei. Terpulang kepada keputusan Perdana Menteri
- Beliau bersetuju tarikh pilihanraya awal adalah untuk mengelakkan momentum antara Mahathir dan Anwar serta penyertaan parti Bersatu memberikan impak kepada kancah politik di Malaysia terutamanya kepada kawasan luar bandar
- James Chin juga bersetuju tindakan berjabat tangan antara Anwar dan Mahathir adalah simbolik dan mesej yang kuat kepada penyokong dan yang di luar sana, mereka berdua bersatu sekurang-kurangnya untuk menyingkirkan Najib Razak
Selain Profesor James Chin terdapat ramalan yang sudah kedengaran yang menyokong tarikh Pilihanraya Malaysia ke 14 akan diadakan awal iaitu pada tahun 2018.
Antara yang mengutarakan pendapat dan ramalan sebegitu rupa adalah :
Senarai Jangkaan Tarikh Pilihanraya 2018
[table sort=”desc,asc”]
Bil,Nama,Jangkaan Tarikh Pilihanraya Umum,Sebab Mengapa Pilihanraya Awal
1.,Tun Musa Hitam,Tidak lama sahaja lagi tetapi bukan 2018,Bagi mengelakkan parti baru Parti Peribumi Bersatu Malaysia menjadi popular dan mendapat tempat dikalangan rakyat malaysia
2.,Datuk Mah Siew Keong,Tahun 2018,Momentum sokongan terhadap Barisan nasional BN semakin meningkat
3.,Lim Kit Siang,Mac 2018,Bagi mengelakkan Parti Bersatu terus bertapak dan mengatur strategi politik mereka[/table]
Bahang Pilihanraya Umum ke 2014 sudah pun bermula, sudahkah anda melakukan semakan daftar pemilih bagi melayakkan anda membuat pilihan terbaik kelak?
P/S : Ada cakap-cakap yang sudah mula mengatakan seseorang yang berpengaruh dalam politik Malaysia akan “keluar” sekitar bulan Ogos. Jadi pilihan raya awal adalah pilihan terbaik.